IKLAN

Cari Blog Ini

Jumaat, Januari 19, 2007

Wasiat Sebelum Berangkat: Puisi Henrik Ibsen kepada Adolf Hedin


SAYA akan meninggalkan saudara sekelian. Jadi saya memilih meninggalkan "wasiat". Manalah tahu saya kalau pemergian saya itu tidak lagi kembali (aduh, cabulnya mulut!). Tetapi sekarang hampir jam lima, kedai tulis wasiat hampir tutup. Maka saya tinggalkan 'wasiat' tersebut di sini.

'Wasiat' ini berbentuk puisi, saya kutip dari sajak Henrik Ibsen kepada temannya, pejuang revolusi Adolf Hedin yang ditemui di sebuah rumah. Kali pertama wasiat ini dimajukan oleh Fathi Aris Omar yang entah tiba-tiba saja mengajak saya 'men-tropedo' bahtera Noh.

Maaf, terjemahan saya amatur sekali. Tentulah tidak setanding dengan terjemahan Ainon Mohd. Begini bunyinya sajak tersebut:

Puisi Henrik Ibsen nntuk Adolf Hedin

Kata kau aku telah jadi 'konservatif'.
Aku masih seperti dalam putaran harian.

Sungguh bagiku tiada kala untuk perca-perca remeh.
Kamu ketuk pintu; aku di pihakmu sehingga neraka membeku.


Hanya satu revolusi yang aku junjung.
Bukan khayalan, atas timbangan hati sekerat.

Aku bawakan mereka lingkaran syahid yang mulia.
Sungguh, aku masih bicara tentang ceritera banjir agung

Dengannya, hinggakan syaitan terpintal;
untuk Noh, seperti kau mengenal kelasi yang sunyi.

Ayuh kembali kaucoba, lebih memilah;
yang melaung namamu kumbang sejati, melebihi kata omong.

Engkau pasak sosok ini ombak yang kejap,
aku berbangga, diriku, meriam untuk bahteranya

Henrik Ibsen
1869


Khamis, Januari 18, 2007

Di Langit, Bulan Separuh Masak


(Catatan selepas menonton Debat Perdana di RTM pada 15 Januari 2007)

AKU usai (sebenarnya tidak) menonton Debat Perdana, rancangan cakap-cakap di RTM itu. TV kerajaan itu bawa judul Kepimpinan Melalui Teladan: "Cakap Tak Serupa Bikin"--tak habis-habis cakap integriti nasional. Sejak minggu lepas aku fikir tajuk ini masih dibincangkan. Aku fikir ia bertitik tolak dari Pelan Integriti Nasional yang dikemukakan pemerintah (atau orang kata Pak Lah atau UMNO atau kerajaan).

Dua orang pengamal politik dan seorang profesor universiti. Ada simplistiknya di sini, kritikan yang dikemukakan sosok yang mudah dicop "pembangkang" sebenarnya menjadi abu. Mereka bercakap soal sistem dan nilai. Tetapi di sini pemerintah lebih cekap mengemukakan sistem. Tanpa sedar, aku fikir rancangan ini sebahagian daripada sistem yang menjadikan agenda pemerintah, yang belum tentunya lagi membawa agenda rakyat terbanyak, sebenarnya sebahagian daripada komponen sistem yang mewujudkan fenomena. Fenomena menjadi populariti dan propaganda.

Aku tidak kecewa dengan Saifuddin Nasution sebenarnya. Oh, tidak, aku sukar menyembunyikan perasaan, barangkali kerana aku ini artis (pengamal seni) 'jadi-jadian', aku kecewa dengan mamat (Parti) Reformasi itu walaupun hakikatnya beliau lebih berkredibeliti daripada mamat UMNO tu, walaupun tentunya tidak sebanding dengan profesor tua yang juga menjadi panel malam ini. Maaf, akan namanya tidak dapat aku ingat kerana aku asyik memberi perhatian kepada idea, bukan sosok mereka.

Akademik

Perbincangan itu menarik pada awalnya (atau pada tengahnya sebetulnya), walaupun sudah tentu tidak mencapai taraf akademik yang diharapkan. Pengerusi Johan Jaafar (dia Dato') berjaya mengheret perbincangan kepada soal political will pemerintah (boleh juga baca: Pak Lah). Memuji dan 'memujanya' kerana berjaya membawa, merungkai permasalan besar ini dari sudut yang beliau kira holistik.

Tetapi Saifudin nampaknya lebih selesa dengan pendekatan kepada pengamalan. Memang itu pun line yang patut beliau ambil. Bak kata bos lama aku, kalau mahu menang (kalau mahu menang!), bertarunglah di padang sendiri. Tetapi aku percaya, menang bukanlah matlamat akhir beliau, melainkan solusi dan lain-lain, jika ada.

Tetapi, bila diminta menyimpul, aduh, kesimpulan yang dibikin beliau itu menjadi sangat simplistik, justeru retorik. "Tuhan memberika menciptakan manusia tanpa membiarkannya sendiri, maka kita perlu kembali merujuk kepada Langit (dengan "l" besar)," begitulah kira-kiranya pendapat beliau.

Saifudin tidak salah, tetapi beliau harus ingat, politik tak akan pergi jauh kalau cakap depan TV, bincang dengan profesor macam perayu undi cakap masa nak masuk pangkah di Batu Talam.

Mengkritik

Kenapa aku mengkritik Saifuddin? Kerana beliau pernah menjadi pemuda yang memberikan harapan kepada aku dan orang-orang yang seperti aku.

Pedihnya hati. Baik aku mengingat baris dari cerpen lama: "Di langit, bulan separuh masuk. Harapan telah membawa manusia sejauh itu."

Di langit, bulan separuh masak.


Selasa, Januari 16, 2007

Perempuan Kecil di Pandang Rumput



RAYYAN HAMOUDI (lihat gambar)seorang doktor, feminis yang berpandangan jauh. Rayyan, 25, anak Yasir dan Sarah dari kota pencil Mercy yang luas dengan padang-padang ini adalah salah seorang daripada komunti Islam di sini yang dilihat eksotik. Sebuah masjid kecil dibangunkan di padang rumput dan imam muda datang dengan kapal terbang--laki-laki India yang bertubuh dan wajah seperti pelakon. Kota itu mempertembungkan antara releguis dan sekularis. Kota kecil Mercy ada seribu kisah menarik.

Litte Mosque on the Prairie sedang menggegarkan Canada. Saya sangat berminat mengulas sitkom ini. Zarqa Nawaf, penciptanya, menolak melabelkan filem ini sebagai satira politik sebaliknya Little Mosque adalah filem universal yang melihat soal komuniti, kejiranan, kasih sayang dan jurang generasi ibu bapa dan anak-anak.

Filem ini wujud dari lingkungan yang sebenar. Sebuah kota Inggeris, orang Islam yang minoriti, kesalahfahaman, kejenakaan. Filem ini adalah produk 9/11 yang penuh imaginasi.

"Zzz"

"Zzz" selalu sekaitkan dengan tidur, 'toing-toing' dan lain-lain yang seumpamanya. Selalunya dibubuh titik banyak-banyak seperti ini: "Zzz...." Kononnya membawa maksud surreal (atau metafizis sepenuhnya) yang panjang.

* * *

Dua hari ini aku rasa tekanan dalam bas (sering aku eja "bas" dengan "bus"). Aku rasakan perjalan dari Kota Damansara dan Brickfields itu jauh sekali. Bayangkan, kadang-kadang sampai satu jam setengah baru aku sampai rumah (atau pejabat). Kebiasaannya satu jam saja. Seperti selalu diperikan orang, "kalau perempuan mengandung, dan (sempat) beranak dulu."

Aku di KL sejak tahun 2000. Tetapi sebelum seminggu yang lepas, aku sebenarnya tidak pernah naik bas, melainkan tiga kali seingat aku. Itu pun waktu minggu pertama di Universiti Malaya dulu waktu tak ada motosikal. Persepsi aku tentang bas selalu negatif--lambat terkedek-kedek...

Bersambung....

Rabu, Januari 10, 2007

Seni Terlarang dari Kondom


Ardiana Bertini tidak melukis, menulis atau memeran di pentas. Ia artis yang lahir dari timbunan kondom, dunia terlarang itu.

Kondom adalah lukisan. Adalah fesyen. Adalah segalanya.

Nantikan.

Isnin, Januari 08, 2007

Mencari Penerbit 2: Songkran Yang Lain Macam dan Air Mata Langit


Dua dari tim kami berjalan meredah banjir di Kota Tinggi.

KAMI di Perlis, seperti di negara gajah putih biasa sekali dengan songkran atau pesta air. Pesta ini kami bermain dengan air dan mengenakan orang dengan pistol air, baldi, paip dan pili bomba jika boleh. Tetapi perjalanan krew dokumentasi banjir di Johor tidak boleh melakukan ini. Kami terpaksa bersedih. Tidak baik berpesta-pesta saat ini. Kerana itu kami tidak menyambut krismas sebaliknya tidur atas kampit beras di pusat penempatan mangsa. Mereka mangsa banjir. Kami mangsa keadaan.

VCD itu nanti dinamakan Air Mata Langit. Gambar di atas saya rakam menggunakan kamera yang bagus tetapi gambarnya blur kerana saya tidak suka menggunakan flash dan masa itu senja yang muram dengan pokok hujan di kepala. Ini saja yang saya mahu kongsi setakat ini. Yang lainnya terang, tetapi saya lebih suka yang kabur-kabur.

Gambar diatas eksklusif untuk Yang Separuh Israiliyat dan yang Benar-benar Cinta sahaja.

Tentang Surat dan Sahibul Samahah al-Ustaz Asri Zainal Abidin


Al-Ahkam.net dikatakan mempunyai kaitan dengan mufti Perlis.

SEMALAM aku menulis 'surat terbuka' kepada tuhan: makbulkanlah permintaanku yang tidak perlu aku sebutkan. Dan ketika aku pulang ke Perlis, sejak awal lagi, cerita Asri (Zainal Abidin) tak habis-habis. Ramai yan kagum pada mulanya, tetapi menyatakan kekecewaan di akhirnya apabila Asri menegur pihak yang mengetuk pintu peribadi orang lain untuk tangkap khalwat. Dalam sebuah tulisan dalam Harakah, kononnya Sisters In Islam (SIS) menyokong kenyataan ini. Barangkali kerana itu Asri dikecam. Barangkali tidak. Suatu ketika golongan berfikrah PAS menyokong habis-habisan mufti ini walau dia 'Wahabi'. Sebabnya satu, dia hentam Astora Jabat dalam forum terbuka dan kerana hujah dia orang boleh boo dan sorakkan Astora. Islam mazhab sorak-sorak (kampung tergadai) orang kita ni. Kemudian orang kaitkan dia dengan Shahidan. Tak baik macam tu. Aku terima hujahan Asri yang jarang cuba didengari oleh orang emosi. Asri cuba menghidupkan Islam dalam konteksnya. Juga demi membenarkan kesesuaian zaman yang dikatakan untuk semua zaman itu. Zaman berubah, maka hukum (bukan agama) juga mesti turut berubah. Harakah hari ini, entah siapa tulis, membayangkan kemungkinan ada hubungan 'rahsia' antara dia dan Menteri Besar. Itu terlalu rahsia dan peribadi, bang. Bukankah dalam sejarahnya Muhammad Abdul Wahab juga berbaik-baik dengan kerajaan Saudi. Dalam sejarahnya. Jika benar pun, Asri boleh mengatakan saja itu sebagai strategi. Dan dalam al-Ahkam.net, aduh, laman web yang 'bersarang' fanatisme ideologi semacam 'blog najis' yang saya perihalkan dulu. Sikap "saya yang paling benar" itu tebal sekali, ustaz. Lihat juga blog mufti muda ini (muda kerana usia jawatannya) di Blog Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sabtu, Januari 06, 2007

Sindiket Macam Apa Ni? 2: dan Cubaan Kudeta Enam Penulis "Centrilog"

Saya selesai membaca Kudeta buah tangan enam penulis blog yang menamakan diri mereka sebagai Sendikit Sol-jah. Saya juga selesai mengulas buku kecil itu. Tetapi ulasan itu tidak akan saya muat turun di sini buat masa ini. Saya ingin ia terbit di media lain terlebih dahulu, media yang membolehkan saya mendapat duit. Ha, Ha, Ha!

Saya sebenarnya ingin mengeji buku kecil yang kulit luarnya klise dan gambar dalamnya macam buku komunis ini tetapi alangkah malangnya, saya terpuji. Tentu mereka ini kembang dan syok sendiri lagi.

Tulisan ini setakat ini. Shah, adik Namron ini datang mengganggu aku.

Sindiket Macam Apa Ni?

Jimadie Shah ketemu mereka. Sindiket Sol-jah. Hanya dua. Seorangnya Nazmi Yaakub dan seorang lagi Amir Mukriz (nota: bukan cucu bekas Perdana Menteri). Tetapi Nazmi kali ini tidak datang sebagai Nazmi, melainkan Bukunota. Sebelum pergi jauh, ingin saya jelaskan bahawa saya tidak selesa dengan nama-nama samaran seperti itu. Seperti membaca surat layang.

Dan saya sedang berhenti makan burger Amerika--McDonalds yang harum.

Resolusi Malam Jumaat (Deraf)

Resolusi ini mulanya ingin dikarang pada malam Jumaat, bukan malam Sabtu. Resolusi ini mempunyai tiga bahagian. Pertama, dalam menegaskan premis pandangan kami. Kedua, dalam menyarankan bacaan meluar karya-karya terpilih dan ketiga dalam mengharamkan karya-karya yang sepatutnya daripada dibaca, disebar, diedarkan dan dinikmati oleh orang awam. Beginilah bunyi resolusi tersebut.


Bernyanyilah kepada Tong

KAMI seperti yang bertandangan di bawah mengecam hampir seluruh resolusi sasterawan dan penulis yang dibuat sebelum ini, yang, selalu mengumandangkan slogan-slogan klise. Antaranya mendesak pihak itu dan ini supaya memberi ruang dan perhatian yang lebih kepada sastera yang dikelaskan sebagai serius dan berat.

Kita selalu mendengar desakan-desakan dibuat di setiap perhimpunan, seminar dan perhimpunan-perhimpunan golongan yang menggelarkan diri sebagai penulis sastera serius ini supaya pihak-pihak lain yang berhubung kait langsung dengan dunia sastera seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), persatuan-persatuan penulis tidak kira yang bernaung secara langsung atau tidak langsung di bawah payung kuasa (kerajaan); tidak terkecuali pihak swasta seperti Dawama dan lain-lain seperti media agar memberikan liputan, dana, perhatian kepada mereka.

Dan desakan ini kita dengar bertahun-tahun tanpa dihiraukan. Menjawap persoalan kenapa hal ini demikian, maka kami membuat kesimpulan bahawa suara-suara yang melaungkan resolusi-resolusi sedemikian adalah suara-suara mentah, mengkal dan mati pucuk. Oleh kerana sifatnya yang demikian, ia menjadi picisan dengan sendirinya.

Kami juga mengambil kesempatan ini menangkis kejian yang dilontarkan kepada penulis karya-karya ringan (popular dengan ungkapan penulis pop misalnya, walaupun bagi kami istilah ini tidak tepat kerana ada juga karya serius yang pop). Antara cadangan paling sembrono dan agresif kami kira adalah desakan supaya diharamkan karya-karya seperti yang ditulis oleh Ahadiat Akashah, Liena Afiera Malik dan lain-lain. Alasan yang selalu digunakan adalah alasan moral.

Bagi kami, seperti kata pepatah, "semakin kosong tong itu, akan semakin kuatlah bunyinya", 'nyanyian angsa' ini dibuat, barangkali tidak secara sedar hasil daripada kekosongan 'tong' yang tadi. Hanya inilah jawapannya kenapa resolusi-resolusi yang kami kecam ini tidak pernah mendapat perhatian. Desakan ke luar adalah desakan yang tidak selalu serius ketimbang desakan ke dalam. Kerana ini, harapnya novel pop, jika boleh dipakai istilah ini, tidak dijadikan 'kambing hitam' dalam permainan ini.

Novel pop sama sekali tidak boleh dibandingkan dengan novel sastera tinggi. Ia berada dalam dua dimensi yang tidak tercipta sekali. Maka, selagi ada pendapat bahawa "saya lebih benar daripada kamu" masalah ini tidak pernah akan selesai.

Hakikat yang sebenarnya, kita semakin membesarkan ruang kosong dalam tong yang makin dalam, gelap juga suram. Kerana ini suara kita makin membesar dan mengambang.

Realitinya, novel 'genre Ahadiat' ini menunjukkan ciri komersialisme yang menonjol, berjaya dijual puluhan ribu dan diulang cetak berkali-kali. Mereka mempunyai peminat daripada pelbagai pelosok. Kami fikir, inilah masanya kita merenung ke dalam diri, berfikir sejernihnya bahawa penulis sastera tidak boleh lagi selamanya menjadi sampah. Makanan yang bagus jika tidak dijamah tentulah akan segera basi dan menjadi sampah.

bersambung...

P/s: Maaf, resolusi ini belum tamat. Jika anda suka boleh tambah-tambah. Jika tidak, boleh saya mengeji. Dan saya bukanlah pembaca genre Ahadiat tetapi saya bendi hipokrasi dan lakonan seperti dalam drama Bawang Merah Bawang Putih dan tidak pelakonnya yang manis.

Gambar: Logo Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sekadar gambar hiasan.

Jumaat, Januari 05, 2007

Untie Mar Marah


Adam, Untie Mar marah papa. Dia kata dia nak sumpah papa kalau papa tak up load gambar Adam. Papa memang cadang nak up load gambar Adam masa Adam masuk darjah satu esok. Baju yang pakai uniform mesti handsome. Lepas itu, Adam mesti masuk pengakap. Baru segak boleh tackle awek. Dan jangan jadi play boy bila besar nanti.

Sayang, (sekarang sudah ada dua sayang dalam hidup aku) hari ini papa up load gambar sayang ke blog ini sebab nanti untie Mar marah dan sumpah papa. Takut la papa.

Untie Mar cuba tengok, ada berapa persamaan antara budak ini dan bapanya?

Khamis, Januari 04, 2007

Sudah 2: Cicak-Man

Sudah saya katakan, Malaysia perlukan Superhero. Dan menonton Cicak-Man pada sebuah malam, hujung malam di Cineleisure bukanlah suatu perkara bodoh yang saya lakukan. Saya menikmatinya jujur tanpa prasangka. Tidak seperti sikap-sikap saya kepada filem-filem seperti Nana Tanjung; bahkan Cinta dan Gubra sekali pun (walaupun nyata dua filem terakhir ini berada dalam kelasnya yang tersendiri). Cicak-Man memang boleh dipertikaikan dari segala sudut: Lakonan, teknik, stunt, muzik, mahu apa pun. Tetapi filem ini menjadi besar kerana keberanian meneroka genre-genre baru dalam dunia filem tempatan. Kerana itu Cicak-Man berjaya mengikat saya di kerusi selama hampir 2 jam ia ditayangkan walaupun hakikatnya inilah filem Melayu kedua saya tonton di panggung seumur hayat. Petang yang lain di Shahi Qilla, ada orang tua yang pernah mengharamkan filem-filem Melayu masuk ke rumahnya menelefon anaknya ingin ke 1 Utama. "Tengok Cicak-Man," katanya, setelah direkemen oleh saya. Saya fikir ia akan mempengaruhi Brother Anwar menonton filem ini, dan kali ini tentunya bersama isterinya--doktor yang tidak lagi menjadi doktor, melainkan ahli politik. Sehingga sekarang saya tidak pasti adakah Brother Anwar berasa penting menonton filem ini. Anwar Ibrahim telah beli tiket atau tidak? Nik Nazmi barangkali ada jawapannya. Itu tidak saya tanyakan padanya.

P/s: Pada masa ini sebenarnya saya sedang kering idea menulis artikel fasal Cicak-Man, maka saya biarkan perasaan saya lepas di entri ini. Yang ingin saya kupas sebenarnya adalah sisi yang politikal dari filem ini.

Sudah

Sudah beberapa hari saya ke hulu hulir membawa thumdrive untuk up load gambar anak saya Adam yang comel seperti bapanya itu ke blog ini. Tetapi Internet akhir-akhir ini sejak bumi gempa-gempa lagi selalu mengecewakan saya.

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)