IKLAN

Cari Blog Ini

Isnin, Mei 21, 2007

Internet sebagai medan pemberontakan sikap pengarang


Kita barangkali menyaksikan pemberontakan estetika, biarpun secara sipi dalam perjalanan panjang sastera Melayu moden berbanding pemberontakan “ke luar” yang lebih dominan. Sastera selalu menjadi alat propaganda yang popular. Selalunya respon, secara halus mahu pun kasar terhadap persekitaran. Kerapnya kepada kekuasaan, imperialisme, fenomena negatif semasa seperti peperangan dan 'hantu-hantu' dari luar (seperti kebudayaan Barat) yang kita lihat sebagai alien.

Dalam dimensi berbeza, sastera rantau ini mengalami perubahan yang tak kurang banyak dan rencahnya. Bermula daripada sastera lisan, memasuki karya tulis, hikayat, dongeng hinggalah lahirnya Hikayat Pelayaran Abdullah yang sunggug menakjubkan ketika itu. Puisi-puisi dikarang dan tiba-tiba ada seorang Chairil Anwar (lihat gambar), penyair Melayu Medan dengan bahasa dan gaya yang begitu kasar dan pongah. Dalam puisi, ia menggambarkan dirinya sebagai “binatang jalang”. Hasilnya persepsi kita terhadap bahan sastera itu berubah. Kerana itu, karya sastera hidup dan berkembang.


Tulisan selanjutnya tidak disiarkan. Ini semacam prebiu untuk tulisan yang akan terbit di kertas tidak lama lagi.

Khamis, Mei 17, 2007

Hukum Daily Planet


Semalam saya menonton Superman Returns. Lima tahun Clark Kent lenyap begitu saja. Bersama Superman walau pun sebenarnya mereka adalah lembaga yang serupa. Suatu malam, Ladang Kent hangus lagi. Ibu tua yang kesunyian menemui anak peliknya itu terdampar dalam api marak. Dan pagi itu, tiba-tiba Kent muncul di Daily Planet dan menerima semula kerjanya.

Lane, kekasih lama yang cinta padanya dipendam, tinggal rahasia. Wartawan perempuan itu telah memenangi hadiah Pulitzer dengan artikel judul Dunia Tak Lagi Perlu Superman. Ia bertunang dan melahirkan bayi comel, laki-laki. Ketua Editor tidak berkata apa. Ia cuma memandang sekali imbas pemuda juru gambar yang pelik, seperti ibunya juga sedia maklum.

Suatu hari, ketika membuat liputan dalam kapal terbang, mereka kecelakaan. Superman menawan amukan pesawat yang menjunam di padang besbol penuh gaya. Daily Planet kegemparan. "Tiada berita untuk esok melainkan Superman."

Lois Lane tidak setuju. Beritanya adalah terputusnya bekalan elektrik, bukan laki-laki besi, berbaju biru, mantel merah terbang di angkasa, seperti tuhan, kata Luthor--musuh azali.

"Lois, hanya ada tiga saja berita: Tragedi, seks, Superman," dia tegas, membebel, "kamu tidak tahu menulis fasal tragedi dan seks. Jadi, tulislah tentang Superman," katanya lagi.

Saya pernah melakukan kerja-kerja kewartawanan dan rupanya saya tidak tahu ada hukum sebegini. Saya dimaklumkan bahawa "bad news is the good news" dan anjing gigit orang bukan berita. Berita adalah orang gigit anjing.

Maaf, saya tersalah bebelan. Sekarang musim orang menonton Spiderman 3. Saya sungguh tidak sabar. Malam ini saya akan menikmatinya. Tapi ingat, cuma tiga: Tragedi, seks, Superman. Cuma tiga. Dan bukankah Peter Parker juga seorang jurugambar? Apa hukum surat khabar dia pula?


Entri ini ditulis pada sepuluh hari lepas.

Isnin, Mei 14, 2007

Jumaat, Mei 11, 2007

Aku bodoh, songsang, tak ada agama, tak aman dalam kubur


Sepanjang dua hampir tiga tahun menulis blog, inilah komen yang aku paling suka. Saudara kita ini komen tentang entri aku "Binatang apakah itu sapare aude?". Hanya ada satu komen. Beginilah bunyinya:

Melayu bodoh !!!

hasil cernaan pemikiran songsang hisyamuddin rais

lalu hidup membuang umur ...

Apa ugama kau?? lalu tulisan ini
"jangan libatkan Kant. Tak aman dia dalam kubur.' kau pahatkan!!

Apakah kau ingat dia sedang 'aman' sebagaimana kau menyangka diri kau juga akan aman???

Jadi sapi pun lagi baik, tahinya dibeli orang !!!


Bahasanya cukup kesat dan ekpresinya terlalu tidak bertanggungjawab. Tulisan ini dipenuhi dengan prejudis dan elitisme--pandangan bahawa kita bagus dan orang lain tidak bagus; kita benar/ paling benar atas orang lain. Justeru, jika lebih ekstrim, kita syurga orang lain neraka.

Saudara kita ini patut mengenetepikan emosi dan mengelakkan tafsiran melulu. Komen ini langsung menyimpang dan menunjukkan kecelaruan dan ketidakmatangan beliau sendiri.

Saya doakan saudara kita ini dipelihara tuhan dan dimatikan sebagai orang yang beriman dan beramal soleh. Jika tidak, hidupnya akan menjadi tahi lembu.

Saya suka sebenarnya dengan entri ini. Dia sebenarnya orang baik. Cuma kali ini dia tersalah tajuk.

Saudara kita itu bernama 'annonymous'. Tak ada bin. Tak ada binti.

Isnin, Mei 07, 2007

Sepuluh perbezaan antara saya dan lelaki Jepun


Lelaki Jepun yang dimaksudkan dalam tulisan ini adalah laki-laki kesepian dalam cerita The Last Life in Universe--umpama cicak (terakhir) dalam komik The Last Lizard--juga ditulis, dan dilukis dalam bahasa negara matahari terbit itu. Ia saudara Yakuza, pustakawan muda yang kebosanan--tanpa isteri, kekasih atau/ dan televisyen.

Gantung. Tiga jam daripada sekarang, dia menumbunkan buku-bukunya dengan sususan menegak. Ia gantung tali ikat lembu di langit-langit rumah tetapi sebelum sempat ia membuat syahadah kematian, ada-ada saja gangguan.

Tentang saya dan dia, kami punya seribu persamaan (tetapi hanya sepuluh perbezaan).

Pertama, kami sama-sama suka buku. Dia membaca sastera Jepang. Saya tidak, saya beda. Saya membaca dan membikin sastera Melayu yang berbahasa Malaysia. Kami penikmat. Justeru, kami mengumpulkan buku-buku. Tetapi bagi orang lain, seperti kekanda laki-laki itu, Yakuza tipikal, "ini rumah atau library?" katanya. Atau mungkin juga ia sebetulnya ingin menyebut perkataan ini: Sampah.

Juga pertama, dari perbezaan, atau persamaan: Kami tidak menyusunnya di rak. Kami menindan buku-buku dari lantai, merapat ke dinding. Macam Spidey yang sedang meletup di GSC. Dia hanya punya rak gantung di dinding. Saya tidak. Saya cuma punya rak kecil tiga tingkat yang terduduk, tidak seperti Adam di lantai. Itu bedanya. Sebuah lagi, agak besar ganda dua daripada itu, isteriku yang berbintang Pisces jadikan tempat hiasan gambar menikah yang tidak bermakna--dilakon-lakonkan dengan nenek kebayan (mak andam) pekan Pontian yang diri sejatinya adalah tong kosong.

Sebenarnya menbaca itu menikmatkan. Tetapi bukan semua orang yang membeli buku suka membacanya. Cuba try test, bayangkan buku-buku sebagai hiasan. Lebih menarik dari tulisan khat yang dilekatkan di dinding, bukan? Cuba try test.

Keldai. Kami tidak. Saya nampak adik Yakuza itu tembak kawan abang dia tiga kali. Saya dengar bunyi. Dan saya sesunggunya tidak pekak. Atau Pekak. - Jimadie Shah Othman

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)