IKLAN

Cari Blog Ini

Jumaat, Mac 30, 2007

Putera Terbaik Reformasi


Pak Sheikh patut mengenang putera-putera yang pernah datang dan yang telah pergi bukan sebagai gugup yang lelah dari medan perang. Kita melihat kononnya putera-putera Reformasi--yang lantang, gah seperti elang, berdiri di podium dan mengeluarkan api dari pidatonya. Tetapi Reformasi tak tinggal pun, hatta sebagai kenangan. Ia seolah-olah kerja dalam lipatan dimensi yang lain. Orang yang lahir empat tahun selepas saya tidak akrab dengan peristiwa 1998 yang 'pelik' itu. Yang tinggal dalam ingatan kita hanyalah SUKOM 1998 dan sebelumnya cerita-cerita fasal penjahat bernama Soros sang Yahudi tamak dan mabuk itu. Banyak orang berlagak putera walhal mereka sebenarnya 'putera balung'. Putera balung maksudnya putera yang rajin berkokok seperti ayam jantan yang punya balung di kepala--mahkota yang ia sendiri rasa megah. Soalnya, siapa sebenarnya putera reformasi yang kita tunggu dan cari-cari? Adakah ia pernah ada atau telah pergi?Pak Sheikh patut mengenang putera-putera yang pernah datang dan yang telah pergi bukan sebagai gugup yang lelah dari medan perang. Jika tidak parti itu akan tinggal batang--si kayap tua yang mati pucuk, dari pelbagai segi--idea, tenaga dan kreativiti. Dan ketika itu Parti Keadilan tidak berguna lagi. Biarlah ia menjadi seperti putera yang pergi. Tidak pernah ada dalam lipatan sejarah.

Sabtu, Mac 24, 2007

299


Adakah birokrasi menjadi masalah tak sudah-sudah di negara kita? Tidak. Yang sebenarnya masalah adalah sikap--sikap pemalas pekerja kerajaan. Birokrasi dalam sejarahnya direka untuk memudahkan urusan melalui pengkhukusan kerja. Pengkhukusan melahirkan kemahiran. Sistem ini jika tidak korup akan lebih memudah dan melancarkan kerja, walaupun tidak sesuai untuk golongan profesional. Tapi ini soal lain yang terkeluar daripada perbicaraan entri ini.

Beberapa minggu terakhir ini saya banyak berurusan dengan kaunter kesihatan kerajaan. Dan seperti semua orang tahu, ia adalah pengalaman yang menyedihkan. Saya selalu membawa pelatih di pusat latihan saya ke klinik kerajaan. Satu, menjimatkan kos dan dua, kami patriotik. Kami menyokong nawaitu/ dasar kesihatan negara seperti sesetengah orang membeli Proton walau pun ia tidak popular dalam majalah permotoran.

Saya ingin cerita fasal Mawk dan Jun--tentang pengalaman mereka tiga hari lepas. Kami pergi ke Klinik Kesihatan Puchong Batu 14. Dah setengah jam tunggu, klinik black out. Adakah patut misi di kaunter suruh kami ke klinik lain dengan alasan tak boleh nak panggil sebab skrin nombor giliran tak hidup.

Kemudian kami ke Kelana Jaya. Dekat-dekat pukul satu. Tapi belum. Misi tu tak nak daftarkan dua budak ni. Mawk cerita dengan mesra, baik dan ramah. Minta maaf lambat sebab di Batu 14 misi tu suruh balik. Misi tua tu campak kad dia.

Saya fikir misi itu patut dibuang kerja atau ditukar ke pedalaman Sarawak. Ini bukan masalah birokrasi tapi orang. Masalah sistem malas yang meluas dalam organisasi kerajaan.

* * *

Midnight di IOI filem 300 okay-okay. Mendapat perhatian generasi Hollywood. Tidak sehebat Troy, Gladiator, dalam kategorinya.

300 orang gila berperang dan mampus. Hanya seorang diarahkan pulang untuk menyampaikan naratif besar tentang 299 yang tinggal memori.

Khamis, Mac 22, 2007

Retorik Politik


1. Dicuplik dari Pericles: "Lelaki yang tidak berminat dalam politik, tidak sepatutnya langsung berada di Athens."

2. Bukankah orang Athens pintar mencipta retorik politik?

3. Dua hari lepas di Athens ada demonstran anti-Amerika (baca: Bush, campurtangan di Iraq).

4. Seminggu lagi tamat tempoh Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian (MATB) Parti Keadilan Rakyat (Keadilan). Kemudian akan ada Kongres Nasional Tahunan, perhimpunan terbesar parti cap 'Anwar Ibrahim' ini Seremban. Kita menunggu beberapa usul bagus dan menarik daripada perwakilan.

5. Amir Muhammad nak buat filem reformasi. Do you Rember the 20th Day of September? Selepas SUKOM 1998. Waktu Ratu Inggeris ada di KL. Orang membebel, berpesta dan marah-marah.

Aku tidak ada seperti Amir yang di luar negara waktu itu. Aku di tempat yang lain.

6. Berkaitan 20th September lagi, orang reformasi jangan kembang hidung dan jadikan kongres tempat bodek bos. Sampai bila nak jadikan orang tua tu 'berhala'?

Selasa, Mac 20, 2007

D, E dan F

Saya ada satu pandangan: Yang paling pandai adalah nombor enam dan agregat (untuk SPM) yang paling baik adalah 12.

Jumaat, Mac 16, 2007

Pinjam Aku Suaramu

Gambar: Simbol Pekak sedunia.



Di kalangan si pekak, mereka normal, saya pekak. Saya tidak dapat memahami apa yang mereka katakan. Mereka bertutur dengan tangan, mimik muka dan gaya tubuh mereka. Dan sebahagiannya dapat membaca gerak bibir saya seperti Pyan Habib.

Memasuki dunia yang dikelilingi orang-orang pekak membuatkan saya teruja. Dan saya berkenalan dengan perempuan pekak yang punya senyuman paling manis di dunia. Namanya Wan. Saya baru tahu. Dia memperkenalkan dirinya dengan isyarat 'w'.

Cara kami bertutur adalah melalui kata-kata yang tidak boleh didengar telinga. Kata ini hanya boleh difahami dengan mata. Selalunya selepas minum pagi atau makan tengah hari, saya belajar daripadanya macam-macam benda di kafe. Saya belajar mengungkap persekitaran saya melalui tangan dan Wan seperti biasa akan tersenyum. Kemudian saya sentuh dagu dan lepaskan seperti flying kiss ke arah bawah. Wan memberikan tanda sama-sama.

Kami bersahabat seperti juga isteri saya. Jadi, tidak ada skandal.

* * *

Maafkan, bulan ini saya banyak mengecewakan.

* * *

Kamu patut 'nonton Black. Filem Hindustan.

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)