IKLAN

Cari Blog Ini

Ahad, Disember 11, 2005

Surat-Surat Mendung



Ada sejenis surat ditulis dalam kegelapan--bukan fizikal tetapi ruang dalam tempurung kepalanya. Kerana itu ia dinamakan "surat gelap."

Ini sebuah contoh yang kami terima. Diposkan dari Perak. Apa ini eskapisme atau apa yang dinamakan bahlul?

Khamis, November 10, 2005

Guruh, Kilat, Hujan, Matahari

Semua SMS dari Wan Azman kukira paling menarik: Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari. Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis mencari mana matahari. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.
Brickfields sedang digeruh guruh, kilatan dan ia sesungguhnya basah. Bilakah matahari akan terbit? Di ufuk yang mana?
Aku berbelah bagi antara ambil Emme arau tak ambil Emme. Zuhdi baru datang ambil kunci motosikal dan lewat ke toilet. Dato' akan kembali jam 7 katanya. Dan malam ini kami akan berpindah.

Ahad, Oktober 30, 2005

Meow-meow

Kali ini aku mengelak mencatat-catat selepas membaca dan membalas e-mel Mar--perempuan muda yang aku kita sangat-sangat menghormati hak kerahsiaan orang lain (sampai kini ia tidak menyoal 'cerita-cerita seluar dalam' aku, walau dalam separuh serius) dan suka fly-kan buku dengan percuma (dengan syarat ada sampul dan setem beralamat sendiri, kita jangan bekorban terlalu banyak, seperti kata Dato' Salahuddin Hashim, bos lama aku yang kini [sekali lagi] jadi bos baru aku).

Mar-- tiada lagi dalam dunia selain dua yang ini. Beberapa lama dulu, ada seorang perempuan hujung belasan (tahun) barangkali, ia cantik, kecil, tidak tergedik-gedik pada zahirnya. Kami berkursus wartawan muda anjuran bersama Insitut Kajian Dasar (IKD) dan Konrad Adeneuar Faundation (KAF) di Hotel Shah's Village.

Mar, penuntut UIA itu, ia cantik dan molek sekali. Ia tinggal di Seksyen 8, Shah Alam, "dekat dengan supermarket Giant," katanya, tika disoal Pak Khalid (Jaafar), Pengarah Eksekutif IKD malam akhir kursus, atas pentas ringkas, pipinya merah, ia malu-malu.

Aku tahu bapanya politikus berani di Wangsa Maju (masuk pilihan raya tetapi kalah). Dan padanya aku memendam rasa. Iya, perempuan itu masih menjadi wayang dalam kepalaku. Ada semacam slaid silang-menyilang dalam kepala (beginikah efek Israk-Mikraj? Aku tidak tahu).

Pagi itu, setelah tiga hari seingat aku, kami ambil breakfast berat di hotel dan Amir Sari beriya-iya nak interview aku untuk Radiq Radio (tak ada orang lain ke?) tapi aku layan saja. Kami di meja tepi pool, pokok-pokok daunnya jarang-jarang. Mar duduk di tempat letak tangan kerusi aku dan aku tahu iya sebenarnya pemalu. Dan yang lain terus berlalu. Mar mengikuti (jawapanku) penuh khusuk dan aku menjawabnya dengan penuh keyakinan. Soalan Amir banyak berkisar soal kebudayaan, khususnya sastera, ia terus kepada subjek: Buku ini cerita apa? Merujuk pada buku puisi kami (bersama Hany FF dan Wan Azman Wan Mamat) yang baru terbit ketika itu, cara mandiri.

Mar, ia gigih sekali, tidak manja, tidak liar. Dan ia sebenarnya kuat. Ketika pulang, dalam LRT, baru di stesen Taman Jaya, ia SMS aku. Kami berhubung dan aku sering pasif. Sebabnya satu: Aku masih belajar dan tak ada duit.

Kemudian Mar pelan-pelan aku lupakan. Sampai awal tahun ini, melalui teman penulisku, kata mereka Mercy dan PTS bikin projek cerpen keamanan. Aku diminta menyumbang. Aku majukan panitia sebuah cerpen tak berjudul (memang kerana ia tiada judul) tentang khayalan-khayalan dan imaginasi surealku--tentang Maisarah, perempuan Acheh (ejaan betul: Aceh) yang dirogol dua kali di laman rumahnya di Banda Acheh (sebenarnya: Banda Acheh) dan dongeng lipas dan tikus jadi-jadian.

Kata Ghafirah yang suka aku panggil "G" dalam SMS, ia diselenggarakan oleh si gadis tak mampu kutundukkan rasa berahiku padanya. Namanya bermula dengan "M".

Mardiah namanya, orang memanggilnya Mar; dan ia telah menikah.

Kemudian, hampir setahun lupa (itu hari-hari yang ini), tuhan mempertemukan aku (walau dalam ruang e-mel sekuman ini) dengan sang gadis--namanya bermula "M", dipanggil Mar dan namanya bukan Mardiah. Ia Marliza dan ia akan memberikan buku-buku padaku.

Aku dengar bunyi kucing meow-meow depan Monorel bawah pejabat. Ia melihat aku keletihan dengan kerja-kerja fizikal (dan sudah tentu juga mental) di ofis sejak tadi pagi. Ia menjadi saksi. Kadangkala ia lebih comel dari si Mar yang tadi.

Meow-meow itu suaranya seksi.

Rabu, September 28, 2005

Atilla & Genghiz

(Kepada Lutfi Ishak)

Memang, seperti Atilla dan Askar-askarnya, begitu juga Gengiz dan suku biadapnya, bukan saja pakaian, makanan dan lambang-lambang kebudayaan, tetapi juga zat dan intipati hati nurani kecil, minda, akal, keseluruhannya terjajah. Bukankah dalam sejarah, tak ada tamadun yang tumbang kerana tombak dan busur? Ttetapi, seperti yang pernah aku katakan dulu, dalam blog Nasa Natrah (komen pada artikelnya berkaitan kemerdekaan), "kita tidak pernah dijajah oleh apa pun, melainkan katakutan (ketidakberanian) di dalam diri?

Aku setuju dengan Syed Naquib bahawa kita tidak mempunyai kefahaman tentang ilmu (walaupun dalam petikan Sdr. tidak dinyatakan kefahaman jenis apa, epistimolgi atau apa?), walhal, peluang dan asas-asas ke arah itu pun barangkali kita tidak pernah ada?

Tentang hal ini, aku sering keliru, ada atau tidak ada? Kalau ada kenapa tidak maju-maju (istilah yang lebih tepat bagi aku ialah "matang"); dan kalau tidak ada, apakah benar tidak ada, sedangkan kita sudah punya banyak universiti, kedai buku Kinokuniya KL lebih laku dari Kinokuniya di Tokyo. Ini memang aku tidak pernah pasti.

Yang pastinya, aku rasa adalah ketidakberanian (untuk tahun) yang dalam. Fenomena ini aku fikir menyamai Era Kegelapan (Dark Ages) di Eropah sedikit masa lalu atau ratusan tahun selang antara Ibrahim dan Muhammad di tanah Arab--kegelapan, Jahiliah, stupid, idiot!

Kerana itu datangnya Islam membawa cahaya (Konsep cahaya [Nur] sering dikaitkan dengan kebenaran dan Tuhan; alangkah mulianya) dan datangnya Pencerahan (Enlightment) menyelamatkan orang Eropah Silam. Ilmu (rasionaliti) sangat mulia, ditinggikan dan menjadi kayu ukur dalam pentaklifan ibadat kepada makhluk.

Aku lebih suka kepada perkataan pencerahan (bukan "Pencerahan" dengan "P" huruf besar) berbanding ilmu kerana aku rasa ia lebih komunikatif, tepat dengan susur pshchy bangsa ini yang ingin kuat dengan tradisi keislaman dan sedikit terdedah dengan kebudayaan Barat (melalui penjajahan dan globalisasi). Sebagai contoh, dalam teosofi, dalam sebuah tulisan Sheikh Abdul Khadir al-Jailani, disebut, pada para-para awalnya (mafhum), "..yang terawal diciptakan ialah air, kemudian Nur Muhammad. Dan Nur Muhammad itu mengapung (untuk beberapa lama) di permukaan air tersebut." Begitu juga relevannya Rasul menukar Yathrib kepada Madinah (Kota yang Bercahaya) (sekadar menyebut dua contoh).

Mengikut Kant, dalam sebuah esei terkenalnya was is aufklarung (What is Enlightment), bapa besar Falsafah itu menyebut (mafhum), "Pencerahan ialah keluarnya daripada ketidakmatangan ciptaan sendiri. Dan ketidakmatangan itu bukanlah datang daripada luar, melainkan ketidakberanian menggunakan akal fikiran sendiri tanpa bantuan orang lain."

Maka, hujung akhir kepada ilmu pengetahuan ialah eksploitasi akal yang maksima dan optima. Maka itu relewanlah kata Goenawan Mohamad dalam sebuah artikelnya, yang sering dipetik, "penulisan kami tidak menemukan kebenaran tetapi mengetuk-ngetuk pintu kepada kebenaran tersebut."

Bersambung...

P/s: Lut, janganlah tulis kat komentar, jadilah penyumbang. Banyak benda aku nak bincang dengan hang secara lebih serius. Aku hargai komen hang tentang artikel Ilmu Hak Allah.

Sabtu, September 24, 2005

Ilmu Hak Allah

Hj. Abdul Rahman Limbong menolak membayar cukai tanah kepada Inggeris atas beberapa alasan. Tetapi intinya satu: Setiap manusia berhak memiliki tanah kerana alasannya, yang kemudian daripada itu menjadi slogan perjuangan seperti bendera, "Tanah Hak Allah."

Pada waktu itu, ekonomi tidak pernah dijangka sejauh ini, imam besar itu punya kesedaran bahawa modal bangsa ketika itu (iaitu tanah) perlu dipertahankan habis-habisan orang orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam.

Namun, pada masa kini, modal besar bangsa saya fikir bulan lagi tanah tetapi ilmu pengetahuan yang jambatannya adalah pendidikan dan buku. Hampir semua rakyat Malaysia memiliki peluang mendapat pendidikan asas kerana kos mampu bayar (atau sedikit belas ehsan mana-mana pihak), tetapi saya percaya tidak ramai yang berpeluang mendapatkan bahan bacaan berkualiti. Kenapa? Jawapannya mudah: Ringgit!

Keterbelakangan dan ketidakbangunan yang pesat umat ini, terutamanya golongan luar bandar tak akan kunjung selesai kalau mereka masih tidak dapat memiliki buku. Dalam sebuah demokrasi, masyarakat berwawasan dan moden ini, bagaimana penafian besar ke atas hak asasa manusia sebegini boleh berlaku?

Melihat kepada sejarah, al-Imam dan gerakan-gerakan penterjemahan, penggalakkan dan pembukuan ilmu pengetahuan (dalam pelbagai bentuk dan medium) boleh menjadi model asas kepada kita.

Melihat kepada masa kini, Yayasan Gutenberg, melalui laman webnya telah memberikan ratusan buku percuma untuk dimuat turun oleh sesiapa sahaja atas satu alasan: Setiap manusia patut diberi hak memiliki buku (dan akses dengan pengetahuan).

Dan alangkah baiknya kalau kita mulakan satu projek menulis dengan percuma untuk masyarakat yang tidak mampu membeli buku, bukan kerana tiada duit, tetapi ada keperluan-keperluan yang lebih penting seperti untuk perut dan tempat duduk. Tidak banyak, cuma sebuah buku, apa pun, pelbagai bentuk. Bukankah ini cocok dengan ungkapan "Seni Untuk Masyarakat" yang sering kita sebut-sebut itu.

Masalahnya bukan pada sosok atau pengkaryaan penulis, tetapi tanggungjawab moral asasi sebagai seorang manusia untuk akses dan bertimbal-balik dengan pergolakan dalam masyarakat yang real.

Seorang teman wartawan pernah menyebut, "pepimpin baik yang dikelilingi pengikut-pengikut jahat adalah lebih bahaya daripada seorang pemimpin jahat yang dikelilingi pengikut-pengikut yang jahat."

Tetapi, untuk laman ini, biar disebutkan bahawa, "penulis bijaksana yang dikelilingi masyarakat yang bodoh lebih bahaya lagi daripada penulis bahlul yang dikelilingi pula orang-orang yang bodoh."

Jumaat, September 23, 2005

Jalan

Kecik-kecik dulu, seawal darjah enam (atau lebih awal lagi) aku selalu ikut ayah ke ceramah (PAS). Bapa aku kuat PAS. Tapi bila besar, tak banyak yang mampu aku ingat. Aku paling suka dan paling ingat ceramah Mat Sabu pasal Revolusi Iran yang bersamangat dan ceramah dia lepas kena tangkap khalwat. Aku suka cara dia membela diri di hadapan orang kampung dengan retorik yang mempesonakan. Deskripsinya kadangkala sangat lucu (dan melampau).

Bila dia berenti jadi Ketua Pemuda, kita melihat fasa kedua dalam dirinya (walau yang ketiga lebih menarik). Mat Sabu tidak lagi marah-marah, maki polis, kutuk-kutuk Mahathir (aku pernah dengar dia kata Mahathir "pondan Siam").

Selainnya, aku pernah obses dengan Presiden PAS Hj. Hadi Awang (bukan aku saja, Asiaweek juga pernah siar wajahnya di muka depan dengan judul "Will He One Day Lead Malaysia?"; dan label lain dalam isu khas seratus orang paling berpengaruh di Asia, dia pernah dalam kedudukan selesa dengan lebel "The Moderate Face Of Islam".

Tetapi bukan ini semua yang ingin aku ceritakan. Yang ingin aku ceritakan ialah apa yang Tuan Guru ini pernah ceritakan, misalkan. Dia mengupas isu Barisan Nasional (BN) tentang jalan raya (simbol kepada pembangunan). Bagi tokoh besar ini, soal jalan ialah soal yang terlalu remeh. Antara lain dia menyebut (lebih kurang), "sesiapa pun yang memerintah dia akan buat jalan. Negara Komunis pun ada jalan...


Bersambung...

Khamis, September 22, 2005

Catatan Awal

Kebebasan Adalah Harapan Tiap Bangsa


Aku bikin blog ini dengan harapan menyampaikan pandangan-pandanganku berkaitan dunia sastera (juga genre seni budaya yang lain) tanah air (dan barangkali juga Indonesia) dan alam mana pun yang menulis dengan bahasa Malaysia. Aku mengalukan-alukan komen atau artikel dari mana-mana orang sama ada yang menulis atau yang tidak menulis--dari tiap latar; kerana aku percaya apabila sastera telah masuk ke Ruang Awam maka, untuk terus survive, tidak dapat tidak mesti mau berinteraksi, berdebat dan berasimilasi dengan apa pun; dan identiti sentiasa dibentuk, bukan untuk manusia, tapi oleh manusia.

Aku fikir, sastera kita untuk maju mesti, sebagai tubuh fizik harus mandiri dan indipenden. Untuk itu, ada dua cara. Pertama, menulis-menderak ke arah itu atau kedua, kita mulakan saja seolah-olah kita berada di ruang yang sangat bebas, seperti yang kita idamkan itu. Dan aku memilih yang kedua.

Kenapa aku lakukan ini? Pertama, kerana aku suka menulis dan suka keindahan sastera dan kedua, kerana senario ketidakbebasan ini tidak menghormati manusia. Ingin bebas adalah harapan tiap manusia.

Untuk 'Generasi Rock & Roll', salam sejahtera dan assalamu'alaikum.

Rabu, September 21, 2005

Tangisan Katrina

Dan hujan pun turun menyalahi hukum pembaca berita tentang ramalan
cuaca. Hasmi dan Amir telah setengah jam pergi. Ada beberapa keping
surat dengan letter head Anwar Ibrahim.

Klang, ini malam kami pulang (juga).

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)