IKLAN

Cari Blog Ini

Rabu, Mei 31, 2006

Da!

Montenegro, selamat merdeka. Dilepaskan melalui sebuah pungutusan suara--suatu amalan demokrasi yang tidak biasa dalam Persekutuan Malaysia. Di rantau ini, Timor Leste semasa pemerintahan Habibie pernah dilepaskan dengan kaedah yang sama. Tetapi tidak untuk Acheh Darussalam.

Jumaat, Mei 26, 2006

Sebaris dari Syair Perahu 2

Photobucket - Video and Image Hosting

Baris keempat, perenggan ke-21 dari Syair Perahu Hamzah Fansuri:

Tongkat lekat tiada terhisap
Badanmu remuk siksa dan azab
Akalmu itu hilang dan lenyap
............................*

*Teks asli telah terhapus

Selain sebaris misteri ini perenggan pertama sungguh mempesonakan aku. Dari Rubayat menceritakan bagaimana pujangga mengembara mencari tuhan. Sebuah perjalanan yang sukar (kerana itu ia sungguh bermakna).

Hamzah Fansuri di dalam Mekah
Mencari Tuhan di Baitil Kaabah
Dari Barus ke Kudus terlalu payah
Akhirnya dijumpa di dalam rumah

Hamzah punya ungkapan yang lain dalam pencariannya tidak seperti yang aku temui dari catatan Ahmad Wahib yang terkenal itu. Ungkapannya, walau dalam bentuk yang lain terasa keras, berontak, melilau dan hadir dari kekususan dan 'kesesatan' tetapi 'kacau' Hamzah Fansuri lain sosoknya. Seperti membawa kesedihan.

Kalaulah kau dapat rasai, alangkah!

Sekali-sekali membaca syair ini aku jeling-jeling juga pada Gurindan Raja Haji Ali. Aduh, kenapa kali ini semuanya memikat?

Khamis, Mei 25, 2006

Sebaris dari Syair Perahu

Photobucket - Video and Image Hosting

Kekaguman terhadap Hamzah Fansuri tidak pernah putus. Aku pernah fikir bahawa Syair Burung Pinyai merupakan karya terbaik beliau yang sempat diselamatkan. Tetapi semalam aku membaca Syair Perahu ketika semua orang sibuk membincangkan filem Da Vinci Code. Syair ini memberi tamsil bahawa perahu itu ibarat tubuh manusia dan berlingkar dengan iman dan ketuhanan dalam pelbagai segi. Sejak aku mengenal syair, tiada syair sebaik ini pernah aku baca. Begitu juga gurindam Raja Ali Haji. Mulanya aku membaca Rumi, tetapi cuma terjemahan semula ke bahasa Indonesia tidak terasa masnawinya. Syair itu seperti perahu yang dilarikan ombak membuai dan mengasyikkan aku. sebuah syair yang agak panjang.

Hamzah Fansuri dikatakan pemuka sastera tulis dalam bahasa Melayu. Dilahirkan di Acheh dan menguasai pelbagai bahasa di rantau ini hingga ke Arab. Dimusuhi Nurudin ar-Raniri semasa hayatnya. Buku-bukunya diberangus kerana dikatakan mempunyai bau wahdatul wujud yang kuat. Kerana itu, hanya beberapa saja yang sempat diselamatkan. Termasuk Syair Perahu. Tetapi ketika syair itu mengisahkan tentang Munkar dan Nakir di syurga, baris terakhir dalam sebuah perenggan telah hilang.

Apakah perkataan-perkataan yang hilang itu?

Rabu, Mei 24, 2006

Lingga Post 3: Fluuuuuuuu

Photobucket - Video and Image Hosting

Fluuuuuuuuuu.

Lama aku teringin nak tulis flu dengan huruf u yang panjang. Ejaan ini adalah salah, jangan ikut. Aku saja suka-suka. Kononnya flu kali ini lain macam. Flu kali ini seakan sangat panjang.

Hari pertama di Lingga, aku sangat sihat, semangat dan bertenaga macam orang muda belum kawin. Maklumlah melancong tanpa bini. Nasir asyik flu dari awal sampai akhir. Menyampah.

Hj. Sulaiman beli sekartun rokok Dunhill hari ini. Kemudian, belum habis meeting dia balik turun ke bawah rumah, balik tidur atau minum susu di rumah pelan-pelan. Sebelum balik aku sempat rembat sekotak rokok. Dia kata beli dekat pasar. Pasar dalam erti kata yang mana aku kurang jelas sebab di 'sinun' (Sarawak) boleh juga bermaksud pekan dan pasar tidak dipanggil pasar; ia dipanggil market. Kerana itu jalan berhampiran pasar dekat Bandar Sri Aman disebut Jalan Market.

Air hidung aku meleleh. Bosannnya.

Rokok yang aku hisap seharian itu rokok seludup kata Hj. Sulaiman. Tapi aku rasa itu rokok tiruan sebab sama saja dengan rokok dari Malaysia. Rasanya aku bayangkan macam ubat gegat. Tetapi seharian itu demam dan malasku menjadi-jadi. Maka aku pun terus melingkar dan menghisap rokok tak senonoh itu sampai habis. Aku gagahi. Sungguh.

Hari ini hidung aku meleleh, tekak aku perit sangat. Bila tekak aku perit aku akan demam. Badan aku panas. Mata aku pedih. Bibir aku pecah.

Aduh, sakitnya.

Go to hell kau flu dan kawan-kawanmu.

Lingga Post 2: Marshall

Marshal duduk di Stumbin, anak Iban yang berwawasan. 18 hari bulan hari tu aku balik tak salam dengan dia. Aku terus blah sebab bosan dah dengan Bumi Kenyalang ini (binatang macam manakah burung kenyalang aku pun tak tahu). Marshal kata dia nak turun KL 24 hari bulan tapi dia dah turun 23 hari bulan. Semalam dia ada datang ke pejabat aku tapi aku pula MC. Aku anggap kata-kata dia dulu macam kata-kata orang Sarawak lain yang aku kenal masa pilihan raya.

Keadilan kalah majoriti seribu lebih di Lingga, sebuah kawasan dekat Bandar (bandar?) Sri Aman yang jauhnya tiga jam dari Kuching. Sebahagian besar pengangkutan utamanya melalui bot laju charter. Marshall bercerita-cerita tentang dua hari terakhir masa berkempen di Lingga. Dia kata mereka buat serangan gerila ke banyak rumah panjang dari pagi sampai malam tapi kali ini alasan kalah bukan lagi RM: Taktik BN yang tak terduga!

Marshall kata Awang tak bagus. (Awang adalah pengarah operasi di Lingga). Awang tak jujur dan tak buat kerja. Untuk masa akan datang, Abang Osman percaya dia jadi pengarah pilihan raya. Mana batang hidung Awang masa pengundian?

Tetapi yang pernah aku kata, dan tak akan aku tarik balik, kalau situasi macam ni berlaku lagi, akan orang Sarawak, demi Allah aku maki.

Lingga Post 1

Photobucket - Video and Image Hosting

Lingga ada nilai eksotik. Pemikiran penduduknya sangat antik. N.23 Lingga terletak dalam kawasan parlimen Batang Lupar, merupakan sebuah kerusi baru ditandingi oleh Abang Osman Gom dan Simoi Peri. Abang Osman merupakan pesara kerajaan kerja dekat welfare manakala Simoi adalah ustazah muda yang baru naik pelamin. Ayat popularnya waktu ceramah kelompok, "tengok muka kamek tok, pangkah kamek."

Lingga adalah sebuah kawasan baru selepas persempadanan semula yang aneh. Pengundinya hanya tujuh ribu lebih. Sejemput berada dalam kawasan Bandar Sri Aman (Kampung Hulu) dan sebahagian lagi jauh di pedalaman Lingga, Kampung Hulu, Kampung Tengah, Kampung Hilir dan Lemanak dan Meludam yang hanya boleh dihubungi dengan jalan laut sahaja.

Oh, Johnson beri aku alamat rumah dia lepas aku ambil gambar kepala bapa dia yang tergantung di bumbung rumah panjang dekat Seduku Panjai!

Ahad, Mei 14, 2006

Lancong (Lencong?)

Perlancongan politik di Sarawal selama dua minggu. Harap maaf, aku tidak menulis sampai 21 hari bulan. Aku sedang bercinta dengan perempuan Iban.

Akan Datang

blog bugs

dengan

merpati jingga



http://merpati-jingga.com/v1

jun 2006

awas

Jumaat, Mei 05, 2006

Dora Maar: Picasso dengan Kucing

Photobucket - Video and Image Hosting

Pablo Ruiz Picasso, sering dikenal dengan Picasso saja membuktikan bahawa kotak-kotak boleh juga jadi seni; bahawa seni bukan lagi rakaman keindahan klise tetapi boleh juga merupakan refleksi pemerhatian dan eksperimen.

Picasso mendepani aliran kubisme. Beliau melukis susuk perempuan-perempuan telanjang yang sukar difahamkan siapakah modelnya. Ia melukis wajah-wajah yang kejang dan kabur dalam Demoiselles d'Avignon. Lukisannya menyampaikan perspktif dan distorsi.

Seniman yang sering mengubah gaya ini, yang menariknya, mengangap perempuan adalah sumber inspirasi yang berguna dan memberikan impak yang berbeza untuk setiap karya. Ia menikah beberapa kali.

Photobucket - Video and Image Hosting

3 Mei lalu, mengikut BBC Indonesia, sebuah lukisan beliau Dora Maar With Cat terjual dengan harga US$ 95.2 juta oleh seorang pembeli yang namanya tak dikenali menjadikan lukisan tersebut lukisan yang kedua termahal di dunia selepas Boy with a Pipe (US$ 104 juta) , juga lukisan beliau, menggambarkan seorang budak laki-laki dengan tengkolok bunga di kepala, berlatarbelakangkan bunga-bungaan Inggeris memegang sebatang paip di tangan kirinya. Wajahnya tanpa perasaan.

Dora Maar adalah gambaran salah seorang kekasihnya. Mengikut BBC lagi, "Dora Maar, yang juga seorang artis, disebut-sebut berperan dalam menyelesaikan karya utama Picasso, Guernica, yang menggambarkan perang saudara Spanyol.

Hubungan Picasso dan Dora Maar bertahan selama sekitar 10 tahun, anrara 1930-an dan berakhir pada era 1940-an"

Lukisan itu, hidung dan telinganya tunggang-langgang. Tidak lebih cantik daripada Mona Lisa karya Da Vinci. Bagi aku Mona Lisa adalah keindahan yang klise.

Walaupun tidak cantik, ia abadi untuk 'kucing' sang pengkarya. Ia cantik dalam pandangannya yang lain.

Khamis, Mei 04, 2006

Kenang-kenangan kepada Lipas

Cerpen

Photobucket - Video and Image Hosting

EMME SMS minta saya jadi penulis yang hebat. Saya fikir, ini kali pertama dia beri cadangan yang bagus.

Semalam dia kemalangan, kaki bengkak, sakit, suka marah-marah trafik. Pagi ini dihantarnya bertalu-talu SMS buat saya, merengek seperti perempuan merengek. Seperti lipas. Seperti bulan yang sering miring.

Kami bertemu di Kem Tasik Meranti, kira-kira sebulan lalu, berkenalan, berjanji temu dan sama-sama dipanah Cupid, tepat ke jantung yang kiri. Saya telah tiga tahun membujang dan dia baru tujuh bulan ditinggalkan kekasih.

Tetapi dalam khayalan skizofrenia saya tidak begitu. Yang benarnya ialah: saya telah menikah dengan seorang perempuan Aceh cara diam-diam. Maisarah namanya. Ia nyata perempuan yang paling sempurna.

Gadis GAM (Gerakan Aceh Merdeka) itu, dia datang dalam keadaan saya yang paling bingung – menganggur, terhina, berdosa dan lupa berdoa. Saya menghabiskan sisa hidup yang paling bosan, sunyi, sepi, berabuk – seperti dongeng Sumer tentang orang mati. Begitu saya dihumban Tuhan. Begitu saya dikambus Tuhan dalam rumah sendiri.

Musim sial datang. Musim sial pergi
.
Emme, di sini bulan menjadi satu

Dan Maisarah datang lagi bersama cicak. Bulan terbelah tiga. Dua belahan yang sama, pada garis yang pernah diguris kuku Muhammad. Dan dari yang sebelah itu terserpih pula kepada dua bahagian.Saya kira 1/3 daripada keseluruhan separuh itu. Yang terkecil itulah sedang menuju ke bumi. Kuala Lumpur akan diberangus dalam satu hari. Dalam saat singkat inilah saya mencari cinta.

* * *

Telefon bimbit berbunyi. Satu lagi (lagu) Rasa Sayang. Pastinya pesanan dari Emme, perempuan gedik dan manja itu. Kami menikah hujung tahun ini. Asalnya mahu ke Golok. Tapi saya fikir (lagi), itu benar tidak rasional.

“Ya, benar, bulan gugur di Laut India,” tulis Emme. “Tsunami datang lagi. Cepat, perkemaskan bahtera. Kita akan belayar.”

“Aku bimbang, air (hujan) yang mempertemukan kita itulah juga yang akan memisahkan kita,” katanya lagi, dalam ruang telefon bimbit yang kaku dan sempit.

Tsunami yang dulu telah membawa pergi isteriku Maisarah. Satu hari selepas Natal yang bahagia, 26 Disember, 8:16 pagi, 57 saudaranya dihabisi. 4 Januari, selepas mengenang Isa yang terseksa, dia pulang, cuba menjejaki. Sejak Januari itulah kami tidak pernah bertemu lagi. Khabarnya ditangkap Tentera Nasional Indonesia (TNI). Tapi itu cuma khabar angin. Saya fikir, dia (kembali) menjelma lipas. Menjelma dari ketakutannya.

Dan saya menjadi tikus. Emme yang menjadi kucing itulah yang menangkap dan menggigit saya, rakus dengan gerahamnya. Saya fikir, dia jelmaan Dewa Kucing dengan sembilan nyawa. Kerana itu, tiap kali saya membunuhnya, dia selalu ada. Seperti selalu, menggigit-gigit.

Kakinya sakit. Tetapi gadis kecil ini terus saja mengajak saya melancong ke Bukit Fraser. Barangkali bertolak 1 Mei ini, sebelum para demonstran mazhab Kiri membakar jalan raya. 1 Mei bagi komunis, barangkali seperti hari raya (Aidil Fitri) bagi kita. Lebih tepat lagi, baik kita bandingkan dengan 10 Muharram, Hari Karbala bagi Syiah, sisi Islam yang lain, Hussin yang disimpati.

Yang ada ialah cinta. Dan ingatan-ingatan kepada Maisarah. Tentang Putri, lupakan dulu. Sumpah saya tidak akan cerita.

Sekarang saya menetap di Bangsar (lagi). Sunyi ketika kawan-kawan bangun kerja. Angin membawakan deru piano dari rumah sebelah. Mendengar suara piano seperti mendengar perempuan menangis. Demi Allah, saya kalah.

Kadang-kadang selepas bosan menaip, saya berhenti ambil angin depan beranda. Berfikir meletihkan saya. Namun saya terpaksa berfikir lagi. Bagaimana nanti jadinya bahtera saya? Tsunami baru akan melanda. Laut India umpama neraka. Bagaimana saya harus bermula? Dengan apakah bahtera itu akan dibina? Itulah yang terpaksa saya fikirkan.

Saya yakin mampu mengubahsui kereta Shah, teman bilik saya menumpang sini, jadi motobot. Dia masih tidur. Pukul sembilan dia akan bangun pergi kerja. Saya fikir, sekaranglah masanya. Jam 8 tepat. Masih bersisa satu jam.

Makanya saya menelefon Emme.

“Helo sayang. Bawakan tools,” kata saya.

Kemudian Putri.

“Helo sayang. Bawakan tools,” kata saya.

Kemudian Niza.

“Helo sayang. Bawakan tools,” kata saya.

Kemudian Nashdia.

“Helo sayang. Bawakan tools,” kata saya.

Kemudian Nam Phen.

“Helo sayang. Bawakan tools,” kata saya.

Kemudian si Jawa Alda, dari Bogor.

“Helo sayang. Bawakan tools,” kata saya.

Tetapi, melainkan Emme, “jahanam kau, panggillah tukang kayu!” kata mereka.

Inilah Khadijah saya yang memilih iman Muhammadnya. Mereka semua isteri dan anak-anak Noh yang celaka. Biar dibaham dan diperkosa air dari hujan; dan tsunami buas.

Emme datang tidak bertudung hari ini. Dengan jean dan cuma kemeja T, gaya ranggi yang tidak pernah saya lihat.

“Kerja-kerja lasak memang perlu pakai begini,” katanya.

Kami pun bertukang, bertukang dan terus bertukang. Hinga 8:18 pagi, hingga 8:43, hingga 8:47, hingga 8:54, hingga tepat jam sembilan, tidak kurang satu minit, tidak lebih satu minit.

Shah masih tidak turun. Dia tidur mati. Barangkali sebab semalam penat menghantar saya kepada Emme yang kemalangan.

Kami bertukang lagi. Terus bertukang hingga berhari-hari, berbulan-bulan, bertahun-tahun, berabad-abad, berkurun-kurun. Apabila saya naik semula di bilik (Emme pergi beli air kotak di Petronas), Shah sudah pun tiada. Dia meninggal dalam selimut. Yang tinggal hanya tulang-belulangnya yang sumbing. Barangkali digerit tikus.

Saya menangis kali yang ketiga. (Pertama ketika menonton Spiderman 2, kedua ketika menonton Xiu Xiu, filem besar dari China.)

Emme pulang. Dia pegang bahu, pelan-pelan merangkul kepala saya ke dadanya. Saya menangis seperti budak menangis; dan tsunami pun tiba.

Kami saya-sama dilambung ombak. Lebih malang, saya tidak tahu berenang. Emme datang menyelamatkan, menarik dan menghumban saya ke bahtera dengan kudrat perempuannya. Enjin terpaksa dihidupkan. Bahtera terpaksa ditarik sauhnya. Saya berlayar tanpa mempedulikan lambaian kekasih. Emme mati di depan-depan mata saya sendiri.

Benar, kesudahan begini sangat menyedihkan. Biar saya rekonstruki semula cerita ini. Yang tadi, sebagai sebuah akhir, biar disebut begini: Mereka pun berlayar di atas kapal dan terdampar di sebuah pulau. Di situ mereka berkahwin dan hidup bahagia hingga ke anak cucu.

Anda puas, sukakan happy ending?

* * *

Maaf, cerita begini tidak pernah tamat. Ada saja interupsi-interupsi lain. Maisarah ada datang. Sebelum kematian Shah. Sebelum kami memulakan kerja-kerja pertukangan. Musim sial asyik datang (ke mana Mikail pergi?).

Selepas makan, Shah pulang ke tempat kerja. Saya merokok, menanggalkan seluar dan menggigit berus gigi. Tetap juga memusing-musing di kerusi, merenung monitor seperti merenung (mata) Mona Lisa.

Matanya coklat, cuma sesekali ungu. Dalam mitos, diceritakan orang, barang siapa yang dapat melihat mata Mona yang ungu, dia akan memperolehi kuasa – mata yang telus, yang tidak lagi berhijap.

Demi Allah, saya melihatnya. Ia benar ungu. Bahkan warna ungu yang saya lihat ada dalam mata Emme juga. Saya melihat saya yang polos. Saya melihat Emme yang polos, walau dia kini di Gombak, asyik membelai kakinya yang itu-itu juga.

Saya turun memberus gigi dan saya kesunyian. Barangkali seperti sunyi Adam di syurga, tanpa Hawa, tanpa cinta.

Cuaca panas seperti musim sial yang dulu, ketika neraka didekatkan Tuhan dan tamat pada hari (fenomena) Ekuinos dijangka melanda.

Ia benar hari tolol 1 April seperti yang pernah tercatat.

Telefon bimbit berbunyi lagi. Lagi-lagi (lagu) Rasa Sayang. Saya fikir Emme. Atau juga Samad yang baru tiba dari Perlis tadi pagi. Dia kebosanan di Mid Valley.

Saya biarkan SMS yang masuk beberapa ketika. SMS tentang cinta tidak cukup banyak di angkasa, kerana itu langit lambat muram. Dan udara pun panas kerana dendam.

Saya ambil telefon, saya buka sms. Bukan dari Emme yang sering hadir dalam pakaian merah. Bukan Samad yang susah membingkaikan wacana. Ia Maisarah. Ia Maisarah.

“Air yang memisahkan kita jugalah yang akan mempertemukan kita,” tulisnya.

Di langit malaikat-malaikat menghujam kilatan. Orang Yunani percaya Zeus berang pada anaknya (biarlah Hercules mengurat dara jelita Helen di dunia). Kilatan itu dipanggil orang Hindu trisula, panahan Dewa Shiva.

Maisarah datang awal. Ketika asyik kami bertukang, dia memerhatikan senyap-senyap dari beranda. Dia menyanyi lagu (kumpulan) The Corrs, Butterfingers dan Gerhana Skacinta. Dia mengungkap dialog-dialog dari filem Dari Jemapoh ke Manchesteé yang saya suka, seolah-olah dia akan menakluk kembali jiwa saya.

Benar, saya bergegar. Tapi telus mata ini tidak berkesan untuk Maisarah. Dia perempuan yang lain, yang berani datang kepada saya walaupun dalam mimpi. Ia bukan lagi bunyi piono yang dilarikan angin dari rumah sebelah. Ia bukan seperti suara perempuan menangis. Ia benar-benar perempuan. Ia benar-benar menangis.

Dan anjing pun berteriak seperti kucing gatal. Mata Emme kelihatan ungu.

Dari jauh, ombak memecut seperti Watson Nyambek. Watson Nyambek membesar. Watson Nyambek bertambah menjadi ribuan Watson Nyambek. Watson Nyambek memecut lebih laju, menyamai Carl Lewis, menyamai motosikal Yamaha SS 110, menyamai kereta Kancil Emme, menyamai Satria Shah, menyamai Cheetah, paus, bunyi, cahaya, menyamai kaki malaikat-malaikat.

* * *

Maaf, kesudahan begini pun tidak menyenangkan.

Yang menariknya tentang idea ialah ia boleh dirombak berkali-kali. Yang menariknya tentang masa depan ialah ia boleh dirancang satu-persatu.


Yang sebenar ingin saya tulis sejak awal, tetapi tidak kesampaian ialah: Orang sesat tidak kritis dan orang kritis tidak sesat.

Itu isi satu SMS yang baru saya terima dari Wan tadi petang.

“Seorang pencari ialah seorang yang bisa singgah di mana-mana. Ia menolak sesat. Selain berfikir, kau kena banyak baca campur diskusi,” tulisnya, ketika imam hampir di mimbar Jumaat.

“Jakarta tidak panas. Biasa-biasa saja,” katanya lagi.

Dalam kamar kecil ini tidak ada bunyi lipas atau cicak atau kucing. Saya merindukan seekor lipas yang mati di bucu katil, di kampung kecil di Perlis. Saya merindukan emak yang gemar mengumpan cicak dengan sisa nasi yang dicampur racun cap Tengkorak.

Kerinduan begini melupakan saya pada Emme dan Maisarah. Mereka ingin bercinta tetapi tidak pernah memahami saya. Kerana itu saya datang kepada kawan-kawan, sambil mempercaya kata Shakespeare dalam Macbeth, pernah dipetik wartawan Helme Hanafi dalam sebuah artikelnya dalam samizat Onani Sendiri yang sama-sama kami terbit suka-suka, “seorang kekasih lebih disayangi melebihi 400 orang saudara.”

Begitulah romantiknya si pujangga Inggeris ini. Tetapi, yang sesungguhnya benar ialah, seorang saudaralah yang lebih disayangi melebihi 500 orang kekasih.

Sebelum ombak tiba, sebelum hujan, saya pun duduk depan komputer lagi, merangka-rangka masa yang tak tiba.

Dan saya tidak terdesak untuk menikah.

Selasa, Mei 02, 2006

Belasungkawa yang ketiga 1



Gambar sijil kematian ngah.

Ngah meninggal kena satu penyakit yang susah nak sebut. Dia masuk wad tujuh hari lamanya. Yang melekat dalam kepalaku adalah wajahnya yang selalu senyum seperti sepupuku yang kembar. Ia orang yang selalu berbahagian dan taat pada perintah agama. Ia tidak mengumpat dan berhati busuk. Sebelum dia mati, dia telah simpan suatu barang mentah makanan untuk kenduriku 28 hari bulan ini. Aku tidak menangis (lagi). Aku tidak pernah menangis untuk kematian.



Kenapa orang mati dan kenapa orang ingin mati? Pendita Sindharta Gautama yang kemudiannya digelar Buddha pernah dihantui pertanyaan yang pertama? Kenapa manusia perlua sakit, menderita dan mati? Untuk menemukan jawapan itu ia telah bertapa di bawah pokok Bo selama empat puluh hari lamanya sehingga ia menemui pencerahan. Ia menemukan jawapan bahawa semua itu terjadi kerana manusia gagal menundukkan hawa nafsunya. Dan untuk memehuhi tuntutan itu, beliau menemukan method yang dikenali sebagai Jalan Lapan Lapis Mulia bermula dengan niat yang baik, pertuturan yang baik, perlakuan yang baik dan sebagainya lagi. Buddha memilih keluar daripada istana dan menjadi sami. Meninggalkan kemewahan dan mengabdi kepada tuhan dan kemanusiaan. Dalam konteks ini, adalah Ngah tergolong dalam golongan orang-orang yang gagal menundukkan nafsunya?

Kenapa orang ingin mati? Pertama, kekecewaan dan keputusasaan dalam kehidupan. Itulah orang yang tolol sekali dan kedua, tuntutan nafsu yang luar biasa kepada pengetahuan yang hakiki.

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)