IKLAN

Cari Blog Ini

Jumaat, April 27, 2007

Binatang apakah itu sapare aude?


Sebenarnya ada banyak benda menggeletek hati aku dua tiga hari ini: Najib dan Anwar, Tan Sri Khalid di Ijok, 'filem' Proud to be Gangster, kenduri aqiqah Adam, sapare aude (lagi), Mahathir dan Malaysiakini dan, dan. Oleh itu, jangan cerita semuanya.

Saya sebenarnya tidak suka lagi mendengar perkataan sapare aude atau intelektual atau yang seumpamanya. Saya bosan. Ia jadi slogan yang menjemukan.Nak fikir, fikir saja, jangan libatkan Kant. Tak aman dia dalam kubur.

Petang semalam lepas makan, Nizam and the gang tanya, "apa benda sapare aude?"

Oleh itu, saya mengetepikan sementara kebosanan itu dan bercerita semudah mungkin kepada mamat-mamat yang suka pakai baju hitam tu.Bahawa sapare aude itu daripada perkataan Perancis. Anak kunci kepada pencerahan (dan Pencerahan) dan sains moden. Dicuplik daripada esei Emmanual Kant, pensyarah, ahli falsafah Perancis zaman 17++ dulu, Was is Aufklarung (What is Enlightment), ditulis tidak dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Lama dah.

Esei ini adalah yang paling terkenal dan mengesankan. Ia menyebut, Pencerahan adalah keluarnya daripada ketidakmatangan ciptaan sendiri. Puncanya satu: Tidak berani menggunakan akal. Pengecut nak mampus. Takut gereja marah. Dalam esei inilah Kant menyebut sapare aude (dare to think), ayuh berfikirlah! Dengan tidak semena-mena menjadi bagai slogan Pencerahan hingga kini.

Mereka kata, perkataan tu bunyi dia sedap. Kami hisap lagi rokok.

Nizam dan kawan-kawan patut membaca esei ini. Kini diterjemahkah ke dalam bahasa Melayu oleh Institut Kajian Dasar (IKD). Julian ada buku itu. Dia dapat semasa bengkel penulis muda IKD beberapa bulan lalu. Mereka patut pinjam buku itu. Bukan sekadar pinjam Galaxie dan Mastika.


Kawan-kawanku yang dikasihi, keluarlah daripada kegelapan, dark ages yang kamu ciptakan sendiri. Dan lepas ini jangan tanya aku apa maksud dark ages pula. Tanyalah pasal awek cun, chess atau Saidina.

Selasa, April 24, 2007

Sapare aude tahi kucing

Musim mengawan telah tamat. Sekarang masanya memikirkan masa depan. Semua membaca buku (atau pelan-pelan berkawan dengan 'toyol'). Jam 11 dataran depan Service Apartment, Menara KLH lengang macam kuburan. Cinta tidak relevan. Cinta masa sekolahan adalah cinta budak-budak beringus, kemacar dan kencing bercabang. Kerana itu aku tidak mengajak mereka minum kopi atau bermain catur. Aku membiarkan mereka membaca buku dan lepaskan stress. Aku sedar, kepala otak tidak terikat dengan kepala lutut atau tubuh fizikal. Hatta sikap sekali pun. Cuma lazimnya, orang berotak lebih rasional, lebih mengakrabi hukum moral yang tidak semberono. Tetapi kalau hari ini mereka meniru, aku fikir aku bukanlah jenis manusia yang mudah kasihan dalam kes sebegini. Namun melihat soalan, aduh, tidak perlu meniru. Hafal saja dong. Tidak ada ruang fikir. Maka peperiksaaan menjadi pesta kebodohan dan tolol-tololan. Kita tertinggal 700 tahun ke belakang. Menyesal Kant tulis Was is Aufklarung. Sapare aude! Tahi kucing. Ini adalah kritik pada sistem pendidikan sedia ada.

Isnin, April 23, 2007

Kembali kepada alam


Benar, saya rasa tidak bermaya. Sudah berapa tahun saya tidak jogging. Cubaan dua minggu lalu bersama teman-teman gagal kerana suasana tertutup dan di padang dekat-dekat sini ada banyak anjing. Saya ingin (cuba) kembali kepada alam. Tidak makan jajan, hisap rokok, seks bebas. Amalkan cara hidup sihat. Dan jangan tinggal solat. Jangan stress-stress. Hisup dalam keteraturannya. Ia memberi kita ketenangan dan kesihatan. Saya terpesona dengan ajaran Tao yang menekankan unsur-unsur penyatupaduan dengan alam. Konsep keharmonian melalui keseimbangan. Menjalani kehidupan serba sederhana (wasatiah) dan menyucikan hati. Dan sekalai-sekala saya ingin bertapa dia gua Hira'. Kalau boleh nak ke Jabal Nur tempat Musa jumpa tuhan. Dan mana pokok tempat Buddha bertapa 4o hari tu?

Rabu, April 18, 2007

Orang Bisu Karaoke

Tak sangka orang Pekak pun boleh karaoke. Kata Khalid, hari tu Goh menyanyi lagu Gemilang dalam kelas. Dan katanya lagi, "kalau kau tengok orang Pekak menyanyi, kau tak akan tengok lagi orang normal menyanyi."

"Betul ke?" Aku tak percaya 50-50. Tapi hari ini aku tengok orang Pekak menyanyi dalam Youtube. Fuyo, powerlah.

Sebenarnya banyak persepsi dan tanggapan kita yang meleset tentang orang pekak. Dan kita kekal pekak jika tidak pernah masuk ke dunia ini.

Dan orang pekak tidak dipanggil bisu. Memanggil mereka bisu adalah sebuah cerca. Mereka dimuliakan dengan gelaran Pekak. Pekak dengan "P" besar (Big "D" Deaf)--merujuk kepada komuniti dan cara hidup; bukan pekak dalam maksud perubatan.

Cuba lihat video ini. Percaya tak?

Isnin, April 16, 2007

Semua Orang Suka Jimadie Jr.

Tak semua suka Jimadie Shah tetapi semua orang suka Jimadie Jr. Tengoklah gambar-gambar di bawah ini.

Zu sedang dokong Adam (Gambar kiri). Senang aku jaga kalau mak dia tak ada. Tinggal saja tempat banyak orang perempuan ada.

Pada hari yang lain, malam-malam pun Zu dokong juga (gambar kanan). Tetapi perasan tak di belakang Zu ada 'makhluk' sedang curi pandang (bawah, kanan sekali). Kelibatnya nampak sedikit saja. Siapa itu? Dia buat apa?

Oh, rupanya dia pun teringin nak ambil gambar dengan Jimadie Jr.


Eh, awek baju hitam (gambar kanan) pun dah tumpang sekaki.

Ini mamat mana (gambar bawah) pula ni? Dia pun nak.

Semua orang suka pada Jimadie Jr. Zu, Linda, Nurul dan si pekak Izwan. Kesihan Jimadie Sr. Kalaulah ada awek ambil gambar dengan dia siap peluk-peluk cium kan best. Ha, ha, ha!


Puisi dari "Dari Pelayaran"

Dan udara jadi puisi: Sebuah malam. Berjalan. Lautan dalam. Tiket. Oh!


Khamis, April 12, 2007

Evolusi Blog yang Menerujakan


BLOGING menjadi fenomena. Laman blog mengalami evolusi, mapan atau yang masih mencari definisi--blook, 'centrilog' dan kini blogzine. Laman web menuju jalan sukar: Mampus. Dan blogger bagai superstar.

Rabu, April 11, 2007

Jangan Pandang Belakang, Ada Hantu Raya


Jangan pandang belakang adalah filem yang berbaloi untuk ditonton. Tahun belakangan ini filem kita mulai melangkah di dimensi baru. Mukhsin, kisah cinta yang asalnya bukan dari jalur pop sudah diterima di pawagam dan filem-filem bodoh (atau 'terlalu bodoh') seperti Kabhi Kuhsry Kabil Igam melalui jalan buntu. Begitu juga dengan Cicak-Man dan lain-lain (sekadar beberapa contoh). Filem kita memasuki fasa dan dimensi baru.

Jangan Pandang Belakang di tangan Ahmad Idham kelihatan klise dari pelbagai segi tetapi ia sebenarnya membuktikan bahaw bahasa visual bukanlah seperti yang boleh dibaca daripada teks. Jangan Pandang Belakang terlepas langsung dari semua ini. Ia menjadi sebuah filem, tanyangan visual yang lepas langsung daripada garapan klise pengarang di kertas.

Elemen suspen digarap dengan baik dan temanya terasa dekat dengan psyche Melayu dan masyarakat malaysia umumnya. Kisah hantu raya, ritual dan realitinya diadun baik dan tepat. Filem ini, walau bagaimana pun, cuba mengambil jalan tengah antara komersialisme tanggungjawap penulisan--memastikan sebuah cerita boleh berdiri dengan plot. Jika tidak, Jangan Pandang Belakang layak sebagai dokumentari Agrojurnal di RTM sahaja.

Isnin, April 09, 2007

Sang Haiwan Kapitalis


Ini kutipan catatan aku beberapa tahun lalu yang tidak hilang bersama laptop yang dicuri Orhan Parmuk. Masa ini rasanya masih menuntut di Pantai. Maaf, bunyi judulnya kasar. Maklumlah, ditulis zaman muda-muda dulu, seperti orang muda yang lain juga--ambitios, ideologis melulu, emosional dan tidak realis.

SANG HAIWAN KAPITALIS

AKU ada pendedahan sedikit-sebanyak tentang teori-teori dalam ekonomi seperti kapitalisme dan komunisme-sosialisme. (Memang itu pun yang aku belajar di universiti.) Walaupun dalam banyak situasi aku lebih cenderung kepada sosialisme, tetapi kadangkala aku juga cinta kapitalisme. Kapitalis yang taburkan wang dalam pasaran. Kapitalisme mengiktiraf hak individu.

Dan siapa sangka kapitalis suka tuhan. Maksud aku, monotisme (percaya pada suatu kuasa pusat). Satunya, mereka nak (tiru) jadi tuhan. Mengejar puncak nafsu yang tak sudah-sudah. Ini pokoknya: mereka juga mobil ke arah satu titik kekuasaan mutlak. Segala elemen akan dirungkai ke satu titik. (Apa beza dengan komunisme, ha?)

Contoh, macam ni: monopoli. Monogami. Satu pemimpin negara tak mau tukar-tukar. Penggabungan bank dan syarikat besar. Mereka membentuk suatu negara yang tidak punya pilihan. Sediakan kita sebagai satu hidangan; dan dikedarah lahap. Betul-betul macam haiwan (kata Goenawan: tak ada jiwa); aku namakan spesis baru ini sang haiwan kapitalis.

Ok. Lupakan segalan teori! Mari kita cerita-cerita!

Tercatat dalam diari, aku naik tren 11 Mac lalu. Ke utara. Sudah terbiasa sebetulnya. Tetapi, inilah kali pertama aku makan di kantin. Aku minum Coke dengan Anjan. RM 2. belum terkejut lagi sebab aku dah pernah jumpa di KLCC.

Lepas borak-borak, Anjan tidur. Aku baca Darihal Perjanjian Sosial oleh Rousseau sampai puas. Terasa sejuk dan lapar. Sekali lagi ke kantin. Minum Milo. Gugur lagi RM 1:50. Lepas minum, ambil burger ayam satu dan makan di sit.

Shit, ‘menatang’ ni ingat aku ayam ke! Ingat burger di A&W, RM 3:00 setiap satu. Puk*mak betul! Kalau sedap tak apa juga. Aku tak kisah sangat. Ini buat kerja pemalas. Roti tak bakar. Daging bakar tak masak betul-betul. Nampak macam digoreng sekali lalu saja dan tak ditekan atau dicucuk-cucuk untuk elakkan mentah di dalam waktu masak. Salad adalah dalam tiga helai rambut kontot. Sos pula isi dalam plastik kecil (sangat). Nak tiru restoren makanan segera Amerika konon! Di tempat macam tu pun biasanya paling kodi dia bagi dua peket. Ini satu saja, kedekut nak mampus. Anda boleh agak kan berapa harga sebenar untuk sebiji burger ini?

Inilah seekor kapitalis yang berwajah haiwan itu. Cuba bayangkan kalau dia berada di tempat aku (aku: semua orang-orang miskin macam kita – sebab kita ambil sit kelas ketiga). Yang aku marah sangat ni sebab: makanan ini akan dimakan oleh manusia. Bukan dimakan oleh ayam atau kucing atau anjing. Manusia punya maruah dan harga diri. Kalau anda tidak tahu menghargai semua ini, nyata anda tidak layak menjadi manusia. Jadi saja haiwan. Aku boleh namakan spesis baru itu: sang haiwan kapitalis!

Sebab lapar, aku makan juga sebiji burger tu. Kemudian pergi ke ruang antara koc. Hisap rokok.


Sabtu, April 07, 2007

Kami Berkabung

Zuhdi Zaidan Mohd Nor telah kembali ke rahmatullah pada 6 April 2007 pada jam 9:57 malam akibat kecelakaan jalan raya di batu 8, Gombak. Kepala almarhum pecah. Kakinya kedua belah patah. Mayat di hantar ke Hospital KL dan dikebumikan pagi ini di Kota Kemuning. Mayat diuruskan oleh abangnya.

Tapi dia tidak akan pergi dengan aman. Dia telah mungkir janji. Setelah dua minggu, setelah berkahwin, setelah dapat anak, kami hanya bertemu sekali dan sekala melalui telefon. Tiba-tiba petang semalam dia telefon aku. Kami berjanji bertemu malam semalam di KL.

Katanya, dia malu bertemu Adam sebab belum beli hadiah. Aku kata tak kisah. Yang penting datang saja. Dan dia setuju.

Jam sebelas aku terima panggilan daripada Sobri, "Zuhdi mati."

Adam dan aku, kami bertemu Zuhdi di bilik mayat. Lelaki itu telah mungkir janji. Dia pergi awal. Dia adalah malaikat. Dia lebih baik daripada malaikat. Kenapa tuhan mengambilnya terlalu cepat?

Hanya dia sang pemungkir yang akan masuk syurga. Hanya dia. Di situ tempat letaknya.

Kepada kawan-kawan, halalkan makan-minum. Jumpa lagi dalam penjelmaan yang akan datang.

Dan patutlah pagi semalam tak semena-mena aku pakai baju hitam. Aku berkabung.

Rabu, April 04, 2007

Allice di Middletown



Gillbert C. Eastman menulis, berlakon dan mengarah lebih lima dekad. Menjadi pekak tidak pernah menjadi batu penghalang untuk semua itu. "Dia menakjubkan, menakjubkan," ujar Susan Allisson memerikan bapa penakannya itu.

Disember lalu, warga Middletown, Amerika Syarikat itu mati.

Baca lanjut dalam Republik KATA

Isnin, April 02, 2007

Rahim (Budak Rabat) was Here


Rahim pulang juga akhirnya. Ini berita yang sukar diterima dan dipercaya. Kami punya seribu kisah buat dikongsi dengan pembaca. Meraikan 'jejak kasih' ini, kami lepak membazirkan duit, borak dan menonton filem pelik--menghabiskan waktu. Rahim, ustaz muda itu masih obses nak jadi pengarah filem dan ia telah menonton 200 filem-filem terbaik dari Eropah sepanjang dua tahun 'hibernasinya' di Rabat. Adakah dia akan berjaya mengejar cita-cita?

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)