IKLAN

Cari Blog Ini

Selasa, Julai 31, 2007

Mat Jenin yang merisaukan ramalan horoskop

Saya selalu merisaukan ramalan horoskop. Seperti kisahnya maharaja China dan penilik kerajaan dulukala. Ini adalah kerisauan laki-laki Virgo. Virgo adalah lambang keterunaan. Makanya anda boleh percaya bahawa saya ini jujur, luhur dan amanah dalam percintaan.

Tetapi ada sebuah nujuman yang merisaukan saya. Kata ramalan itu, orang Virgo sukakan cabaran. Sukakan perkara-perkara baru. Mereka bercita-cita besar. Teliti dalam pekerjaannya. Tetapi jarang dapat menghabiskannya.

Inilah ramalan yang menghantui saya selama bertahun-tahun. Pada 1997, saya pernah berangan-angan menulis buku motivasi. Bukan sekadar angan-angan. Saya menulisnya. Ketika itu umur saya 17 tahun. Saya baru lepas SPM. Tetapi setahun selepas itu saya membuangnya. Saya terlalu kristis pada diri sendiri. Saya rasakan tulisan itu tawar, tidak menyelerakan dan membuka nafsu.

Setahun selepas itu, selepas tidak jadi membeli kasut di sebuah pasar raya di Kota Bharu (saya tidak ingat namanya, tapi dia dekat dengan Pasar Siti Khadijah), saya bercita-cita menulis novel bertemakan wanita—termasuk soal feminisme dan lain-lain. Saya mulai mengumpul bahan-bahannya. Apa saja yang membantu saya catatkan dalam diari. Diari itu saya simpan sehingga tahun 2000.

Daripadanya, saya mendapat idea dan menulis sebuah artikel di Eh!. Judulnya “Lautan Terdalam dan Beberapa Kisah”. Saya suka sekali tulisan itu. Ia jujur. Ia menjadi diri saya sepenuhnya. Sekarang diari hitam itu telah hilang. Idea saya mulai berkembang dan saya cuba menulis novel itu. Judulnya telah ada sejak tujuh tahun lalu: Wanita Tuna Susila.

Dalam hayat penulisan saya, walau pun hanya sebahagian kecilnya sahaja tulisan saya pernah diterbitkan, sebenarnya, di belakang itu, barangkali ada lebih tiga ratus sajak, seratus cerpen, sepuluh skrip dan lapan manuskrip novel yang telah saya tulis. Sayangnya, hingga kini semuanya belum tamat. Sebahagiannya telah hilang tanpa dapat diselamatkan atau di-recall kembali.

Saya ini orang pembosan. Apabila bosan dengan sesebuah cerita itu, saya akan beralih pada yang lain. Akhirnya tiada apa yang tamat dan boleh semua orang baca. Saya tidak akan benarkan siapa pun baca tulisan saya yang belum siap deraf pertama, termasuk isteri saya. Ketika menulis, kalau di katil, saya akan halau bini saya tengok TV di ruang tamu.

Dua tiga tahun kebelakangan ini saya tanamkan hasrat dalam diri saya menghabiskan tulisan-tulisan lalu. Boleh menulis tulisan-tulisan baru, tapi itu tugasan kedua.

Hari ini saya rasa lebih bebas. Saya tidak mahu sangat pedulikan undang-undang yang saya sendiri ciptakan itu. Saya mendapat semangat baru. Dan saya sedang belajar 'mengalahkan' rutin. Sebagai pekerja dan ketua keluarga.

Bulan lalu saya terbabas dateline dengan Republik Kata. Selepas mendapat e-mel Fathi (Aris Omar) si pengantin baru tentang galakan-galakan dan cadangan dia memajukan blogzine Republik Kata saya menjadi manusia yang lebih bersemangat. (Oh, sedihnya, e-mel itu belum saya balas.) Terima kaseh.

Muatan Republik Kata, walau pun tidak banyak bulan ini membawa isu yang sangat menarik. Antaranya, tentang pengenalan celup jari dalam dakwat semasa pilihan raya nanti. Khabarnya, dakwat itu boleh padam. Boleh padam. Jika tidak, tentu BN dah 'padam'.

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)