IKLAN

Cari Blog Ini

Rabu, Julai 25, 2007

Bersifat terbuka kepada sistem komunikasi orang Pekak


Dua hari lepas saya ke Pameran Pendidikan Khas di Titiwangsa, KL. Pameran ini dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran. Tidak ramai mengikuti pameran dua hari itu. Barangkali kerana tidak ada artis menyanyi dan ekspo jualan. Juga hari jadinya pada Isnin. Tentang kehadiran dan sambutan, itu nombor dua. Pertama, kenapa begitu banyak persatuan orang Pekak di Malaysia? Dan kenapa semua mereka menggunakan pendekatan dan kaedah komunikasi yang sama sekali berbeda, bahkan ada yang memandang sinis pada sistem dan pengamalan lain? Kita boleh menjumpai jawapan kepada soalan panjang ini jika kita bersifat terbuka dab berlapang dada sebagai seorang manusia yang jujur pada pengetahuan. Orang Pekak di Malaysia mempunyai pelbagai bahasa untuk komunikasi. Selain bahasa isyarat, ada di kalangan mereka menggunakan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM). Cuma semalam, ada cara komunikasi yang menggeletek hati saya. Kaedah itu dinamakan Pertuturan Kiu Bahasa Melayu (PKBM). Ada lima bentuk jari. Ada tiga kedudukan tangan. Ada enam huruf vokal sebagai asas. Tangan digunakan untuk membantu membaca bibir. Itu sangat menarik perhatian saya. Juga mengkagumkan. Kanak-kanak pekak yang belajar kaedah ini di Kampung Pandan ini boleh bercakap Bahasa Inggeris, Melayu dan Arab dengan baik, kurang sikit daripada kanak-kanak normal (di kalangan orang Pekak tidak ada perkataan normal, yang ada adalah "bukan pekak). Dan saudara, jangan keliru dengan huruf kecil dan besar pada perkataan "pekak" dalam entri ini. Saya tidak silap eja. Memang ada dua jenis pekak. Pertama, pekak secara biologi. Kedua, Pekak secara budaya dan sosiologinya. Sila baca lanjut dalam Wikipedia.

Kawan-kawan pekak yang berkomunikasi dengan saya dalam Bahasa Isyarat Malaysia (MySL), yang menganggap MySL sebagai bahasa ibunda mereka jangan marah dan salah sangka. Kita cuma patut bersifat terbuka dan berlapang dada. Suatu masa mungkin boleh saya tulis tentang KTBM pula. Harap boleh ada retak-retak yang boleh mencerahkan kepada kita.

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)