IKLAN

Cari Blog Ini

Jumaat, Februari 09, 2007

Kematian Seorang Lelaki yang Lemas di dalam Laut Dalam Ketika Sedang Menyelam mencari Istana Sakti di Bawah Dasar Laut


Seorang lelaki pecah di kerusi. Ia dikelilingi cahaya dan kegelapan. Ia tidak pasti. Bajunya kain keras. Seluarnya kain lembut kecoklatan dan tidak menyelesakan. Kita tidak tahu apakah yang dia sedang dikirkan. Dan dia juga tidak tahu apakah sebenarnya yang terjadi pada dunia ini? Apakah yang sebenarnya Tuhan mahu lakukan? Masalahnya sekarang, dia sudah setengah menyelam dan setengah itu sebenarnya sangat dalam. Jika dia naik dia belum tentu sempat dan pastinya kelemasan. Dongeng yang ia dengar bahawa ada istana bawah laut belum ditemui. Jadi, oleh kerana dalam dilema yang terlalu sukar, ia pilih menyerah. Rambutnya mengerbang, mengurai pelan-pelan. Mukanaya kejang. Perutnya kembung. Mayatnya terapung dan membusuk. Tetapi setelah itu kita tidak tahu, apakah dia menemui apa yang dicarinya dan apakah jika tidak, Tuhan menggantikannya dengan suatu yang lebih baik? Kita tidak juga tahu kerana tidak pernah bertanyakan Tuhan tentang perihal itu.

Rabu, Februari 07, 2007

Perempuan Perang Bendahara Pahang


ADA tesis menarik (Tun) Suzana (Tun) Hj. Othman tentang tuan punya Melayu dari Sumatera di tangan Demang Lebar Daun yang merajakan anak Raja Suran dari keturunan Iskandar Zulkarnain, dari benih sebelah Raja Kida Hindi melalui puteri Syahrul Bariyah. Ada bai'ah dua baginda. Bahawa pantang anak Melayu menderhaka dan pantang raja menzalimi. Jika ini berlaku, maka terputuslah waad antara kedua institusi. Bendahara sebagai pemegang perbendaharaan rahsia raja-raja dan sultan sebagai keramat daulat bangsa. Feudalisme dalam pikiran 'Tun' adalah feudalisme yang mengasyikkan. Perempuan ini berburdah hitam tetapi ia bukan tidak punya otak, ia telah belajar sampai sarjana muda (ekonomi)hingga ke Australia. Buku yang sedang saya tatap ini menceritakan tentang institusi bendaharan bermula dari kerajaan Johor hingga Perang Bendahara Pahang. Saya ingin mendapat info lagi tentang warisan Johor untuk sebuah pekerjaan yang sedang saya lakukan, dan tentunya perlu dilakukan dalam jangka masa yang panjang. Buku ini berjudul Institusi Bendahara Permata Melayu yang Hilang: Dinasti Bendahara Johor-Pahang dan bagi saya ia adalah bacaan pop seperti novel Puteri Lindungan Bulan Liena Afiera Malik (saya belum pernah membacanya). Ringan (dibaca) walaupun halamannya tebal. Dan lagi yang ingin saya katakan, panji bendahara itu warnanya hitam. Dan ia tidak melambangkan rakyat seperti dalam bendera Pahang. Tapi dengar kata anarki pun ada bendera macam ni. Betul ke orang anarki (atau separuh anarki)?

Selasa, Februari 06, 2007

Galigo Anak Cina

Galigo anak Cina. Galigo, perwira Bugis dalam epik klasik terpanjang di dunia itu anak Cina.

2
Dunia ini dalam ilmu Bugis terbagi kepada tiga: (1) Dunia atas, (2) Dunia bawah dan (3) dunia tengah. Antara Dunia Atas dan Dunia Bawah yang dihuni oleh dewa-dewa itu sunyi sekali tiada berpenghuni. Maka ketua dewa menghantar wakil menemui adik iparnya di Dunia Bawah, membawa hasrat menikahkan dua sepupu dan kemudian daripada itu dihantar untuk menambahkan zuriat dan keturunan di Dunia Tengah. Batara Guru, anak Raja Dewa pun setelah melalui petir, guntur dan segala macam rintangan turunlah ke Dunia Tengah, iaitulah bumi kita ini.

Di situ ia berkahwin dan dianugerahkan seorang Galigo, putera besar Bugis itu.

3
Galigo atau nama penuhnya I La Galigo selalu mendapat perhatian di dunia bukan sebelah sini. Ia dipentaskan di Amerika dan Eropah. Tetapi yang jarang disedari orang, sebenarnya keturunan pertama generasi Bugis (Batara Guru) adalah bergabungan dengan air mani perempuan Cina. Alangkah pluralnya masyakat Bugis dulukala hingga terpancar dalam imaginasi-imaginasi liar mereka.

Tulisan ini aku tujukan pada Adam, putera bangsa Bugis. Dia juga punya secubit darah Cina dari sebelah nenek bini aku.


Label: Budaya, Sejarah, Personal

Isnin, Februari 05, 2007

Siapa Galigo?

Adakah ini ibu Galigo, hero besar Bugis yang berbangsa Cina itu?


Dan adakah ini bapanya Batara Guru yang turun dari Dunia Atas ke Dunia Tengah untuk menyebarkan benih dewa-dewa dan memakmurkan Dunia Tengah yang kosong dan sepi itu?

Entahlah. Tetapi esok barangkali ada entri ringkas tentang putera lagenda Bugis itu dalam blog ini.

Siapa Galigo? Anda tidak tahu.

Jumaat, Februari 02, 2007

Andaikan Cicak-Man Tanpa Lakon Humor




BENAR
, Malaysia juga perlukan superhero dan epik yang dahsyat. Juga luar biasa. Ini terlambang dalam watak-watak dalam hikayat seperti Hang Tuah. Kemudian slogan dicipta dan Tuah sengaja diciptakan sebagai simbol eksistensi dan kepahlawanan Melayu. Tuah kononnya berkata, dengan ungkapan yang sangat klasik, juga klise sekali, “takkan Melayu hilang di dunia”. [Baca Lanjut]

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)