IKLAN

Cari Blog Ini

Selasa, September 25, 2007

Apa khabar Tun Dr. M?

Pagi tadi sesudah sahur saya kembali tidur. Saya ingin bangun kembali seawal jam tujuh dan masuk kerja awal. Saya telah seminggu berusaha melakukannya tetapi saya gagal lagi. Juga pada hari ini. Dan dalam tidur itu saya bermimpu, sebua tragedi dan sebuah komedi.

Dalam mimpi yang pertama, saya sebenarnya tidak ingat yang mana pertama. Jadi katakanlah ini yang pertama: Saya mimpi berada di sebuah apartmen dua atau tiga tingkat yang luas dan cantik dengan hiasan dalaman yang klise dan membosankan. Saya baru bangun daripada tidur. Waktu itu hampir sore. Saya menguak langsir jendela dan aduh, sebuah pemandangan yang menarik. Saya mimpi berada di sebuah apartmen sewa di pedalaman Rusia. 

Di luarnya ladang yang menguning. Barangkali gandum, saya tidak berapa ingat. Gunung-ganang. Udara nyamam sekali. Awan putih dan dari jauh kelihatan reaktor nuklear macam dalam game Red Alert 2 yang lama saya main semalam. Sebenarnya saya ingin buat filem yang paling menarik dengan latar yang cun. Maka saya mendapat peluangnya. Tidak jauh daripada tempat itu terdapat kawasan kem tentera Rusia yang tidak mencacatkan pemandangan. Ia cantik sekali. Inilah tempat terbaik pernah saya kunjungi dalam mimpi. Mimpi ini komedi. Red Alert memang berhantu. Minggu lepas-lepas, Arul juga mimpi buka peta seperti dalam Red Alert. Tapi tidak sepelik mimpi kawan kami yang ini. Dia mimpi kawan yang dia tak suka curi lori dia. Nama dia rahsia, tapi kepala dia botal dan nama dia bermula dengan huruf K. Ha, ha, ha!

Mimpu kedua saya pasal Tun Dr. Mahathir. Maaf, ia mainan syaitan, saya mimpi Tun sakit nak mati. Tun tiba-tiba jatuh. Tun pakai kot kelabu waktu itu. Pak Lak pangku Tun dan bagi Tun minum air. Semua orang panik. Tempat itu macam di kafeteria Parlimen Malaysia. Tetapi Tun ini semua mimpi. Ini pastilah bukan mimpi yang benar. Ia mainan syaitan. Saya doakan Tun terus sihat dalam iman.

Tun dalam mimpi saya adalah Tun Dr. Mahathir. Bukan Tun Syaidatul Akma. Salam Aidil Fitri. Alangkah bahagianya. Saya akan menyambutnya di Perlis negeriku pada tahun ini. 


--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Isnin, September 24, 2007

Iman sami

Nampaknya walau pun tidak berpuasa pada bulan Ramadan, sami-sami di Yangoon menunjukkan iman yang tinggi. Kali ini 10,000 sami keluar menunjukkan komitmen mereka kepada demokrasi dan Aung San Su Kyi.

2
Saya belum menambah apa-apa buku di rak Shelfari. Saya belum habis explore laman itu. Tetapi jika sudah pandai atau rajin nanti saya fikir saya akan tambah buku ini dalam rak saya. Iaitu Analysing Sign Language Poetry oleh Rachel Sutton-Spence, Paddy Ladd dab Gillian Rudd. Kononnnya inilah buku pertama seumpamanya yang ada di dunia. Ditulis dua tahun lalu oleh profesor dari University of Bristol.

Penulisnya merupakan pengamal British Sign Language (BSL) tetapi turut menguasai American Sign Language (ASL). Sebenarnya, walau pun dua-dua orang America dan British bercakap bahasa Inggeris, tetapi mereka mempunyai bahasa isyarat yang jauh beda.

--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Sabtu, September 22, 2007

Sami pun demo

Di Yangoon, bukan sepuluh atau 15 tapi 1,500 orang sami mengepalai demonstasi menentang kenaikan harga minyak. Jadi....

Selasa, September 18, 2007

Republik Kata Edisi September 2007

Republik Kata Edisi September 2007 telah dikemaskini. Keluaran kali ini memfokuskan kepada isu insiden Batu Burok.

Selain itu, kami akan mengeluarkan buku sulung pada 31 Ogos 2008 bertemakan kebebasan dan keadilan. Buku ini akan memuatkan tulisan daripada pelbagai genre. Apa pun, untuk perkembangan lanjut, nantikan iklan rasmi dalam Republik Kata.

Selamat membaca.



Sunday, September 16, 2007

Insiden Batu Burok


Oleh Zulfikar Samsuri

Habis, dua orang perserta terkena tembakan, satu di bahagian dada dekat dengan paru-parunya, yang satu lagi terkena serpihan tembakan, luka di bahagian leher. Mereka dikejarkan ke hospital berdekatan dan yang seorang kemudiannya dikejarkan pula ke Hospital Universiti Sais Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

[
lagi]

Labels: , ,

ANALISIS KHAS : PERISTIWA 11 SEPTEMBER 2001 dan 09 SEPTEMBER 2007


Oleh Mohd Ezli Bin Mashut

'Isu membakar Jalur Gemilang' : Isu ini sengaja ditimbulkan untuk membakar perasaan rakyat Malaysia supaya membenci parti pembangkang. Sebabnya kita baru sahaja merayakan kemerdekaan ke-50 sudah tentu jiwa rakyat Malaysia masih membara dengan semangat ini.

[lagi]

Labels:

Saturday, September 15, 2007

Polis Raja Di Malaysia


Oleh ZAM

Kemudiannya kita akan disajikan di tv dengan segala macam ugutan dan gertakan untuk menakut-nakutkan rakyat. Mereka akan memperlihatkan bahawa pembangkang sebagai ganas, ekstrim, menimbulkan kacau bilau dan sebagainya. Dengan mudah kita akan ditipu bulat-bulat oleh sang pemerintah jenis kuku besi ini.

[
lagi]

Labels:

Analisis Kes Insiden Batu Buruk


Oleh adihamka

Pertama, penggunaan peluru hidup. Penggunaan peluru hidup adalah sesuatu yang begitu mengejutkan, apatah lagi dala menyuraikan ceramah. Sebelum ini, yang selalu digunakan hanyalah gas pemedih mata. Tetapi kini peluru menjadi habuan terbaru. Difahamkan pertama kali dan terakhir peluru hidup digunakan adalah sewaktu Perhimpunan Memprotes Keracunan Arsenik Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1999. Itupun, tembakan dilepaskan ke udara, dan dalam satu konteks penyuraian perhimpunan aman, tembakan boleh dilihat sesuatu yang rendah nilai moral.


[lagi]

Labels:

Gua.com.my Dilancarkan


Pada 11 September lepas sebuah laman web, www.gua.com.my dilancarkan. Jika anda hendak tahu tentang dunia hiburan, gossip-gossip panas artis tempatan dan luar negeri, atau segala aktiviti-ativiti seni yang lain terutamanya di Kuala Lumpur anda boleh layari web ini.

Labels:

Friday, September 14, 2007

Tragedi Batu Buruk: Rusuhan Polis!


oleh May Ling

Dalam setiap perhimpunan rakyat, biasanya aman, sehinggalah polis masuk campur. Alasan tidak memberikan permit adalah kerana kawasan itu berdekatan dengan Istana apakah munasabah. Mengapa tidak digesetkan awal-awal, berapakah ukuran jarak yang dimaksudkan 'berdekatan dengan Istana'? Apakah satu atau dua kilometer. Atau lima sehingga sepuluh kilometer punmasih dikategorikan sebagai dekat?

[lagi]

Labels:

Elemen bahasa dalam politik Malaysia

oleh Jimadie Shah Othman

Dalam politik kita, banyak 'jurubahasa' yang tidak bernama. Biar saya sebutkan satu persatu: Utusan Malaysia, Berita Harian, The New Straits Times, The Star, The Malay Mail, Metro, Kosmo dan lain-lain. Inilah jurubahasa-jurubahasa yang menterjemahkan bahasa politik semasa yang sebenarna juga mempengaruhi kecenderungan, sikap dan tanggapan penerimanya. Jika mereka ini melepaskan etika sebagai penyampai tulen, profesional dengan tidak mengganggu, mengurangkan dan membiaskan maklumat, negara akan binasa.

[lagi]

Labels:

Melihat Kesucian Sajak-Sajak Suci AbdullahJones [2/2]


Oleh Mohd Dahri Zakaria

Ini dapat menarik perhatian khalayak pembaca agar mereka sedar bahawa mereka tidak hanya sekadar membeli teks-teks sajak berkenaan sahaja untuk ditelaah tetapi turut disertai dengan rekabentuk yang menarik sebagai unsur sampingan yang membantu membangunkan sesebuah teks sajak itu.

[lagi]

Labels:

Jumaat, September 14, 2007

YB dan menteri nak tengok koir MySL

Kami ucapkan terima kasih kepada mSTAR dan pengarangnya Fathi Aris Omar yang membuat liputan persembahan kami di Rumah Pena Sabtu lalu. Dalam tulisannya itu, dia melaporkan tentang persembahan koir MySL di parlimen. Benar, ini adalah gambar-gambarnya. Koir MySL TC adalah koir yang unik sebab mereka bukan sekadar menyanyi, mereka juga berisyarat. YB Datuk Shahrir Samad yang pertama kali melihatnya jatuh cinta dan terus mengusahakan persembahannya di parlimen. Terima kasih kepada Datuk Shahrizat Jalil yang sudi hadir dan menerima memorandum kami supaya MySL diiktiraf di peringkat parlimen. Resolusi-resolusi daripada seminar yang lalu turut disertakan.

Terima kasih juga kepada ahli parlimen DAP yang turut serta memberi sokongan, terutamanya Batu Gajah yang memberikan pandangan bernas dalam parlimen bahasa OKU patut diberi peluang lebih dalam sektor kerjaya.

Kalau ada kesempatan, saya up load-kan koir dalam bahasa isyarat di Youtube untuk memperbanyakkan koleksi kebudayaan orang pekak di internet.

Kumpulan Koir MySL dengan lagu pertama mereka Negaraku dengan versi baru dalam MySL.


Lagu ketiga, Warisan.

Tengah, tidak beruniform, dari kiri Pengarah MySL TC, Mejar Sazali Abd. Hamid, Menteri Pembangunan Masyarakat, Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Pengerusi Jabatan Kira-kira Wang Negara, Datuk Shahrir Samad turut memberikan tepukan gemuruh dalam bahasa isyarat.

Ahli Parlimenn DAP tidak mahu ketinggalan menyaksikan persembahan. Dua dari kiri, Ahli Parlimen Batu Gajah dan Seputeh.

Puisi menjerit di hujung jari

14-09-2007 10:53:51 AM
Oleh FATHI ARIS OMAR
(mSTAR - mstar.com.my)

PETALING JAYA: Dianggap persembahan pertama seumpamanya di negara ini, sekumpulan anak muda membaca sajak dengan gaya yang sama sekali di luar dugaan -- bukan secara lisan tetapi dengan tangan!

Empat puisi bertemakan kemerdekaan dengan isyarat tangan ini khusus untuk dihayati orang pekak, cuma bezanya sewaktu acara itu diadakan di Rumah Pena (Persatuan Penulis Nasional) minggu lepas tidak ada orang pekak yang hadir.

Namun rakaman pembacaan empat puisi karya penulis muda berbakat Jimadie Shah Othman bersama tiga rakannya itu kini boleh dicapai di Youtube.com.


Azrul (berbaju hijau) menggayakan tangannya mengikut MySL, sementara Mohd Fauzi (tengah) mengekspresikan kod tangan Bahasa Malaysia empat sajak yang sedang disampaikan oleh Jimadie. (foto Sindiket Sol-Jah)

Puisi-puisi 'Bulan Keempat Sesudah Augustus (1957)', 'Nenek di Baruh Mendengar Matahari Lusuh', 'Senandung Perempuan Melayu', dan 'Bendera' disampaikan serentak dalam dua sistem bahasa berisyarat di negara ini, Kod Tangan Bahasa Malaysia (KTBM) dan Bahasa Isyarat Malaysia (MySL).

KTBM digunakan untuk mengajar Bahasa Malaysia rasmi kepada pelajar pekak, sementara MySL pula sistem isyarat ringkas yang sering digunakan untuk berkomunikasi sesama orang kurang upaya (OKU).

KTBM dan MySL adalah versi tempatan bahasa isyarat tangan seumpama SEE (Signed Exact English) dan ASL (American Sign Language) yang telah lama berkembang di Amerika Syarikat.

Dalam acara Sabtu lalu, puisi versi KTBM disampaikan oleh Mohd Fauzi Ahmad, sementara versi MySL diterjemahkan oleh Khalid Abdul Walid Ahmad dan Azrul Hashim, ketiga-tiganya pelajar Diploma Jurubahasa Isyarat di sebuah pusat latihan MySL milik Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

Khalid Abdul Walid (kiri) bersama Jimadie dan Mohd Fauzi di acara persembahan baca puisi berisyarat tangan. (foto Sindiket Sol-Jah)
Sementara Jimadie, yang mengetuai kumpulan penyair itu, menyampaikan sajak-sajaknya dalam Bahasa Malaysia secara lisan.

Menurutnya, persembahan puisi berisyarat tangan lebih menarik daripada pendeklamasian sajak yang lazim.

"Ia lebih banyak gerak (tangan), lebih banyak mimik muka," katanya, seorang penulis kreatif dan penggiat teater yang kini bertugas sebagai pegawai media di pusat latihan MySL itu di Puchong.

"Memang orang ramai tidak faham kalau tidak mendengar puisi asal. Kalau mereka tengok isyarat tangan sahaja, memang tidak faham (kandungan puisi asal). Persembahan hari itu bukan minta penonton faham, yang penting mereka kagum (kerana jarang dipersembahkan)."

Kumpulan itu mendapat ilham untuk mengadakan persembahan tersebut selepas mengkaji perkembangan puisi berbahasa isyarat yang dikembangkan di Amerika Syarikat.

Katanya, sebagai pelatih bahasa isyarat, ketiga-tiga pelajar tahun pertama tersebut tidak mengalami sebarang kesulitan sewaktu latihan untuk menterjemahkan empat puisinya itu kepada bahasa isyarat.

"Kami berlatih lebih kurang sejam sahaja," katanya, sambil ketawa, kepada mStar Online hari ini.

Tiga pelajar itu sebahagian 88 pelatih kumpulan pertama yang memulakan pengajian sejak Mac tahun ini. Pusat Latihan MySL baru ditubuhkan dengan Twintech University dan kini diploma itu sedang menunggu kelulusan Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

Menurut Jimadie lagi, golongan orang pekak kini sedang memperjuangkan bahasa isyarat itu agar diiktiraf sebagai bahasa rasmi seperti juga Bahasa Malaysia, Mandarin atau Inggeris.

"Setakat ini mereka, melalui MFD, sedang berkempen untuk membolehkan MySL diiktiraf di peringkat Parlimen. Pada tahun 2000, MySL sudah diterima di kalangan orang pekak sebagai bahasa rasmi mereka. Jadi, kini mereka berharap ia diterima lebih meluas."

Lulusan pelajar Universiti Malaya ini berkata, MySL yang ringkas lebih selesa digunakan di kalangan OKU berbanding KTBM yang banyak penambahan kod bagi menyesuaikan beberapa imbuhan kata dalam struktur bahasa Melayu.

"Tidak ramai orang pekak yang menguasai KTBM. Bahasa ini dimajukan oleh orang tidak pekak, untuk mengajar bahasa rasmi, jadi kekok digunakan oleh pengguna pekak," kata Jimadie. "Tetapi akibat tidak boleh berkomunikasi dengan baik, ramai orang pekak menjadi mangsa, ketinggalan dalam pendidikan."

Jimadie juga menyampaikan keluhan orang pekak yang tidak mendapat kemudahan jurubahasa. Menurutnya, MDF mempunyai 15 orang jurubahasa terlatih sahaja yang berkhidmat sepenuh masa untuk melayan keperluan kira-kira 29,500 orang pekak di seluruh negara.

"Kita lihat perkhidmatan kaunter di jabatan-jabatan kerajaan. Mereka tidak ada jurubahasa. Begitu juga guru-guru terlatih dalam pendidikan khas. Kebanyakan mereka diajar dan selesa dengan KTBM dan tidak mahir MySL. Jadi, ia menimbulkan masalah kepada orang pekak."

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menetapkan piawaian nisbah seorang jurubahasa bagi setiap 100 orang pekak, tambah Jimadie. "Jadi, di Malaysia, kita perlukan kira-kira 300 jurubahasa"

Menurutnya lagi, perjuangan orang pekak di New Zealand selama 25 tahun akhirnya membuahkan hasil apabila bahasa isyarat ini diiktiraf melalui satu akta sebagai bahasa rasmi ketiga selepas bahasa-bahasa Inggeris dan Maori.

Selain puisi, tambahnya, lagu-lagu yang disampaikan sama ada Negaraku atau berirama 'rock' dalam bahasa isyarat juga menarik perhatian penonton.

"Dua lagu patriotik dipersembahkan di Parlimen awal minggu ini," kata Jimadie, yang turut memuatkan perkembangan puisi berbahasa isyarat ini di blognya Yang Separuh Israiliyat dan Yang Benar-benar Cinta. (www.jimadieshah.blogspot.com)


Untuk artikel asal di mSTAR, sila klik pautan ini.

Isnin, September 10, 2007

Sajak dalam bahasa isyarat



Maskara lalu di Rumah Pena, saya dan kawan-kawan membacakan sajak dalam bahasa Melayu, Bahasa Isyarat Malaysia (MySL) dan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM). Dalam pengetahuan kami, belum pernah ada sajak dibacakan dalam bahasa isyarat dan kod tangan yang disebutkan tadi. Kami membacakan empat sajak yang saya tulis bertemakan kemerdekaan yang belum pernah tersiar dan diterbitkan di mana-mana. Teman kami Khalid yang membaca sajak dalam MySL memberikakan dedikasi persembahan ini kepada Lina binti Husin. Selain itu, Arul juga membacakan dalam MySL, Fauzi dalam KTBM dan saya tentunya dalam bahasa Melayu. Yang tak masuk frame adalah Nizam, dia bertindak sebagai jurukamera. Esok, kawan-kawan kami yang lain akan menyampaikan dua buah lagu patriotik dalam bentuk koir. Juga dalam bahasa Melayu dan Bahasa Isyarat. Mereka menyanyikannya di Parlimen Malaysia atas koordinasi yang dibuat oleh Syahrir Samad, YB Johor Bahru dan Pengerusi Jabatan Kira-kira Wang Negara yang menyaksikannya dalam Seminar MySL 2007 yang lalu. Sekarang semua orang mahu promosikan MySL. Terima kaseh. Bolehkah MySL pergi jauh?

Persembahan ini saya upload ke YouTube seperti berikut: http://youtube.com/watch?v=FXO4QDjASJ0

Selamat hari jadi Jimadie

Saya suka mengucapkan selamat hari jadi kepada diri sendiri. Tetapi inilah kali pertama saya melakukannya melalui blog. Walau pun umur itu sekadar angka, tapi saya rasakan semakin tua dan kubur makin dekat.

Saya sebenarnya tidak sukakan kek, terutama kek coklat dan tidak suka menyambut hari jadi. Kalau dapat hadiah sukalah juga.

Hari ini dalam sejarah, 12 September, 27 tahun lalu saya dilahirkan di Kangar jam 3:15 petang hari Jumaat.

Selamat hari jadi juga kepada orang yang sama tarikh lahir dengan saya.

Jumaat, September 07, 2007

Babad penulis upahan di bukan merdeka 2

Ini sajak-sajak yang saya tulis sempena hari Malaysia beberapa hari lagi. Saya tulisnya sebelum merdeka. Beberapa minggu lepas. Kalau sajak ini boleh dikategorikan sebagai hasil penulis upahan, maka kejian saya yang terdahulu terkenalah batang hidung sendiri.

Sebenarnya aku tak ikhlas pun nak siarkan sajak di kat blog. Aku siarkan sebab ada kawan-kawan aku perlu akses untuk persembahan mereka. Sajak-sajak ini sebahagian atau seluruh akan mereka baca dalam Bahasa Isyarat Malaysia (MySL) dan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) nanti. Sapa ciplak aku tak halalkan dunia akhirat macam aku tak halalkan Orhan Parmuk' yang curi laptop aku untuk menghasilkan karya-karya besarnya.


BULAN KEEMPAT SESUDAH AGUSTUS (1957)

Rubah dalam sekeping daun,
tentang panji hitam dan putih, tentang darah,
ribut dan rusuh siapakah pohon yang melusuh?
Kami minum darah pengeran kau cuma bilang,
“wain, wain, wain.”

Wajah yang kecur dan pudar,
meleleh
dan satu sumpah tentang tanah.

Menjadi daging dan tulang belulang.
Menjadi rubah dalam sekeping daun.
Menjadi padi di dada dan perbukitan.
Telah kami hirup ayat-ayat yang mulia.
Kebebasan
dan
keadilan.
Kebebasan
dan
keadilan.


NENEK DI BARUH MENDENGAR MATAHARI LUSUH

Nenek telah menelan kami seperti matahari
yang menjadi cincin hitam di langit.
Suara ternakan menjadi bunyi peluru
dan matahari dari Timur berdetak di baruh
seperti kaki-kaki kuda penjaga neraka.

Nenek di baruh mendengar matahari lusuh.
Datukku ditelan mata-mata.
Kami renung ulas bibir yang tidak tertera,
“saya komunis.”


SENANDUNG PEREMPUAN MELAYU

Aku yang terpaling tua. Akulah Adam. Akulah Hawa.
Sejak gerombolan pertama jong dari Yunan dan
pria Peringgi yang datang menyutubuhi tanah, kala
tiap tangisan perempuan Melayu menjadi lagu-laguku.
Ia mengasyikkan. Suara perempuan terlanjang. Di tubuhnya
seribu urat dari emas yang tumbuh seperti bulu-bulu nafsu,
di tubuh. Dengan suara perkosaan pada tanah dan air, ia
menjadi lagu yang paling meremang. Akulah Adam dengan
karang-karangan lagu. Andaikan aku Beetoven yang mendengar
cumbu berdosa. Akulah pengeran sulung dan engkau terus
menjadi senandung. Karangkan sejuta lagi lagu demi
perempuan Melayu.


LIMA PULUH OGOS

Telah reput lima puluh Ogos
pada tangkainya; juga sebuah soal,
"bapak, bilakah kemerdekaan habis?"
Bebas itu
pulih
pada ketakutan,
pada bisikan.


YANG MERESAP DAN YANG MERAYAP

Tidak kami lihat kemerdekaan yang merayap seperti perempuan, kemerdekaan yang meresap ke permukaan, seperti juga tulisan hitam yang basah dan dalam. Kamu Maisarah adalah jadi-jadian. Menjadi lipas daripada mimpi dan ketakutan. Dalam jambangan bunga-bunga piring di laman, kami bau tanah, tempat saudaramu Azizah memecahkan cinta pada suami penggalas misil. Udara, terbangkan bau ibu-ibu kami. Tidak ada lagi pelangi. Hanya satu saja: jaluran bendera. Senandung-senandung merapung di permukaan air. Bukankah kau bersumpah demi tanah? Bukanlah kau bersumpah demi air?


BENDERA

Siapa yang merayap di jalanan sesudah September dan bersumpah tentang bendera dari ingatan? Tiada slogan, tulang-tulang, juga slogan, dan tulang-tulang sepanjang lorong dan padang. Demi Allah, darah kita juga merah.


KATA-KATA TIDAK TEWAS KEPADA SENJATA DAN LOGAM
(Terima kasih kepada Sam Ahmad)

Yang merenung dan yang bertakhta,
pemain silap mata, engkau menjadi tubuh berahi
seperti perempuan dimensi. Janganlah engkau terpedaya
dengan gubahan-gubahan
slogan, letupan dan logam.
Ada ketika kata-kata menggulingkan kuasa.
Ia tidak berbunyi,
merayap
terus
merayap.

MOHD JIMADIE SHAH OTHMAN

Puisi bahasa isyarat

Entri ini dedikasi dan panduan kepada kawan-kawan yang hendak mempersembahkan puisi dalam Bahasa Isyarat Malaysia (MySL). Inilah keindahan puisi yang dibacakan dalam bahasa isyarat. Di Malaysia, saya syak belum ada lagi yang seumpanya.

Bully by John Lenois (dalam American Sign Language atau ASL)


Stop the war Bush, by
JehanneMc


You have to be deaf to understand the deaf, by
MikeDamnNobody



Khamis, September 06, 2007

Tentang komedi tanpa etika

Saya tidak boleh tahan dengan kebodohan orang Malaya. Semua orang tahu orang Malaya suka komedi. Kerana itu filem-filem P. Ramlee boleh bertahan dan tak dimakan zaman. Tetapi komedi di tangan orang Malaya selalunya menjadi biadap dan tidak beretika. Tidak salah menjadi bodoh (ya, kerana itu ada istilah badut, Lebai Malang, Pak Pandir dalam dimensi jenaka klasik), tetapi bodoh tidak sama maknanya dengan memperbodoh (orang lain).

Dalam layar perak, sebuah filem jenaka yang mengetepikan etika adalah Cinta Kolestrol. Dan kebodohan itu nampaknya sampai ke Thailand melalui usaha sama selebriti dua negara. Cinta Kolestrol mengetepikan etika komedi dengan menjadikan orang gemuk sebagai bahan jenaka secara keterlaluan. Inilah yang dinamakan komedi murahan atau dengan kata yang lebih canggih slapstik. Dan bodoh dalam Cinta Kolestrol tidak sama dengan bodohnya Rowan Atkinson dalam Mr. Bean atau P. Ramlee dalam Do Re Mi atau Senario dalam siri sitcom dan filem-filemnya. Bodoh itu tidak datang dengan intelektual.

Sepanjang berkenalan dengan dunia teater, saya insaf dan naif bahawa membikin persembahan komedi ini lumayan sulitnya. Kerana jika salah bikin, penonton tidak ketawakan hasil idea dan garapan jenaka kita, sebaliknya kebodohan kita. Malangnya, itulah yang terjadi, sepanjang saya menonton drama pentas di Malaysia, lebih kerap saya tertawa kerana kebodohan pengarah dan pelakonnya, bukan sebab cerita itu lucu.

Lawak yang baik bagi saya adalah lawak yang dinamakan wit atau dengan bahasa mudahnya lawak kering. Tetapi entri ini bukan hendak mengata-ngata Cinta Kolestrol. Itu cerita lama. Saya sudah puas mengeji Razak Moheiddin. Saya kasihankan dia. Dan itu semua cerita lama. Dia mulai menunjukkan peningkatan walau pun tidak progres dengan baik. Saya cuma hendak mengata siri baru TV3 Bang Bang Boom.

Setelah menonton rancangan ini, kesimpulan yang boleh dibuat adalah bukan rakyat Malaya sporting, tetapi bodoh, bangang dan tak ada maruah. Ada ke patut dia orang suruh orang tua makan roti bubuh belacan, lepas tu gelakkan dan bagi RM 20. Adakah maruah rakyat Malaya hanya RM 20? Saya sedih dengan fenomena ini. Ini membuatkan saya tidak berbangga menjadi orang Malaya. Kita boleh mengaku merdeka selama 50 tahun tetapi tabiat kita tak ubah macam orang Melayu yang diketawakan Jepun lepas dipaksa minum air sabun sampai kembung perut.

Rabu, September 05, 2007

Permasyuran Kemerdekaan Tanah Melayu



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

Isnin, September 03, 2007

Yusmadi dan catatan-catatan lain

Patriotik sungguh2 dan politik lawak jenaka

Sudah berapa kali hendak saya katakan bahawa sesungguhnya patriotik kita sebagai rakyat Malaysia bukanlah pada bendera, tapi jiwa. Sehari dua ini sesiapa yang memasang bendera harus berhati-hari, Rais Yatim sudah marah. Ha, ha, ha! (Saya tiba-tiba teringatkan orang hilang Hizairi Othman.)

Kononnnya bendera yang dipasang atau didermakan itu diimport daripada China. Dan bahan yang digunakan tidak bermutu selain tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan kerajaan. Memanglah, saya tahu, bukan saja bendera Malaysia, hampir semua bendera dan bahan tekstil dunia diimport daripada China. Tahun lalu ketika melancong ke Australia, saya membeli sweater coklat koala bertulis “Australia”. Sangat cantik.

Saya dan isteri gembira membeli ole-ole sekitar China town, Sydney berdekatan hotel kami menginap dekat jalan Winworth. Memang itu produk negara kanggaru, cuma apabila dibelek dua kali, ada juga tertulis bahawa ia dikilangkan di China.

China adalah gergasi ekonomi sejak ribuan tahun, sejak bapa Marco Polo kali pertama menjejakkan kaki ke sana. Dan sebagai sebuah peniaga yang rasional, China tidak perlu peduli tentang spesifikasi kerajaan Malaysia. Yang lebih penting daripada itu adalah Yuan dan Renmimbi. Barangkali Rais Yatim patut mencadangkan supaya percetakan bendera Malaysia ini dijadikan perusahaan nasional. Daripada situ, kita boleh mengawal kualiti bendera yang dikeluarkan.

Dalam parlimen orang berdebat tentang orang Malaysia kedekut yang tidak membeli bendera seringgit lapan puluh sen, tetapi apabila orang membeli bendera seringgit lapan puluh sen, tentulah kualitinya seringgit lapan puluh sen juga. Lebih baik macam saya, saya tidak pernah memasang bendera Malaysia di kereta, jadi, isu ini tidak releven kepada saya. Tetapi ia masih releven kepada Rais Yatim dan orang-orang yang melihat patriotisme itu melalui pemasangan bendera Malaysia.

Percayalah saya, patriotik kita bukan pada bendera, tetapi jiwa. Sebenarnya, bukan Jalur Gemilang versi ini yang dikibarkan sejurus selepas Union Jack dilucutkan di Dataran Merdeka 50 tahun lalu. Bendera yang asal itu warnanya cuma tiga: Putih, merah dan biru. Tak ada kuning.

Yusmadi

Ini kali pertama saya ketemu Yusmadi selepas dia pulang dari (Washington) DC. Anaknya Muhammad Aqil sudah besar panjang dan nakal sekali. Yusmadi masih seperti selalu, ramah, mesra dan penuh idealisme orang muda. Dia memperkenalkan saya Restoren Raju. Iya, tepat ini memang agak cool. Dan kami melawat orang sakit buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur.

Fakrul

Fakrul membeli kondo di tengah-tengah KL. Dan Yusmadi pun tahu. Dia jelas dengan matlamat kopratnya. Dia tidak ingin duduk di situ. Dia membeli kerana hendak menjualnya kembali.

Fathi

Sejak berkahwin dengan awek Felda, kami belum bertemu lagi.

Rahim

Ia sudah pulang dari Moroko dan menginap si Seksyen 13, Shah Alam. Ia ustaz muda yang masih obses dengan filem-filem 'pelik'.

Kawan-kawan

Dan hari ini mengimbau seribu kenangan saya kepada kawan-kawan. Oh, saya belum mengucapkan terima kasih kepada Tuan Tanah yang menghadiahkan saya buku tentang kebapaan selepas Adam lahir sembilan bulan lalu. Saya merasakan dia sebagai seorang kawan seperti Abdullah Jones menganggap saya sebagai seorang teman walau pun kami tidak pernah berjumpa di alam nyata.

Kemaskini

Dan sebenarnya, saya biasanya kemaskini blog ini setiap Rabu dan Republik Kata setiap hari kesebelas tiap bulan.

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)