IKLAN

Cari Blog Ini

Jumaat, Jun 30, 2006

Superman untuk Malaysia

Malaysia juga perlukan Superman dan seorang Clark Kent.

Bagus, saya sudah boleh menulis tentang cerita-cerita lain. Belum Ada Judul yang lapan siri itu telah selesai. "Saya" sudah jadi tikus dan Maisarah telah jadi lipas. Sewaktu menggilirkan lapan siri itu saya tidak menulis melainkan satu posting tentang sebuah blog taik ayam. Cerita-cerita macam tu juga orang minat komen.

Dalam seminggu ini...

Baru nak menulis, Dato' Saleh dah telefon. Hai, tangguh dulu. Belum Clark Kent datang, Lex Lutor pun dah sampai.

Selasa, Jun 27, 2006

Blog Baik Lawan Blog Jahat


Sebuah lagi blog si kitung yang tidak senonoh berjaya dikenal pasti dan berjaya meloloskan diri sebagai blog najis terhangat di pasaran. Memperkenalkan ybrazali-amkgombak. Blogger memperkenalkan dirinya sebagai Razali Abdul Ghafar atau Anak Jati Gombak sebelum ini. Dari sumber yang enggan namanya dikenali memberitahu bahawa Si Kitung juga dikenali sebagai Reformis Ceria @ Biro Jerit @ Pemeriksa Kunci Kira-kira. Jangan baca blog ini, najis lagi menajiskan.

Rabu, Jun 21, 2006

Belum Ada Judul 8 (Akhir)


Aku pegang Maisarah, aku usap tubuhnya, aku bawa ia ke bilik air, aku bersihkannya. aku lumuri sabun. Aku dan dia sandar di kolah. Mata sekejap kami buka, dan sekejap kami tututupkan. Dan kami tidak menconteng dinding. Maisarah memanjat ke dinding dan aku hampir-hampir tak ternampak. (Kenapa mak aku cat bilik air ini warna kuning?)

Aku dengar suara emak berleter-leter. Aku dengar ayah batuk-batuk. Bunyi gelas dan air dituangkan juga. Tentunya ayah sedang makan ubat darah tingginya. Aku dengar ada tapak kaki meluru ke bilik air. Kemudian ada bertalu-talu ketukan yang kuat.

“Berangan apa lagi, matahari dah di depan pintu.”

Pintu tidak kubuka. Tak ada bunyi. Tak ada suara..

Ayah datang tanpa bunyi guna kunci kecemasan buka pintu bilik air. Emak pekup tangannya ke mulut. Matanya terbeliak. Ayah tercegat tidak bergerak. Ada seekor tikus putih di lantai, seekor lipas coklat di dinding. Dinding kami diconteng (lagi).

Selesai


*Gambar hiasan: The Creation of Eve by Michelengelo

Belum Ada Judul 7


Beberapa titis darah di susuknya mula merangkak. Pelan-pelan ia merayap dan mentertawakan. Kamu di situ, Maisarah, mempertanyakan ibu mertuanya. Tetapi aku di dalam gebar, di bilik hujung. Aku paling jalang. Dan aku jadi tikus. Aku jadi Pokemon.

“Akulah perempuan dengan wajah luar biasa yang ditelanjangkan di laman depan. Dan kamu tidak menceraikan aku. Kamu adalah tikus dan Pokemon,” Maisarah menangis. Aku menangis dan hujan tidak seriat-seriat.

Sekalian kami bersembunyi. Beberapa sempat ditangkap, diperiksa KTP (kad pengenalan) mereka dan dihumban berlapis-lapis dalam mobil merah. Semua mereka dibantai. Puluhan ribu dibantai sejak Hasan Di Tiro mengistiharkan kemerdekaan negeri Pancacita ini, Acheh Darussalam yang berdaulat pada 4 Disember 1976.

Aparat melepaskan isteriku, cuma kerana dia perempuan. Dan dia telah dilangsaikan. Anak GAM yang sial – ‘Gerakan Pengacau Keselamatan Acheh’.

Bersambung...

Belum Ada Judul 6


“Orang tuamu dilarikan angin. Ribuan lang (revolusi) menyambar umat umat kita. Kadangkala garuda, iya, kita disambar syaitan, syaitan yang datang bersama angin. Itu kata ibuku mertuaku. Sungguh kupercaya. Bukalah jendela, rasakan angin ganas itu.”

Maisarah membelek gambar persandingan kami. Sebuah rumah putih. Lamannya dipenuhi bunga-bunga piring.

Aku sentuh nako, aku usap. Beberapa titis darah mula merangkak, merayap pelan-pelan. Aku tekan nako biar terbuka.

Iya, ini rumah kami. Bukan lagi imaginasi. Aku melihat Bulatan Referendum yang dibikin tahun 1998 dulu. Beberapa ekor itik jalan bergembo. Ada sungai, teratai, lalang-lalang memanjang.

“Tapi laman itu sial. Dan aku tidak menceraikan kamu.”

Aku tidak pandang Maisarah. Dan langit umpama gua tempat ibu dan ayahku mengungsi. Kelam, berabuk dan sunyi. Hujan merintik.

“Bapamu ditendang dari Honda di sini. Badannya berlumuran merah.”

Belum Ada Judul 5


"Masa memang sudah tidak penting. Yang pentingnya cinta. Dan kamu memang harus mati bersamaku. Aku ini pejuang GAM (Gerakan Acheh Merdeka), mulai minggu depan, aparat akan memenuhi kampung ini. Dan kamu memang harus mati."

Malam itu aku benar-benar berperang. Berperang dengan diriku sendiri. Pintu biliknya di tingkat atas kukuak perlahan-lahan. Aku pegang, genggam gebar nipisnya, tanganku menggeletak. Aku rentap tiba-tiba. Tetapi dia menjelma lipas. Menjelma dari ketakutannya.

* * *

Berhari-hari, imaginasiku makin meliar. Imaginasiku jadi angin, kubayangkan udara kita dipenuhi peluru dan ibuku dan ayahku sebenarnya tidak pernah wujud. Mereka sudah meninggal 20 tahun lamanya. (Rata-rata taraf hidup bangsa kami cuma 37 tahun.)

Aku di dalam gebar nipis Maisarah. Di sebelahku seekor lipas dari tandas. Dan aku sebenarnya Pokemon.

“Kamu bangsa mabukan,” kata Maisarah.

“Tidak, ini yang benarnya. Kamulah yang mabukan. Kamu tidak real. Kebohongan,” kataku.

Bersambung...

Belum Ada Judul 4



Dalam bilik, saya seboleh mungkin menyakinkan diri sendiri, saya matang, sudah habis sekolah, tamat universiti, ada kerja tetap, ada perniagaan sendiri, ada pengikut (walaupun tidaklah begitu banyak), boleh main muzik dan saya romantik. Tapi ibu, saya cuma anak usia 24.

Ibu tidak mahu dengar semua itu. Selepas daripada itu, saya bersikap dingin, pada keluarga, pada perempuan Acheh sial itu. Persepsi saya tentang masa berupah.

Tapi, "saya faham," kata perempuan Acheh itu. Maisarah namanya. "Kami mengalaminya juga. Bahkan ratusan tahun. Sebelum imperialisasi Belanda, satu hari dirasakan begitu lama, tapi selepas itu segala-galanya berjalan perlahan sekali. Selepas revolusi 45 juga. Tapi zaman DOM (Daerah Operasi Militer), satu hari lamanya umpama seratus tahun."

"Tapi kamu cuma sial, persepsi masa tidak penting. Kamu cuma jelmaan si lipas dalam tandasku."

Bersambung...

Belum Ada Judul 3



Tiba-tiba emak ketuk bilik aku kuat-kuat, macam nak relai papan pintu dan dinding. "Bangunlah, dah dua lebih. Jangan buat hukum sendiri, kita ada tamu."

"Tamu? Ha?"

Aku bangun, genyeh mata dua, tiga kali, jalan mabuk-mabukan lagi. Tuala kugalas di bahu.

Dalam bilik air, sambil duduk aku sandar di kolah. Mata sekejap kubuka, sekejap kututupkan. "Astaga, ini apa?"

Hei Asep, makan tu nenek-nenek
Hudep sare mate beu sajan sikrak gafan saboh kerenda


Aku bangun dan tatap dan gosok dan raba dinding bilik air. Basah, melekit, sejuk dan menjijikan. Aku cebuk air dan jiruskan. Mujur ia melarut. Aku mandi tetapi lipas tadi tidak lagi kelihatan.

Mak kata, "cepatlah, semua dah siap terhidang."

Waktu keluar dari bilik air, aku jadi hairan. "Siapa?" kataku. Dan, "apa semua ini?"

Mak buat macam biasa. Dia senyum. Ada seorang perempuan di sisinya, sedang picit cabai dalam piring. Dia juga tersenyum.

Bersambung...

Belum Ada Judul 2



Aku masuk dalam bilik, kunci pintu dan layan orang Hollywood menjerit dalam (radio) Red. Aku mabuk-mabukan dan tidur hinggalah aku terjaga hampir jam dua. Segalanya hening sekali. Tak ada bunyi. Tak ada suara. Dalam separa sureal itu, sekali lagi, asyik-asyik imaginasiku meliar. Aku bayangkan rumah aku di tengah-tengah Banda Acheh. Awal pagi kami menonton bola Liga Inggeris ramai-ramai dan awal pagi kami tidak ke sawah. Kami tidur kerana keletihan. Aku bayangkankan isteriku Maisarah datang merenggek di kaki katil dan kami berselingkuh menyelesaikan hutang yang tertangguh semalam. Kerana semalam kupilih bola, bukan cinta. Hari ini dia menuntut cinta, bukan bola.

Dia perempuan Syi’e lepasan Universitas Syiah Kuala, bandar kecil ini. Saya Sunni. Justeru, perkahwinan kami jarang sukses. Kami selalu bertengkar. Dan bapa nyaris-nyaris hambat kami dari rumah nombor 29 ini.

Bersambung...

Belum Ada Judul 1



AKU selalu bayangkan aku ini Spiderman dengan jaring labah-labah menyembur dari tangan. Aku selalu bayangkan itu. Dan rumah nombor 29 ini medan laga maha dahsyat. Iya, aku bayangkan kawan-kawan tempiar bagai tikus dikejar anjing-anjing Jawa. Segala rusuh mengelembung. Seorang perempuan muda dengan wajah luar biasa ditelanjangkan depan rumah. Sekalian saudara tidak mampu berkata apa. Mereka menangis. Tetapi aku tidak. Aku bergayut-gayut antara pohon kelapa, melompat-lompat dan menyemburkan jaring labah-labahku berkali-kali kepada penakluk baru dari Jakarta.

Aku selalu bayangkan semua itu sejak Oktober lalu. Imaginasiku jadi serigala. Aku ke bilik air tetapi dinding tidak kucontengkan. Aku kencing. Seekor lipas coklat di penjuru bilik itu. Hampir-hampir tidak ternampak. (Kenapa mak aku cat bilik air ini warna kuning?)

Lipas itu diam. Aku celup tangan dalam gayung dan cuba langsaikan apa yang tertangguh. Lipas itu juga diam. Tak ada bunyi. Tak ada suara. Ayah kerja. Ibu, iya, ibu, barangkali sedang menonton. Aku lepas gayung dalam kolah, kuak pintu dan keluar. Mak kata, tinggikan suara macam cengkerik, "lepas kencing, curah air. Aku baru saja basuh pagi tadi."

Aku tidak menghiraukan semua itu. Aku kata, "sudah."

Bersambung...



*Cerpen ini sudah lama ditulis, barangkali dua atau tiga tahun lalu. Aku simpan cerpen ini tanpaa menyiarkannya di mana-mana media adalah kerana beberapa sebab. Salah satunya adalah kerana aku teguh memegang janji.

Selasa, Jun 20, 2006

Blog Baik Lawan Blog Jahat 3

Photobucket - Video and Image Hosting

Termakbulkah semangat yang pandai berjanji?

Aku teruja sungguh dengan layanan blogger Faisal Mustaffa terhadap dua entri aku sebelum ini dalam siri Blog Baik Lawan Blog Jahat. Aku teruja dengan perasaan bersungguh-sungguh menafikan apa yang dia katakan kejian terhadap Faisal Mustaffa Online. Baiklah, barangkali ini siri terakhir untuk gerakan mengkritik Faisal Mustaffa Online. Entri ini tidak akan menyatakan sebab-sebab kejian itu dilakukan.

Aku ingin mengulas sang blogger yang tadi bahawa aku teruja dengan evolusi blog. Iya, ada benarnya. Aku mula blogging secara rasminya di sini pada September tahun lalu. Sebelumnya dengan ruang k0s0ng. Perkembangan bloging aku, kalau mahu diutarakan mengambil format Anwar Ibrahim 3.0 yang memaparkan perkembangan versi mantan Perdana Menteri ini, aku sebagai bloger barangkali mencapai tahap 3.0 juga. Jimadie Shah 1.0 ketika dia menulis tentang resah-gelisahnya dengan perempuan imaginasinya Maisarah dan Susan, yang, kami gelar juga "gadis baik (tapi) perut buncit"--perempuan yang dibabtiskan dua kali dan lingkaran-lingkaran dosa Adam dan Hawa dari pengaruh pembacaan Israiliyatku dari Perjanjian Lama dan Barnabas.

Jimadie Shah 2.0 ketika kisah-kisah epal Adam dan Hawa ketika ia belum menikah. Sekarang ia sudah menikah dan meninggalkan benih dalam rahim istrinya. Ia mendepani masalah dengan entri-entrinya, ada yang menimbulkan fitnah dan salah sangka, kerana itu ia mencabut sebahagian besar entri-entri yang tidak digemari dalam versi 2.0 yang menjadikannya wajah yang seperti ini.

Kemudian aku malas, tidak update berhari-hari. Dan bertemu pemuda cekal tetapi sedikit emosianal aku kira. Dia seperti terlalu bangga mengelolakan Faisal Mustaffa Online dan obses dengan ranking 100 terbaik blog Malaysia. Oleh itu, aku pernah kata pada laki-laki ini, kaki makan pisang dekat restoren Shahi Qilla ini, "tujuan aku menulis blog sebab nak potong populariti blog kau."

Tetapi aku tewas dan aku tidak menyalahkan pengadil. Dan aku tewas pada hari ini. Sekurang-kurangnya aku lebih rajin kemaskini blog tiap hari daripada 'hero buruh' ini. Pembaca adalah hakim.

Kejian yang dilontar terhadap blog ini bagi sesetengah pihak seolah-olah bahan ketawa. Bagi diriku, aku akan terus blog selagi mampu,
tulis beliau dalam entri terbarunya.

Termakbulkah semangat yang pandai berjanji?

Blog Baik Lawan Blog Jahat 2



"Blog komunis pun tak macam tu," kata Khalid semalam di Jalan Telawi.

Faisal Mustaffa mula blogging tiga tahun lalu. Sejak dia berkhidmat dengan akhbar tak ada permit Suara Keadilan, hingga dia berhenti. Sejak aku menulis tentang siri pertama entri semacam ini, aku fikir barangkali kelakuan sebegini tidak diterima kaum Internet. Kerana itu aku sengaja selang beberapa hari untuk itu.

Semalam Faisal angkat entri dari Yang Separuh Israiliyat ke dalam blognya untuk menunjukkan bahawa dia benar-benar terbuka menerima kritikan. Aku tinggalkan nota dalam ruangan nota,
Dah sah jahat. Lain kali letakkan kredit. Bahawa entri ini diangkat dari blog aku. Tak cukup setakat letak link. Nanti orang kata aku tulis surat layang.

Confirm jahat. (:


Andai saja aku tidak kenal penulis ini. Blog usang ini dipenuhi keghairahan dan slogan-slogan yang berkarat. Boleh membius orang yang fikiran tidak matang atau yang bawah pengaruh alkohol ideologi. Adakah ini sebuah blog mendepani hati nurani pekerja? Adakah cukup dengan slogan, "Bangkitlah Kaum Buruh & Petani Menentang Kapitalisme & Imperialisme!"

Jangan baca blog ini. Berdosa.

* * *

Andaikan aku tidak kenal Faisal Mustaffa? Tidak boleh sebab ini adalah blog. Blog ialah catatan harian di Internet yang bersifat peribadi.Ini adalah b-l-o-g. Ini bukan Suara Keadilan atau Malaysia Today atau mana-mana surat khabar. Adakah Faisal Mustaffa faham?

Isnin, Jun 19, 2006

Bas



Bas Malaysia waktu hujan di Brickfields, KL.

Hantu



Ada hantu dari dulu. Aku rasa dia ada tapi tidak kelihatan. Kerana aku tidak memandang maka dia tidak pernah wujud. Itu aku dan seperti kamu yang sering. Waktu kecil bayangan itu aku sembunyikan dengan keyakinan yang paksa dengan alasan tidak mungkin dan mainan syaitan. Tetapi bila besar, dewasa, dan timbul pula persoalan bahawa syatan itu binatang apa sih, maka soalan menjadi bertambah panjang, sulit, langsung sesat.

Beberapa hari ini aku asyik membaca fasal agama-agama. Sikh, Buddha, Hindu, Yahudi. Perjanjian Baru belum aku habiskan. Barangkali sudah dua bulan Kitab Suci itu berada di tepi katilku, yang sebetulnya itulah satu daripada berapa banyak rak buku di rumah. (Ah, kami akan pindah!).

Khamis lalu, di sini, aku merokok dan membesarkan imaginasi. Imaginasi membesarkan persoalan. "Zuwairi, sejak bila agama tercipta (atau bermula)? Setahu aku, tidak dikisahkan dalam Kitab melainkan Tuhan yang mengajarkan nama-nama (atau bahasa atau sistem tanda atau semiotik) kepada Adam."

Adakah Tuhan mengajarkan agama?

Khamis, Jun 15, 2006

Demam



Deman Jerman 2006 melanda akhbar Malaysia.

Siapa berani basah?



Di siar kaki Jalan Tun Sambanthan.

Pandang Sentral

Jalan Tun Sambanthan



Petang dan ketika hujan.

Sampah

Fail

Pen

Seksi



Jalan Tun Sambanthan ketika hujan merenyai.

Merpati sejoli

Kaki dan selipar

Sampah



Sampah di pejabat orang Kuala Lumpur.

Wuduk dan rokok



Tempat berwuduk di pejabat orang Kuala Lumpur

Jendela dan rokok



Luar jendela tempat merokok.

Belakang



Bangunan di belakang stensen Monorel KL Sentral yang cantik.

Tentang

Blog ini background-nya gelap. Tetapi dalam gelap juga selalunya datang cahaya. Hanya manusia yang selalu memandang tiap sudut dapat melihatnya. Blog ini keseluruhannya gambar yang saya ambil sendiri cara amatur.

Blog Baik Lawan Blog Jahat 1



Apakah blog baik dan apakah blog jahat? Apakah blog? Siapakah blogger-blogger yang dimaksudkan. Bagaimana sesebuah blog itu boleh jadi baik atau boleh jadi jahat. Blog pertama yang saya katakan jahat adalah blog Faisal Mustaffa. Faisal Mustaffa ialah kawan yang saya jumpa hari-hari, yang menemani saya makan pisang di restoren Shahi Qilla. Saya akan buktikan. Blog kawan-kawan saja sebahagiannya baik tapi banyak yang jahat. Blog saya dulu agak baik, sekarang jahat sedikit tapi dalam usaha untuk bertaubat. Bila tak ada kerja macam ini, saya ingin menjadi nakal. Apologi seawalnya. Saja main-main.



Bersatulah geng-geng baik melawan geng-geng jahat! (Mungkin khalidjaafar.org tidak selesa dengan slogan seperti tulisannya berkaitan khalifah dan Zhuge Liang dalam forum di Ummahonline.com)

Presiden Bangsar



Di Bangsar seperti tak pernah ada Chengara Veetil Devan Nair. Mendiang memenangi kerusi itu untuk Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada tahun 1964. Kemenangan tunggal. Oleh kerana LRT tidak menamakannya sebagai sebuah stesen (seperti Abdullah Hukum) dan nama jalan, maka Devan Nair tidak pernah ada. Tubuh tak pernah wujud tanpa ingatan tentangnya.

DAP menamakannya sebagai Presedent, Unionist dan Humanist. Tetapi Devan balik ke Singapura, menang di Anson dan menjadi Presiden republik itu sehingga perselisihannya dengan Perdana Menteri.

"Si pemabuk ini ada masalah alkoholisme," kata Kuan Yew.

Khabar angin yang memburukkan dirinya disebarkan dan dia mendakwa diberi dadah yang membengongkan dan mensasaukan kepalanya.

Apakah hebatnya menjadi Presiden?

Aku tidak tahu tetapi di mejaku sekeping kad jemputan ke majlis In Memory of C. V Devan Nair: a President, a Unionist, a Humanist. Ahad, 25 Jun di Wista Tun Sambanthan. Dianjurkan oleh DAP.

Moon tanya aku, "DAP tu apa?"

"Bukan parti yang India tu ke?" soalnya lagi.

Czech



Aku cuba mengelak menulis tentang bola. Di pejabat, Azra dan moon asyik sembang fasal Brazil dan Hasrul dengan Perancis. Bini Helme sokong England. Brazil disokong sebab dia kuat. Perancis sebab Zizou itu lagenda walau ini bukan perlawanan peribadi Zizou. England sebab kita menonton Liga Inggeris di kaca TV.

Aku kalan bet dan menang bet sekali. Sobri datang bawa sekotak Dunhill untuk aku. Kami sama-sama sokong Republik Chech. Ketika pasukan ini bertemu USA, susah untuk kami bet. Jadi kami bet minit berapa gol masuk. Kalau ganjil aku menang dan sebaliknya.

Koller memberikan jaringan yang cantik seawal minit kelima. Kemudian ia cedera di paha dan diusung keluar. Rosiscy menjaringkan dua gol dari luar kotak penalti. Chech menang bergaya. Sebuah pasukan yang tidak popular tetapi kini dalam ranking kedua FIFA. Semua orang tak tahu atau semua orang tahu tapi buat-buat tak tahu.

Orang PAS sokong Iran ke Arab Saudi?


*Maaf, aku sering eja Czech dengan Chech. Itu sebenarnya nama goalkeaper utama pasukan Chech.

Rabu, Jun 14, 2006

Sepangan



http://jimadieshah.fotopages.com

Revolusi Iklan



Iklan buda bahasa Kemneterian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (Kekkwa) mengganggu perjalananku ke pejabat. Pemuda tidak kacak dan warna yang tidak menarik. Sebuah iklan yang selekeh. Tetapi iklan-iklan yang selekeh sepreti itu kadang-kala memberi kesan yang lebih dalam dari iklan Kotex dan syamfoo yang penuh perempuan cantik. Bagi aku, iklan yang paling berjaya dalam sejarah iklan di Malaysia adalah iklan sabun Trojan suatu ketika dahulu dengan watak orangnya memakai tong sampah pada pakaian dan hero Trojan yang rambutnya tegak seperti penyapu. Dibandingkan dengan ini, iklan Petronas dan iklan-iklan hari raya lain Yasmin Ahmad bukanlah apa-apa.

Kemudian masuklah generasi kopi-kopi kuat ke ke Malaysia secara tiba-tiba. Dengan pelbagai label yang dulu tidak bernada komersial seperti Kopi Harimau, Kopi Larat, Kopi Tongkat Ali, Kopi Ginseng dan seribu lagi sepertinya. Kalau kamu pernah tengok posternya, hanya ada paparan laki-laki tua sebagai model. Tidak pernah ada dalam sejarah pengiklanan Malaysia.

Dan tiba-tiba orang tua dari Utara itu berkata, "macam-macam ada!"

Selasa, Jun 13, 2006

Anak Johnson



?

Kertas Gerila



Lagi. Aku bertemu Jane. Surat-surat cinta yang ia karang padaku tiap pagi, ringkas, klise seperti cinta yang pandai berjanji hari ini tidak kubuang ke dalam tong sampah. Aku menyimpannya di dalam poketku yang atas.

Jane tidak mengucapkan good morning seperti selalu. Ia menghulur separuh pandang akan wajahku. Ia menulis dengan kertas merah. Aku capai dengan tangan kiri dan melintas di depan stesen Monorel KL Sentral langsung menghabiskan, seperti biasa, sebatang rokok sebelum masuk kerja. Jam 8.45.

Jane menggodaku seperti perempuan jualan langsung. Jane, kertasnya itu sangat gerila. Aku klik ke webnya hari ini. Besarnya kuasa kertas. Di China dulukala, kertas-kertas pemberontakan dibalut dengan kuih bakul sempena pesta tanglung. Orang membacanya tanpa sedar dan rakyat terpengaruh. Untuk bangun. Untuk melawan. Untuk menyatakan ketidakadilan maharajalela.

Kerana itu, puisi atau cerpen atau entri-entri yang tidak berguna boleh jadi akan berguna kalau diulang-ulang.

Jane berkemeja-t hitam. Ia cantik. Demi Allah.

Isnin, Jun 12, 2006

Merpati Jingga 1



Impact jadi polis siber?

Oleh itu, diharapkan Impact tidak menjadi platform membesar-besarkan apa yang dinamakan kenagasan siber dengan tujuan mengawal maklumat daripada beredar secara bebas dalam talian. Barangkali tiada lagi akta baru diperlukan berkaitan dunia siber melainkan penguatkuasaan yang telus dan terbuka. Pengalaman ngeri parti politik pemerintah semasa Reformasi 1998 yang menyaksikan pembangkang dan reformis mengekploitasi sebaik mungkin dunia teknologi maklumat untuk menyebarkan informasi, berekspresi dan mengatur siri-siri demontrasi besar mereka tidak harus membelenggu Perdana Menteri yang baru ini. [Baca lanjut]

Gubra yang menggelabahkan

Menonton Gubra adalah menonton pandangan-pandangan dan provokasi lembik pengarahnya (saya tidak fikir ia dicipta untuk tujuan lain). Filem-filem sebegini akhirnya akan menuju lorong-lorong gelap yang sama, seperti yang pernah dilalui oleh filem-filem belakangan pengarah Erma Fatima yang cuba berlagak feminis dan provokatif. [Baca lanjut]

Lain-lain artikel dalam Merpati Jingga 1-15 Jun 2006:
1. Indiscriminate and unlawful Hindu temple demolishments in Malaysia
2. Bantuan kemanusiaan
3. Kekerasan pihak polis
4. Amir Muhammad: Direktor Dokumentari Terakhir?
5. Tipah Tertipu: Ruffedge tonjol bakat lakonan
6. Road to glory--Daulah Islamiyah
7. Indiscriminate and unlawful Hindu temple demolishments in Malaysia
8. Dan lain-lain lagi

Merpati Jingga merupakan laman web memfokuskan kepada kebebasan ekpresi dan anti penapisan dan media. Diusahakan oleh empat anak muda blogger pelbagai latar yang dikenali sebagai Blog Bugs.

Berani bang?

Photobucket - Video and Image Hosting

Bayangkan perempuan yang paling murni seperti Hawa yang hanya tahu mendamping seorang Adam dan meranumkan epalnya, yang, kita panggil juga khuldi. Itu buah terlarang, bang. Perempuan itu berwajah jelita, putih, gebu, mesra, manja. Giginya tersusun. Rambutnya hitam, lurus. Matanya tajam dan alisnya tidak pernah dicukur. Tiada secalit make up. Ia asli sepenuhnya. Sebut namanya Eva, jika tidak bayangan kamu akan terganggu dengan wajah gadis Melayu Jelebu yang pakai baju kurung bunga-bunga kecil, hitam, bertudung warna tenggelam dan tidak cantik. Tukarkan Hawa kepada Eva.

Eva di pinggiran kota. Ia berpakaian dengan kain yang tidak pernah diwarnakan. Ia bekerja dengan tanah--menanam tomato dan sebagainya. Ia keseorangan dalam teratak buruk dari kayu siang dan malam. Tidak berteman. Dan bulan sabit. Dan matahari. Dan awan-awan. Dan hujan. Dan burung-burung putih.

Kamu bertemu dan jatuh cinta.

Kamu laki-laki Muslim tetapi Eva adalah perempuan tanpa agama. Kekuasaan paling besar padanya adalah alam semesta--halilintar, hujan, guruh, badai, ombak. Siapakah Allah atau Jesus atau Buddha atau Guru Nanak?

Laki-laki itu dalam keraguan: Apakah Eva memerlukan agama? Apakah Adam dan Hawa memerlukan agama? Tuhan mengajarkan Adam nama-nama. Tidak pernah ia mendengar tuhan mengajarkan agama.

Di sebuah tempat yang hanya ada seorang Adam dan seorang Hawa, tanpa kitab suci, tanpa jemaah, tanpa seorang pun manusia, apakah mereka memerlukan agama dan tuhan? Apakah mereka memerlukan tuhan yang uluhiyyah? Apakah bertuhan itu perlu agama?

Perempuan murni itu tidak punya agama. Akan pada tubuhnya, sunnguh kamu bernafsu. Laki-laki itu dan perempuan itu, akan epal yang hijau di gunung, telah mereka gigit.

Jika kamu, adakah kamu berani?

Andaikan anak Cina yang kamu suka itu ateis dan free thinker dan tidak mahu masuk Islam, untuk kamu menikah, ada berani?

* * *

Rindunya pada perempuan Inggeris yang menyebarkan risalah perniagaan sendiri tiap pagi aku berjalan ke pejabat. Setelah bayangan perempuan murni itu semalam, perempuan Inggeris itu pun tiada.

Intuisi aku kuat sekali. Aku selalu mendengar suara dan mimpi-mimpi aneh. Kerana itu, bila sesekali jadi sesat, aku bayangkan aku ini sebenarnya nabi selepas Muhammad. Tapi itu cuma bayangan luar. Aku ini nabi untuk ummat aku. Untuk umat penulis yang suka berkhayal.

Kamu ada berani?

Dan satu lagi, kadang-kadang Eva gemar bertelanjang.

Jumaat, Jun 09, 2006

Merah Bang

Photobucket - Video and Image Hosting

Lelaki di tepi jendela adalah lambang kesunyian yang selalu hadir dalam cerpen dan fiksi-fiksi klise. Semalam lelaki di tepi jendela pejabat aku hisap rokok dan ia tidak kesunyian. Ia melihat perempuan yang dipanggil pelacur asyik dengan kutang-kutang putih yang sukar dipakai. Seluarnya sepangkal paha. Ketika teman-temannya berlarian dan tertawa, ia turut tertawa seperti tiada apa-apa. Badannnya sedang-sedang dan ia tidak cantik di mataku. Siapa bilang tak ada rumah merah di Brickfields?

Aku rasa ada. Kamu rasa macam mana?

Selasa, Jun 06, 2006

Siapakah membawa gari-gari
dan besi
bunga-bunga api dalam bola mata
aku
seratus das tembakan pembunuh
merpati berkelintau

Isnin, Jun 05, 2006

Radja



Jumaat lalu di Rumah Pena sekumpulan penulis berkerumun untuk majlis pengakuan tiga penyair yang merupakan aktiviti bulanan mereka--meraban dan membaca puisi. Sabtu lalu mamat-mamat dan Minah-minah Indon campur kutu-kutu Malaya berkerumun di Stadium Nasional. Dua majlis itu aku ikuti.

Di Rumah Pena tenang dan merendah diri tetapi di Stadium Nasional berbeza sekali. Anak-anak muda berjoget dan majlis itu kepunyaan mereka. Tiada baju kemeja atau seluar slack atau kasut hitam atau baju batik. Semuanya muzik dan semuanya rock and roll.

Radja--kumpulan empat anak muda ini telah menakluk jiwa kelompoknya tetapi tidak pemuisi kita. Tidak berjaya.

Jumaat, Jun 02, 2006

1




Rosli adalah guru pertama. Dia tidak pandai langsung menulis. Kemahirannya hanya dua: Pertama, matematik dan kedua, menangkap ikap air tawar. Kerana itu mendapat gelar Rosli Ikan. Ketika itu umur aku 12. Peperiksaan UPSR akan tiba. Selepas puas mengajari kami ilmu matematiknya, dia membebel fasal Bahasa Melayu. Waktu itu semua orang fikir karangan itu susah. Aku tidak ingat lagi syarat minimumnya berapa ratus patah perkataan. Barangkali 100 atau 150 atau kurang daripada itu.

Rosli bertemu seorang budak, ceritanya, pada hari peperiksaan. Budak itu keluar dari dewan dan membasuk muka lama sekali. Rosli yang ditugaskan menjadi peperiksaan bertemu dan bertanya, "kenapa?"

Budak itu jawap dia tak boleh tulis lagi. Rosli pun kata, "kau jangan fikir kau tulis tu betul ke salah, kau jangan baca balik, kau tulis je sampai habis. Tulis je apa yang terlintas dalam kepala."

Budak itu pun masuk nak turuti kata Rosli walau seperti yang saya katakan tadi, barangkali Rosli sendiri tidak pernah menulis melainkan surat cinta sewaktu di maktab dahulu. Alhamdulillah budak itu lulus. Perawi tidak menyatakan sama ada cemerlang atau tidak.

Ketika saya bermasalah menulis, petua Cikgu Roslilah yang selalu saya ikuti dan amalakan sejak dulu lagi. Kerana itu dia layak dipanggil guru pertama. Ajarannya itu sahaja tetapi kesannya sangat mendalam pada saya.

Khamis, Jun 01, 2006

Da! 2

Photobucket - Video and Image Hosting

Kemerdekaan memamang sebuah kayu ukur demokrasi. Tetapi bukanlah semata-mata. Dalam Da! saya maksudkan bahawa kemerdekaan Montenegro melalui sebuah amalan demokrasi yang tidak biasa dalam Persekutuan Malaysia iaitu melalui pungutan suara atau referundum. Demokrasi jenis ini bukan semata-mata amalan Barat tetapi juga Timur seperti kes keluarnya Timor Leste daripada Republik Indonesia. Barat dalam wacana umum di negara kita sering dirujuk pada Amerika tetapi saya tidak merujuk pada Barat yang itu. Dunia Barat terlalu besar untuk dibandingkan dengan Amerika seketul.

Demokrasi jenis ini disebut sebagai demokrasi langsung yang mula diamalkan di Athens. Lima ribu rakyat Athens berkumpul dan membincancangkan masalah negara dalam masa sekali sidang selama dua hingga tiga hari. Sidang ini dalam setahun berlangsung puluhan kali. Yang baiknya dalam demokrasi jenis ini suara rakyat terus sampai kepada dewan yang mulia tidak dibatasi atau diwakilkan (seperti sistem senator atau wakil rakyat). Tetapi yang lemahnya demokrasi jenis ini mengabaikan suara minoriti kerana lima ribu rakyat itu sebenarnya hanyalah laki-laki yang merdeka.

Kenapa pengamalan seperti ini wujud dan barangkali harus wujud? Jawapnya kerana penyelewengan suara rakyat oleh wakil-wakil rakyat. Maka suara rakyat yang sebenarnya memerintah itu padam sikit demi sedikit. Penyertaan langsung rakyat boleh juga berlaku dalam unjuk rasa atau demonstrasi (bukan rusuhan) dan sistem media yang terbuka.

Salah anggap bahawa demokrasi adalah anak haram Barat boleh dijelaskan. Hasrat demokrasi itu adalah penyertaan umum dalam keputusan. Timur juga mengamalkannya dalam bentuk lain. Syura dalam Islam. Panchayat dalam Hindu. Dan dalam pengamalan China dulukala, raja yang dianggap seperti dewa juga boleh ditukar kuasa rakyat jika berlaku zalim.

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)