![]() |
| Apa tilikan nasibku, Belalang? |
Pudina saya perlu tempat lebih sejuk dan lembab. Pak Choy saya perlu tempat lebih sejuk dan lembab. Tetapi kenapa keladi yang di tempat sejuk dan lembab daunnya gugur satu pertama. Mungkin terlebih baja.
Mungkin juga tangan saya 'panas'. Tangan panas tidak sesuai untuk bercucuk tanam. Tangan panas hanya sesuai untuk membunuh dan menjahamkan. Barangkali ya. Barangkali tidak.
Cuaca juga panas akhir-akhir ini, malangnya, selepas saya ketemu semula seluar hujan saya. Macam tahu-tahu saja dia.



