Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, Februari 24, 2006

Kami Beri Dr. M 14 Hari - Angkatan Muda keADILan

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat(AMK) memberikan masa 14 hari untuk bekas Perdana Menteri (PM) Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed membuat penjelasan berkaitan pengakuannya bahawa pertemuan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) George W. Bush pada Mei 2002 telah membabitkan pembayaran sebanyak USD 1.2 juta (RM 4.5 juta) kepada seorang pelobi.



Samsul, kanan sekali. Bersama staf Suara Keadilan.


Mengikut Naib Ketua AMK Syamsul Iskandar Mohd Akin melalui kenyataan akhbarnya bertarikh 24 Februari 2006 itu lagi, beliau mempersoalkan relevan menggunakan khidmat pelobi untuk bertemu Presiden AS itu.

"Angkatan Muda meneliti perkara ini dengan penuh serius dan teliti. Apa yang menjadi persoalan di sini ialah siapakah individu yang sangat bermurah hati "mendermakan" jumlah wang yang besar untuk mengatur pertemuan dengan Presiden AS tanpa mendapatkan sebarang kepentingan," kata beliau melalui Kenyataan Akbar satu mukasurat itu.

Beliau mendesak Tun Dr. Mahathir menjelaskan siapakah individu yang terbabit dan kenapa beliau berminat berbuat demikian.

AMK juga akan menghantar surat memohon penjelasan daripada Tun Dr. Mahathir sendiri dalam jangka masa terdekat kerana disyaki terdapat kemungkinan bekas PM itu menggunakan kedudukannya ketika itu dengan menyalahgunakan duit rakyat untuk tujuan melobi tersebut.



"Sekiranya tuntutan Angkatan Muda ini tidak diendahkan, perkara ini akan dilaporkan ke Badan Pencegah Rasuah...," katanya lagi.

Berikutan itu satu surat akan dihantar kepada kedutaan AS di Kuala Lumpur meminta penjelasan mengenani perkata ini.

Mengikutnya Samsul yang juga merupakan peguam di Yusmadi & Co., pengamalan sebegini tidak mempunyai asas dalam struktur pentadbiran di negara itu mahupun di AS sendiri melainkan sistem AS yang korup.

Kenyataan ini dikatakan respon terhadap pengakuan Tun Dr. Mahathir sendiri yang didedahkan oleh Utusan Malaysia bertarik 21 Februari 2006 yang lalu. -epaladam&hawa

(Belum Berjudul)

TAK perlu aku perkenalkan diri, sudah diperkenalkan pun. Tapi bukan indon la....

Sebenarnya nama aku sesuai dengan maksud di sebaliknya. hari ini last aku kerja di Kuala Lumpur, berat rasanya... tinggalkan kawan-kawan. Banyak sangat kenangan aku disini. Perlis.... tempat yang aku...


Bersambung...

Wanted



Haris Dali bukanlah nama glamor. Nama glamor dia Budi. Macam nama Indon. Dia ni kawan sepejabat aku. Esok kami ke Perlis--negeri tumpah darahku. Kemudian kami tinggalkan dia seorang diri kerja di sana. Untuk memastikan aku terus tahu apa yang dia buat, aku paksa dia menulis di blog ini.

Orangnya bagi aku tak berapa handsome walaupun aku rasa dia perasan muka dia macam adik Ziana Zain (Anwar Zain). Tapi dia di masih bujang (dan galak campur gatal nak mampus campur musang campur lipas campur nyamuk).



Di atas adalah Kangar, nama seorang gadis kulit putih. Dan dia tidak pernah sampai ke Perlis dan tidak tahu ada nama bandar sama dengan namanya. Ini Kangar yang lain sedikit. Budi tak akan menulis tentang Kangar yang ini.


Dia kata akan menulis tentang kebosanannya di pekan koboi Kangar. Itu yang tak pernah sempat aku tulis.

Dia budak baru belajar. Kalau salah tolong jolokkan.


Sumber

Kangar
(Amaran: Laman ini berunsur separa lucah).

Rabu, Februari 22, 2006

bebas

rebiu blog

Nama blog: Patah Balek
Url: http://patahbalek.blogspot.com
Tarikh mula: Januari 2006
Kategori: Kewartawanan, pemikiran, budaya, isu semasa, agama dan kritikan




Mengutip sang blogger, diskripsinya mengenai laman jurnal di Internetnya sendiri, "sebuah buku, seorang pengarang, berjuta-juta kata dan hanya satu idea: kebebasan"

Fathi Aris Omar orang yang serius sekali. Dan baginya, menuntut apa yang malu-malu disebut orang itu (kebebasan) seperti gerila dengan hutan kata-katanya.

Tahun lalu ia menerbit sebuah buku, mengumpulkan kembali artikel-artikel lamanya (hingga yang terkini) di pelbagai penerbitan alternatif seperti dari kolumnya di Malaysiakini, Tiada Noktah dan akhar seni budaya Siasah.

Buku sederhana tebal (tapi tidak sederhana dalam keseriusannya) itu diberi nama Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi. Intinya (buku itu) saya kita adalah menoleh kembali Reformasi yang gopoh, melatah (bahkan digerakkan oleh, memetik katanya dalam sebuah artikel, "reformis yang tiada ilmu perubahan".

Merenung kembali itu wajib. Ketidakbebasan adalah pembelotan masa lalu yang tak boleh diulang-ulang.



Dalam blog ini, Fathi cuma membulat--seperti sfera, seperti matahari--yang mesti dilihat dari segenap jurus. Ia langsung mencatat-catat tentang imaginasi dunia bebasnya, tentang alam kewartawanan yang digugat (salah satunya barangkali beliau pernah rasa perit jadi wartawan indipenden dalam negara yang tidak sepenuh bebas), tentang budaya--menitip kembali filem-filem yang kering ditonton (aku tau ia suka Emily, filem Perancis cerita misteri gambar laki-laki botak--yang ia sebut seperti demokrasi dan kita). Ia berbicara tentang agama. Bagaimana agama membius manusia dan sebagainya.

Selain itu, Fathi gemar melontarkan ketegangan-ketegangannya dari pembacaan tentang falsafah dan pemikiran--menggumbal, mengerusut seperti benang yang disumpul. Sesiapa yang ingin kenikmatan jenis ini, membuka lipatan persoalan (dengan persoalan dan persoalan yang lain pula) akan menikmatinya.

Ia tidak merasa kekok. Lalu ia berkisah tentang cinta. Siapakah lelaki keras itu yang tidak lut dengan tujuh tikaman pedang cinta?

Saya link blog ini.


Bintang: * * * *
(Kurang satu bintang sebab kurang komunikatif dari sudut tema dan kadangkala bahasa).

Potong



ENTRI ini ada kaitannya dengan yang terdahulu ("Babi Panggang"). Saya gemar buah-buahan.

Sekarang panas walau hujan selalu juga turun sebelah petang. Tapi demi Allah, sebelumnya adalah neraka. Kerana itu buah-buahan kelihatan terlalu seksi.

Sepanjang Jalan Tun Sambanthan yang seperti warna pastel, pudar, coklat-lumpur, juga noir seperti dalam filem gengster (Castello atau 9 Naga barangkali), ada dua warna yang kami gemar. Sebenarnya tiga: Kuning, hijau. Sebenarnya dua.

Yang pertama nenas dan satu lagu mempelam atau kedondong. Tidak perlu merumitkan diri membuat pilihan seperti mahu menikah, semuanya enak.

Kedai Cina itu di celah-celah lorong. Belakangnya kedai India (pelik, kalau agamanya Hindu kami panggil kedai India, kalau Islam kami panggil kedai mamak). Cina itu perempuan--di tengah-tengah antara nyonya dan amoi.



Lihat gambar sebelah. Gerai buah potong itu terletak sebelah blok bangunan yang kelihatan di kanan gambar (tidak kelihatan dalam gambar).

Aku tak pernah makan kedai Cina (melainkan restoran besar atau hotel) sebab bayangkan dia bubuh babi. Aku selalu nampak kedai Cina yang kotor, selekeh dan... macam tempat orang jahat--lepak tepi jalan, makan mee dengan kayu penyepit, hisap rokok, pakai seluar pendek, minum "air Denmark" Carlsberg atau Tiger.

Mereka tidak potong--yang laki-laki atau perempuan (itu tidak saya hiraukan, "benda" dalam seluar siapa peduli, ma).

Seperti pernah aku tulis dulu tentang pandangan-pandangan dari nako ceruk pejabat aku, tentang "rumah merah" / "kedai ayam" sebelah restoran mamak an-Nur (semalam DBKL angkut kerusi meja dia dan biarkan kedai Cina okey-okey). Di depannya juga ada kedai buah potong. Penjualnya nyoya atau apek. Kerana itu aku rasa jijik makan buah yang dia jual (kecuali orang lain yang beli). Aku rasa dia bubuh babi.

Sebenarnya tidak. Begitu rasisme dan ketakutan-ketakutan (kerana warna kulit atau bentuk mata--sepet atau bulat--dalam konteks Malaysia--juga bau kerana aku difahamkan India ada bau sikit lain) yang tertanam dalam kepala kita tanpa sedar.

Sebagai Muslim, kepada Muslim saya ingatkan, kita tidak perlu memotong kepala orang bukan Islam yang kepala kot*nya tidak dipotong. Kemudian kita mencipta pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakan kita, walau kadang-kadang atas nama Tuhan (atau "Jihad").

Perempuan itu. Apek atau nyonya atau amoi itu, dia tidak bubuh babi. Bila aku tunjuk mahu buah mana, dia akan tanya, "nak bubuh asam atau kicap."

Tidak pernah walau sekali saya jawab, "babi." -epaladam&hawa

Kenangan



AKU benci kenangan kerana kenangan bisa mempengaruhi emosi kita masa kini. Kenangan akan membunuh keharmonian. Tapi ada juga yang manis nak mengkhayalkan seperti arak Denmark Carlsberg.



Gambar-gambar dalam entri ini adalah susuk saya tiga tahun lalu. Masa memecut terlalu laju seoalah tak ada halangannya. Dan kita seperti kura-kura yang ditinggalkan arnab. -epaladam&hawa

Isnin, Februari 20, 2006

Penulis Muda Produk IPT




ARTIKEL ini bermula dengan keyakinan.

Dalam kolumnya Jalan Tengah di Akhbar Mahasiswa, Mohd Dahri Zakaria mengulas, seterusnya mengutip beberapa nama penulis kelahiran IPT. Sarat sekali. Kelompok ini dikatakan berbakat dan rata-rata punya asas intelektual.

Penulis yang segar ini, yang berkarya secara sukarela, mengikut Dahri lagi perlu dimanfaatkan untuk memastikan karya-karya besar dan bermutu dapat dihasilakan dalam dunia sastera tanah air.

Artikel ini bermula dengan keyakinan. Betapa besarnya peranan IPT


Sumber

Mohd.Dahri Zakaria 2006, "Penulis Muda Produk IPT" dalam Akhbar Mahasiswa Bil. 26.

Sabtu, Februari 18, 2006

khalid

rebiu blog

Nama blog: khalidjaafar.org
Url: http://khalidjaafar.blogspot.com
Tarikh mula: Februari 2006
Kategori: Pemikiran, terjemahan



Khalid Jaafar adalah orang yang suka membaca. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD) dan merupakan tangan idea Anwar Ibrahim yang haliman-selalu tidak kelihatan kerana letak idea ialah dalam kepala, bukan melulu melolong reformasi tak ketahuan hala di Masjid Negara.

Khalid percaya pada rasionaliti manusia dengan sungguh-sungguh. Kerana itu dalam beberapa siri bengkel mahupun seminar, IKD di bawah Khalid Jaafar memfokuskan pada menerbitkan idea-idea Pencerahan (Enlightment) naik ke atas tanah.

Penulis yang memilih jadi Kanan (tidak Kiri) ini pernah dijuluk sesat oleh banyak orang, dituduh Islam Liberal kerana menyampaikan hujahan bahawa idea negara Islam hendaklah dipertimbangkan semula memandangkan contoh pemerintahan zaman Nabi yang dikatakan ideal itu hanya melibatkan kawasan geografi sebesar Bukit Beruntung sahaja dan peranan sang rasul dalam teritorinya itu mencakup peranan seorang pegawai daerah (DO).

Dalam blog ini, walaupun blog itu asalnya adalah catatan harian, banyak blogger telah menyalahgunanakannya buat menyampaikan idealogi dan idealisme masing-masing. Tidak terkecuali juga Khalid Jaafar yagn sering kami panggil Pak Khalid.



Pak Khalid kini di Amerika, membantu memberikan idea-idea kepada Anwar Ibrahim yang barangkali tidak sempat serius membaca buku. Dari sana beliau menulis berbagai-bagai tema. Antaranya falsafah, sejarah dan refeksi kepada teks-teks klasik yang baru (atau) sedang dihadamnya (atau bacaan kali berikutnya).

Blog ini bagi saya adalah mini Khalid Jaafar sebagai kolumnis majalah seni budaya Siasah dan Seruan Keadilan yang dulu. Sesiapa yang pernah membaca tulisan blogger ini di media cetak akan mendapati lebih mudah membacanya di media maya.

Kerana itu saya mengikuti selalu blog ini dan saya kira, sebagai tribute saya link-kan kepada blog ini.

Bintang: * * * *
(Tak cukup satu lagi bintang sebab blogger tak pandai edit kod html. Sebab tu masih ada perkataan Edit-Me dan ada sikit salah eja.)

projek



Projek ini bukan projek yang orang kawin saja boleh buat. Ini projek yang orang tak kawin pun boleh buat.

Ini bukan projek juta-juta yang diangan-angankan orang di kerusi empuk sana atau Ali Baba dengan 40 orang penyamun. Aku nak buat projek, disiplinkan diri aku merebiu. Aku dah malas rebiu buku atau filem atau teater. Aku nak rebiu blog pula.



Tengoklah nanti siapa yang berkenan di hati aku untuk rebiu dulu.

Aku terkesan dengan sebuah artikel aku baca di mStar. Artikel pasal perkembangan blog yang Fathi fwd-kan pada aku. Tapi rebiu ni aku nak buat ringkas je tentang blog mana yang tertarik di hati aku--aku tau, banyak sekali penulis blog di dunia ini--sebanyak rambut pelakon cantik-seksi Zhang Ziyi.

cina



Tadi aku makan malam sempena Tahun Baru Cina di Restoran Hasna, Klang. Aku pakai baju merah dan aku tumpang Jasmin (naik dari Chow Kit). Tapi tak ada orang pun pakai baju merah. Hanya aku dan Ginie sahaja.

Merah sangat baju dia. Silau mata aku. Aku makan sampai kenyang. Anwar Ibrahim cakap tak best, tapi retorik dia okey. Lewat aku pulang. Ang hantar aku dengan kereta cabuk dia. Aku suka dia. Dia orang Cina tua baik yang sentimental.

Ada pertunjukan kung fu di awalnya. Kagum aku tengok budak botak muda meniarap atas lembing.



"Orang (dari) China tu kena tipu dengan orang Cina Malaysia," kata Ang.

Dia ketawa.

"Buruh China banyak sangat sampai kena datang Malaysia," katanya lagi.

rahim



Aku sungguh terkenang teman baikku Rahim yang kini di Moroko. Aku yakin dia separuh berbahagia di sana. Sekurang-kurangnya angin Moroko itu, dan dingin malamnya selalu membawa mimpi indah--membawamu kepada "nida" di bukit tinggi--yang melambai.

hijau



Hijau. Alangkah hijaunya.

Boikot (Berakal?)

KALAU kau nak boikot Denmark, ini ialah apa yang kau tak boleh beli (dengan kata lain kau buat sendiri):

Memori

Memory 256mb Pc100 / Pc133
Used memory 256mb pc1100/pc133 Total quantity 300 units Availab

Catuaba Herbs
Catuaba has a long history of use in herbal medicine as an aphrod

Samsung Mobile Phones
Specifications Modes GSM 900/GSM 1800/GSM 1900 Weight 3.49 oz

MP3 Player
1)Movie play function: used for playing the movie, support MPEG-4

Laptop IBM P2-300
IBM thinkpad p2-300,64mb memory,4gb HDD or higher, CD-ROM,14" TFT

Caller ID Telephone
Functions: 1) Touch panel caller ID telephone 2) Call number di

Sony Vaio Vgn-a190 17
DVD recorder(multiformat- does both +rw and -rw). Make your own d

Caller ID Telephone
Functions: 1) Touch panel caller ID telephone 2) Call number di

HP N4000 360 MHz
HP N4000 A-Class 360 MHz RISC CPU 512 MB Memory 18 GB HDD Ex

Acer Ferrari 4005
Acer Ferrari 3400LMI Mobile Athlon 64 AMD3000+ 15.0" 512MB 80GB D

Nokia 6260,6230,6600
Features Integrated digital vga camera Mobile email and vpn cli

Sandy
Super-bright, high resolution colour displays Main LCD 1.8inch,

Mobile Phones
General Network UMTS/GSM 900/GSM 1800/GSM 1900 Size Dimensions 1

Nokia 8800
Nokia 8800 Also Nokia 8801 - GSM 850/1800/1900 General Network

Air Mineral

Raspberry Water
Mineral Water with a refreshing taste of Raspberry.0.5 Liter.

Pentium

Intel Pentium 4 Socket 478
Pentium 4 2.8 GHz / Socket 478 / 533 MHz / 8 KB L1 / 512 KB L2 /

Sony Vaio Vgn-a190 17
DVD recorder(multiformat- does both +rw and -rw). Make your own d

Power Supply

Chill Innovation Cp-520a2 520w Atx2.2 No-noise Psu
The worlds most silent active Power Supply with true 520W output!

Horse Feeder
Product Description: Fully programmable feed times Up to 15

Tjalfe
Tjalfe Specification Length(m): 2.4 Width (m): 1.2 Max Draft

HDD Enclosure
ACIT ApS offers a range of Enclosures: -1.8" -2.5" -3.5" -5

Panasonic 42 Plasma Display Television
Manufacturer panasonic Model th-42pwd7uy Screen size 42 Native

Automatic Inco Feeder
Fully programmable feed times Up to 15 different feed amount s

Thinkpad

Laptop IBM P2-300
IBM thinkpad p2-300,64mb memory,4gb HDD or higher, CD-ROM,14" TFT

Valve

Toggle Valve
Up to 300psig (20.6bar) SS316 and Brass PTEE soft seat standard

Yamaha R1
This is my personal bike. It is an outstanding motorcycle.



Marilah kita berfikiran lebih rasional, seperti orang yang berakal. Ada orang Islam buat. Kalau nak boikot, semua barang pun kena boikot. Macam mana dengan keluaran Amerika, Britain dan segala yang bersangkutan dengan Yahudi? Nampaknya orang Islam boleh makan kicap Tamim sajalah.


Sumber
Alibaba.com

Jumaat, Februari 17, 2006

Honoured Fellow-citizens with the Moslem World

Published on the 30ème January 2006
Internetavisen Jyllands-Posten




THE DANISH daily newspaper Jyllands-Posten, defender of the democracy and the freedom of religion, respect the right of very human to practise its own worship. Serious misunderstandings in connection with labels on the Mahomet prophet involved a great anger and lately also a boycotting of the Danish products in the Moslem countries.

Allow me to rectify these errors. The Danish daily newspaper Jyllands-Posten published on last 30 September work of 12 draughtsmen on a possible pictorial representation of the Mahomet prophet. That fell under a debate of topicality on the freedom of expression to which we are very attached to Denmark.

In our eyes, the 12 drawings were sober and by no means offensive. These were not in contradiction with the Danish legislation, but there is not any doubt that they offended many Moslems and we present our excuses to them. It circulates since in the Moslem world of the insulting drawings which were never published in the Jyllands-Posten daily newspaper, and which we would never have reproduced if they had been proposed to us. We would have refused them by prevailing us owing to the fact that those enfreignaient our ethical limits. Jyllands-Posten attempts to maintain a level ethical high which rests on the respect of our fundamental values. It is all the more regrettable as these labels were presented as if Jyllands-Posten were concerned.

The publication of the 12 labels was interpreted - perhaps because of cultural misunderstandings - as a campaign carried out against the Moslems to Denmark and in the whole world.

What I refute categorically. Precisely because we are in favour of the freedom of religion and that we respect the right of each one to practise his own worship, far from us is the will to offend anyone in its belief.

That that occurred despite everything is consequently nonintentional.

Following the discussions which the labels involved, we met representatives of the Danish Moslems and these meetings were held in a spirit positive and constructive, just like we seek by other means to establish a profitable dialogue with the Danish Moslems.

Jyllands-Posten expresses the wish of a common life in peace and the harmony for the various groups of the population, and that the discussions and the dissensions which are the characteristic of a dynamic company accompany by a mutual respect.

This is why our daily newspaper published many articles which describe the positive faces of integration. Inter alia in a special supplement, called "Contributing", which recalled the courses of success of a group of Moslems in Denmark. This supplement was rewarded for a Price allotted by the European Commission.

Jyllands-Posten disapproves the acts symbolic systems which are specific to démoniser given nationalities, religions or groups.

Cordial greetings.


Mr. Carsten Right
Writer as a head

Aku Suka Denmark



Aduh, betapa indahnya negara ini.




Di atas adalah pemandangan Jutland (Jylland), semenanjung tunggal Denmark selain 405 pulau-pulau sekelilingnya. Semenanjung ini sama namanya dengan akhbar Denmark Jyllands-Posten yang dituduh menghina Islam dan nabi Muhammad.

Ada banyak lagi foto-foto Denmark yang mengasyikkan. Sila klik gambar di bawah:



Sumber gambar
Wikipedia Commons

Rabu, Februari 15, 2006

PIDATO PERNIKAHANKU*

Matahari adalah Merah dan Dunia Tidak Harus Gelap-gelita


“Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata."—al-Quran:30:12


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

TERIMA KASIH saudara pengerusi. Yang saya muliakan kawan-kawan, sanak saudara dan saudara-saudari semua kerana sudi hadir sebagai tetamu cinta saya dan isteri serta keluarga kedua-dua belah pihak. Semoga kadatangan saudara-saudari sekelian yang saya anggap sebagai saudara dunia dan akhirat saya akan menyemarakkan lagi cinta dalam dunia ini.



Saudara-saudaraku,
Mari kita mengenang sang nabi, Yusuf sang buangan dari kecemburuan keluarga dikutip dan dilelong di pasar. Kemudian menjadi orang suruhan di istana Zulaikha—isteri pembesar Mesir. Difitnah dan dipenjarakan. Zulaikha telah mendatanginya dengan cinta dan ia menolak dengan kemuliaan seorang manusia dan laki-laki. Kemudian ia dipenjarakan. Kemudian puteri ini datang lagi dengan cinta yang sebenar—yang halal. Yusuf menerimanya dan tuhan telah memudakan usianya berkali ganda dan menjadikannya kembali dara. Dan Yusuf memasuki penjara yang lebih dalam dan gelap iaitu penjara cinta sang Zulaikha—penjara yang penuh keasyikan di dalamnya umpama Firdaus dan taman-taman hijau.

Saudara-saudari sekalian,
Dalam ‘Penjara Yusuf” inilah saya terpenjara hingga membawa ke pelamin yang ini. Dialah perempuan yang ‘jahat’ itu (Emme Nurelyana Sazali), menikam saya dengan cinta. Maka itu di hadapan saudara semua, saya bersumpah dengan nama Tuhan pemilik langit dan bumi bahawa dia akan kekal sebagai bidadari saya hingga ke dalam Firdaus, dalam taman-taman yang hijau mengasyikkan, ada piala dan anggur, orang-orang berpakaian putih dan tertawa; dialah isteri dan permaisuri dunia akhirat saya.

Saudaraku,
Kami bertemu Mac lalu di Perlis secara tidak sengaja. Dia mengurat saya dan saya menerimanya dengan sumpah juga. Hari ini sumpah itu telah saya buktikan, Cuma setahun lamanya. Benar, begitu berat menanggungnya melebihi gunung dan lautan dan angkara raya.



Saudaraku,
Cinta kami ajaib sekali seperti daun pakau yang luar biasa. Ketika saya menerima cintanya, baru ini kamu baru dua kali berjumpa, tidak pernah berjanji temu dalam erti kata yang sebenar. Kami hanya berhubung melalui SMS dan kerap pula bergaduh. Kami saling tidak mengenali. Cuma yang terus mengikat adalah cinta. Adalah cinta. Cinta. Cinta. Dan cinta. Dan ketika kami declare saya masih tidak tahu nama sebenar mahupun nama penuhnya. Dan begitu juga dia.

Saudara-saudaraku,
Saya percaya, inilah yang namanya cinta. Kita tidak perlu apa pun untuk menerima kasih melainkan satu: Perasaan. Iya, benar, perasaan saya berkata begitu. Asyik angau menyebut namanya dan dia juga begitu-sepanjang malam, sepanjang siang. Telah gugurlah dunia, melupaslah matari dan kawanan awan kerananya. Cinta itu telah mengalahkan seribu ruang, segala jisim. Bukankah yang pertama diciptakan itu adalah cinta? Sebelumnya air, bersamanya Nur Muhammad. Dan Nur Muhammad ini merapung seinci di permukaannya 60 tahun lamanya.

Wahai saksi ini cinta, sekalian anda,
Saksikanlah olehmu, telah kami tanggung beban perasaan ini 12 bulan lamanya; seperti Hajar sang permaisuri Ibrahim di padang yang gersang. Kemudian Tuhan menganugerahkannya seorang Ishaq.

Saudaraku sekalian,
Aku ialah jisim yang kurus sekali. Ketika bangun tiap pagi, depan cermin aku mengeliat, aku melihat barisan tulang-tulang dari kulit hitam yang jarang. Tetapi telah aku dapati, selama 25 tahun yang lalu, ia tetap kurang, di rusukku yang kiri. Dan hari ini saudara, pagi ini, demi langit dan bumi, aku dapati tulangku yang hilang itu ada bersama-samaku, dalam selimut tebalku. Oleh itu, aku mengajak saudara-saudaraku kepada kebaikan. Aku mengajak saudara-saudaraku kepada memperingati Tuhan dan mendoakan kebahagianku dan untuk saudara juga telah kami doakan semoga berkekalanlah rusuk saudara-saudara sekalian. Dan untuk yang bujang, dapatlah saudara tulang yang cocok untuk saudara, yang tidak menyakitkan siang dan malam, luar dan dalam, dalam panas, dalam dingin.

Saudaraku yang kucintai,
Terimalah kekasihmu tanpa ingatan, tanpa sejarah. Buanglah belenggu yang sengaja kamu cipta. Cintalah ia seadanya. Terima ia. Dan kami akan dapati, aduh, betapa hidup ini sungguh bahagia.

Selamat siang. Selamat menjamu selera. Ingat, mahahari adalah merah dan bumi tidak harus gelap gelita tanpa cinta. Selamat datang ke taman kami. Selamat bertamu ke taman cinta. Selamat dikurung sang ‘Penjara Yusuf’ ini.

Matahari adalah merah dan bumi tidak harus gelap gelita.

Asssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Yang benar,
MOHD JIMADIE SHAH OTHMAN
(Mewakili keluarga kami yang baru bersama Emme Nurelyana Sazali)


Sumber gambar:
POKER
Situs Dar-us-Salam Publications


*Ucapan ini masih di peringkat deraf awal. Saya mengalu-alukan komen, kritikan dan maklum balas untuk meningkatkan mutu ucapan teks ini.

Selasa, Februari 14, 2006

Kastam*


Selamat Hari Kastam Sedunia dan Salam Tahun Anjing. Gambar hiasan.


Maling kutu tohnya paria;
saksama batu tohnya garing.
Anjing itu rohnya setia;
manusia laku rohnya anjing.

Saksama aria terkena silat;
garing suria terpana bukitan.
Anjing mulia kerana jilat;
manusia mulia kerana salakan.

Sita langi padu manun;
me luping kanga kangah landar.
Kita menyanyi lagu lanun;
ke kuping telinga Shahbandar.

Mu hong!
Hong liku la. Mu.
Mu.


*Dua para pertama adalah pantun. Para ketiga adalah mantera+pantun manakala para terakhir adalah tiada kena mengena dengan pantun.

Sumber gambar
Situs Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Sabtu, Februari 11, 2006

Kunut*



Saudara-saudaraku, berhentilah memperolok-olokkan imam kita.


HARI ini ialah hari ulang tahun keputeraan putera umat ini.

Pertama, sejak bilakah doa kunut menjadi rukun sembahyang atau rukun nikah? Kedua, ayah saya Wahabi tapi dia tak mengaku dia Wahabi.

Saya dilahirkan, membesar dan mendapat pendidikan ke tahap menengah di Perlis--negeri yang saya tak mau kalah mengaku dia seksi. Persekitaran (pengalaman dan sedikit kepercayaan) agama saya berbeza. Orang Perlis dikatakan Wahabi (walau mereka jarang mengaku). Maka binatang apakah itu Wahabi?

Pada kurun keempat atau kelapan hijrah, tertutuplah sudah pintu ijtihad. Para ulama hanya menegaskan dan kadang-kadang mengolah seditik hukum-hukum lama. Maknanya kurang sekali istinbat dan ijtidad dalam tiap proses beragama. Maka agama telah menjadi barang mati dalam sejarah--jadi sebagian dari koleksi muzium. Maaf kalau ungkapan saya terlalu lancang (dan saya sepatutnya diarahkan berambus saja dari alam blog-blogan itu seperti Raja Yusuf Ariffin mahu saya dihantar pulang dari Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2005 jun tahun lalu berikutan pandangan saya sewaktu membentangkan kertas Potret Soorang Penulis Muda Sebagai Hang Nadim**).

Tetapi pada waktu itu tidak semua yang tidak berijtihad. Ada seorang tua segak yang tidak pernah menikah tekun mengasah kepalanya berijihad mencari penyelesaiaan untuk masalah-masalah baru umat. Namanya Ibnu Taimiyah. Orang tua alim ni bangun membanteras segala bidaah dan khurafat dalam masyarakatnya tatkala semua manusia bungkam, termasuk yang tebal-tebal serbannya. Soalnya hanya satu: Ketakutan. Tidak tolol atau bahlul.

Kant pun menulis sebuah esei yang terkenal walau beliau tidak pernah berjumpa atau tahu sheikh besar kita ini. Judulnya Was is Aufklarung (Apa itu Pencerahan). Beliau mengungkapkan dan memecahkan jawapan yang akhirnya menambahkan keimanan saya tentang kejituan hidup (kerana orang yang tidak berfikir itu hakikatnya tidak pernah hidup--seperti batu dan lembu) imam besar kurun lalu yang tadi. Ketakutan zaman Ibnu Taimiyah tidak pernah padam atau mengenal jarak geografi dan masa.

Kant berpendapat bahawa ketakutan (menggunakan akal) itu berpunca daripada kebaculan untuk mencari jawapan sendiri--kecenderungan ikut-ikutan atas sebab-sebab tertentu. Ketika itu gereja dan raya. Akhirnya wujudlah dua kebenaran untuk satu jalan. Saya kebenaran yang benar dan dua, kebenaran yang benar di mata pemuka feudal.

Sang sheikh yang tadi pula betapa hebatnya (dia juga dianggap sebagai seorang tokoh ekonomis Islam terawal). Ia membuktikan bahawa hukum itu berubah mengikut masa dan zaman, bukan sebaliknya yang menjadi asas kepada sistem kaedah fekah (qawaid al-fighiyah). Kemudian dia mati dan dunia Islam mengangap kononnya telah ada mazhab baru dalam Islam selepas Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamah. Iaitu mazhab Ibnu Taimiyah. Kemudian sesudahnya asas-asas ajaran sang mursyid telah diperkembangkan oleh anak muridnya yang paling geliga ketika itu iaitu Ibnu Qaiyim. Kisah-kisah mereka pun menjadi seperti epik dan bersebar dalam banyak cara dan banyak tempat.

Dan lahirlah seorang mujadid baru yang dijanjikan abad, Muhammad bin Abdul Wahab namanya yang, sepanjang hidupnya menghabiskan masa menegakkan kebenaran hakiki yang pernah diperjuangkan dua sheikh terawal yang begitu beliau kagumi. Jalannya terlalu sukar. Saudaraku, marilah kita menangis untuk pemuda gagah perkasa ini. Hari ini ialah hari ulang tahun keputeraan putera umat ini.

Bersambung...



NOTA
*Ejaan yang sering digunakan mekuas ialah qunut.
**Saya hanya kata "Tuhan yang kita fahami itu adalah Tuhan yang terkurung dalam teks. Walau saya tidak langsung berniat menghina, tetapi membuktikan iman itu bukanlah barang mudah dalam hidup--yang menggelongsor licin seperti bayi dari lubang rahim si ibu.

Kartun hiasan: www.iraker.dk/nyt/serie.php

Babi Panggang



RESTOREN YIT SIEONG namanya. Tidak pernah masuk (rancangan TV) Jalan-jalan Cari Makan. Pengacara gemuk itu pasti tidak sanggup makan macam dia selalu buat. Kalau boleh dibubuh bintang, secara visualnya beri saja satu setengah bintang--kotor, serabut, orang Cina minum arak, bising dan nyonya tua jadi pelayan. Tetapi inilah antara restoren yang terlaris di Tun Sambanthan. Kedai ini, ia ada bau yang lain.

Balik kerja, lepas gerai ubat kot* dan rumah merah, aku akan lalu kedai ini. Dari jauh kami selalu beredar (selain ada anjing liar yang liurnya meleleh). Ada banyak kiosk di kedai itu. Antaranya sate (baru buka), yong tau fu (malam saja), mee babi (pork mee) dan ayam dan itik golek. Aku terlalu teringin nak makan itik itu. Tetapi saban hari aku dapati ada ketulan daging besar, merah, baunya lain sebelah itik panggang. Pada mulanya aku sangka daging tetapi aku terfikir kembali (Cina tak makan daging seperti Melayu makan, tak makan daging tak seperti Hindu tak makan daging.

Kemudian satu hari aku beli daging itu, makan ia, telan ia dan aku dapati ada tulisan pork dekat cermin kiosk itu. Aku muntah hijau.


Sebenarnya aku tidak pernah makan, mahupun hampiri. Aku berkhayal. Tetapi daging panggang itu kelihatan enak.

Dalam khayalanku yang lain, aku sering bayangkan menjamah lauk jenis ini bila mati nanti di syurga yang tiada kata haram di dalamnya.

* * *

Gan kata ingin beri saya kuih-kuih Cina tetapi malangnya ia haram (untuk saya).

Saya tanya kuih bakul. Saya ingin sangat.

Tan kata kuih bakul boleh. Tapi katanya lagi kalau tak masuk benda tu tak jadi sangat. Macam orang buat tapai tak jadi, kata saya. Tan mengiyakan.

Perempuan muda itu senyum mesra, ingin hantar saya pulang ke Brickfields. Dia saya, "saya akan goreng untuk kamu."

Saya berpakaian merah. Ia berpakaian merah dan saya tidak mengucapkan Selamat Tahun Baru kepadanya.

Jumaat, Februari 10, 2006

Ubat Kot*



SIANGNYA kosong, tetapi malamnya penuh kerumunan manusia. Sebuah sudut dekat tiang besar Monorel dekat (terlalu dekat) stesen KL Sentral. Itu laluan yang biasa aku ambil tiap kali pergi atau pulang dari kerja. Ia sederet dengan bangunan yang ada kedai makan Cina, Karaoke, Hotel Mexico (dan hotel-hotel murah lain--kami panggil hotel ayam, rumah urut dan rumah-rumah pelacur yang dikaburi dengan nama "Rumah Tumpangan". Kerana itu ia dikira strategik.

Aku teringat katanya, memperkenalkan seorang teman satu kapal dengan mereka, "ini budak baru dalam bidang 'per-kot*-lan'."

Ada tiga orang keseluruhannya. Kadang-kadang tiga. Mereka jual minyak lintah, langsung bikin demo dengan kot* palsu dari kayu. Orang ramai pun tertawa (seks adalah wit tertinggi orang Melayu). Katanya, ubat dia boleh modified kot* untuk menambanhkan saiz antara setengah hingga dua inci. Itu saiz yang okey kata mereka (jika terlalu panjang atau besar, susah nak pakai seluar, kena lipat atay gulung, katanya lagi).

Ada empat cara menggunanakan ubat itu. Antaranya 'berjabat'--memasukkan cari ke 'lubang cincin' sejurus bangun tidur dan 'dimain-mainkan' bahagian itu dengan hujung jari hingga akhirnya jari dapat dimasukkan penuh.

Lubang cincin katanya adalah lubang kecil, tohor antara paha dan testikal orang lelaki. Dalam lubang itu kononnya ada lendiran. Apabila lubang itu terbuka kononnya keupayaan seks laki-laki akan sehebat harimau, mahupun babi hutan.

Mendengar ceritanya menambahkan keceriaan dalam hidup saya. Tambahan pula dia menunjukkan gambar segala kot* keturunannya yang tegang, besar, kukuh dan kononnya hebat (sehingga boleh gantung buah kelapa).

Antara tips yang selalu diulang-ulang lagi ialah waktu bangun tidur, kot* tegang, laki-laki diharamkan kencing. Sabar dulu sehingga ia mengendur.

Tetapi apalah maknanya kot* panjang dan keras kalau ia menyakitkan sang perempuan, menenggelamkan langsung nikmat yang tinggal. Bukankah Telah menciptakan kot* suatu bangsa sesuai dengan bur*t bangsa itu juga? Begitu Hj. Mahmud pernah bercerita dengan saya. Tapi hujahnya lain pulan, kena 'servis' (urut) selalu, betulkan urat-urat supaya darah berjalan lancar.

Ubat itu, barangkali 'tetamu rumah merah' akan membelinya. - israiliyat

Pra-ubat Kot*

MAAF, semalam blog ini tidak dapat diakses. Bukan masalah teknikal atau salah Blogger. Akan blog ini sudah aku block; dan telah aku cabut beberapa artikel--sebenarnya sebahagian besar atas sebab-sebab yang tidak dapat aku ceritakan, walaupun sebahagian besar jugalah yang menjadi nadi dan roh kepada blog ini. Maaf, kalau selepas ini kurang sedikit israiliyatnya dan kurang sedikit yang benar-benar cintanya.

Saya lepas membikin sebuah blog baru tentang yang apolitikal tentang Anwar Ibrahim. Anda semua dipersilakan melayarinya. Tetapi untuk tujuan politik, saya nyatakan terus terang terang, akan saya banned keseluruhannya; kerana saya tidak mau melihat manusia ini sebagai sang panglima politik tetapi trend setter dalam dunia fesyen (dan sebagainya selagi dalam garis yang apolitikal). Saya bukan orang politik dan tidak pula pernah masuk Parti Keadilan Rakyat. Boleh layari Anwar Ibrahim Fan Club.



Saya juga telah link-kan blog ini dengan Politik Pop kelolaan wartawan Haris Zalkapli. Binatang apakah itu politik pop? Nak tau boleh layari sendiri (walaupun mungkin tiada jawapan yang ditulis kerana blog baru itu tiada FAQ).

Sebenarnya hari ini saya ingin menulis tentang ubat kot* yang dijual bawah stesen Monorel KL Sentral yang saya lewati saban hari. Selepas itu pasal babi panggang depan YMCA dan kemudian buah potong tepi lorong-lorong di Jalan Tun Sambanthan. Malangnya saya tidak cukup masa. Jam sudah hampir satu dan saya tidak berapa mengantuk. Cuma sedikit keletihan bekerja sampai lewat pagi tanpa bayaran over time. Esok saya ada tugasan luar di Dewan Perhimpunan Cina Selangor. Nak makan dengan kayu penyepit.

Maaf dengan tajuk entri ini. Saya tidak berniat berlucah.

Selasa, Februari 07, 2006

(Brickfields) Untuk Ali, Ah Chong dan Mutu



Sukar menggambarkan Brickfields tanpa noda. Sebuah sudut paling belakang dalam pejabat saya, di situ kami sering menyedut karbon diaksida+kimia yang kami sebut'oksigen'. Sebuah nako tidak telus dari luar dan selalunya ada bapa ayam dan beberapa ekor anaknya. Brickfields selalu menakutkan kita melebihi polong dan seribu jembalang--tidak mesra dan sering meloncat-loncat; biarpun dalam imaginasi yang sering menjadi liar.

Hampir tiga bulan setengah saya di sini. Ketakutan saat pulang malam berjalan kaki. Itu yang kawan-kawan tidak mengerti bila telefon yang berbunyi tidak berangkat. Menjawab ajakan "jom minum kopi (di Telawi)" memang payah.

Saya sering ingin mabuk dengan dua atau tiga batang sekali gus. Merokok memberi semangat dan menghilangkan kecelaruan hidup saya. Sebuah restoren dan sebuah restoren (yang lain) sebelah menyebelah. Itu yang saban hari saya saksikan. Dan, betapa kotornya lorong belakang Jalan Tun Sambanthan ini. Tikus-tikus. Sampah. Bau busuk. Orang baik berjalan cepat-cepat.

Sebuah meja, orang memotong sayur dekat tong sampah. Pelacur berjalan mundar-mandir. Tua-tua belaka dan haganya cuma RM 30.00 sahaja. Walaupun saya bukan baik, tetapi bukan jahat sangat. Bukan baik kerana ada panahan berahi lewat imaginasi (bukan baik) dan bukan jahat barangkali kerana 'restoren' itu tidak menyelerakan.

Perempuan merah kelihatan tua dan hodoh dan siapakah yang sanggup menjamah daging yang dikerumuni seribu jari? Namakan!

Waktu kecil kita mendengar (dan melekat) dengan cerita-cerita Ali, Mutu dan Ah Chong, di rumah bahagia ini, dari nako yang separuh telanjang, banyak sekali cerita-cerita Ali, Ah Chong dan Mutu--keluar masuk, pembeli-penjual.

Kerana itu barangkali saya benci kata perpaduan. Dalam hati saya memaki-maki, "perpaduan tahi (sebut "taik" untuk lebih kick lagi) kucing."


Sumber Gambar
hiddenhate
Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (41) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)