IKLAN

Cari Blog Ini

Jumaat, November 02, 2007

Tan

Kesannnya seperti minum arak atau hisap ganja. Saya melayang-layang di internet, tersentak dan terjaga apabila menemui perkataan ini: "Umar Tan". Sesudah setahun saya temui nama hero kami Tan di laman blog Ginie, anak Cina obses reformasi yang saya kira cun. Juga istimewa kerana penguasaan bahasa Melayu (penulisan dan pengucapan dengan anak baik jika dibandingkan dengan wakil rakyat MCA dalam parlimen). Tetapi entri ini bukan tentang awek cun yang bisa menaikkah nafsu, entri ini tentang tangisan. Betapa kami amat merindukan hero kami, yang satu-satunya--Umar Tan, pemuda terbaik daripada bangsanya.

Saya tidak pasti, kali pertama bertemu Tan barangkali di Jalan Telawi atau Brickfields. Tetapi Tan, bila-bila pun adalah teman yang terbaik. Tiga ratus enam puluh lima hari yang lalu, seingat saya, antara jam 11 atau 12, saya menerima panggilan telefon mengajukan tentang kematian Tan. Juga SMS bertalu-talu.

Banyak versi kematian tentang Tan saat itu. Ada yang kata mayat Tan tidak dituntut dan ada yang katanya berada di Bangi, rumah Pak Lang, tempat dia memeluk Islam dua tahun sebelum itu. Ada juga yang menyarankan supaya diuruskan di tempat yang lain. Saya tidak mampu mengingat lagi dengan jelas akan tempat itu.

Versi awalnya mengatakan Nasir sedang keseorangan dengan mayat Tan di HUKM Cheras. Beberapa hari sebelum itu Tan memang ada menelefon saya (atau saya menelefon dia) untuk lepak atau diskusi politik. Kematian Tan terasa begitu menyentak dan tiba-tiba.

Saya tidak ingat apa penyakitnya tetapi Tan telah dilarang tegas menghisap rokok. Dan dia terus merokok Gudang Garam tidak putus. Sekurang-kurangnya seminggu dia dimasukkan ke hospital. Dan seperti biasa, Tan tidak suka berkongsi derita, seperti selalu lagaknya di kedai kopi. Dan menanggung kesakitan dan mati seorang diri. Semua orang tidak mampu menerima hakikat ini. Tak ada gunanya segala retorika tentang kebebasan dan keadilan dan perjuangan kalau teman kita yang paling mulia itu menghembuskan hayatnya dalam sunyi. Celakalah kita semua!

Tan tinggal keseorangan. Dia menyewa di Sungai Besi kata seorang teman. Saya tidak pasti umurnya. Kerana itu tidak penting. Di jalanan sebagai demonstran, Tan sentiasa muda, dan keberaniannya. Dia belum menikah dan kelahiran Utara.

Masih banyak yang ingin saya tulis tentang Tan. Tapi maaflah. Saya sedih dan tak sanggup mengingat kembali hero dan sahabat, pemuda terbaik daripada kalangan kita semua. Namanya Umar Tan. Pemuda itu. Dan syurgalah tempat letaknya. Amin.

Kalau ada polis yang memukulnya ketika demonstrasi di sekitar KL, mohon ampunlah, buangkanlah kebencian. Tan telah setahun pergi. Tapi dia sentiasa di hati kami.

Alfatihah kami panjatkan untukmu.

Sumber gambar: Blog Elizabeth Wong, http://elizabethwong.wordpress.com/2006/11/06/umar-tan-perginya-seorang-pejuang/

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)