IKLAN

Cari Blog Ini

Jumaat, Jun 29, 2007

Politik Gothik (Keadilan) dan Tim Pencerahan


Bulan ini giliran aku menulis editorial. Aku tidak menulis tentang Bahasa Malaysia, melainkan tentang tim 'pelik' baru dalam Keadilan. Budak muda yang mengepalai geng ini adalah Hasmi Hashim yang sangat sinonim dengan Jalan Telawi. Tapi asal dia budak Parit Sulong. Ini ada sedikit petikan di bawah. Nak lebih, klik Republik Kata, macam-macam ada. Blogzine ini sejak 12 hari bulan, asyik dikemaskini tiap-tiap hari. Sam Ahmad sangat rajin. Peringatan: Surf pakai Internet Explorer untuk kesan terbaik.

Hampir sepuluh tahun, Keadilan bergelut mengubah persepsi ini kerana simpati, air mata, dan slogan seperti "Justice for papa" kelihatan sungguh lusuh. Politik mesti berganjak daripada simpati (dan emosi) kepada pemaknaan dan pengisiannya yang sebenar. Suatu ketika, semua orang tahu bahawa Keadilan ditadbir daripada jeriji penjara. Generasi pemukanya seperti Chandra Muzaffar, juga “12 budak hitam” telah leweh dan pergi seperti kepulan. Yang tinggal hanyalah ikan bilis. Beban itu seperti terlalu berat untuk seorang perempuan, bekas doktor yang wanita, Datin Seri Wan Azizah Ismail, atau lebih mesra kami panggil dia Kak Wan. Jadahnya, selepas Pak Lah berkata "He is a free man" Anwar Ibrahim terus-terusan jadi 'berhala'.
Baca lanjut.

Aku dok tunggu juga, apa statmen Tim Pencerahan fasal Ezam. Apalah nak jadi Parti Keadilan ni, dah la kecik, tiap-tiap hari bergaduh, tuding-tuding jari, pemimpin merajuk macam dalam medan percintaan pulak.

Isnin, Jun 18, 2007

Tiga saja: Sajak-sajak acu tempa, saya suka dangdut dan tentang Cik Ratika


1
Apakah yang saya benci, apakah yang anti kreativiti menjelang Ogos 2007? Ialah beberapa sajak-sajak mabok yang bakal terbit di Utusan Malaysia dan Berita Harian. Bunyinya begini, sebahagian besarnya (ayat atau perkataan):

1.Ayuh kita pertahankan rumah merdeka ini
2.Pohon merdeka yang rendang
3.Bahtera merdeka ini
4.Kami pertahankan dengan sumpah dan darah
5.Penjajah celaka
6.Tok Janggut, Bahaman dan Datuk Maharajalela
7.Tarikh keramat bangsa
8.Wahai bangsaku, usahlah kau leka
9.Menggambarkan gelaja mat rempit sebagai anak-anak muda yang leka dan tidak faham makna merdeka
10.Tanah yang luka
11.Langit ini kami junjung
12.kemerdekaan bangsa yang mulia

Mungkin inilah sajak-sajak acu tempa yang dikatakan oleh Ali Atan dalam sebuah diskusi Sastera Islam vs Sastera Underground di Rumah Pena, Kuala Lumpur bulan lepas. Ayat-ayat ini membuatkan saya bosan. Saya telah mendengarnya sejak di tingkatan tiga atau lebih awal daripada itu. Saya mendengarnya di hampir semua penerbitan yang pernah wujud di Malaysia. Saya mendengar pada Ogos 2006 dan saya fikir saya benci mendengarnya lagi menjelang Agustus tahun ini.

Saya ada menulis sajak yang bertemakan kemerdekaan. Tapi saya fikir tidak akan menghantarnya kepada kedua akhbar disebutkan yang tadi. Lama tidak menulis sajak. Justeru, rasanya agak sukar. Juga mencabar. Judulnya "Bulan Keempat Sesudah Agustus (1957)". Ia tidak berkisah tentang 31 Ogos, tetapi 25 September 1957. Tentang perayaan Hari Natal di tanah air saya 50 tahun sudah. Saya rasa berbahagian menulisnya. Saya fikir anda tidak akan menemukan 12 ayat yang saya titipkan tadi. Mungkin kerana merisaukan diri sendiri tertulis perkataan-perkataan yang anti kreativiti itulah penyebabnya lama saya tidak menulis sajak selepas Mitos Sperma Amerika. Saya hanya menulis cerpen, dairi dan artikel. Salah satu sebabnya ialah kerana honororium cerpen itu lebih tinggi daripada sajak. Ha, ha, ha. Tidak. Dalam menulis, wang tidak lagi hero motivasi saya. Saya cuma suka. Cuma suka.

2
Satu lagi ingin saya ceritakan. Tapi ingat, ini rahsia. Saya sebenarnya suka dua jenis musik saja. Pertama nasyid. Kedua dangdut. Semalam The Lima menang USD 100,000. Dalam persembahannya, dia bernyanyi bersama ratu dangdut Malaya, Mas Idayu. Itu membuatkan saya lega. Walau pun saya menyokong Flava, saya tidak terkilan dengan kemenangan ini kerana saya fikir rakyat Malaysia dan jurinya (Gang Starz) telah membuat pilihan yang tepat. Kita cuma tidak pandai memilih dalam pilihan raya. Yang lain semuanya terer. Termasuklah pilih bini dan awek untuk mengawan.

3
Dan lagi, selamat berpisah kepada Cik Ratika, guru Bahasa Inggeris kami yang pergi mengajar di sekolah sukan dekat Kota Tinggi, Johor. Hingga jumpa lagi.

Isnin, Jun 11, 2007

Bahasa Malaysia, Tim Pencerahan


Gambar: Poster Gagasan Pencerahan yang memaparkan Hasmi Hashim sebagai calon Ketua Angkata Muda Keadilan.

Dalam tempoh tiga hari mulai esok, saya tidak akan kemaskini blog ini. Saya dalam perancongan kerja di Morib, pantai yang tidak cantik tetapi boleh memberi pengalaman baru yang lain. Dia ada kecantikan yang lain, yang perlu dipandang dari sisi-sisi yang tidak selalu. Saya agak sibuk menguruskan kursus kepimpinan untuk pelatih Bahasa Isyarat Malaysia di Puchong ini. Ada beberapa tugasan perlu diusaikan. Saya perlu menulis editorial untuk Republik Kata. Dalam kepala saya ada beberapa benda yang menghantui dan saya rasa perlu dicoretkan. Sama ada isu pertukaran penggunaan istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia atau tentang Tim Pencerahan dalam Parti Keadilan [Rakyat]. Atau kedua-duanya. Isu ini menarik untuk disentuh. Jarang ada (atau pernah ada) kelompok tertentu dalam parti politik menggunakan gerakan idea sebagai nama tim. Biasanya disandarkan kepada tokoh seperti Tim Azmin atau Tim Ezam misalnya. Ini kem yang lain yang barangkali memulakan keabsahan mereka bahawa politik dalam Keadilan itu sebenarnya masih ghotik. Isu kedua awal direspon oleh Kavyan (Persatuan Penulis Kaum India) dalam Berita Harian semalam. Penukaran penggunaan Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia bagi saya cuma seciul daripada perubahan di hujung kuku. Ada isu-isu lain yang tertutup dan tentunya lebih besar. Saya tidak boleh faham bagaimana mereka berbincang dalam parlimen berbulan-bulan hanya untuk membuat ketetapan untuk mengguna pakai nama apa untuk bahasa yang telah ratusan tahun kita tuturkan. Entahlah.

Nota: Tulisan ini ditulis tiga hari yang lalu.

Isnin, Jun 04, 2007

Subversif

Gambar: Khalayak di Rumah Pena. Gambar dari blog Nazmi Yaakub. Gambar yang diambil oleh wartawan nyata tidak mengecewakan.

Subversif. Saya enak mendengar perkataan ini. Makanya, subversif, subversif, subversif! Ha, ha, ha! Mungkin perkataan lain yang tidak digunakan untuk underground (dalam sastera) adalah subversif.

Sudah dua minggu saya fikir fenomena sastera Islam versus sastera undergroud bermain dalam media arus perdana sejak Pena menganjurkan Diolog Pinggirnya yang pertama untuk tahun ini. Berita Harian dua minggu lalu melaporkannya. Semalam Mingguan Malaysia. Razali Endun, penulis veteran (barangkali kerana umurnya) juga menulis.

Beliau lebih banyak memetik (pandangan tokoh-tokoh) daripada menulis. Saya setuju dengan pandangan beliau mengenai sastera Islam, kita masih dalam pencarian yang dalam. Proses yang tak kunjung selesai, mahu pun rancak. Sesekali membaca tulisan mengkal tentang (pencarian) sastera Islam, membuatkan saya rindu pada pandangan-pandangan Shanon Ahmad dan Kassim Ahmad. Tetapi malangnya Shahnon tidak punya blog. Tidak ada seorang Sasterawan Negara pun yang menyahut cabaran menamatkan zaman sastera non-blognya. Kassim ada, tetapi dia lebih obsess kepada gagasan Jemaah al-Qurannnya. Mungkin dia berani balik sebab orang Malaysia dah lupa bercakap fasal anti hadis.

Banyak orang menulis dan mengulas sastera underground sejak beberapa tahun lalu tetapi kebanyakan ulasannya lebih mengkal daripada penikmat-penikmat sastera Islam itu sendiri. Sastera Islam cuba membina daripada keabsahan yang satu bahawa sastera itu mesti menjadi alat dakwah. Oleh itu mesti menepati etika dan estetika Islam. Dia nampak kukuh daripada satu segi. Dan tulisan Faisal Tehrani Mazhab Makna baru-baru ini amat bagus dalam memberi sisi-sisi baru kepada sastera yang cuba berlandaskan Islam. Sastera mesti mementingkan isi, bukan kulit. Beliau menyarankan penguasaan falsafah oleh sasterawan supaya kerja seni yang dibangunkan itu tidak kosong. Karya-karya yang dibangunkan dengan penekanan kepada bentuk (beliau gelar Mazhab Bentuk) adalah kerja Barat. Pandangan-pandangan ini juga wajib kita renung, sama ada setuju atau tidak. Ia penting untuk membuka retak-retak yang sedia ada dalam kepala.

Pandangan Ali Atan yang dipetik Razali Endun itu saya fikir masih jauh daripada ketepatan. Keabsahannya hanya terpakai dalam ruang lingkup pemaknaan semasa. Lagi pun, semua orang yang dilabelkan underground itu malu-malu mengaku. Walau tidak kuat menafikannya.

Ali menyifatkan underground itu sebagai bebas sebebas-bebasnya (?), vokal, keras dan ada bumbu erotis. Juga sarat ideologi. Ia menyifatkan antologi faisal-Saharil-Azman itu sebagai bahan underground. Pandangan ini masih kurang kelirunya berbanding tulisan dalam Mingguan Malaysia semalam yang menyifatkan Keranda 152, Dari Derita Bangsa, Telk Gong sebagai hasil sastera underground. Dan ada satu lagi, kata penulis itu: The Malay Dilemma.

Bersambung...

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)