IKLAN

Cari Blog Ini

Isnin, Julai 09, 2007

Perbezaan laras MySL dan KTBM (Bahasa Melayu)

(Sambungan daripada tulisan Mejar Sazali Abdul Hamid dalam entri "Bahasa yang Tak Diucapkan".)


MySL dikatakan tidak mengikut sistem tahabahasa BM yang betul seperti KTBM. Pernyataan ini adalah kurang tepat. MySL bukanlah BM atau seperti mana-mana bahasa verbal yang lain. Ia adalah bahasa isyarat. KTBM dipertuturkan dengan cara terjemahan langsung perkataan demi perkataan. Namun jika dihalusi lagi, ia sebenarnya mudah difahami oleh orang bukan Pekak, tetapi tidak untuk orang Pekak. Seperti juga perkataan dalam Bahasa Inggeris, Cina atau India misalnya, kita tidak boleh memahami ayat yang dibuat secara terjemahan langsung ke dalam BM. Berikut adalah contoh perbezaan penyusunan perkataan dalam ayat dalam BM (juga KTBM) dan MySL:

BM (KTBM) : Bapa saya ada sebuah kereta baru.
MySL : Bapa kereta baru satu.


Pelatih MySL menemubual beberapa murid pekak di sekolah pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kursus Komuniti Pekak.

Justeru itu terdapat jurang perbezaan ketara antara KTBM dan MySL. KTBM adalah bahasa persuratan tetapi MySL adalah bahasa komunikasi. Proses pembelajaran yang betul mesti dimulai dengan bahasa komunikasi, kemudian barulah bahasa persuratan. Pengamalan di negara maju juga sama. Di Amerika Syarikat misalnya, pelajarnya terlebih dahulu dilatih berkomunikasi dengan bahasa isyarat (ASL) sebelum diajar SEE untuk tujuan penulisan dan pemahaman Bahasa Inggeris. Ini juga terpaka dalam pembelajaran di kalangan orang bukan Pekak. Realitinya tidak ada orang berkomunikasi mengguna pakai bahasa persuratan.

Untuk tujuan perekodan, Unit Pembangunan MySL TC sedang menyusun dan menyelenggarakan sistem bahasa isyarat ini. Kami harap usaha ini mendatangkan faedah untuk pembangunan dan perkembangan MySL.

Dalam sektor pendidikan, perangkaan menunjukkan banyak murid Pekak corot dalam pencapaian akademik. Sebagai contoh, keputusan SPM 2005, di SMPK Persekutuan Pulau Pinang, kesemua calon Pekak gagal dalam SPM disebabkan gagal dalam subjek BM. Bayangkan berapa seriusnya gejala ini.

Kami di MySL TC mencadangkan Kementerian Pelajaran agar memperkenalkan subjek MySL di peringkat sekolah. Subjek ini boleh menjadi salah saty mata pelajaran elektif SPM seperti subjek Bahasa Perancis, Iban, Cina dan lain-lain. Subjek ini juga perlu diperkenalkan kepada bakal-bakal guru pendidikan khas.


Beberapa institut pendidikan dikenal pasti, antaranya seperti berikut

1. Institut Pendidikan Ilmu Khas
2. Institut Pendidikan Perempuan Melayu Melaka
3. Institut Pendidikan Kota Bharu

Kemahiran berbahasa isyarat amat penting bagi Guru Pendidikan Khas yang mengajar pelajar Pekak. Kajian Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pada 2005 mendapai 50 peratus guru yang mengajar murid Pekak di sekolah-sekolah di Malaysia tidak menguasai kemahiran bahasa isyarat. Ini melebarkan jurang komunikasi antara guru dan murid.

Bersambung...

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)