IKLAN

Cari Blog Ini

Selasa, Julai 03, 2007

Bahasa yang tak diucapkan

Gambar hiasan: Pelatih Pusat Latihan MySL (MySL TC) tekun menjawab peperiksaan akhir semester lalu.
Komuniti Pekak di Malaysia memperjuangkan Bahasa Isyarat Malaysia/Malaysian Sign Language (MySL) sebagai komunikasi utama orang Pekak di Malaysia. Malangnya, dalam sektor pendidikan di Sekolah Pendidikan Khas misalnya, majaroti guru tidak menguasai MySL. Mereka menjadikan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) sebagai pengantara komunikasi dengan murid pekak. Pengamal KTBM yang tidak mendapat pendedahan dalam komuniti Pekak selalunya membuat tanggapan salah terhadap MySL dan tanpa mereka sedari sebenarnya KTBM bukanlah bahasa isyarat, ia secara mudah dikenali sebagai, "bahasa Malaysia yang dikodtangankan". Menjawan fenomena 'MySL vs KTBM' ini dikemukakan pandangan bos saya yang disiarkan dalam Berita Harian hari ini. Dalam blog ini, saya kemukakan pandangan original sebelum diedit. Tulisan ini menjawab J. C. dalam suratnya berjudul "Istilah guru bahasa isyarat tidak tepat" pada 7 jun lalu. Berikut adalah teks asal yang dimaksudkan. Barangkali terlalu panjang, biar saya pendekkan, dan siarkan dalam tiga bahagian.



BAHASA ISYARAT MALAYSIA DIIKTIRAF

Saya merujuk tulisan J C, “Istilah juru bahasa isyarat tidak tepat” dalam ruangan Surat Pembaca bertarikh 7 Jun dalam akhbar ini.

Kami di Pusat Latihan MySL (MySL TC) sebagai sebuah pusat untuk melatih juru bahasa isyarat profesional, pusat interaksi komuniti Pekak dan pembangunan MySL berbangga dan mengucapkan terima kasih kepada penulis berkenaan kerana prihatin terhadap isu-isu berkaitan orang Pekak dan kebudayaan mereka. Namun, pada hemat kami, terdapat beberapa pernyataan perlu dibuat untuk memperjelaskan keadaan, realiti dan pengamalan sebenar penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, singkatan BIM untuk Bahasa Isyarat Malaysia tidak lagi digunakan. Sebaliknya komuniti Pekak menggunakan akronim MySL merujuk kepada Bahasa Isyarat Malaysia atau Malaysian Sign Language (MySL).

Selain itu, pandangan bahawa MySL tidak diktiraf oleh Jabatan Pendidikan Khas (JPK) adalah tidak tepat. Pengiktirafan MySL diperoleh melalui Wacana Pendidikan Khas anjuran Jabatan Pendidikan Khas (JPK) yang berlangsung pada 14 hingga 16 September 2005 di Hotel Plaza, Kuala Lumpur.

Hasil daripada wacana tersebut, MySL diakui sebagai bahasa standard komunikasi orang Pekak di Malaysia. MySL juga diguna pakai untuk tujuan komunikasi dalam sektor pendidikan.

Bahasa isyarat tempatan yang digunakan ini adalah setaraf dengan bahasa-bahasa isyarat lain seperti American Sign Language (ASL), British Sign Language (BSL), New Zealand Sign Language (NZSL) dan Australian Sign Language (Auslan).

Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) sebenarnya bukanlah bahasa isyarat. Ia adalah kod tangan (manually code) yang digunakan khas untuk pembelajaran Bahasa Melayu (BM) di peringkat sekolah. Dengan bahasa mudah, ia dikenali sebagai “Bahasa Melayu yang dikod-tangankan”. Kod ini seperti Sign Exact English (SEE) yang digunakan untuk pembelajaran Bahasa Inggeris di Amerika Syarikat. SEE bukanlah ASL. Begitu juga dengan KTBM, ia bukan bahasa isyarat.

Untuk tujuan komunikasi, orang Pekak menggunakan MySL. Begitu juga untuk pembelajaran subjek lain di sekolah. KTBM tidak komunikatif untuk orang Pekak. Ini menjadi salah satu faktor mengapa orang Pekak agak terbelakang dalam soal pendidikan. Harus diingat, BM adalah bahasa kedua mereka. Sedangkan MySL adalah bahasa utama orang Pekak di Malaysia.

Bahasa dibentuk oleh kebudayan, faktor geografi dan identiti penuturnya. Lazimnya terdapat banyak perbezaan dalam sistem tatabahasa, struktur, gaya dan laras bahasa. MySL juga tidak terkecuali. Oleh itu, ia sudah tentu berbeza dengan sistem BM moden. Adalah tidak wajar menilai MySL daripada kaca mata BM.

Bersambung...

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)