IKLAN

Cari Blog Ini

Selasa, Julai 31, 2007

Mat Jenin yang merisaukan ramalan horoskop

Saya selalu merisaukan ramalan horoskop. Seperti kisahnya maharaja China dan penilik kerajaan dulukala. Ini adalah kerisauan laki-laki Virgo. Virgo adalah lambang keterunaan. Makanya anda boleh percaya bahawa saya ini jujur, luhur dan amanah dalam percintaan.

Tetapi ada sebuah nujuman yang merisaukan saya. Kata ramalan itu, orang Virgo sukakan cabaran. Sukakan perkara-perkara baru. Mereka bercita-cita besar. Teliti dalam pekerjaannya. Tetapi jarang dapat menghabiskannya.

Inilah ramalan yang menghantui saya selama bertahun-tahun. Pada 1997, saya pernah berangan-angan menulis buku motivasi. Bukan sekadar angan-angan. Saya menulisnya. Ketika itu umur saya 17 tahun. Saya baru lepas SPM. Tetapi setahun selepas itu saya membuangnya. Saya terlalu kristis pada diri sendiri. Saya rasakan tulisan itu tawar, tidak menyelerakan dan membuka nafsu.

Setahun selepas itu, selepas tidak jadi membeli kasut di sebuah pasar raya di Kota Bharu (saya tidak ingat namanya, tapi dia dekat dengan Pasar Siti Khadijah), saya bercita-cita menulis novel bertemakan wanita—termasuk soal feminisme dan lain-lain. Saya mulai mengumpul bahan-bahannya. Apa saja yang membantu saya catatkan dalam diari. Diari itu saya simpan sehingga tahun 2000.

Daripadanya, saya mendapat idea dan menulis sebuah artikel di Eh!. Judulnya “Lautan Terdalam dan Beberapa Kisah”. Saya suka sekali tulisan itu. Ia jujur. Ia menjadi diri saya sepenuhnya. Sekarang diari hitam itu telah hilang. Idea saya mulai berkembang dan saya cuba menulis novel itu. Judulnya telah ada sejak tujuh tahun lalu: Wanita Tuna Susila.

Dalam hayat penulisan saya, walau pun hanya sebahagian kecilnya sahaja tulisan saya pernah diterbitkan, sebenarnya, di belakang itu, barangkali ada lebih tiga ratus sajak, seratus cerpen, sepuluh skrip dan lapan manuskrip novel yang telah saya tulis. Sayangnya, hingga kini semuanya belum tamat. Sebahagiannya telah hilang tanpa dapat diselamatkan atau di-recall kembali.

Saya ini orang pembosan. Apabila bosan dengan sesebuah cerita itu, saya akan beralih pada yang lain. Akhirnya tiada apa yang tamat dan boleh semua orang baca. Saya tidak akan benarkan siapa pun baca tulisan saya yang belum siap deraf pertama, termasuk isteri saya. Ketika menulis, kalau di katil, saya akan halau bini saya tengok TV di ruang tamu.

Dua tiga tahun kebelakangan ini saya tanamkan hasrat dalam diri saya menghabiskan tulisan-tulisan lalu. Boleh menulis tulisan-tulisan baru, tapi itu tugasan kedua.

Hari ini saya rasa lebih bebas. Saya tidak mahu sangat pedulikan undang-undang yang saya sendiri ciptakan itu. Saya mendapat semangat baru. Dan saya sedang belajar 'mengalahkan' rutin. Sebagai pekerja dan ketua keluarga.

Bulan lalu saya terbabas dateline dengan Republik Kata. Selepas mendapat e-mel Fathi (Aris Omar) si pengantin baru tentang galakan-galakan dan cadangan dia memajukan blogzine Republik Kata saya menjadi manusia yang lebih bersemangat. (Oh, sedihnya, e-mel itu belum saya balas.) Terima kaseh.

Muatan Republik Kata, walau pun tidak banyak bulan ini membawa isu yang sangat menarik. Antaranya, tentang pengenalan celup jari dalam dakwat semasa pilihan raya nanti. Khabarnya, dakwat itu boleh padam. Boleh padam. Jika tidak, tentu BN dah 'padam'.

Isnin, Julai 30, 2007

Awas, masjid hina Islam


Gambar hiasa: Imam muda dalam Masjid Kecil di Padang Rumput.

Inilah Jumaat paling pelucu. Tidak ada yang seumpanya dalam hayat institusi 'Masjid kerajaan' di Malaysia.

Seperti selalu saya ke masjid Taman Tenaga, Bandar Puchong Jaya. Juga seperti selalu, budak-budak jurubahaha isyarat yang cool., Khalid, Nizam dan Arul menumpang. Julian tidak ada. Dia asyik nak balik awal kalau kami berhenti makan cendol tepi stesen petrol BHP. Gon juga tiada. Fauzi tidur. Mereka ingin masuk neraka.

Seperti cinta untuk wanita, solat Jumaat di Masjid Taman Tenaga bukan sekadar peristiwa, ia lebih daripada itu. Ia menjadi emosi dan kenangan luar biasa. Sejak kanak-kanak, inilah kali kedua saya ketawa dalam masjid ketika imam membaca khutbah. Minggu lalu adalah solat Jumaat yang paling tidak khusyuk, tapi bahagia. Biar saya mulakan cerita saya dengan memetik dialog iman muda dari Toronta dalam cerita Masjid

Kecil di Padang Rumput (Little Mosque on the Prairie). Imam muda ini tidak tipikal. Ia tidak berkopiah dan tidak kelihatan seperti orang Arab. Ia kelihatan seperti orang India muda yang membesar di Amerika dengan kehidupan yang normal dan tidak luar biasa. Imam muda itu, ia sangkut di airport di Kanada. Peristiwan ini sudah tentu selepas September 9 yang penuh tragedi. Ia disangkakan pengganas. Barangkali dia akan mengebom ibu kota Kanada. Siapa tahu. Sebabnya satu. Dia orang Islam.

Ketika dibawa masuk ke bilik di bilik soal-siasat. Dia menyeluk poket dalam kot hitamnya. Pengawal di airport gelabah. “Oh, oh, berhenti! Apa kamu buat tu? Kamu cuba keluarkan pistol? Berhenti dan angkat tangan. Letak kedua belah tangan kami di bahagian belakang kepala,” katanya.

“Benar, ada pistol. Dan aku cuba menembak kamu,” katanya. Tangannya masih dalam poket. Perlahan-lahan ia menarik tangannya. Dua pengawal makin gelabah. Kosong. Imam muda itu ketawa.

“Celaka, kenapa kamu ketawa?” soal pengawal gemuk berbaju biru muda itu.

“Tidakkah kami tahu orang Islam di seluruh dunia terkenal dengan sikap humor mereka,” katanya sambil terus ketawa.

“Oh, iya? Saya tidak tahu. (Kepada temannya) Kamu tahu?” soalnya.

Temannya menggelengkan kepada.

Dan di mimbar Jumaat Masjid Taman Tenaga minggu lalu. Imamnya membaca khutbah menggunakan lambu picit untuk menyuluh teksnya. Masjid itu melucukan. Ia hanya ada kipas. Dan lampunya tidak berfungsi. Imam tua itu mengalami masalah menyebut perkatan inovatif, produktif dan progresif. Nampak sangat ilmunya, seperti kebanyakan iman-iman di Masjid kerajaan sekarang tidak progresif. Mereka konservatif.

Kemudian, ketika berdoa, aduh, dia menyebebut Selangor Darul Islam, bukan Darul Ehsan. Ketika itulah saya tidak mampu menahan ketawa. Saya pandang kanan dan kiri. Kedua-dua makmum di sebelah saya pun ketawa. Yang lainnya tidur, jadi tidak sedar.

Nasib baiklah teksnya tidak berjudul Makanlah Buah-buahan Tempatan. Tajuk khutbah minggu lepas adalah Kelebihan Membaca dan Menuntut Ilmu.

Institusi masjid jika membiarkan masjid kotor dan tidak terurus, khutbah yang tidak berkualiti samalah seperti membiarkan rumah Allah itu dipandang negatif oleh musuh-musuh Islam. Ia boleh memberikan imej yang tidak baik untuk Islam. Jika keterlaluan, kadang-kadang ia seperti menghina agama dan ajaran Islam itu sendiri.

Walau pun khutbah Jumaat itu tidak best, ada risiko besar jika kita meninggalkannya. Meninggalkan solat menjadikan kita pemalas. Dan itu tidak bagus.


Nota
Judul entri ni agak provokatif. Sebenarnya kurang tepat. Saya nak tarik perhatian pembaca. Mungkin tak ada kena mengena dengan entri ini.

Sabtu, Julai 28, 2007

Megumi yang liar dan seksi


Ia tolol, liar dan keanak-anakan. Selepas menonton The Last Live in Universe, saya sangka tidak ada lagi watak seperti hero dan heroin yang begitu kontra sifat dan perwatakannya. Dalam filem Siam-Jepun itu, hero, adik Yakuza, laki-laki pustakawan yang tipikal dan pengemas itu jatuh hati dengan perempuan kabaret Siam yang pengotor. Rumahnya seperti sarang tikus.

Saya ceritakan perkara ini kepada Shakhir. Katanya, ada sebuah filem menarik. Watak hero dan heroinnya hampir sama. Tapi katanya, dia rasa, filem Jepun yang dia cuba kenalkan itu lebih tidak senonoh. Rumahya (sebetulnya bilik) tidak boleh dibandingkan langsung dengan sarang tikus. Ia bukan sarang tikus. Ia adalah kandang babi. Kandang babi.

Dan benar, cerita dari kandang babi itu telah memerangkupku di kaca monitor selama sebelas jam. Cerita yang mengasyikkan yang kurang berliku. Bagaimana seorang Chiaki Senpai yang fobia kapal terbang mengejar cita-citanya menjadi seorang konduktor muzik. Ya, konduktor muzik. Dengan Noda Megumi yang liar dan kepingin cinta.

Menonton Nodame Cantabile seperti membiarkan perasaan kita disihir. Ia adalah sihir cinta. Kisah yang keseluruhannya diadun dengan keanehan muzik klasik dengan sendirinya menjadikan cerita ini romantik dengan sendirinya.

Klimaknya bertingkat-tingkat. Bermula dengan Beethoven Shymphony No. 7, berakhir dengan Beethoven Shymphony No. 7. Di tengah-tengahnya, Noda Megumi yang terlalu mengikut perasaan bergelut memahami Schubert, kemudian Chopin dan kemudian tewas dan membawa diri bagai perempuan murung di kampung halaman. Senpai Shinici mengambil teksi dengan bayaran lebih 14 000 yen. Di tebing sungai, Noda Megumi berjalan dan melafazkan cinta. Tidak ada kapal-kapal. Senja menjadi murung, menjadi merah. Senpai memeluknya dari belakang. Katanya, “tolong ikut saya ke Perancis. Tapi kau mesti lulus exam akhir semester terlebih dahulu.”

Siri ini tidak mampu anda tonton tanpa teknologi. Boderless. Ya, ia Megumi dan Senpai yang celaka.

Rabu, Julai 25, 2007

Bersifat terbuka kepada sistem komunikasi orang Pekak


Dua hari lepas saya ke Pameran Pendidikan Khas di Titiwangsa, KL. Pameran ini dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran. Tidak ramai mengikuti pameran dua hari itu. Barangkali kerana tidak ada artis menyanyi dan ekspo jualan. Juga hari jadinya pada Isnin. Tentang kehadiran dan sambutan, itu nombor dua. Pertama, kenapa begitu banyak persatuan orang Pekak di Malaysia? Dan kenapa semua mereka menggunakan pendekatan dan kaedah komunikasi yang sama sekali berbeda, bahkan ada yang memandang sinis pada sistem dan pengamalan lain? Kita boleh menjumpai jawapan kepada soalan panjang ini jika kita bersifat terbuka dab berlapang dada sebagai seorang manusia yang jujur pada pengetahuan. Orang Pekak di Malaysia mempunyai pelbagai bahasa untuk komunikasi. Selain bahasa isyarat, ada di kalangan mereka menggunakan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM). Cuma semalam, ada cara komunikasi yang menggeletek hati saya. Kaedah itu dinamakan Pertuturan Kiu Bahasa Melayu (PKBM). Ada lima bentuk jari. Ada tiga kedudukan tangan. Ada enam huruf vokal sebagai asas. Tangan digunakan untuk membantu membaca bibir. Itu sangat menarik perhatian saya. Juga mengkagumkan. Kanak-kanak pekak yang belajar kaedah ini di Kampung Pandan ini boleh bercakap Bahasa Inggeris, Melayu dan Arab dengan baik, kurang sikit daripada kanak-kanak normal (di kalangan orang Pekak tidak ada perkataan normal, yang ada adalah "bukan pekak). Dan saudara, jangan keliru dengan huruf kecil dan besar pada perkataan "pekak" dalam entri ini. Saya tidak silap eja. Memang ada dua jenis pekak. Pertama, pekak secara biologi. Kedua, Pekak secara budaya dan sosiologinya. Sila baca lanjut dalam Wikipedia.

Kawan-kawan pekak yang berkomunikasi dengan saya dalam Bahasa Isyarat Malaysia (MySL), yang menganggap MySL sebagai bahasa ibunda mereka jangan marah dan salah sangka. Kita cuma patut bersifat terbuka dan berlapang dada. Suatu masa mungkin boleh saya tulis tentang KTBM pula. Harap boleh ada retak-retak yang boleh mencerahkan kepada kita.

Rabu, Julai 11, 2007

Sajak cinta saya sepanjang tahun

Lamaran Sulaiman Kepada Balqis

Semalam sore, lambaian Hud-hud di awan membawa salam Sulaiman. Aku ingin kamu, tidak wajah yang lain. Tiap saat Afrit membungkang singgahsana, panglima itu tak juga muncul-muncul - menjelma di balik becak air istana kaca; dan dengan sekali kelip matanya, segala semesta, mergasatwa dan isi angkasa ketemu makna cinta. Bukan tongkat atau cincin Sulaiman, tapi kerajaan di udara - Tuhan yang Maha Kuasa. Dengan risalah kaulamar Balqismu, Sulaiman.


Nota
Sajak ini pernah termuat dalam samizat Onani Sendiri, September 2003.

Dalam koleksi saya, sajak ini masuk dalam kategoro 2002, maksudnya dikumpulkan pada tahun itu. Makanya mungkin dihasilkan lebih awal. Tetapi saya jarang mengingat tepat bilakah tarikh sajak itu ditulis kerana saya jarang menulis catatan masa dan tempat sesuatu sajak itu dibuat bersama-samanya.

Inilah antara sajak yang paling banyak saya bacakan di mana-mana saya diminta. Inilah antara sajak yang paling saya suka dan bermakna untuk saya selain sajak-sajak cinta lain seperti Igauan-igauan Kepada Aya Sofia, Lamaran Kepada Perempuan Pontianak, Gurun Sarah dan Sarah, Jangan Kautikam Aku.

Selasa, Julai 10, 2007

Keanehan

Ia bermula dengan sepotong ayat: Dan kematian makin akrab. Dan berakhir pula dengan seporotong ayat: Bukankah sebelum Ada, sesungguhnya Ketiadaan?

Sungguh, inilah yang terpaling aneh. Membaca Catatan Pinggir lewat Internet sambil mendengar para musisi memainkan Vivaldi adalah yang terpaling aneh. Manusia bisa tiba-tiba tak pernah ada. Kita dan dunia merasa terpisah. Kita dan dunia menjadi dua.

Ke arah komunikasi tanpa halangan

(Sambungan daripada tulisan Mejar Sazali Abd. Hamid yang dimuatkan entri berjudul "Bahasa yang Tak diucapkan" dan "Perbezaan Laras MySL dan KTBM [Bahasa Melayu]")


Di peringkat pengijazahan pula akan melibatkan mahasiswa kursus perguruan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Matlamat kami untuk mewujudkan komunikasi tanpa halangan melalui penggunaan MySL mendapat sokongan memberangsangkan daripada pihak JPK. Pengarah Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu, JPK, Dr. Salbiah Ismail menyokong usaha ini dengan menghantar guru, kaunselor dan pentadbir mengikuti Kursus Intensif MySL yang dianjurkan oleh pihak kami. Setakat ini seramai 150 orang daripada kumpulan tersebut berjaya menamatkan kursus dan ramai lagi bakal menyusul. Komitmen ini dinyatakan sejak Disember 2006 lagi.

Kursus ini juga mendapat perhatian daripada pihak-pihak lain seperti polis, Jabatan Agama Islam Johor, warden penjara dan kakitangan sektor awam. Pengambilan seterusnya melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Pendaftaran Negara, Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO), Politeknik, Jabatan Agama Islam Selangor dan hospital. Setakat ini lima siri telah berlangsung dengan jumlah peserta yang menamatkan kursus sebanyak 300 orang.

Draf akta berkaitan Orang Kurang Upaya telah dirangka. Dalam draf tersebut terkandung pengiktirafan kepada MySL sebagai bahasa ibunda orang Pekak di Malaysia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengusahakannnya untuk pengiktirafan peringkat parlimen.

Kerajaan menunjukan komitmen yang tinggi terhadap perkara ini. Dalam Ucapan Bajet 2007, Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan sejumlah RM 12.1 juta untuk melatih seramai mungkin juru bahasa isyarat untuk menghadapi masalah kekurangan penawaran juru bahasa isyarat profesional (perenggan 96). Hasilnya, kami berjaya menaik tarafkan MySL TC supaya setanding dengan institusi pendidikan dan latihan lain daripada pelbagai segi.

MySL TC menawarkan Kursus Intensif MySL dan Kursus MySL Hujung Minggu.
Dengan kerjasama International College of Technologi Twintech (IUCTT), kami menawarkan Diploma Jurubahasa Isyarat. Pihak-pihak yang berurusan dengan warga Pekak digalakkan memohon.

Isnin, Julai 09, 2007

Perbezaan laras MySL dan KTBM (Bahasa Melayu)

(Sambungan daripada tulisan Mejar Sazali Abdul Hamid dalam entri "Bahasa yang Tak Diucapkan".)


MySL dikatakan tidak mengikut sistem tahabahasa BM yang betul seperti KTBM. Pernyataan ini adalah kurang tepat. MySL bukanlah BM atau seperti mana-mana bahasa verbal yang lain. Ia adalah bahasa isyarat. KTBM dipertuturkan dengan cara terjemahan langsung perkataan demi perkataan. Namun jika dihalusi lagi, ia sebenarnya mudah difahami oleh orang bukan Pekak, tetapi tidak untuk orang Pekak. Seperti juga perkataan dalam Bahasa Inggeris, Cina atau India misalnya, kita tidak boleh memahami ayat yang dibuat secara terjemahan langsung ke dalam BM. Berikut adalah contoh perbezaan penyusunan perkataan dalam ayat dalam BM (juga KTBM) dan MySL:

BM (KTBM) : Bapa saya ada sebuah kereta baru.
MySL : Bapa kereta baru satu.


Pelatih MySL menemubual beberapa murid pekak di sekolah pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kursus Komuniti Pekak.

Justeru itu terdapat jurang perbezaan ketara antara KTBM dan MySL. KTBM adalah bahasa persuratan tetapi MySL adalah bahasa komunikasi. Proses pembelajaran yang betul mesti dimulai dengan bahasa komunikasi, kemudian barulah bahasa persuratan. Pengamalan di negara maju juga sama. Di Amerika Syarikat misalnya, pelajarnya terlebih dahulu dilatih berkomunikasi dengan bahasa isyarat (ASL) sebelum diajar SEE untuk tujuan penulisan dan pemahaman Bahasa Inggeris. Ini juga terpaka dalam pembelajaran di kalangan orang bukan Pekak. Realitinya tidak ada orang berkomunikasi mengguna pakai bahasa persuratan.

Untuk tujuan perekodan, Unit Pembangunan MySL TC sedang menyusun dan menyelenggarakan sistem bahasa isyarat ini. Kami harap usaha ini mendatangkan faedah untuk pembangunan dan perkembangan MySL.

Dalam sektor pendidikan, perangkaan menunjukkan banyak murid Pekak corot dalam pencapaian akademik. Sebagai contoh, keputusan SPM 2005, di SMPK Persekutuan Pulau Pinang, kesemua calon Pekak gagal dalam SPM disebabkan gagal dalam subjek BM. Bayangkan berapa seriusnya gejala ini.

Kami di MySL TC mencadangkan Kementerian Pelajaran agar memperkenalkan subjek MySL di peringkat sekolah. Subjek ini boleh menjadi salah saty mata pelajaran elektif SPM seperti subjek Bahasa Perancis, Iban, Cina dan lain-lain. Subjek ini juga perlu diperkenalkan kepada bakal-bakal guru pendidikan khas.


Beberapa institut pendidikan dikenal pasti, antaranya seperti berikut

1. Institut Pendidikan Ilmu Khas
2. Institut Pendidikan Perempuan Melayu Melaka
3. Institut Pendidikan Kota Bharu

Kemahiran berbahasa isyarat amat penting bagi Guru Pendidikan Khas yang mengajar pelajar Pekak. Kajian Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pada 2005 mendapai 50 peratus guru yang mengajar murid Pekak di sekolah-sekolah di Malaysia tidak menguasai kemahiran bahasa isyarat. Ini melebarkan jurang komunikasi antara guru dan murid.

Bersambung...

Rabu, Julai 04, 2007

Keadilan dan karpet hikmatnya

Apalah nak jadi dengan Keadilan ni? Lama saya mememdam perasaan, bukan untuk bercinta, tetapi menulis sesuatu tentang parti 'cap' Anwar Ibrahim ini. Saya lega, selepas beberapa tahun, saya dapat menulis artikel pertama dalam Republik Kata edisi lepas tentang Politik Gothik (Keadilan) dan Tim Pencerahan. Saya teruja dengan perkembangan parti ini akhir-akhir ini.

Pernah tengok iklan DiGi baru di surat khabar? Gambar getah yang meregang. Itulah imej parti ini buat masa ini. Kebetulan slogan kongres parti ini hampir sama dengan slogan DiGi--Masa untuk Berubah. Keadilan pula telah dua tahun menggunakan slogan Masa untuk Perubahan. Tetapi dalam dua tahun ini, Keadilan kurang berganjak, kecuali DiGi, syarikat telekomunikasi itu. Semalam DiGi memperkenalkan panggilan murah untuk dua nombor dari rangkaian lain dalam pakej Friends and Family mereka.



DiGi telah berubah. Rangkaiannya tidak sebaik dulu. Keadilan kita belum tahu. Ada banyak benda di bawah karpet yang perlu kita selak balik, jika, memetik Khalid Jaafar, "bekas panglima Jawa" Ezam belum berminat untuknya buat masa ini.

Aduh, sejak bila aku berminat dengan politik kepartian ni? Sejak Sam Ahmad hari-kari upload cerita Ezam dalam Republik Kata.

Selasa, Julai 03, 2007

Bahasa yang tak diucapkan

Gambar hiasan: Pelatih Pusat Latihan MySL (MySL TC) tekun menjawab peperiksaan akhir semester lalu.
Komuniti Pekak di Malaysia memperjuangkan Bahasa Isyarat Malaysia/Malaysian Sign Language (MySL) sebagai komunikasi utama orang Pekak di Malaysia. Malangnya, dalam sektor pendidikan di Sekolah Pendidikan Khas misalnya, majaroti guru tidak menguasai MySL. Mereka menjadikan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) sebagai pengantara komunikasi dengan murid pekak. Pengamal KTBM yang tidak mendapat pendedahan dalam komuniti Pekak selalunya membuat tanggapan salah terhadap MySL dan tanpa mereka sedari sebenarnya KTBM bukanlah bahasa isyarat, ia secara mudah dikenali sebagai, "bahasa Malaysia yang dikodtangankan". Menjawan fenomena 'MySL vs KTBM' ini dikemukakan pandangan bos saya yang disiarkan dalam Berita Harian hari ini. Dalam blog ini, saya kemukakan pandangan original sebelum diedit. Tulisan ini menjawab J. C. dalam suratnya berjudul "Istilah guru bahasa isyarat tidak tepat" pada 7 jun lalu. Berikut adalah teks asal yang dimaksudkan. Barangkali terlalu panjang, biar saya pendekkan, dan siarkan dalam tiga bahagian.



BAHASA ISYARAT MALAYSIA DIIKTIRAF

Saya merujuk tulisan J C, “Istilah juru bahasa isyarat tidak tepat” dalam ruangan Surat Pembaca bertarikh 7 Jun dalam akhbar ini.

Kami di Pusat Latihan MySL (MySL TC) sebagai sebuah pusat untuk melatih juru bahasa isyarat profesional, pusat interaksi komuniti Pekak dan pembangunan MySL berbangga dan mengucapkan terima kasih kepada penulis berkenaan kerana prihatin terhadap isu-isu berkaitan orang Pekak dan kebudayaan mereka. Namun, pada hemat kami, terdapat beberapa pernyataan perlu dibuat untuk memperjelaskan keadaan, realiti dan pengamalan sebenar penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, singkatan BIM untuk Bahasa Isyarat Malaysia tidak lagi digunakan. Sebaliknya komuniti Pekak menggunakan akronim MySL merujuk kepada Bahasa Isyarat Malaysia atau Malaysian Sign Language (MySL).

Selain itu, pandangan bahawa MySL tidak diktiraf oleh Jabatan Pendidikan Khas (JPK) adalah tidak tepat. Pengiktirafan MySL diperoleh melalui Wacana Pendidikan Khas anjuran Jabatan Pendidikan Khas (JPK) yang berlangsung pada 14 hingga 16 September 2005 di Hotel Plaza, Kuala Lumpur.

Hasil daripada wacana tersebut, MySL diakui sebagai bahasa standard komunikasi orang Pekak di Malaysia. MySL juga diguna pakai untuk tujuan komunikasi dalam sektor pendidikan.

Bahasa isyarat tempatan yang digunakan ini adalah setaraf dengan bahasa-bahasa isyarat lain seperti American Sign Language (ASL), British Sign Language (BSL), New Zealand Sign Language (NZSL) dan Australian Sign Language (Auslan).

Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) sebenarnya bukanlah bahasa isyarat. Ia adalah kod tangan (manually code) yang digunakan khas untuk pembelajaran Bahasa Melayu (BM) di peringkat sekolah. Dengan bahasa mudah, ia dikenali sebagai “Bahasa Melayu yang dikod-tangankan”. Kod ini seperti Sign Exact English (SEE) yang digunakan untuk pembelajaran Bahasa Inggeris di Amerika Syarikat. SEE bukanlah ASL. Begitu juga dengan KTBM, ia bukan bahasa isyarat.

Untuk tujuan komunikasi, orang Pekak menggunakan MySL. Begitu juga untuk pembelajaran subjek lain di sekolah. KTBM tidak komunikatif untuk orang Pekak. Ini menjadi salah satu faktor mengapa orang Pekak agak terbelakang dalam soal pendidikan. Harus diingat, BM adalah bahasa kedua mereka. Sedangkan MySL adalah bahasa utama orang Pekak di Malaysia.

Bahasa dibentuk oleh kebudayan, faktor geografi dan identiti penuturnya. Lazimnya terdapat banyak perbezaan dalam sistem tatabahasa, struktur, gaya dan laras bahasa. MySL juga tidak terkecuali. Oleh itu, ia sudah tentu berbeza dengan sistem BM moden. Adalah tidak wajar menilai MySL daripada kaca mata BM.

Bersambung...

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)