IKLAN

Cari Blog Ini

Jumaat, November 02, 2007

Vanakam untuk En. Karam

Saya sebenarnya terkesan dengan tulisan En. Karam semalam. Saya suka tulisan itu sebenarnya walaupun digarap dalam bentuk yang ringan, mudah dan pop. Bagi saya tulisan dia tidak lucah, cuma sedikit erotis. En. Karam adalah anak muda yang cukup bergelora, penuh kemarahan, emosional juga provokatif. Dan saya kira keberanian ini dia peroleh daripada kerahsiaan dirinya itu. Jika dia menggunakan nama sebenar, barangkali entrinya akan bermula dengan "assalamu'alaikum" atau "vanakam" terlebih dahulu.

Budaya mengkritik bukanah aksi intelektual yang popular di Malaysia. Hampir semua diolog, diskusi, forum perdana atau apa pun namanya di kaca televisyen tidak ubah seperti bunyi kucing gatal di malam hari. Tidak bermakna dan mengulang-ulang lagu lama. Pengkritik-pengkritik filem atau teater dimaki oleh pengkarya. Mansur Puteh misalnya, namanya menjadi jenakaan seperti Pramoedya di Indonesia. Beliau direndah-rendahkan dengan ungkapan, "ada orang selalu kutuk, tapi tak ada filem pun yang dia buat."

Dan ada lagi, ini lebih menarik, selalunya dalam agama, "ini bukan bidang kau, kau tak ada hak nak komen. Orang tak belajar agama tak boleh komen fasal agama."

Agama, budaya, apa pun yang masuk ke ruang awam wajib berinteraksi, jika tidak, ia akan luput seperti dinasour. Dan agama, budaya, apa pun, bukan sekadar agama dalam (jiwa manusia), ia telah menjadi agama negara, terbuka kepada umum.

Seorang teman wartawan pernah memerikan perihal ini. Dan dia sendiri mengemukakan jawapannya, "habis, takkanlah penulis nak menulis cara-cara dan menulis sahaja."

Persepsi saya berubah, sebenarnya En. Karam bukanlah 'kuman'. Ia menjadi rejekif kerana tertutupnya tempurung kepala kita. Waktu selalu melepak di Jalan Telawi dulu, budaya ini yang cuba diamalkan oleh anak-anak muda di sini. Bersembang, berlepak, berdiskusi, berhujah sampai muak dan mual. Juga mengetepikan emosi. Tetapi barang sudah tentu kesannya amat panjang dan mendalam. Ilmu yang kita peroleh di kedai kopi hasil debat 60 jam di Restoren Darul Ehsan (tidak lagi beroperasi) misalnya menjadikan jiwa intelek kita makin mengambang.

Ketika membaca Dorida Outram yang disuguhkan oleh Fathi tidak lama lalu, saya insaf, kematangan intelektual itu sebetulnya bermula di kedai-kedai kopi. Zaman awal Pencerahan meyaksikan banyak buku dan karya tulis disebarkan. Dan tentunya bukan semua seberat dan seserius sarjana Kant, tetapi juga khabarnya ada yang separa intelek, buat-buat intelek dan juga yang lucah-lucah. Sifat terbuka kepada pengetahuanlah yang mampu mencerahkan kita dan membawa keluar daripada kegelapan dogma.

Hingga saat ini, saya pula yang ternanti-nanti komen En. Karam. Macam dia pula penulis blog ini. Hampeh! Komen En. Karam itu, walau pun berselang-seli sengan segala banyak makian dan carutan, namun pokok hujahannya tidak harus diabaikan. Jika tidak tinggalkan kita tuli dan pekak seperti diperihalkan al-Quran tentang mereka yang mendengar ayat-ayat Tuhan tetapi tidak mahu percaya dan mengikutinya.

Entri ini mungkin boleh mengundang salah sangka. Saya tidak kenal En. Karam dan tidak ada aksi comolot antara kami. Tapi, saya fikir, perselisihan dan persengkataan, apa pun, di dunia ini boleh tamat dengan adanya komunikasi. Komunikasi membawa kefahaman antara satu sama lain. Dan wujudlah interaksi.

En. Karam, saya menunggu lagi komen-komen En. Karam dengan setia. Jangan karam di lautan sepi ya. Ha, ha, ha! Suka betul kita semua usik En. Karam. Salam Diwali. Vanakam.


Nota
Gambar dalam entri ini sekadar hiasan dari sumber http://images.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.designerinaction.de/img/canon_enlightment.jpg&imgrefurl=http://www.designerinaction.de/fotografie/show.php%3Fid%3D1342&h=242&w=155&sz=13&hl=ms&start=143&um=1&tbnid=xrSYKz9dmpP6UM:&tbnh=110&tbnw=70&prev=/images%3Fq%3Denlightment%26start%3D126%26ndsp%3D21%26svnum%3D10%26um%3D1%26hl%3Dms%26client%3Dfirefox-a%26rls%3Dorg.mozilla:en-US:official%26sa%3DN

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)