IKLAN

Cari Blog Ini

Rabu, Disember 26, 2007

Main-main dengan imaginasi 4

Joana tidak berkata walau sepatah pun. Dan 'syaitan' itu terus membebel. Ia membebel tentang moral, maruah dan kemudian melewat kepada denda Undang-undang Kecil Taman; seperti tertulis di papan depan: Dilarang berkelakuan sumbang dan tidak senonoh di taman. Tetapi perempuan itu kekasih saya, kenapa saya tidak betah mencumbuinya?

Ia bukan kekasih kamu. Bukan anak kamu, adik kamu, kakak kamu, isteri kamu, ibu kamu, mahu pun nenek kamu. Ia adalah kekasih saya, milik saya. Begitu hati kecil saya membentak. Dan itu tidak saya suarakan kepada 'syaitan' itu. Saya terkejut dan mengakui aksi seks itu, “berpelukan, berciuman, berkucupan,” sedangkan itu tidak pun kami lakukan.

Kami cuma berpegangan tangan dan melihat kuku serigala tumbuh di hujung jadi. Iya, serigala jadi-jadian.


'Syaitan' itu telah matikan enjin motosikalnya. Kata dia, “kalau saman, kena bayar RM 700.”


Saya kata semula, “ini awek saya. Saya nak kahwin, cuma...” Ayat itu tidak dapat saya habiskan. Dan ayat itu sebenarnya berbunyi, “saya tidak bersedia masuk Buddha.”

Tentang perempuan yang mencucuk puting teteknya dengan duri kawat

Baru tadi saya keluar minum (lagi). Minum kopi, bukan minum arak. Perempuan yang tidur di katil saya selalu mempersoalkan aksi ini. Baru tadi, sangat-sangat baru, sesudah menulis diari (diari off line ya, yang sangat-sangat peribadi dan ber-password), saya ke dapur dan minum jus oren asli Feel Fresh dan merokok, perempuan itu menyoal, “tadi bukankah you dah keluar minum (minum kopi, bukan minum arak)?”

Belum sempat saya menjawab, saya juga tidak berniat untuk itu, dia menyoal lagi, “bila you balik?”

Saya kata, “sudah dua jam.”

Sebenarnya lebih kurang satu jam 40 minit.

Perempuan barangkali tidak dapat memahami maksud “minum”. Minum bagi saya bukanlah sekadar segelas kopi atau Nescaffe atau teh tarik yang diminum berselang-selang dengan sebatang rokok sambil menonton kopi di kedai mamak. Minum adalah lebih daripada itu.

Aksi ini sebenarnya menajamkan pikiran kita, meramahkan kita dengan dunia, alam. Kedai kopi adalah medan diskusi dan terapi diri. Segelas teh tarik selalu membahagiakan daripada apa jua masalah di dunia ini. Inilah yang perempuan-perempuan di atas katil tidak dapat fahami. Mereka hanya faham bagaimana make up setengah jam untuk menutup muka yang sedia tidak cantik.

2
Hari ini saya telah membuang semua koleksi CD filem saya. Saya buka rumah sampah yang busuk di tingkat 16 pangsapuri tempat saya duduk, saya humban semuanya dalam tong hijau dalam bilik itu. Saya lega. Ia sepatutnya telah lama menjadi sampah. Koleksi itu termasuklah filem Siam The Last Life in Universe dan Black (Hindi)yang bertahun-tahun saya simpan.

Cuti hari Natal ini telah saya habiskan dengan menonton kembali filem-filem Mamat Khalid dan Mat Sentul. Antara filem yang terus mengesankan saya adalah Man Laksa dan Rock. Lawak-lawak bodoh sutradara versetail ini mengingatkan saya kepada akting P. Ramlee dan kawan-kawannya. Lawak bodohnya adalah yang paling segar dan original. Lawak bodohnya benar-benar bodoh. Tetapi bodohnya bolehlah dikelaskan sebagai bodoh Abu Nawas. Tidak seperti 'bodoh' Prof. Razak Moheidin dan yang seangkatan dengannya.

Dan tadi di kedai kopi, kami mengimbau pengalaman bahagia menonton filem-filem Mamat Khalid dan Mat Sentul. Dan untuk beliau, bagi tahun ini, saya iktiraf beliau sebagai pengarah terbaik untuk tahun ini, bukannya Khabir Bahtia (ejaan namanya barangkali salah) yang menghasilkan Cinta yang 'cantik' tetapi hancur wal lebur daripada aspek plot dan content itu.

Tadi petang juga saya telah membakar semua koleksi cerpen-cerpen saya yang sebahagian besarnya belum pernah tersiar di mana-mana. Saya muatkan dalam bonet kereta dan bawa ke tepi lombong. Saya cucuh api. Saya puas. Semua ini sampah, kering imaginasi, macam cerpen-cerpen dalam Berita Harian, Mingguan Malaysia dan Dewan Sastera. Ini adalah tanda tribute saya untuk Hamsad Rangkuti. Hari itu saya telah membaca sebuah cerpennya yang berjudul “Maukah Engkau Menghapuskan Kesan Bibirnya di Bibirku dengan Bibirmu” dan saya lantas jatuh terduduk.

Hari ini, tiga lagi cerpen pemenang Anugerah Khatulistiwa 2004 itu saya halusi dan dua daripadanya amat mengesankan saya. Namun, dalam enti ini, biar disebutkan satu saja, sebuah cerita tentang laki-laki miskin yang telan gelang emas dalam kole berisi tahi sebanyak tiga kali.
Seorang laki-laki diberkas polisi atas tuduhan mencuri. Barang yang dicuri itu ditelannya. Dan mereka punya saksi. Polisi memaksanya makan julap dan papaya. Dan dia diberi sebuah kole untuk menadah najisnya. Setiap kali dia berak dan kole itu penuh, polisi akan mengkuis-kuis najisnya dengan sebatang lidi. Tetapi setelah beberapa kole dikuis, tidak ada gelang emas itu. Maka si penuduh menarik balik tuduhannya. Pertama kerana ia sesungguhnya merasa kasihan dan kedua, ia yakin ia barangkali tersilap.

Di dalam teksi, laki-laki itu mengucapkan terima kasih berulang kali. Katanya, “telah tiga kali gelang emas itu jatuh ke dalam kole, dan tiga kali jugalah aku menelannya kembali,” katanya.

“Isteri aku sakit dan dokter minta daripadaku biaya yang amat besar. Aku orang miskin dan aku terpaksa melakukan semua ini,” kata si maling lagi.

“Pergilah engkau segera sebelum aku berubah fikiran,” kata saksi palsu itu kembali.

Cerpen ini mengingatkan saya kepada sebuah cerpen Banggla dalam antologi Pushna. Juga cerita tentang kemiskinan yang melingkari manusia-manusia yang kerana itu mereka menjadi kerdil. Seorang perempuan miskin yang tidak lagi punya susu, tubuhnya kurus, susunya kering, dia terlalu miskin telah mencucuk puting teteknya dengan duri kawat. Maka berdarahlah kedua puting itu. Dan dengan darah itulah dia menetekkan anaknya yang kelaparan.

Inilah cerpen yang paling 'Islamik' yang pernah saya baca. Kamu yang kononnya menulis cerpen-cerpen Islam itu, tidak pernah pun aku baca tulisan sebaik itu. Kamu hanya menulis syarahan agama dan khutbah Jumaat yang membosankan. Kamu kering dengan imaginasi seperti tetek perempuan Benggal yang kurus.

Maaflah membebel pagi-pagi buta ini. Jangan ambil hati. Saya kan baru saja lepas minum. Minum kopi ya, bukan minum arak. Lagi pun, saya hanya makan tapai beras, tidak pernah pun, walau sekali, ambil alkohol selain itu.

P/s: Puting tetek adalah puting tetek, adalah istilah Sains tentang organ manusia. Seperti Dr. Thambi ulas fasal penyakit kote dalam Harian Metro. Bukan lucah, bukan erotis macam Mitos Sperma Amerika yang jahiliah tu.

Isnin, Disember 24, 2007

Main-main dengan imaginasi 3

Saya dapati hujung jari terasa gatal. Joana juga. Benar, bulan cerah dan mengambang. Saya lihat matanya merah dan pelan-pelan melayu. Kami pun bergengaman tangan. Melihat bulan jatuh ke tasik. Dan bibir pun mengucapkan ayat-ayat cinta yang klise, "Aku cinta kamu, aku sayang kamu sampai bila-bila."

Tiba-tiba terdengar bunyi motosikal dan keluarlah lembaga daripada balik pohon buluh. Pohonan buluh lazimnya menembunyikan panda. Tetapi lembaga yang terbit bukanlah panda. Lembaga itu adalah manusia di dalam uniform warna separuh gelap. Juga, seperti malam itu.

Angin dingin sekali dan dia menyergah kami.

"Berpelukan, berciumam, berkucupan," katanya. "Ada bantahan?" katanya lagi.

Kami terpaku. Dia seorang penguatkuasa yang berwajah garang dan bertubuh gempal seperti seekor panda.

Jari-jari aku dan Joana terasa sejuk dan menyejuk dan membeku. Seperti mayat. Segala gatal telah hilang.

Laki-laki itu membebel tentang moral dan kami mendengarnya. Tiada sesiapa di situ kecuali Aku, Joana. Kata orang, apabila dua pasangan bukan muhrim berdua-duaan di tempat yang sunyi, ada yang ketiga di antara mereka. Yang ketiga itu adalah syaitan. Tetapi bintang kena rejam itu mengabur di mata kami. Yang ada cuma lembaga daripada pohonan buluh. Kata hati kami, "engkaukah syaitan?"

Sajak dalam Bahasa Isyarat Malaysia 2



Ini persembahan kawan-kawan kami, Mawk, Julia, Safiah dan Nana. Telah dimuatkan ke Youtube. Dan ini URL-nya: http://www.youtube.com/watch?v=bKzhEOXdac8.

Ada depa baca sajak aku satu, "Gadis Sunti yang Tak Tersentuh Lelaki 5". Cerita fasal Nurul Huda yang kena rogol dengan Pak Cik hANGER. Ada orang tanya saya, mula-mula dulu, kenapa "hANGER" dieja macam tu. Saya jawab, "badan saja besar, kepala kecil."

Juru kamera yang bertugas pada malam itu adalah Nizam. Juru edit, Mawk. Juru tepuk tangan, aku dan kawan-kawan.

Isnin, Disember 17, 2007

Main-main dengan imaginasi 2

Saya terima sepucuk surat elektronik mengatakan saya menang loteri. Lebih pelik lagi, surat itu kata menang tempat pertama. Pelik, saya hanya dua kali pernah menang judi. Kali pertama hadiah saguhati RM 200. Tetapi e-mel kali ini benar-benar pelik. Dia kata, penulis e-mel tu daripada syarikat judi online tu kata aku menang RM 10,000. First prize. Aku e-mel balik dan kata pada dia, "kau tipu." Amoi bernama Joana tu tetap juga berkeras kata aku menang. So, aka kata "terima kasih."

Joana balas, "sama-sama cinta."

Tiga bulan sesudah itu, kami benar-benar bercinta. Joana pun mengajak saya masuk Buddha.

Bulan terang malam itu. Tasik Perdana ditumpahi wajah bulan. Saya pegang tangannya dan jilat telinganya. Dia mengelak manja. Cinta menjadi cinta sebelum terjadinya tragedi itu. Tragedi ketika bulan benar-benar mengambang. Maka manusia pun menjadi serigala. Iya, benar, serigala jadi-jadian.


--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Main-main dengan imaginasi

Kata Hamsad Rangkuti, malam itu dia masuk ke kamar jirannya dan meleraikan seluruh pakaian di tubuh perempuan cantik itu. Perempuan itu adalah kegilaan pemuda di kampungnya. Dia ceritakan peristiwa itu tetapi orang-orang di kedai kopi menafikannya. "Engkau benar pembohong," kata mereka. Tetapi hasil daripada aksi itu, Hamsad berupaya mencipta sebuah cerpen yang sangat bagus dan menarik dengan judul "Maukan Kau Menghapuskan Kesan Bibirnya di Bibirku dengan Bibirmu?".

Cerpen ini menarik perhatian massa dan bahkan diskripkan dan dijadikan sebuah persembahan pentas. Alangkah asyiknya melihat perempuan cantik, dalam siluet, menanggalkan satu persatu pakaian di tubuhnya sebelum membunuh diri. Jawapan kepada upaya Hamsad itu hanya satu: Imaginasi liar, yang ia sebut sebagai sebuah dusta dan pembohongan.

Perempuan cantik yang menanggalkan pakaianya di depan Hamsad tentulah tidak pernah melakukan perkara itu. Semua itu hanya berlaku dalam kepala dan imaginasi liar Hamsad semata-mata. Mulai hari ini, apa kata kita main dengan imaginasi liar? Bukankah permainan ini sangat menarik dan mirip kepada fiksyen?

Ahad, Disember 16, 2007

Beberapa

Beberapa hari ini saya bermimpi ngeri. Hampir tiap malam (atau juga siang). Tetapi selepas mimpi-mimpi itu saya mendapat idea yang bagus. Barangkali mimpi itu juga bagian daripada imaginasi liar. Daripada imaginasi liarlah kita mencipta fiksyen, atau dengan kata lain dusta dan pembohongan. Sekadar mengutip Hamsad Rangkuti ketika sedang menikmati kumpulan cerita-cerita pendeknya Bibir dalam Pispot.

Cerpen "Maukah yang Menghilangkan Kesan Bibirnya di Bibirku dengan Bibirmu" itu amat kasi stim dan high saya. Cerpen itu benar-benar bagus. Hamsad melepaskan imaginasinya sebuas-buasnya hingga tak terjangkau oleh kita. Membaca Hamsad membuatkan motivasi saya bangkit.

Oleh itu, tahun depan, azam saya adalah hendak menulis seribu cerpen. Saya dengki dengan anda. Saya harap dengan lambakan itu, harga cerpen dalam pasaran akan jatuh. Mengikut hukum penawaran, semakin banyak penawaran dalam pasaran, harga akan jatuh. Hukum penawaran berkadar songsang dengan harga.

Tetapi terhadap Hamsad, para sasterawan memberikan jawapan yang mudah tapi begitu menggoncang, "para sasterawan memang mereka-reka cipta, tetapi sasteran bukanlah pembohong atau pendusta. Sasterawan bukanlah penipu dan pemutar belit." Biar saya sendiri beri jawapan untuk hipotesis saya tadi, "cerpen bukan ayam atau ikan yang naik turun harganya bisa ditentukan oleh dacing timbang."

Ingat kata Si Burung Merak, Rendra, "dalam dunia kepahlawan ada nomor satu, tetapi dalam dunia seni tidak ada nomor satu atau dua."

Jumaat, Disember 14, 2007

Sebagai

NORA KUKUP


Sebagai ibu kepada dua anak gemuk, sudah tentu Cinderella harus menjadi galang gantinya. Cinderella, baginya penderitaan dan air mata adalah lumrah. Kerana itu ia menjadi Cinderella. Dan kerana itu labu-labu menjadi kereta dan tikus-tikus menjadi kuda putih. Cinderella, perempuan jelita itu harus juga bergantung kepada air mata dan kesaktian.

Tetapi sebagai ibu kepada dua anak gemuk yang hodoh, apa lagi yang bisa dilakukannya selain mempermain-mainkan kesaktian? Dan kita pun tidak lagi pernah mendengar kisah ibu tiri dan dua anak yang hodoh itu. Kita pun makin melupa, mereka sebenarnya ada; dan terpaksa.

2
Terima kasih kepada pemberi jam yang misteri.

3
Pak cik di atas adalah idola saya.

Khamis, Disember 13, 2007

Benar, kehidupan Cinderella hanya bermula hanya selepas ceritanya berakhir. Barangkali benar.

--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Sabtu, Disember 08, 2007

Akihiro

Yang membuatkan semalam, saya menunggu hingga ke saat akhir adalah laki-laki daripada negara Gaban dan Masked Rider itu. Nama Akihiro Yonaiyama bukanlah ssuatu yang mesra untuk kita. Juga kebudayaan orang pekak. Akihiro dijuluk selebriti pekak. Beliau berlakon dan mengarah. Tujuh tahun lalu, jika tidak salah saya, Akihiro mengarahkan I Love U membawa isu orang kurang upaya dengan kecacatan pekak. Seperti Akihiro yang juga pekak. Semalam, dalam seminar bahasa isyarat dan kebudaan pekak di sebuah hotel di Jalan Tun Razak, Akihiro berceloteh agak panjang. Akihiro dilahirkan pekak. Ibu bapanya pekak dan tidak begitu terdedah kepada penddidikan. Oleh itu, empat tahun dalam pendidikan rendah adalah zaman yang sukar buat Akihiro. Akihiro mengikuti sekolah biasa.

Tetapi seperti kanak-kanak biasa, filem dan televisyen adalah dunia yang amat menarik buat mereka. Cita-cita dan minat laki-laki Jepun itu tidak luntur.

Tidak tamat dan tidak bersambung. Malas nak tulis. Cuma malam ini Akihiro akan mempersembahkan karya beliau di pentas. Dan aku bersemangat sekali untuk menontonnya. Hanya seni menjadi komunikasi. Dia menggunakan Bahasa Isyarat Jepun. Siapa yang mungkin faham?

Khamis, Disember 06, 2007

Sajak isyarat (lagi lagi)

Kata Shaidah Shafie (Berita Harian):
...Halimatun Saadiah Mohd Hanafiah pula mendeklamasikan puisi Tentang Mati karya Boyan dalam suasana istimewa kerana Nur Safiah Ab Rauf dan Noor Diyana Hassan, turut mengiringi bacaannya dengan bahasa isyarat:

Saya memimpikan bertemu Tuhan
duduk pada sebuah taman
bicara apa adanya, apa saja.
Tuhan tiba-tiba beranjak dari duduknya
lalu pergi meninggalkan saya
dengan gundah dan tanda tanya
sudah siapkah saya untuk mati?


Dalam keghairahan blogger membaca naskhah dan mendeklamasi puisi dari blog masing-masing, muncul Juliawati Muhd Yunus mengalunkan Rubaiat Hamzah Fansuri yang memberi kelainan dalam persembahan sehingga khalayak terdiam menghayati setiap patah perkataan rubaiat itu:
MENGHIBURKAN: Juliawati (tengah) bersemangat mengalunkan puisi Rubait Hamzah Fansuri.

Hamzah Fansuri di dalam Makkah
mencari Tuhan di Baitil Ka'bah
dari Barus ke Kudus terlalu payah
akhirnya dijumpa di dalam rumah.

Aho segala kamu anak alim
jangan bersahabat dengan yang zalim
kerana Rasulullah sempurna hakim
melarangkan kita sekalian khadim.

Kunjung-kunjung di Bukit Tinggi
kolam sebuah di bawahnya
wajib insan mengenal diri
sifat Allah pada tubuhnya.


[Baca lanjut dalam "Gelodak Jiwa Wanita", Sastera, Berita Harian]


Nota: (1) Halimatun Saadiah adalah Mawk. (2) Judul sebenar syair Hamzah Fansuri adalah "Rubaiyat", bukan "Rubait".


Utusan Malaysia melaporkan:
"...Nur Safiah Abd. Raub, Nor Diyana Hassan dan Halimatun Saadiah pula membaca puisi dalam bahasa isyarat." [Baca lanjut dalam "Baca naskhah Maskara bela nasib wanita"]

Rabu, Disember 05, 2007

Gadis sunti yang tak tersentuh lelaki 5

waktu setan senggama NURUL si tikus mencicip "_" ia gerun izrail berdiri di sisinya yang keciritan di jendela rumah pencawang tnb sambil meramas (nyawa) perempuan kecl melumati dan mencabutnya dari lubang faraj biru bibirnya ia gerun israil menggantungkan kukunya ke zakar aBBAS dan (barangkali) hANGER NURUL yang tak terhaiwankan meraung mak dalam sakit ada sakit ada sakit ada (tak nikmat?) di hujung nafas wajah kawan-kawan sekolah mak ayah abang bersabungan di mata hitam kelibat cikgu zabedah menggaris papan hitam pak cik aBBAS kata apa? tidak lagu twinkle twinkle litte star tidak senaman lompat bintang mata anak kecil pecah senja ini gelang patah lain macamnya syaitan melayang-layang dengan ketawa yang terlompat-lompat ke rawan langit telinga tuhan nangis-nangisan tandu-tandu-tandu arasy gulat-gulatan ia resapi dinding pencawang tnb kodek-kodek macam layang-layang kata tikus i jendela dengan kesaksian mata malaikat buka pintu abangnya kata, "-"

Jimadie Shah Othman
2004


Sumber: Md Zainuddin Abd Rahman (penyelenggara) (et al) 2004. Bayi Kota Berahi. Kuala Lumpur: Gerak Sastera.

Nota: Aku karang sajak ini tiga tahun lalu mengenang Nurul yang dirogol dalam rumah pencawang TNB di Gelang Patah, Johor. Apabila Nurin Jazimin mengalami nasib yang hampir serupa, aku fikir sajak ini juga ada kena mengena.

Selasa, Disember 04, 2007

Sajak isyarat (lagi)



Kata Amyz:
Persembahan keempat merupakan persembahan yang lain dari yang lain. Yang indah dengan gerakan tangan dan bacaan puisi. Mawk membacakan puisi Tentang Hati dan Jumuyu melagukan syair Hamzah Fansuri. Sekali lagi, Mawk tampil dan membacakan karya Jimadie Shah, Gadis Sunti tak Tersentuh Lelaki 5. Nordiyana dan Nursafiah membuat gerakan tangan bahasa isyarat untuk ketiga-tiga puisi. Indah sekali. Nurdiyana juga membuat persembahan dalam bahasa isyarat dan diterjemahkan oleh Mawk; Stop The War, Bush! [Baca lanjut dalam Pink Platun]

Jimadie: (1) Tajuk sebenar puisi Mawk adalah "Tentang Mati". Rubayat sebenarnya disyairkan oleh Juliawati, bukan Jumuya. (3) Lebih tepat, "Stop the War, Bush!" disampaikan dalam American Sign Language (ASL) dengan voice over dalam bahasa Inggeris.

Kata Fadz:
"...terhibur dengan golongan penyair ala Indon pascaAADC si wanita dan dua perempuan bisu...." [Baca lanjut dalam Kubu Buku]

"Si perempuan dengan dua wanita bisu juga mencuit. Saya dibawa kembali pada bayangan penyair-penyair besar. Bait-baitnya yang memamah saya, menghibakan saya, membuat saya tersentak. Hati laranya menyakitkan. Hanya saya tergamam, tulisannya semua oleh lelaki (pandangan saya), walapun disampaikan dengan baik dan kuat oleh seorang wanita- memaparkan kadang-kala lelaki masih punya tangan atas terhadap keinginan dan niat wanita itu sendiri." [Baca lanjut dalam Kubu Buku]

Jimadie: Perempuan-perempuan ini tidak pekak (istilah bisu tak digunakan dalam komuniti Pekak). Sajak dalam ASL itu karya Jehanne McCoullough merupakan karya budak perempuan berumur 12 tahun.


Sumber gambar: Lan Rasso dan Salina.

Isnin, Disember 03, 2007

Siapa kata bahasa isyarat universal? 2

Untuk Triskai

Barangkali atas kototasi yang tadi. Psiklogi orang pekak tidak saya pelajari. Jadi, tidaklah saya komen dengan tepat perkara ini.

Di peringkat sekolah biasanya, orang pekak tidak tidak menggunakan bahasa isyarat. Mereka sebaliknya lebih terdedah kepada kod tangan. Kod tangan bukanlah bahasa isyarat. Ia adalah bahasa verbal yang dikodkan. Di Malaya, mereka menggunakan Kod Tangan Bahasa Melayu. Secara mudah kita boleh katakan sebagai Kod Bahasa Melayu yang dikod-tangankan. Untuk memahami perbezaannya, sila ikuti tulisan Mejar Sazali Abd. Hamid dalam Berita Harian.

Ogos lalu kami menganjurkan Seminar Bahasa Isyarat Malaysia (MySL) yang pertama. Dalam seminar ini, keluh kesah orang pekak disalurkan. Antara kegundahan mereka adalah keragaman isyarat yang 'dipaksakan' ke atas mereka. Selain MySL sebagai bahasa rasmi, mereka diminta menggunakan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM), Kod Jawi, American Sign Language (ASL) dan Sign Exact Engglish (SEE) dalam kes-kes tertentu.

Di sekolah, murid pekak biasanya menggunakan KTBM. Kenapa? Kerana guru pendidikan khas lebih 50 peratus tidak menguasai bahasa isyarat dengan baik.

Tuan Triskai, mungkin kita boleh adakan perbincangan lanjut nanti.

--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Ahad, Disember 02, 2007

Gambar Maskara 5 (KEMASKINI)



1.
Ini gambar yang diambil oleh Khalid semalam. Sangat tidak cantik. Lebih tepat lagi, kita boleh katakan sebagai hancur wal lebur. Khalid merupakan jurufoto tidak profesional. Jadi, maafkanlah dia.


Dan perempuan pakai maskara.


2
Kami lihat, Amyz ada mengulasnya dalam Pink Platun dengan entri berjudul
Cerita Malam Perempuan Perempuan (MASKARA 5). Ini sedikit introduksi yang aku cuplik.

Untuk membuat satu event aku rasa bukannya perkara mudah. Tambahan pula orang seperti aku yang sukar nak approach orang. No wonderlah aku try meniaga tak pernah kaya-raya. :-p Haha. [Baca lanjut]

Amyz, kawan-kawan kata waa'alaikum salam. Depa tanya, perempuan yang mana?

Ada juga gambar yang cantik di sini.

3
Aku ingin mengomen. Komen ikhlas.
  • Seting tempat kamu bertambah hodoh. Tak rock. Tak rugged.
  • Kamu patut minta kunci pagar parkir daripada 'penunggu' Rumah.
  • Kamu (performer) tidak patut cakap banyak macam pemenang Anugerah Skrin. Kamu bukannya Siti Nurhaliza. Kamu naik dan baca sudahlah. Bila kamu berceramah aku rasa macam dengar khutbah daripada Radio Malaya yang berjudul Makanlah Buah-buahan Tempatan.
Minta maaf, aku kutuk depan-depan. Kamu tak terima pun tak apa. Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri. Yang baik daripada Allah. Yang buruk daripada mulut saya yang cabul.

Kalau kau orang nak tahu, apabila laki-laki tu kutuk hidung kau kemek atau kulit kau hitam, maksudnya kau cantik dan dia suka kau. Kalau dia kata, "kau tak cantik" maksudnya dia memang tak suka kau.

4
Pak [Abdullah] Jones , kau akan gelak lebih kuat kalau tau apa yang kami borak masa tu fasal kau. Tetapi tidak ada tuduhan bahawa kau gay. Ha, ha, ha! Aku nak telefon Lutfi bagi tau dia dan ajak dia gelak tapi telefon aku ada di kedai Cina.

Siapa kata bahasa isyarat universal?

Untuk Triskai

Mengatakan bahawa bahasa isyarat itu unik adalah benar; tetapi mengatakannya sebagai universal adalah tidak benar. Seperti juga bahasa verbal yang lainnya, bahasa isyarat juga dibentuk oleh budaya dan persekitaran pengamalnya. Oleh itu, terdapat mungkin ratusan bahasa isyarat di seluruh dunia dan ribuan slanga yang digunakan. Orang di Malaysia, mungkin tidak menyebutnya. Mungkin mereka rasa "tidak universal" itu membawa konotasi negatif. Tetapi tidak di negara Kiwi. Orang New Zealand berbangga mengakui bahawa bahasa isyarat mereka sebagai tidak universal (oleh itu, ia unik). Bahasa itu hanya digunakan di negara itu sahaja. New zealand Sign Language dianggap warisan negara. Dan di negara itu, bahasa isyarat mereka diiktiraf di peringkat negara sebagai bahasa rasmi ketiga selepas Bahasa Maori dan Inggeris.

Kita di Malaya menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia. Bahasa ini juga unik dengan kebudayaan dan tradisi kita. Tetapi bahasa ini tidak digunakan di luar daripada negara ini. Bahasa yang dominan di dunia adalah American Sign Language (ASL) dan British Sign Language (BSL). Bahasa-bahasa ini menjadi asas kepada bahasa-bahasa isyarat lain. Negara-negara Komenwealth mengaplikasikan BSL dengan mencampurkan dengan isyarat-isyarat tempatan untuk melahirkan bahasa isyarat masing-masing. Di negara kita, walau pun bekas jajahan British, bahasa isyarat kita menyerupai ASL. Enam puluh hingga 70 peratus isyarat dalam bahasa ini adalah hampir serupa.

Bahasa yang universal barangkali hanya lagu dan perasaan cinta.

Saya suka bahasa isyarat kerana saya sekarang dikelilingi orang pekak. Menjadi keperluan bagi saya menguasai bahasa ini, walau pun sedikit. Dan saya melihat terdapat beberapa aspek Komuniti Pekak dan bahasa ini yang menarik minat saya. Misalnya dalam bidang kesusasteraan yang menjadi minat saya selama beberapa tahun. Saya fikir, bagaimanakan kalau kita menggabungkan sastera dengan bahasa isyarat. Bagaimana jika puisi dalam bahasa isyarat bergabung dengan persembahan pentas. Adakah isyarat boleh 'diselengkan' untuk tujuan artistik seperti dibolehkan perlanggaran nahu dalam penulisan kreatif atas nama lesen puitis? Itu semua belum menjadi bahan kajian dan perbincangan di Malaya. Tidak ada sebuah buku mahu pun artikel pernah ditulis berkaitannya.

Ketika saya dan teman-teman membaca sajak dan menterjemahkannya ke dalam bahasa isyarat di Maskara 4 (dua bulan lalu), tidak ada sebarang contoh untuk kami. Oleh itu, kami melihatnya seperti sedang mengurat perempuan cantik sedikit demi sedikit. Setiap hari membuatkan kami semakin ghairah.

Persembahan Mawk, Nana, Safiah dan Juliawati semalam di Maskara 5 adalah percubaan kami yang seterusnya. Kami akan masukkan dalam Youtube nanti. Anda boleh menontonnya. Persembahan semalam cuba menggabungkan isyarat dan persembahan pentas atas nama lesen puitis. Maaflah jika tidak menjadi. Ini eksperimen.

Itu saja buat kali ini Tuan Triskai. Terima kaseh.

--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Sabtu, Disember 01, 2007

Hikayat

Saya pernah membaca Ahadian Akashah. Waktu itu di tingkatan dua atau tiga. Tidak ingat apa judulnya. Tetapi berbunyi seperti "yo" atau "yoyo". Hari ini saya kerja, ganti cuti raya haji nanti. Atas meja teman sekerja, saya nampak sebuah buku tebal bertulis "Hikayat Cinderella". Saya belek dan cuba baca. Sebenarnya kita semua telah salah tanggapan. Kita menilai orang daripada luar. Kita sepatutnya ingat, satu jari kita tuding kepada orang, empat lagi berbalik kepada kita. Sebenarnya apa yang saya lihat dalam 'hikayat palsu' itu adalah sama juga seperti yang saya lihat pada buku-buku lain.

Kadang-kadang ada juga pada buku-buku penulis yang ingin melihat Ahadiat dan buku-bukunya dibakar (bakar hakiki, bukan maknawi). Cuma penulis jambu ini tidak banyak bersyarah macam penulis sekarang. Bersyarah, menghina, menghukum.

Segalanya bermula dengan anggapan "akulah yang paling benar". Cuba tuan-tuan tengok hadis 40 tentang akhir zaman. Tentang orang yang mengatakan orang ramai sudah rusak binasa. Saya tak kata Hikayat Cinderella itu bagus, itu terpulang pada diri masing-masing.

Yang saya nak kata, kamu yang kuat mengata dia pun sama juga. Saya berpesan kepad tuan-tuan dan diri saya sendiri.

Musa, Harun 3

Musa adalah manusia terpilih. Dia memimpin Bani Israel keluar daripada kezaliman Firaun. Tetapi Musa tidak dapat melakukannya seorang diri. Dia memerlukan seorang pembantu yang paling ia kenal, yang paling ia percaya. Maka Tuhan mengutuskan seorang lagi rasul dengan nama Harun. Saudara Musa. Saudara darah dan saudara dalam agama. Musa akan berangkat kepada Firaun untuk berkata, "kamu telah melampaui batas, kamu akan aku seteru," pastinya dengan lidah Harun. Khabarnya Musa tidak fasih kerana ketika kecilnya, ia memakan bara api untuk membuktikan 'kebodohannya' kepada Firaun yang ketika itu gila membunuh anak laki-laki. Maka, Harun menjadi teman dalam perjuangan.

Azam, ustaz muda itu memandu kami, saya, Khalid, teman yang botak, juga Nizam, yang kurus, ke Taman Mawar. Amin barangkali baru pulang dari pasar borong. Nampaknya dia telah siap menunggu. Juga berkopiah puteh dan berbaju Melayu biru Barisan Nasional. Dia juga ikut Naza Ria. Nizam kali ini ke kereta belakang, dengan lembaga yang baru lepas bersenam dengan basikal Mountain Bike.

Amin atau Azam minta kali garam kasar dan lada hitam. Kami memang tidak ada. Namun seingat saya, benda itu ada ustaz yang tadi siang datang tinggalkan sedikit. Saya tidak tahu untuk apa. Saya tak nampak releven halau jin pakai benda tu. Saya agak rasional. Saya tidak percaya pada gangguan makhluk halus. Bagi saya tu fenomena akal yang rancu. Macam skizofrenia misalnya. Semua bisikan, gambaran datang dari dalam diri kita sendiri. Macam juga mimpi. Tetapi kali ini rasionaliti saya bergoyang. Apa yang saya namakan '"akal rancu" itu lain macamnya. Ia menakutkan dan meremangkan bulu roma saya.

Saya memberikan sedikit intro dan background tentang budak perempuan itu. Ketika kami sampai, dia nampaknya okey. Dia baik berbual dengan ustaz sebelum ustaz menjumpai dan mengambil sepotong kayu kecil bertulis Bahari Ismail.

Siapa Bahari Ismail?



Jumaat, November 30, 2007

Kenapa saya minat bahasa isyarat

Mantan bos bercerita, tentang cinta, isteri dan perlayaran. Ketika dia menuntut di Amerika Syarikat, isterinya banyak membantu. Perempuan tabah itu bekerja di kedai buah. Dalam perjalanan pulang, dia kutip kupon hadiah rokok di jalan. (Waktu itu ada promosi, dalam sekotak rokok ada satu kupon. Apabila dikumpul dalam jumlah tertentu boleh ditukar dengan rokok baru. Lazimnya kupon itu dibuang begitu sahaja.) Dan dia pulang dengan dua kotak rokok ke rumah setiap hari. Rokok itu dia beri pada mantan bos. Kenapa? Kerana suaminya yang tercinta itu kuat merokok dan tidak akan berhenti kecuali ada amaran mati.

Oleh itu, dia buat begitu supaya duit mereka tidak habis dibelanjakan untuk rokok semata-mata. Mantan bos menjadi amat cinta kepada isterinya. Kemudian seperti lazimya, orang baik mati awal. Bos amat sedih dan memilih untuk belayar selama dua tahun sebelum membuat keputusan pulang ke Malaysia atau terus menetap di Amerika. Kenapa dia pergi berlayar sedangkan dia tidak tahu berenang pun?



"Sebab aku tak tahu, sebab tu aku berlayar," kata beliau.



Teman kami yang disembur water canon dan tidak lari ketika belantan dilancarkan beberapa minggu lalu juga mendengarnya.



Kalau bohong dia, bohonglah kamu.



Entri ini sebetul untuk teman kami Mohamad Ridhwan Alias yang baik. Kenapa saya suka bahasa isyarat, " sebab saya tak tahu, sebab itu saya suka."

Khamis, November 29, 2007

Kawan Bersih

Sahabat dan teman-teman. Kamu adalah hero. Aku tidak. Aku penakut. Ketika jalan raya macet, dan air sial itu disembur ke tubuhmu, dan belantan dilancarkan, aku tidak ada. Aku cuma menonton kamu di kaca TV dan Malaysiakini. Tahniah kawan-kawan. Aku tidak malu punya teman seperti kamu. Dan kita pernah dalam satu pasukan. Pasukan yang sangat kuat. Aku, kamu, kita dengan upaya yang beda, namun menyatu untuk satu matlamat: Get the job done! Seperti kata bos. Sejak dulu, kamu adalah kamu yang aku kenal. Nasib baik kamu belum menikah, jika tidak kamu akan jadi penakut dan ketar lutut. Syabas, bro. Syabas untuk semangat. Syabas untuk anak muda.

Sumber gambar: http://ahfook.krova.com/photos/albums/071110_bersih/IMG_7743.jpg

Musa, Harun 2

Saya, Khalid, laki-laki botak itu, juga Nizam ke Taman Tenaga. Kam menuju ke masjid. Kampung pencil itu agak diam dan sunyi malam itu sedangkan jam baru kira-kira 9:30. Kami berpusing-pusing dalam Naza Ria milik Mejar. Khalid memandunya. Saya tidak. Saya tak ingin. Kami fikir, rumah yang betul-betul menghadap masjid adalah yang terbaik.

Kami sebetulnya mencari tok imam. Belum sempat kami memberi salam. Kelihatan sebuah lembaga menghampiri pelan-pelan. Samar-samar dalam pandangan. Tidak, ia manusia, bukan hantu. Hatinya puteh dan bercayaha. Laki-laki dalam pakaian oren itu sedang bersenam dengan basikal mountain bike-nya. Kami tanya dia rumah tok imam. Dia tunjuk dan bawa kami ke sana. Jauhnya kurang lebih 20 meter dari situ. Sebaris. Rumahnya agak besar dan mewah.

Beberapa kali memberi salam, tidak berjawab. Maka kami teruskan perjalanan dekat Stesen Petrol BHP tidak berapa jauh dari situ. Pemuda yang tadi berbasikal memandu kami dengan kereta Hondanya. Ustaz Azam mohon bersolat terlebih dahulu.

Dia keluar memberi salam dengan surah Yasin di tangan. Bahagian luar rumahnya terdapat banner bertulis Metro Driving.

Katanya, "kita mesti cari kawan saya seorang lagi."

Dan kami belum tahu namanya Amin. Dia meniaga di pasar borong.

Perjalanan kami menghala ke Taman Mewah, rumah dekat-dekat jalan mati. Di depannya ada kereta Iswara warna pudar. Pudar dan sekikit kotor.

Bersambung...

--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Rabu, November 28, 2007

Musa, Harun

Ada berita besar? Berita besar yang membuatkan kami kelelahan. Teman kami, biar saja dinamakan H, telah kerasukan. Hingga saat ini telah masuk hari yang kedua, tanpa makanan, minuman dan kerancauan jiwa. H adalah wanita dengan jiwa gagah. Tetapi kali ini ia kena. Musa dan Harun tiba malam tadi. Kami menyuguhkan dengan garam kasar dan lada hitam. Dua pria pertengahan empat puluhan itu kelihatan tenang. Wajah mereka seperti membersikkan cahaya. Seolah-olah kami membaca Tamar Jalis dengan siri-siri Bercakap Dengan Jin-nya yang sangat terkenal suatu ketika lalu. H adalah perempuan dan manusia baik. Oleh itu ia harus sembuh. Sembuh, maka sembuhlah. Semoga Allah memelihara.

Bersambung...

--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Selasa, November 27, 2007

Sesudah Hindu

Sesudah Hindu dan HINDRAF, Orang Melayu sebagai pemilik asal semenanjung ini patut memikirkan semula nasib bangsa mereka. Patutkah mereka menyaman British atau Umno dan Perikatan kerana nasib mereka yang menjadi miskin, tertinggal dalam ekonomi? Ketika Abdullah Hukum menternak lembu di Bangsar, dia tidak dapat membayangkan tempat tersebut akan dipenuhi dengan bangsa asing. Mereka minum arak, berjoget dengan gadis Melayu sebelum mereka diratah dalam satu hidangan yang dikerumuni. Bayangkan ia adik-adik perempuanmu.

Selama 50 tahun, Perikatan dan BN telah gagal mentadbir semenanjung ini dengan baik. Masalah kaum tidak selesai. Pembahagian kekayaan negara tidak memuaskan. Bagaimana aku hendak mengaku kepada bangsa asing aku ini orang Melayu, lahir di Malaysia, ada bangunan kedua tertinggi di dunia, ada litar F1, ada banyak kemudahan canggih, negaraku makmur, pendapatan perkapita mencecah puluhan ribu tetapi ibu-ibu kami masih miskin. Kami tidak punya tanah dan perniagaan. Kami cuma punya anak yang akan mewarisi semua kemiskinan dan dosa-dosa bapa mereka.

Di Kuala Lumpur yang kamu bangga-baggakan itu, aku tidak melihat sebuah nama ibu dan bapaku pun di bangunan-bangunan agam. Aku tidak dapat bayangkan, apakah yang tinggal untuk rakyat Malaya 50 tahun lagi kalau kamu terus memerintah? Kamu cium keris memang pandai. Yang lain kamu tak tahu. Poorah!

2
Gambar-gambar Perhimpunan HINDRAF dalam berita foto BBC itu menarik.

3. Pak Lah macam nak isytihar perang sabil dengan blogger. Sudahlah, nanti kau akan menyesal. Lebih baik engkau buat blog kau sendiri daripada pening fikir fasal blog orang.

--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Isnin, November 26, 2007

Respon Isnin petang-petang

Aku tak tahu guna Multiply, Facebook dan Shelfjari. Aku lambat belajar. Aku rasa aku pandai frienster dan sikit-sikit MySpace. Aku tahu guba e-mel dan organise gambar dengan Picasa, bukan Flickr. Aku ada akaun Gmail, Yahoo dan Hotmail dengan nama pengguna yang sama: jimadieshah. Tetapi aku suka Gmail. Aku jarang pakai yang lain. Aku chat pakai YM. Tetapi kerapnya Meebo. Jadi aku online ketiga-tiga akaun aku sekali gus. Biasanya, status pada siang hari adalah Busy. Jadi tinggalkanlah mesej. Aku selalu reply walau lambat. Maaf, jangan harap nak dapat nombor telefon aku. Telefon aku ada di Pontian, kedai Cina. Asyik rosak. Bala Tuhan rasanya. Harap kawan-kawan tidak musykil. Awek-awek yang nak berkenalan sila e-mel terus. Malu orang tengok tergedik-gedik di blogsphere ni. Yang jantan maaf, aku bukan gay.

Aku suka sastera. Kamu pun. Aku tak sekolah sastera. Kamu pun. So, janganlah suruh aku ajar. Kamu masuklah sekolah. Mula dengan Sulalatus Salatin. Baca pelan-pelan. Lama-lama pandai.

Kalau aku kutuk kamu, aku minta maaf. Aku memang suka kutuk. Tapi anggap saja kutukan aku tak berasas sebab aku tak sekolah sastera.

Aku suka kamu orang, yang Melayu, Jowo, Iban dan lain-lain; yang sakit atau tak sakit; yang beriman atau tidak.

Maza, saya pun suka Maza. Terima kasih.

Poyo dan Mimi Erin, jangan jadi poyo. Jadilah manusia. Tuhan pun berkata, "wahai manusia..." sebelum "wahai orang-orang yang beriman..."

Tanda kaseh Nora dan Ichi

Selamat menikmati epal yang paling lazat daripada jurufotomu.

Respon Isnin

Persembahan kami, cubaan membacakan sajak dalam bahasa isyarat dan kod tangan, seperti ditulis Fathi Aris Omar dalam mStar adalah untuk tujuan artistik semata-mata. Isyarat tersebut tidak mengikut nahu Bahasa Isyarat Malaysia (MySL) yang tepat. Oleh itu, tentulah tidak difahami orang Pekak, kecuali mereka yang pandai dan mengetahui. Jurubahasa isyarat yang membuat persembahan adalah bertaraf amatur.

2
Maaf, saya tidak membaca Cinta Sang Kuriang Rindu Odepus (CSRO). Lalu, tidak tahu menahu apa itu CSRO. Tetapi saya tidak mengamuk kalau tidak suka apa yang dibaca. Lain orang lain cara, lain suka.

3
Minggu lalu RTM siarkan dokumentari tentang Sasterawan Negara (SN) A. Samad Said. Dalam sebuah babak, orang tua berjanggut putih lebat itu mengeluh kerana buku-buku sastera ‘berat’ tidak laku. Sedangkan, kurang lebih katanya, “saya ini Sasterawan Negara.”

Nah, di situlah jawapannya. Tuan itu sasterawan negara, mintalah penghormatan daripada negara. Tidak perlu minta daripada rakyat. Penghormatan rakyat adalah untuk sasterawan rakyat.

Teman-teman kami yang mengidamkan penobatan, silakan.

4
Teman kami dari Melaka rungsing sekali dengan istilah “tak suci”. Saya percaya, kamu suci. Kalau tidak pun, tidak mengapa. Saya tidak kisah. Kamu sebenarnya orang baik. Terima kasih nak beri aku buku. Semoga kau dapat pahala niat. Majlis tu bila? Kalau kau ajak aku lepak kedai kopi tentu lagi laju aku jawab “ya”.

Dan kepada kawan kami itu, pelukan dan kucupan bukan rasuah yang baik untuk aku. Aku ini orang Virgo. Virgo adalah lambang keperawanan dan kesetiaan. Fahamlah kamu. Kamu bintang apa?

Aku terima e-mel kamu. Aku ingin membalasnya.

4
Sebenarnya aku tulis lain. Aku telah menapis diri aku sendiri. Semalam (dan sebelum semalam) juga aku ke kenduri kahwin Nora dan Ichi di Pekan Nenas dan Kukup. Aku ambil gambar. Semoga bahagia.

Jumaat, November 23, 2007

Personaliti aku

Click to view my Personality Profile page

Respon pagi dua kali Jumaat

Kenapa orang suka Mangga dan URTV dan lain-lain? Teman yang kami ketemu di bahu jalan, katanya, "cerita-cerita seluar dalam". Benar, manusia sukakan cerita-cerita seluar dalam. Cerita-cerita sebegini dapat kita lihat di mana-mana pun, daripada akhbar nyamuk sampailah buku politik. Bukanlah salah industri cetakan tetapi budaya dan mentaliti seluar dalam itu telah terlalu menular dan melekat. Terlalu dalamlah akan ia.

Seluar dalam bukanlah dengan definisi fizikal, sehelai seluar kecil untuk menutupi alat kemaluan. Seluar dalam adalah personal belonging yang mahu dikongsi dan selalu disebut orang dengan pelbagai nama. Sama ada gosip, khahar angin atau apa pun ia.

Teman kami yang mengidap skizofrenia, dari Melaka, menulis agak berani mendedahkan cerita-cerita seluar dalam sasterawan kita dengan langsung menyebut nama-nama. Ia adalah keberanian yang luar biasa. Tetapi maaf, saya tak masuk campur. Nama-nama yang disebut itu baik dari kem antagonis atau protagonis, kedua-duanya adalah sahabat dan kenalan.Tetapi mendengar saya suka. SAya rasa berbahagian meletakkan sebelah kaki sahaja dalam dunia seni dan tulis-menulis ini. Tidak perlu aktif dalam mana-mana persatuan penulis. Tidak perlu hadiri mesyuarat rally selama dua atau tiga jam, tidak perlu menulis laporan tiap tahun, tidak perlu berpakat nak kata apa. Tulis saja. Lihat sendiri dan syok sendiri. Saya tidak suka novel Ahadiat Akashah adalah masalah saya. Orang lain tidak suka tidak ada kena mengena dengan saya. Bukan sahaja Ahadiat Akashah, saya pun tak suka membaca novel. Novel terakhir yang amat menikmatkan saya adalah Patriach karya Shahnon Ahmad. Dan yang paling membosan dan menjelakkan beberapa tahun ini adalah Dirgahayu Dr. Mahathir oleh A. Samad Said yang sajak yang dianggkat sebagai judulnya mengambil masa 12 hari untuk ditulis. Saya ulang: 12 hari!

CSRO tu apa?

2
Teman kami yang bukan Jowo dan fikirnya dirnya putera katak tidak tahu tentang Dr. MAZA dan mStar. So, siapa boleh cerita? Aku malaslah jawab soalan tak best ni. Tetapi teman yang bukan Jowo itu adalah teman dan sahabat. Jawapannya: Google! Boleh juga klik mStar.com.my.

3
Ketika Muhammad dilempar dengan najis dari Taif. Dua malaikat datang kepadanya. "Kau nampak dua bukit itu? Okey tak kalau aku hentak dekat kepala depa," soalnya. Muhammad geleng. "Sesungguhnya depa tak tahu," katanya lagi. Nabi agung itu memaafkan. Seribu tahun sesudah itu, namanya disebut di satu perlima dunia. Dan kepada mereka yang tidak mahu, tidak tahu, tidak mengaku memohon maaf,kami maafkan. Bak kata The Corrs, "ou're forgiven, not forgotten,You're not forgotten." Semua orang belajarlah daripada Mati.

4
Alamak, budak-budak jahat datang balik. Cobaan. Dan Anderson, harap kau bagi link yang lagi bagus. Aku tak boleh buka siot. Dia minta aku download apa benda entah.

5
Dan Dunhill adalah rokok lombong. Jangan hisap Dunhill. Ada rokok lain yang lagi cool.

16 (1)

Anjing (1)

Ini adalah kerja fiksyen. Ada kena mengena dengan orang yang jahat.


Bagaimana manusia berimaginasi tentang keterhadan dari tabir kejahilan? Ia akan mencipta sesuatu seperti yang diciptakan Tuhan, menetapkan aturan; kemudian mengawal dan memusnahkannya dalam kepalanya sendiri. Kewujudannya adalah ada yang rahsia. Dan tiada.

* * *

Anjing itu memang celaka. Ia adalah binatang yang paling bangsat di muka bumi. Setiap pagi ketika ingin bergegas ke tampat kerja, mood aku akan rosak untuk sepanjang hari. Benar, aku orang yang moody. Jadi, aku benci anjing. Suara anjing adalah seperti suara perempuan tua lagi hodoh yang telah menikah. Kemudian tiap saban ia membebel di bantal dan kelambu. Kepada anjing jenis comel, bulu-bulunya lembut dan gebu, warnanya koko, ada sesuatu ingin aku katakan: Engkau sial, engkau celaka!


Aku telah pindah ke sini kurang lebih 270 hari yang lalu. Dan tiap hari aku dengar bunyi salakan anjing kecil yang paling tolol dan dungu. Dua ratus tujuh puluh hari di sini pun, binatang itu masih tidak mengenal bauku. Aku bukan pencuri dan aku tidak patut engkau salakkan.


Namun sejak beberapa hari ini kita menjadi rindu. Bangsa yang 400 tahun dijajah, akan mampus kalau tak ada yang menguasainya lagi. Penjajahan telah jadi ganja dan syabu. Begitu juga dengan manusia dengan bau tubuh yang unik, dan beda untuk tiap satunya, apabila tiada bunyi salakan tepat 9:05 pagi, sesungguhnya tetap binasa dan luluhlah akan tubuh dan jiwa kami ini.


Hari-hari antara angka 270 dan 280 adalah tanda-tanda di kalendar yang sunyi dan rusuh. Ibarat dian. Ibarat bumi sesudah hujan. Bumi tanpa salakan anjing adalah bumi yang tidak bumi.


Dalam kepala aku, ada seribu persoalan tentang anjing. Apakah yang terjadi kepada anjing? Itulah yang akan kami khabarkan dan terus khabarnya buatmu dalam seribu lagi lembar. Seribu lembar. Seribu lembar.



Ini adalah kerja fiksyen dan dunia ini adalah hitam dan putih. Oleh itu tentulah tiada sebarang gambar menjadi perlu. Maaf juga, ini bukan kerja satira. Anjing dalam entri ini adalah anjing yang betol-betol anjing. Adalah yang benar-benar menyalak seperti anjing-anjing yang lain di pekan Cina.



Khamis, November 22, 2007

Mary

Saya sekali lagi menonton The Da Vinci Code tadi dengah hari di ASTRO. Mitos dan cerita-cerita tentang Mary Magdalena itu mempesonakan saya. Tidak terasa seperti menonton sebuah kerja fiksyen. Kononnya Mary itu pelacur yang memberi makanan dan duit kepada Jesus. Penulis kontemporari dan filem ini menamakannya sebagai isteri. Mary berkahwin dengan Jesus cara diam-diam dan melahirkan seorang anak perempuan yang bernama Sarah.

Ketika Jesus dibawa ke bukit untuk disalib, Mary memerhatikannya di kaki gunung dengan penuh sedih dan pilu. Dan budak perempuan itulah yang dikenali berpuluh-puluh abad sebagai Holy Grail. Ia bukannya piala tempat minum wain ketika supper terakhir "anak Tuhan" ini. Sebenarnya seluruh kepercayaan orang Kristian adalah palsu. Yang 'betul' adalah versi The Da Vinci Code. Tetapi entri ini tidak bertujuan mencari kebenaran. Kami menyatakan kagum kami buat kuasa imaginasi hinggakan mampu menggoncang persepsi manusia yang telah dibentuk sejak dua ribu tahun lalu. Menonton filem arahan Ron Howard ini tidak seperti menonton 1957: Hati Malaya yang keliru antara kerja fiksyen dan 'propaganda'.

Inilah perempuan dengan wajah seperti tanah. Arca ini dinamakan Penitent Magdalene, hasil kerja tangan Antonio Canova, pengarca Itali yang popular dengan ukiran marble.
Posted by Picasa

Herman


Jalan raya adalah sejarah politik. [Baca lanjut]

Sial, mantera apakah ini?

Dan sebuah pengakhiran: Mungkin sampai akhirnya jalan raya musnah, lingkungan runtuh, dan orang berteriak: ”Kita celaka!” [Baca dari mula]

Alangkah sialnya. Dua baris, pertama dan terakhir darida esei GM ini telah mengalahkan keseluruhan 400 entri aku di blog ini selama tiga tahun. Sesungguhnya malang dan berdosalah kita.


Gambar: Herman Willem Daendel, Gabenor Jeneral Hindia Belanda ke-36. Sumber: Wikipedia.

Rabu, November 21, 2007

Hentikan perang, Bush

Oleh Jehanne McCoullough

Cinta kasih ayah bonda
melahirkan kami, anak-anak
mereka bahagia
melihat kami ke sekolah
tetapi genderang perang telah memanggilnya terlebih dahulu
ayah bonda dirundung gundah
perang, perang, perang, perang, perang!
kKranda-keranda dibawa ke kuburan dan bersatu dengan tanah
menghiba dan mengharukan
hentikanlah perang ini, Bush!

Diterjemahkan daripada American Sign Language (ASL) oleh Jimadie Shah Othman.


Rujuk persembahan Jehanne dalam YouTube. Klik TV Malaya di penjuru kanan-atas blog ini.


Mencari wajah sajak Bahasa Isyarat Malaysia

Barangkali tidak pernah ada, atau pernah didengar dan diceritakan orang dalam komuniti Pekak tentang puisi dan sajak. Dalam pendidikan, puisi tradisional seperti pantun misalnya popular sekali digunakan. Persoalannya, apa benar sajak dan puisi tidak releven untuk dan oleh orang pekak? Saya tidak pasti.

Anggapan awal saya, puisi tradisional yang keindahannya berasaskan rima adalah tertolak untuk apresiasi seni orang Pekak. Rima, mahu pun runs tidak mungkin ada dalam imaginasi orang Pekak. Ini disebabkan bahasa orang Pekak tidak berasaskan bunyi-bunyian dan tulisan yang mewakilinya. Bahasa mereka visual sepenuhnya.

Bagaimana pula tentang sajak sebagai sebuah puisi moden? Tidak pernah dicerita dan dikhabarkan orang dalam komuniti ini. Saya fikir saya punya hipotesis awal. Hipotesis ini akan berubah apabila saya habis membac Rachel Sutton-Spence, Paddy Ladd dan Gillian Rudd dalam Analysing Sign Language Poetry. Tetapi itu lama lagi.

Sampaikan kagum hamba pada Jehanne yang mengisyaratkan sajaknya "Stop The War Bush" lebih lima bulan lalu dalam American Sign Language (ASL). Saya boleh faham 80 peratus apa yang dia nak kata.


Gambar: Logo Bahasa Isyarat Malaysia(MySL)

Respon Rabu Pagi

Hari ini adalah hari yang aneh. Seperti biasa hujan akan turut. Timbalan Menteri Kewangan 1 dijadualkan tiba jam sepuluh atau sembilan (maaf, tidak pasti) dan semuanya menjadi aneh. Kafeteria di bawah ini dengan papan tanda Farisha Cafe tiba-tiba bertukar menjadi dCafe. Lampu-lampunya disaluti sarang burung. Adalah hari yang beda. Aku masuk pejabat seawal jam lapan.

2
Dan Cik Mardhiah, saya suka kamu. Saya sayang kamu. Saya cinta kamu. Harap kamu "perasaan".

3
Beberapa teman menganggap saya Jowo. Tetapi saya tidak pandai berbahasa Jowo. Nama saya "Jimadie" kata mereka berbunyi Jowo. Sebenarnya tidak. Tidak ada nama Jowo seperti ini. Cuma bunyinya seperti Jowo. Jimadie sebenarnya nama yang aneh. Bapa dan Emak dan barangkali seluruh keturunan saya tidak ada yang Jowo.

Jimadie tidaklah mempunyai makna dalam apa pun bahasa duniawi. Dulu, kata bapa saya, "nama kau aku gabungkan daripada nama awek-awek lama aku." Dan emak tidak menafikannya. Tidak perlu atau tidak betul. Jowo bagi saya adalah bahasa yang aneh. Ia membuatkan saya tidak suka membaca buku dan blog Indonesia. Bahasa Melayu versi Indonesia versi slanga memeningkan kepala saya.

Dulu aku pernah bercinta dengan orang Jowo. Aku berkawan dengan orang Jowo tetapi aku bukan Jowo. Aku Melayu yang mungkin campur Siam sikit. Aku boleh juga siji, loro, telu, papat sampai sepuluh. Juga yuk mangan, kabare waras, ngalangiwon, monggo. Aku perlu belajar daripada Saat dan Nelli dari Pekan Bharu. Dan aku belum tamat membaca I La Galigo. Dan ia karya Bugis, bukan Jowo.

Tetapi untuk masa ini, keanggunan orang Jowo telah ditewaskan oleh Sunda. Kamu percaya tak? Ada tengok Anggun lakonan Luna Maya (lihat foto) di RTM tak?

Saya fikir pengusaha blog Kampoeng adalah Jowo. Dia 21 dan cantik. Sekarang di Belanda meneruskan pelajarannya. Katanya, "saya normal, ngga gila." Saya suka dia. Saya suka blog dia dan saya link dia. Saya ingin dia popular di Malaya.

4
Eh, pagi tadi waktu mandi saya fikir hendak cerita fasal Adnin Armas. Tetapi nampaknya cerita Jowo pula. Dah pinter keblinger nampaknya aku ni.


Sumber gambar: http://commercenona.cbn.net.id/mde22004/images/wallpaper/luna_kaudanaku_1024.jpg

Selasa, November 20, 2007

Perempuan pakai maskara


Maskara, tentunya bukan untuk laki-laki. Sindiket Sol-Jah mengadakan MASKARA yang lain awal bulan depan. Ia adalah tentang acara baca membaca dan tepuk menepuk (tangan) yang 'membosankan'. Tetapi kami ada bawa kroni untuk membuat persembahan pertama. Nak tahu lanjut baca blog penganjur.

Kroni kami itu adalah Nordiana, Saffiah dan Mawk. Semalam mereka mula berlatih dan mereka masih belum terer macam kami. Sambil duduk-duduk di Dataran KLH melihat mereka berlatih, saya katakan pada teman yang botak, dan yang kurus dan berkaca mata tebal, "nanti kalau dia orang buat show tak best, kita buat tak kenal saja. Lepas tu, kita start kereta balik pelan-pelan."


Kawan-kawan kami ini khabarnya nak baca Rubayat Hamzah Fansuri dan sajak fasal seorang budak mimpi jumpa Tuhan. Sajak tu judulnya Tentang Kematian. Dan ada juga sajak fasal seekor tikus yang nampak Nurul Huda kena rogol dalam pencawang TNB di Gelang Patah tiga tahun lalu. Aku suka sajak-sajak ini sebab aku rasa dia bukan Berita Harian (En. Nazmi Yaakub jangan marah, kau tak, kau cuma kerja saja, hati kau bukan Berita Harian. Berita Harian dalam konteks ini boleh juga disebut sebagai Utusan Malaysia).



MASKARA ini, kata mereka adalah Malam Perempuan-perempuan. Confirm, memang 'jahiliah' ni!


Sumber gambar: Blog penganjur.


Ini adalah iklan tidak berbayar yang tidak boleh mengayakan kita macam Adsense dan Advertlets. Jadi, targetlah barang-barang percuma sempena "malam jahiliah" tersebut.

Respon Selasa Pagi (atau 666)

Terima kasih kepada En. Rambo yang memaut blog ini dalam Emosi, sebuah lagi blog 'hitam' (nampaknya kau bertambah popularlah nanti). Pemuda ini nampaknya keliru dengan orientasi cinta (atau seks) mengikut panduan zodiak. Percayalah, kalau kami Virgo macam aku, jangan sesekali ada hubungan dengan Pisces. Hanya aku seorang yang boleh hidup dengan Pisces. Aku ada buat ujian dekat Tickle, inilah carta cinta aku. (Tidak, carta ini hilang.)

Aku ditakdirkan dengan Leo, Sagitarius, Aries dan Taurus. Selain itu so so saja. Tetapi pantangnya cuma dua Virgo dan Leo. Tetapi ini kan cuma ramalan bintang.

2
Cik Mardhiah, saya suka perasan. Saya suka kamu. Saya sayang kamu. Saya cinta kamu. (Kamu cantik dan berdahi licin tak?)

3
Sekalian sabahat-sahabat Jowo yang pinter sekalian, silalah mengundi saya cepat. Rasanya tak lama dah parlimen akan dibubarkan. Dan kau tahu, dalam dunia ada dua saja: Syurga dan neraka. Kecuali kau Muktazilah. Kalau kau tak baik dan tak jahat, bila mati, kau akan duduk di tengah-tengah antara syurga dan neraka. Cool!

4
Lord of War (lihat gambar di atas) memang patut kamu tonton. Industri senjata api bukanlah industri yang boleh diabaikan. LW juga berkaitan peperangan dan jiwa Habil (atau Qabil) manusia. Filem ini dilakonkan Nicholas Cage sebagai Yuri dan adiknya yang mendapati perniagaan sebenar yang boleh menjamin masa depan mereka adalah satu: Senjata api. Pada mulanya, dalam lautan peluru, Yuri berkata, "dalam dunia ini, sekarang, seorang daripada seratus memiliki senjata api. Masalah kita sekarang ini, bagaimana kita hendak jual pada 99 orang lagi?"
Filem ini terlalu bagus untuk dibandingkan dengan blog Semusim Di Neraka (SDN). Mikon akan gantung pen kalau tengok filem ini. Oh, semoga anak Dato' Lat tidak tergoda oleh engkau. Aku ini penuh hasad dan dengki.

5
Aku dah percaya tesis kawan kami tentang SDN. Mikon, menjadi setan adalah takdirmu! Apabila aku lihat statistik(terima kasih eXTReMe Tracking), inilah paparannya. Pada 20 November 2007, pengunjung kedua terbanyak ke blog aku adalah datang daripada pautan Mikon di SDN. Dan pada hari ini, seramai 666 orang telah klik pautan tersebut. Aku ulang: 666. Kamu percaya tak? Aku rasa kamu percaya sebab kamu ada sepuluh jari.

6
Fikri Kacak, berhati-hati bukan sebab aku tengok. Berhati-hatilah sebab ada "yang di atas aku dan di atas kau" sedang tengok. Kau kena baca banyak tulisan Dr. MAZA ni. Dalam Mstar ada. Apa yang kau nampak di atas kau? Bukan perempuan kan.

7
Terima kasih. Aku dapat berita baik. Aku ingin jumpa kawan-kawan di Bangsar dan Jalan Telawi dan Brickfields selepas 12 Disember ini. Aku ingin berkongsi dan bermaaf-maafan sempena perayaan Santa Klaus ini.

Isnin, November 19, 2007

Berudu

Blog Foto

Sumber: http://picasaweb.google.com/jimadieshah/BlogFoto

Ha, ha, ha, aku dah pandai guna Picasa. Siapa yang guna Flickr jangan berlagaklah dengan aku kali ni. Kau orang tahu tak, Flickr dan Yahoo! tu dimiliki oleh Yahudi dan setiap tahun dia sumbangkan 15 peratus keuntungannya untuk kerajaan Israel dan menghalau rakyat Palestin daripada tanah air mereka. Percayakah tuan-tuan?

Bodoh, aku tipu! Lain kali dengarlah cakap Dr. MAZA, iman tak boleh ikut-ikutan.

Warga Pekak dan Mesej Islam

Oleh ZALILA ISA

(Daripada laman web Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia)


"Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta penghembus lesung,
Yang lumpuh penghalau ayam,
Yang pekung penjemuran,
Yang kurap pemikul buluh."
(petikan daripada "Hikayat Awang Sulung Merah Muda")

BAHASA berirama jenis 'runs' ini terdapat di dalam hikayat sastera klasik Melayu. Rangkap bahasa berirama di atas menyatakan setiap anggota masyarakat mempunyai peranan masing-masing sesuai dengan keadaan diri masyarakatnya. Penggunaan bahasa sebegini bukan sahaja mempelbagaikan lagi penggunaan bahasa di dalam karya klasik Melayu, tetapi juga dapat melambangkan dengan jelas dan baik apa yang berlaku dalam masyarakat zaman dahulu. [Baca lanjut]


--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Respon untuk merespon

Sebenarnya banyak aku nak tulis. Tapi malas. Mungkin disebabkan komputer di pejabat aku lembat sebab kena virus atau connection internet yang macam siput. Lecehlah pakai wireless. Aku dapat berita baik tapi jurukhabarnya kata make it private and confidental. So, aku rasa macam Cholie, kawan Clark Kent dalam Smallvile. Tahu sesuatu tapi tak boleh cakap. Aku nak respon pasal Lord of War, filem yang sangat bagus. Direkemenkan kali pertama oleh adik aku  raya lepas. Aku juga nak cerita fasal One Family Under God yang aku dapat hasil seminar Sabtu lepas. Tetapi, kenapa banyak quee dalam hidup yang aku kena tulis? Ada berjela-jela lagi. So, penatlah aku.

Ini bukan respon. Tiba-tiba aku rasa sangat lapar.

--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Khamis, November 15, 2007

Anda tidak boleh lakukan ini kepada rakyat - Mariam

"Saya sangat sedih dan marah. Kami mahukan keadilan. Anda tidak boleh lakukan ini kepada rakyat," kata Mariam.
Siapa Mariam? Mariam adalah rakyat biasa. Suami dia kena pijak dengan polis sampai pecah lutut walau pun datang tempat Perhimpunan BERSIH cuma nak tengok.

Aku sangat tersentuh dan sedih membaca berita ini. Kalau mahu baca sila pergi ke Malaysikini.com. Tetapi aku rasa banyak yang tak langgan. So, bacalah di sini, di bawah sampai habis.


Peniaga: Polis pecahkan lutut saya sewaktu perhimpunan
Fauwaz Abdul Aziz
Nov 15, 07 4:48pm


Kecederaan yang dialami oleh Aleyasak Hamid Ali Hassan, seorang penjual goreng pisang, menjadi bukti kekerasan yang digunakan oleh anggota polis ketika meleraikan perhimpunan anjuran Bersih di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Sebenarnya, beliau ke ibunegara pada hari berkenaan semata-mata mahu melihat sendiri perhimpunan tersebut, tetapi ia berakhir dengan lututnya pecah dipijak dan ditendang dengan kuat oleh "anggota polis" di kawasan Masjid Jamek.

Dia juga tidak memakai baju warna kuning, tetapi mengenakan pakaian berwarna hitam dan tidak terlintas di hatinya untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Tidak pernah terbayang yang saya akan berakhr begini, dengan kaki saya hancur dicederakan oleh mereka yang sepatutnya melindungi orang ramai daripada keganasan," kata Aleyasak, 31, dari Kajang Selangor.

Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Bersih - gabungan 67 badan bukan kerajaan (NGO) dan lima parti politik yang menuntut pembaharuan pilihanraya. Kira-kira 40,000 orang berhimpun di Istana Negara dan memorandum mengenainya telah diserahkan kepada wakil Yang di-Pertuan Agong.

Aleyasak - yang mendakwa bukan ahli mana-mana NGO atau parti politik - adalah antara mereka menjadi mangsa tindakan polis yang meleraikan perhimpunan di kawasan Masjid Jamek. Polis berkata, ia perhimpunan haram selepas menolak permohonan permit dari pihak penganjur.

Ketika ditemui Malaysiakini semalam, Aleyasak baru empat jam keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam keadaan kesakitan ketika menggerakkan kakinya, Aleyasak menceritakan pengalaman yang menimpa dirinya, sambil ditemani oleh isterinya, Maryam Jameela Megat Mohd Yusof, yang duduk di sebelahnya.

"Saya telah membaca mengenai perhimpunan Bersih dalam akhbar sebulan lalu. Memandangkan ibu mertua saya mengadaka rumah terbuka sempena Hari Raya pada petang Sabtu, jadi kami mengambil keputusan untuk pergi melihat apa yang berlaku," katanya.

"Semasa terperangkap dalam kesesakan lalintas, kami dapat melihat orang ramai berdemonstrasi secara aman - mereka tidak membawa apa-apa. Jadi saya turun dari kereta pada jam 3.30 petang di satu sudut Jalan Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk melihat mereka dari jauh."

Bunyai 'pop'

Manakala isterinya pula terus memandu kereta menuju ke rumah ibunya di Kampung Baru. Tidak 10 minit kemudian, anggota pasukan polis anti-rusuhan menguasai kawasan di depan Masjid Jamek.

"Sekumpulan peserta perhimpunan berhampiran Masjid Jamek berlari ke arah bangunan Dewan Bandaraya (di Jalan Raja Laut). Saya ternampak beberapa anggota polis mengejar mereka. Mereka lari ke arah tempat saya berdiri.

"Orang ramai menjerti 'Lari! Lari! jadi saya naik takut dan berpusing untuk lari dari situ.”

Bagaimanapun, selepas berlari sejauh beberapa meter, Aleyasak tergelincir dan jatuh tertiarap di atas laluan pejalan kaki. Ketika itu empat anggota polis yang tidak beruniform menerpa ke arahny. Mereka menekan kepalanya ke tanah, manakala seorang anggota lagai memijak lutut kaki kiri Aleyasak yang sedang terlipat.

Katanya, anggota polis itu memijak kakinya sekuat hati dan ketika itu dia terdengar pecak lututnya pecah.

"Saya terdengar bunyi 'pop' dan saya tahu ia telah pecah," katanya.

Ketika diarah berdiri, Aleyasak memberitahu anggota polis itu yang kakinya patah. Anggota polis itu menggunakan kata-kata kesat terhadapnya, dan mengarahnya berjalan tanpa dibantu menuju ke arah sebuah trak polis yang menunggu dekat situ.

Menurutnya, anggota polis berungut "mengapa kita mesti angkat awak? Apa yang istimewa sangat untuk diberi layanan seumpama itu? Kamu hanya pengganggu".

"Seorang anggota polis - saya tidak ingat nama atau nombor di uniform mereka - menendang kaki saya yang cedera itu sehingga terhentak ke trak. Seorang tahanan yang sudah berada dalam trak, bersimpati dengan saya dan membantu saya naik ke dalamnya."

Kira-kira 12 tahanan dibawa ke ibupejabat polis kontinjen. Sebaik sahaja tiba di sana, anggota St John's ambulans terus membawanya ke hospital dan dimasukkan untuk menerima rawatan.

Selepas menjalani pembedahan, Aleyasak diberitahu yang lututnya itu akan mengambil masa tiga hingga lima bulan untuk sembuh. Bagaimanapun, dia perlu menunggu selama setahun sebelum boleh melakukan sebarang kegiatan sukan atau beriadah.

“Saya tidak akan dapat bekerja untuk beberapa bulan akan datang memandang keadaan saya sekarang," katanya.

‘Pohon maaf’

Atas nasihat rakan-rakannya, Aleyasak membuat laporan polis di pondok polis HKL mengenai kejadian tersebut.

Beliau mahu sekurang-kurangnnya mereka yang tertangungjawab menyebabkan kecederaan itu memohon maaf kepadanya, tetapi tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak polis dan kerajaan.

Sementara itu, isterinya, Maryam, 29, berkata kecederaan yang dialami suaminya itu telah menjejaskan mata pencarian mereka.

Maryam - seorang guru tuisyen - berkata beliau terperanjat dan seperti tidak percaya dengan yang telah berlaku terhadap suaminya itu.

"Kita hanya rakyat biasa. Kita tiada kena mengena dengan politik. Mengapa dia diperlakukan sedemikian? Kalaupun polis hendak meleraikan perhimpunan tersebut, suami saya hanya pergi melihat sahaja - mesti ada batasan terhadap apa yang mereka boleh lakukan," katanya.

Beliau berkata, anak-anaknya - berusia enam dan dua tahun - juga tertanya-tanya mengapa bapa mereka cedera.

"Saya tidak mahu mereka keliru dengan memberitahu mereka, polis yang melakukannya terhadap bapa mereka," kata Maryam.

Beliau juga marah dengan mereka yang menafikan tiada keganasan dan kekerasan yang melampau telah digunakan oleh polis terhadap suaminya.

"Saya sangat sedih dan marah. Kami mahukan keadilan. Anda tidak boleh lakukan ini kepada rakyat," katanya. Berita asal

Ngarut: Keangkuhan menjelma dalam jenama-jenama

Apakah makna ngarut? Adakah maksudnya karut atau mengarut? Tidak pasti. Tapi tentulah ia dmembawa konotasi negatif. Perkataan ini aku jumpa dalam blog Inside My Head yang diusahakan oleh mamat yang rasa pandai (kategori apa, pinter, keminter atau pinter keblinger) dan memperkenalkan dirinya sebagai Fikri Kacak. Apabila aku klik perkataan ngarut, maka menjelmalah sebiji epal hijau yang besar. Inilah lamannya. Benar, blog ini mengarut. Tetapi itu jarang disebut orang. Terima kasih kepada mamat handsome.

Namun, Inside My Head ini boleh tahan juga mengarutnya. Rasanya pengusahanya seorang pelajar dan meminati En. Mikon. Baik, jangan jadi gay!

Aku suka gambar-gambar t-shirt dalam blog ini walau pun tidak sehebat di Cafe Press. Mengusahakan sebuah butik kasual adalah angan-anganku. Sebab, aku rasa t-shirt di Radioactive itu tak best. Apatalah lagi Adidas dan Nike walau pun harganya relatif mahal. T-shirt-tshirt ini melambangkan ego kapitalis yang mungkin kita tak sedari. Keangkuhan menjelma dalam jenama-jenama.

Tanpa memberi bintang, aku link blog ini.

Rabu, November 14, 2007

Dakwah melalui bahasa isyarat

Susunan Idris Musa

DENGAN menyusun jari-jemarinya secara berhati-hati, seorang lelaki yang berdiri dekat imam di sebuah masjid di Kaherah, Mesir menyampaikan mesej mengenai Islam kepada Muslim lain yang mengalami masalah pendengaran: “Allahu akbar” - Allah Maha Besar. [Baca lanjut dalam myMetro]

Terima kasih kepada wartawan Zalila Isa yang memberitahu tentang artikel ini dan membuat liputan isu ini yang juga menjadi masalah di Malaya.

Serangga, tikus, lalat dan burung

Tulisan ini dipetik daripada blogzine Republik Kata.


Di China, sepanjang 1958 hingga 1960, jutaan serangga, tikus, lalat dan burung dibantai. Petani diperintahkan menggali tanah lebih dalam (untuk tujuan pertanian). Oleh itu, sebelum sempat memungut hasil, mereka, orang-orang miskin telah lebih dahulu jatuh kelelahan. Jutaan serangga, tikus, lalat dan burung dibantai. Burung di China diancam kepupusan. Keseimbangan alam terganggu. Tetapi para birokrat terus menggelembungkan statistik dan laporan-laporan mereka dek ketakutan pada Mao Zedong yang punya ambisi terlalu utopia. Akhirnya, burung pun dikeluarkan daripada daftar "empat makhluk jahat". [Baca lanjut]

2
Republik Kata akan mempunyai kolum baru "Penilaian Semula" oleh Kassim Ahmad. Tunggukan tulisan beliau.

3
Apakah yang akan Rose Cumming tulis dalam kolumnya "Porno Politik"? Apakah aksi-aksi pornografi yang bermain-main di kepalanya?


Selasa, November 13, 2007

Respon Selasa pagi

Dear kawan-kawan yang baik,
Me, Myself and Irene
belum pernah saya tonton. Belum masuk dalam rak filem-filem kegemaran saya. Saya cerewet. Hollywood, filem dengan genre komedi dia jarang bagus. Tetapi tidak adil menilai tanpa menontonnya terlebih dahulu. Biar saya cari yang percuma dalam internet, hasil sumbangan besar 'industri pirates' dalam dunia hiburan. Manalah tahu boleh jatuh cinta.

2
Apabila BERSIH menggunakan kuning sebagai warna 'propaganda' mereka, ramai orang teringatkan DiGi. Kawan kami terlihat baju bertulis Daulat Tuanku. Sebenarnya kuning juga adalah warna 'almarhum' Semangat 46 dan Golkar di Indonesia.

Pada tiap persimpangan, kuning maknanya berjaga-jaga. Merah maknanya FRU dan hijau maknanya PAS. Atau pun maksud lainnya: Cabut, polis datang!

Hujan lebat itu, kasihan teman kami itu, lauk karinya tempias masuk air.

3
Teman yang kami sayangi akan pergi. Jadi, selamat berpisah, sayonara dan jumpa lagi. Mundur bukan ertinya kalah. Teman yang kami sayangi dalam perkelahian itu akan membuatkan kami rindu. Oleh itu, harap dia terus berhubung. Inilah e-mel saya: jimadieshah@gmail.com. Keep in touch, bro. Don't forget us. Benarlah seperti agama mengajarkan kita, apabila kita tidak sukakan seseorang itu, jangan berikan sepenuhnya perasaan itu. Takut nanti orang itu akan menjadi pula yang dirindui dan dikasihi. Harap teman kami bertaubat.

4
Semalam ketika merajuk, saya menghabiskan kebosanan dengan membaca diolog Adnin dengan kelompok Islam Liberal. Perbincangan dan hujah mereka saya kira menarik. Rasional dan tanpa emosi. Digerakkan atas tanggungjawab intelektual demi menemukan sebuah kebenaran. Walau pun kedua mereka datang dan berada dalam jalur yang sama sekali beda, tetapi tidak berlaku, seperti dikatakan Adnin, loss of adab. Kalau pun sedikit terkucil mereka akan langsung pohon maaf.

Dalam entri ini, soal yang ingin saya perkatakan bukanlah tentang Islam Liberal itu sendiri, sebaliknya tentang adab berdiskusi dan bertukar pendapat itu sendiri. Saya terkesan dengan kebaikkan kedua-dua belah pihak yang saling memulakan hujahan dengan ucap salam atau ungkapan-ungkapan dear seperti Buat Adnin yang baik, Kepada Luthfi yang baik. Dan mengakhirkannya dengan waalahua'lam.

Tidaklah niat saya menyarankan ungkapan-ungkapan itu sebagai syarat, tetapi ada dan kerendahan hati budi itulah yang perlu kita contohi. Oleh itu, kurangkanlah mencarut kepada orang lain. Jangan loss of adab.

Saya fikir semua orang gemar mencarut. Saya juga. Tapi biarlah kena pada masanya. Sayang sekali kadang-kadang ada 'mutiara' yang terpendam tetapi tersimpan dalam kegelapan carutan yang pekat.

Terima kaseh daun keladi.

P/s: Anda ada penpal? Saya pernah ada beberapa tahun lalu. Namanya Alda Thrisdyawidyani, gadis Bogor yang menuntut di Insitut Pertanian Bogor. Sekarang melanjutkan pelajaran di Belanda. Dia obsess dengan metereologi, terlalu. Gadis sunda ini, dan saya, kami loss contact. Suatu hari saya menulis kepada dia dengan ungkapan mula "Deer Alda". Saya tersilap dan dia membalas, "I am not a deer." Oleh itu, hingga sekarang, saya jarang tersilap mengeja perkataan "dear".


Sumber gambar: http://www.worth1000.com/entries/72500/72771CIkH_w.jpg


Isnin, November 12, 2007

Hitler, menjadi pemimpin adalah takdirmu

(Untuk mereka yang 'pandai' dan menyala-nyala)



Hitler, menjadi pemimpin adalah takdirmu. Dan"pandai" dalam entri ini bermaksud pandai, rasa pandai dan memandai-mandai.

* * *

Saya pernah menyelenggakan kursus kepimpinan untuk jurubahasa isyarat amatur atau tidak profesional (maksudnya bakal jurubahasa isyarat profesional). Kursus tiga hari dua malam di Morib, pantai yang tidak best itu, menjadualkan dua penceramah jemputan. Seorang aktivis beliau dan seorang lagi peguam muda terkenal.

Teman kami yang menyampaikan syarahan dengan judul ringan "Teori dan kualiti kepimpinan" itu menyatakan, jenis-jenis atau personaliti kita menjadikan kita dengan sendirinya menolak kita menjadi pemimpin. Maksudnya, pemimpim bukanlah pilihan. Ia adalah takdir, adalah destiny.

Manusia itu, katanya lagi, saya tidak pasti ketika itu kepalanya botak atau tidak, pertama mereka yang tidak puas hati, hati mereka membara dan menyala-nyala, dan mereka ingin menyuarakan dan meluahkan kesemuanya.

Satu lagi, yang mempunyai perasaan itu tetapi memilih memendamkannya.

Tentang mereka yang sentiasa rasa bahagia macam kambing tak perlulah kita habiskan kertas berkajang-kajang menulis tentangnya dalam blog ini.

Golongan pertama adalah pemimpim. Itulah takdir yang terbaik untuknya. Mereka ini tergolong salah satu atau kesemua daripad takrif "pandai" yang dikemukakan dalam blog ini. Seingat saya dalam bahasa Jawa dikenali sebagai pinter-keminter-pinter keblinger.

Di alam blog atau blogsphere ini, banyak mereka yang pandai tetapi malangnya tidak tahu membuat blog. Walau bagaimana pun, mereka ini sejak azali adalah pemimpim. Oleh itu bantulah mereka sebelum mereka dilaknat bersama isteri mereka yang menjadi pembawa kayu api dalam neraka seperti dikisahkan dalam al-Masad.

Link ini saya fikir boleh menjadi panduan kepada mereka. Tolonglah mereka. Mereka ini orang-orang yang sungguh dikasihankan. Ajarlah mereka berblog. Tulislah entri-entri tentang kaedah membuat dan mengusahakan blog. Semoga tuan beroleh rahmat dan kesejahteraan yang berlipat kali ganda daripada Allah Azzawajalla.

* * *

Mereka yang membaca atau menerima tulisan ini hendaklah memajukannya kepada 20 orang dalam masa satu minggu. Jika tuan berbuat demikian, tuan akan dikurniakan kebaikan daripada sumber yang tidak tuan duga.

Seorang lelaki di Terengganu telah.... Selanjutnya, tulisan ini berbunyi bla, bla, bla....

Respon Isnin pagi

Kawan yang kami ketemu di pinggir dan bahu jalan, seorang penulis lirik terkenal dan tak berapa betol, pernah meriwayatkan kisah hidupnya. Katanya, "dulu waktu gua budak-budak, gua tak tahu dalam dunia ini ada orang jahat. Apabila umur gua 26 tahun, baru gua tahu. Sial, gua pun tension dan hisap ganja lagi beberapa tahun."

Kami ketawa dengan cerita teman yang kami sua di pinggir dan bahu jalan itu. Kami di restoren Darul Ehsan (tidak lagi beroperasi) ketika itu. Rambutnya berwarna dan dia amat peramah, rendah diri dan berhati murni.

Cerita tentang kawan kami ini bolehlah kita semua jadikan pedoman. Dalam blog atau di mana-mana sebenarnya ada orang jahat. Oleh yang demikianlah, mulai semalam blog ini ada peringatan besar dari Al-Masad tentang orang yang dicelakan dalam al-Quran, Abu Lahad dan bininya pembawa kayu api. Oleh itu juga, siapa yang makan cabai, dialah yang rasa pedas.

Kuantan

Kata teman kami, aku ini pentafsir HANGAT tentang cinta dalam entri kami "Dari Kuntan dengan cinta: Dan perempuan dengan wajah". Soalnya lagi, "yang mana satu tersemat di hati?" Jawapannya adalah: Kau tak baca ke komen sebelumnya, "setan mengatal jer tau xguna". So, faham-fahamlah.


Gila

Ada teman yang kami ketemu di blogsphere ini mengaku skizofrenia. Mungkin dia juga gelakkan aku sebab dituduh split personality. Ada kenyataan yang agak kasar daripada teman-teman. Katanya skizofrenia juga adalah penyakit Al-Ghazali yang 'berdosa' menjahamkan kerja-kerja intelektual Ibnu Rush beberapa ratus tahun sesudahnya. Benarkah?


Saya cuba membayangkan tentang menariknya spit personality itu sendiri. Macam penjahat dalam filem Spiderman yang menjadi raksaksa pada malamnya. Di siang hari dia menjadi ahli koprat. Kalau tak salah, namanya Green Goblin. Penyakit ini cool! Kita buat sesuatu dan kita tak tahu. Saya mungkin bangun malam-malam, mencarut-marut dalam blog dan keesokannya menjawab sendiri carutan itu. Benar, itu cool.


Jalan raya

Sebenarnya ada seribu cara berdemo dan seribu cara memekikkan demokrasi. Setiap satu tidak lebih baik daripada yang lainnya seperti kapten kapal tidak lebih baik daripada penarik sauh. Sama-sama penting dalam sebuah kapal. Dan kapal demokrasi. Komen mufti kami kelmarin boleh djadikan iktibar, fahamlah apa yang kita buat. Jangan ikut-ikutan. Itu salah satu saranannya yang boleh pakai daripada selonggok yang tak boleh pakai dalam intebiunya dengan Radio 24 semalam.


Dua komen ini walau pun namanya beda, tetapi retorikanya sangat bagus dan menarik hati saya. Mereka mungkin telah belajar bagaimana berkias seperti orang Melayu.


volume:
pekik..jerit...sepandok...dan negara akan berubah...hahahaha


kuda:
tali2 yg dipintal merupakan sebaik2 dan sekukuh2 tali....



Malaya ini mempunyai asas yang kuat kepada prinsip demokrasi, kebebasan dan keadilan. Ia dinyatakan dalam Pengsiytiharan Kemerdekaan negara kita sendiri. Juga dalam Rukun Negara yang menyebut tentang semangat liberal. Itulah titik tolak perjuangan kita. Jika pemimpim dan bangsawan-bangsawan menyimpang, maka jadilah, bukan republik, tapi "negara kuku."

Ah, apalah kami ini separuh anarkis tetapi dipaksa bercakap soal negara-negara pula. Itu urusan kau oranglah. Baik, jangan jadi kambing. Assalamu'alaikum.

P/s: Split personality bukanlah gila.


Sumber gambar: http://www.dialbforblog.com/archives/266/spidey_goblin_aerobics.gif dan http://www.nmsu.edu/~safety/images/fire_meaney2.gif

Ahad, November 11, 2007

Ralat untuk demokrasi


Saya malu hidup dalam sebuah negara yang pernah punya bangunan tertinggi di dunia dan memegang teguh prinsip demokrasi tetapi meriam air dan gas pemedih mata turut samat ada. Semalam hujan. Hampir jam tiga, saya tertanya-tanya, apakah yang sedang berlaku di Dataran Merdeka? Teman kami seorang pensyarah ke Bukit Cerakah Shah Alam untuk suatu acara dan pulang dalam kesesakan pada pagi Sabtu. Iya, Sabtu, kerana polis mengadakan sekatan jalan raya. Dan petang itu, selepas hujan yang amat lebat, dari jendela, saya melihat Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) macet. Lebih teruk daripada petang hari bekerja. Walhal, Puchong Jaya dan Kuala Lumpur bukannya jarak yang dikira dekat.

Kemudian, hari ini apabila melayari internet, saya melihat pelbagai gambar yang memilukan. Inilah wajah demokrasi kita yang sering ralat. Semalam juga saya mendengar jawapan Zam yang aneh kepada wartawan al Jazeera. "Kenapa perhimpunan ini illegal." Saya fikir Zam sukar menjawab soalan ini ketika dia mula mengumam. "Kita sudah ada pilihan raya." Jawapan ini bagi saya adalah melawan prinsip demokrasi. Demokrasi maksudnya demokrasi, 365 hari setahun, atau 366 kalau tahun lompat. Demokrasi bukan lima tahun kali 365 hari. Proses pengundian adalah sebuah sebuah proses demokrasi. Tetapi bukan itu sahaja. Menulis dan menyatakan pandangan dalam blog juga sebuah proses demokrasi.

Tadi dalam Radio 24 pula ketika mufti kerajaan negeriku Dr. Asri Zainul Abidin atau 'lebih mesra' kami gelar Dr. Maza pula memberikan reaksi yang berbunyi aneh. Hujan amat lebat ketika itu. Saya matikan radio dan keluar dari kereta dengan berlari untuk ke kedai runcit. Apabila saya masuk semula, berita dalam radia itu tiba-tiba membuat kesimpulan bahawa demonstran yang berlindung di dalam masjid daripada hujan itu BERDOSA. Kalau boleh saya geleng kepala. Nasib baik saya memandu.

Kita semua harus bertaubat. Banyak orang berdosa kerana berpolitik walau pun juga banyak yang berdosa kerana memejamkan mata kepada politik dan jadilah mereka seperti kambing-kambing. Diberi makan di dalam kandang kemudian disembelih pada hujung tahun.

Saya melihat laporan-laporan daripada Harakahdaily, Malaysiakini, BBC dan AP. Gambar itu adalah ralat untuk demokrasi. Gambar-gambar itu berwajah pilu untuk kita tatap. Meriam air, gas pemedih mata, orang berlari. Memalukan. Menyedihkan.

Gambar dalam entri ini dicuplik daripada AP. Memandang daripada aspek lain, bagi saya gambar ini cantik dan penuh artistik walau pun ia merakam suatu gelodak bangsa paling parah--pengkhianatan demokrasi. Apakah kerajaan mahu memastikan keaslian gambar ini dan ribuan lagi yang ditangkap pada Perhimpuran 100,000 rakyat itu seperti mereka mahu memastikan keaslian "Pita Linggam" itu? Periksalah, mana tahu gambar ini telah disunting. Sumber gambar ini adalah http://ap.google.com/article/ALeqM5jBmEoLuQu90t6XuHS4hY9BVIt0qwD8SRA4F01.

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)