IKLAN

Cari Blog Ini

Isnin, Julai 30, 2007

Awas, masjid hina Islam


Gambar hiasa: Imam muda dalam Masjid Kecil di Padang Rumput.

Inilah Jumaat paling pelucu. Tidak ada yang seumpanya dalam hayat institusi 'Masjid kerajaan' di Malaysia.

Seperti selalu saya ke masjid Taman Tenaga, Bandar Puchong Jaya. Juga seperti selalu, budak-budak jurubahaha isyarat yang cool., Khalid, Nizam dan Arul menumpang. Julian tidak ada. Dia asyik nak balik awal kalau kami berhenti makan cendol tepi stesen petrol BHP. Gon juga tiada. Fauzi tidur. Mereka ingin masuk neraka.

Seperti cinta untuk wanita, solat Jumaat di Masjid Taman Tenaga bukan sekadar peristiwa, ia lebih daripada itu. Ia menjadi emosi dan kenangan luar biasa. Sejak kanak-kanak, inilah kali kedua saya ketawa dalam masjid ketika imam membaca khutbah. Minggu lalu adalah solat Jumaat yang paling tidak khusyuk, tapi bahagia. Biar saya mulakan cerita saya dengan memetik dialog iman muda dari Toronta dalam cerita Masjid

Kecil di Padang Rumput (Little Mosque on the Prairie). Imam muda ini tidak tipikal. Ia tidak berkopiah dan tidak kelihatan seperti orang Arab. Ia kelihatan seperti orang India muda yang membesar di Amerika dengan kehidupan yang normal dan tidak luar biasa. Imam muda itu, ia sangkut di airport di Kanada. Peristiwan ini sudah tentu selepas September 9 yang penuh tragedi. Ia disangkakan pengganas. Barangkali dia akan mengebom ibu kota Kanada. Siapa tahu. Sebabnya satu. Dia orang Islam.

Ketika dibawa masuk ke bilik di bilik soal-siasat. Dia menyeluk poket dalam kot hitamnya. Pengawal di airport gelabah. “Oh, oh, berhenti! Apa kamu buat tu? Kamu cuba keluarkan pistol? Berhenti dan angkat tangan. Letak kedua belah tangan kami di bahagian belakang kepala,” katanya.

“Benar, ada pistol. Dan aku cuba menembak kamu,” katanya. Tangannya masih dalam poket. Perlahan-lahan ia menarik tangannya. Dua pengawal makin gelabah. Kosong. Imam muda itu ketawa.

“Celaka, kenapa kamu ketawa?” soal pengawal gemuk berbaju biru muda itu.

“Tidakkah kami tahu orang Islam di seluruh dunia terkenal dengan sikap humor mereka,” katanya sambil terus ketawa.

“Oh, iya? Saya tidak tahu. (Kepada temannya) Kamu tahu?” soalnya.

Temannya menggelengkan kepada.

Dan di mimbar Jumaat Masjid Taman Tenaga minggu lalu. Imamnya membaca khutbah menggunakan lambu picit untuk menyuluh teksnya. Masjid itu melucukan. Ia hanya ada kipas. Dan lampunya tidak berfungsi. Imam tua itu mengalami masalah menyebut perkatan inovatif, produktif dan progresif. Nampak sangat ilmunya, seperti kebanyakan iman-iman di Masjid kerajaan sekarang tidak progresif. Mereka konservatif.

Kemudian, ketika berdoa, aduh, dia menyebebut Selangor Darul Islam, bukan Darul Ehsan. Ketika itulah saya tidak mampu menahan ketawa. Saya pandang kanan dan kiri. Kedua-dua makmum di sebelah saya pun ketawa. Yang lainnya tidur, jadi tidak sedar.

Nasib baiklah teksnya tidak berjudul Makanlah Buah-buahan Tempatan. Tajuk khutbah minggu lepas adalah Kelebihan Membaca dan Menuntut Ilmu.

Institusi masjid jika membiarkan masjid kotor dan tidak terurus, khutbah yang tidak berkualiti samalah seperti membiarkan rumah Allah itu dipandang negatif oleh musuh-musuh Islam. Ia boleh memberikan imej yang tidak baik untuk Islam. Jika keterlaluan, kadang-kadang ia seperti menghina agama dan ajaran Islam itu sendiri.

Walau pun khutbah Jumaat itu tidak best, ada risiko besar jika kita meninggalkannya. Meninggalkan solat menjadikan kita pemalas. Dan itu tidak bagus.


Nota
Judul entri ni agak provokatif. Sebenarnya kurang tepat. Saya nak tarik perhatian pembaca. Mungkin tak ada kena mengena dengan entri ini.

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)