IKLAN

Cari Blog Ini

Rabu, Januari 18, 2006

Enam-Kosong dan Soekarno si Celaka

Saat merangkul Piala Malaysia setelah 83 tahun berputih masa dua tahun lalu sebelum tewas dengan Selangor tahun lepas. Barangkali ini saatnya melepas kembali geram.


Sabtu lalu Perlis mengalahkan juara bertahan Piala Malayaisa Selangor 6-0 dalam perlawanan bola sepak Liga Super. Aku sungguh gembira. Bukan kerana aku lahir dan punya semangat Patriotisme yang tinggi terhadap negeri, tetapi ego pasukan ini amat tinggi walaupun hakikatnya kejayaan merangkul Piala Malaysia yang lalu adalah, salah satu daripada faktor besarnya ialah, faktor Bambang--mamat Indonesia itu.

Panji yang disanjung Gergasi Merah ini.

Gergasi Merah ini sejak kecil, aku selalu nampak ego yang melampau kalau menang apa pun. Ditambah dengan ulasan di kaca TV yang macam tak best, macam sokong geng selangor.

* * *

Sepanjang minggu adalah hari-hari yang memenatkan. Seperti yang aku ulang-ulang: Bekerja meletihkan saya! Malas juga mengurus blog-blog (yang sebenarnya banyak sekali, yang sebahagiannya adalah rahsia sama sekali. Tidak ingin aku dedahkan. Melihat statistik dari Blogpatrol.com, aku tau berapa orang masuk blog aku, dan audien mana yang masuk. Dan aku selalu mengagak siapa ia, lebih jelas kalau mereka meninggalkan beberapa pesan atau komen.

Maka hari minggu lalu, setelah meninggalkan kekasih tengah hari Ahad, aku menghabiskan masa bermesra dan melayani diri sendiri. Dan aku mula membuka kotak-kotak, mencari buku-buku yang masih tersisi dan tentunya jarang habis dibaca. (Oh, aku teringat Mar, gadis molek pemurah yang menghadiahkan aku dua buku yang cocok sekali).

Maaf, blog ini ingin sedikit lari daripada menjadi terlalu personal (walau sepatutnya aku halusi dan tulis ini di republik kata.

TNI setelah 30 tahun Sajidiman menulis bukunya.

Aku cuba gagahi Langkah-langkah Perdjoangan Kita karya Sajidiman Surjahadiprodjo, Brig. Dgen. Tentera Republik Indonesia (TNI) yang diterbitkan pada 1971 oleh Pusat Sejarah Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI).

Sedikit penat, bukan kerana tulisan bahasa Indonesianya, tetapi gaya dan sistem tulis-menulis zaman 70-an yang dipakai, tetapi ada beberapa bahagian yang memikat aku (bukan sahaja kerana fizikalnya yang lusuh, antik, bahkan selekeh0.

Telah aku habiskan dua bab. Dari awal, sejak asal pewujudan TNI, penulis sering menegaskan bahawa perjuangan TNI itu adalah bagian dari perjuangan rakyat yang mengabdi kepada Pancasila sebagai idealogi negara.

Ada tiga ancaman, menurut sang general ini, terhadap kebahagiaan republik yang 90% rakyatnya beragama Islam ini: (1) Ancaman pergerakan Darul Islam, (2)ancaman komunisme ala Soekarno dan (3) ancaman liberalisme.

Namun, dalam banyak hal, bottom line-nya hanya satu: Soekarno itu celaka (walau ia pandai berpidato) dan Suharto itu bagus. Gerakan 30 September-Parti Komunis Indonesia (GESTAPU/PKI) dilihat seperti jembalang. Barangkali seperti keadaannya di Radia Televisyen Malaysia (RTM) yang sering menyiarkan tragedi 13 Mei tiap kali menjelangnya pilihan raya.

Bersambung...

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)