IKLAN

Cari Blog Ini

Rabu, Oktober 31, 2007

Dari Kuantan dengan cinta: Dan Perempuan dengan wajah pasir

Andaikan simposium itu The Edge. Oleh itu, entri ini adalah Off The Edge. Maka, inilah cerita-cerita yang dibuat orang dari Kuantan ketika berlangsunya Simposium Penulis Pelbagai Kaum sempena Sambutan Bulan Bahasa dan Sastera Negara anjuran Kerajaan Darul Takzim dan seluruh jajahan takluknya itu. Inilah cerita tentang perempuan yang berwajah pasir. Inilah puisi terindah seperti perkhabaran Ali Syariati, pemikir serius tetapi tetap juga romantis.

Dalam Fatimah oh Fatimah, ia memerikan perempuan bagai bait puisi. Ungkapnya, “...dan bukankah perempuan itu puisi yang paling indah dan lagu yang paling mengasyikkan?” Inilah puisi agung, yang, wajahnya seperti ribut pasir yang menggelorakan bonggolan unta-unta di dadanya. Inilah karang-karangan Jimadie Shah yang paling jahiliah—tentang puji dan seribu puja kepada wanita. Itulah bidadari yang sungguh putih dengan bau ketiak yang bagai kasturi.


Ibu segala sihir. Menyihir mata, menyihir sukma, menyihir segala-gala. Luluhlah tubuh dalam nafsu dan amarah. Biar aku ungkapkan perempuan itu dengan asal jadi segala kata-kata: Rambutnya sungguh-sungguh seperti ombak. Baunya persis lautan, basah, menuju ke langit dengan satu sumpah. Aku menjadi berahi. Teteknya seperti sungai susu. Putingnya seperti kurma hitam, basah dan manis. Dan dari tubuhnya, yang, seperti pasir, pada zat, pada baunya. Halus dan kasar. Tidak dapat dinamakan. Tidak dapat dikatakan.


Dingin atau panas hanyalah didihan cinta yang hangat dalam dada. Tiap masa. Atau waktu. Atau ketika. Inilah syair cinta untukmu. Perempuan yang berwajah pasir, basah dan berdebar-debar; berbulu ombak, ringan dan menghempas. Matanya seperti kilauan mentari yang tumpah ke bahari. Inilah cinta. Atau nafsu. Atau apa pun gerangannya jadinya. Lautan, sebarkan seribu karang, hanyutkan sejuta kasih, khabarkan sejuta resah! Inilah karang-karangan cinta Jimadie Shah. Tentang puisi. Tentang nur. Tentang iman dan agama. Bidadari dan neraka. Biar apa pun, cinta tidak luput. Biar apa pun.


Telah keringlah dakwat hamba menulisnya.

Selasa, Oktober 30, 2007

Karam Sikh

Bilakah kebencian akan tamat; dan luntur? Saya tidak mampu menjawabnya. Tetapi barangkali Karam Sikh (bukan Karam Singh Walia), si keling itu, mempunyai jawapan untuk soalan ini. Saya tidak pasti kenapa budak nakal ini selalu mengganggu blog saya. Sepertinya dia memendam amarah yang mendalam. Lalu, menjadikannya tidak rasional, bodoh dan tolol sekali.

Maaf, ini jujur. (Selepas ini saudara Karam pasti mempunyai alasan yang lebih kuat untuk menggiatkan 'perang gerila' terhadap Yang Separuh Israiliyat dan yang Benar-benar Cinta ini). Saya tidak mampu menerka alasan beliau berbuat demikian. Saya hanya menulis blog yang bilangan pengunjunggnya hanya 20 orang sehari (tetapi berubah sejak Mikon membuat 'paut maut' di SDN). Jadi, saya meningkat popular dengan publisiti murahan itu. Dan Saya selalu membuat andaian secara liar siapakah Karam Sikh. Ia semacam permainan teka-teki atau jigsaw puzzle yang menarik dan mengasyikkan.

Saya mempunyai alasan untuk itu. Ada sebahagiannya sangat kuat tetapi tidak mungkin saya tuliskan. Saya tahu sebenarnya dia melayari internet daripada mana. Namun Karam Sikh ini menambahkan keceriaan hidup saya. Terus terang saya katakan, saya jarang terganggu dengan usikan-usikan nakal beliau. Mungkin juga beliau merupakan seorang yang selalu sepi dan kesunyian lantas mencari perhatian di blog ini. Jika dia ingin menumpang kasih, kenapa tidak kita menerimanya. Ini adalah sebahagian daripada ajaran Islam: Mengasihi dan menyayangi sesama manusia yang bersuku-suku dan berbangsa-bangsa.

Buat Encik Karam Sikh, sedarlah saya hanyalah seorang penulis blog yang menulis ikut suka saya. Saya tidak pernah peduli sama ada audien membaca atau tidak. Tersiar atau tidak. Yang penting bagi saya hanyalah kepuasan diri sendiri. Inilah yang dinamakan syok sendiri. Seperti Mikon, saya juga ingin bebas sebebas-bebasnya, tidak mahu terikat dengan apa pun kecuali pada kehendak dan apa yang saya percaya. Kepercayaan tuan, punya pasal tuanlah. Pandangan tuan punya pasal pasallah. Dan kalau tuan tak suka blog ini, tuan-tuan boleh mengundi tak suka saya. Saya ada buat undian di penjuru kanan, atas blog ini. Atau pun, blah saja dari blog ini. Saya pun tak kisah. Kalau rasa saya tak bagus, pi baca blog yang bagus atau tulis sendiri, baca sendiri dan syok sendiri macam saya di tempat yang lain.

Walau apa pun, untuk menapis Karam Sikh bukanlah polisi dan kepercayaan saya. Saya percaya pada kebebasan hak setiap manusia menyuarakan pandangan dan pendiriannya. Termasuk haknya untuk merahsiakan identitinya dan mendapat keselamatan dan perlindungan atas itu. Saya juga tidak boleh marah. Memang inilah sebuah blog peribadi tetapi saya menyiarkannya secara umum, maka apabila orang ramai membacanya dan menyuarakan rasa terganggunya, itu adalah hak dia, seperti hak saya menulis apa yang saya suka.

Orang seperti Karam Sikh ini menjadikan hidup kita lebih bulat dan berwarna-warna. Sebab itu saya rasa saya pelan-pelan jatuh cinta dengan dia. Ha, ha, Ha!

Buat masa ini saya masih rasa bahagia. Oleh itu, Karam Sikh silalah mengomen lagi. Kalau boleh, tulis juga dalam Berita Harian dan Utusan Malaysia. Lagi ramai orang baca. Kalau saya dah bosan nanti, saya mungkin membuat polisi baru, juga meniru Mikon dan SDN: Tiada komen.

Oh, dan siapa pula Sarip? Adakah ia Sarip Dol? Dan kenapa dia seperti membela saya? Mungkinkah dia sebenarnya seorang perempuan yang cun dan belum menikah?

Sarip ini sangat kreatif, ketika lebaran baru melewati, Sarip, juga orang yang berlindung di balik nama samaran itu, menyoal si keling badigol, Karam Sikh, "encik Karam, macam mana Aidilfitri. Jangan karam di lautan sepi dah lah. Hi, hi. hi!"

Dia gelak macam setan.


Isnin, Oktober 29, 2007

'Ombak Karan'

Petang semalam saya tiba dari Kuantan menghadiri Simposium Penulis Pelbagai Kaum anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Mungkin banyak yang boleh saya khabarkan. Tapi tidak sempat ke melihat pantai-pantainya yang kononnya ada 'ombak karan'.

Rabu, Oktober 24, 2007

Musim dingin di neraka


Suhu sekarang 24 darjah. Hujan baru berhenti. Aku tengok info ni dekat skrin aku yang dibubuh Google Desktop. Oleh kerana dingin, kita malas bangun pagi. Tetapi tidak mengapa sebab rumah aku dekat sangat dengan pejabat aku.

Lepas hisap rokok, aku pergi ke 'neraka'. Lama dah ke tempat ini. Dulu dia tutup sekejap. Tak pasti sama ada setan masuk 'jel Ramadan' atau under construction sebab kata orang neraka dah sempit, sebab banyak sangat ahli melebihi ahli Umno dan kelab penyokong Umno.

Info ni Vovin yang bagi aku. Semalam hujung waktu pejabat, aku bosan. Jadi aku tanya Vovin, pakai YM, "apa blog menarik? Aku bosan."

Vovin cakap Naga. Aku kata aku dah baca. Cis, apalah Vovin, kagum pada kawan dia sendiri. Hampeh.

Lepas tu dia cakap Semusim Di Neraka. Aku kata pada dia, aku ingat blog tu dah tutup.

"Tak, dia buka balik," kata Vovin.

Aku pun melawat 'neraka'. Dah cerah, kurang subversif, siap ada iklan Toyota lagi. Aku bagi tahu dia. Tak tahulah kalau dia pun gelak kuat dalam hati macam aku.

Tetapi terus terang aku memang dulu membaca blog hitam itu. Aku suka. Dan orang yang memperkenalkan kepada aku adalah blogger Khalid Jaafar, disokong pula oleh pengendali Politik Pop Haris Zalkapli.

Tetapi apabila sang pengendali blog Mikon @ Ahmad Kamal Abu Bakar menyebut, "...ini bukan Neraka Betul. Ini blog. Neraka hanya sebagai metafora yang menggambarkan keadaan kehidupan anti-intelektual kita semua sekarang," aku rasa macam tak best pula.

Macam ada sedikit takut dan dia pun secara tidak sedar sedang menyunting dirinya sendiri. Oleh yang demikian, neraka sekarang sedang dirundung awam tebal dan musim dingin yang panjang seperti suhu di luar ini yang hanya mencecah 24 darjah.

Ahli neraka harus ingat, apabila kita mula menyunting diri kita sendiri, maksudnya imaginasi kita akan mati pucuk, karya akan menjadi kering dan tidak bermaya dan ada juga maksud lain: Kekuasaaan politik sedang bermaharajalela dan tidak boleh dibiarkan.

Ya, sejuk-sejuk begini sesuai untuk mengawan. Mikon tentu faham. Dan minum beer untuk panaskan badan.

Assalamualaikum syaitan.


Nota: Sebenarnya ada ayat lagi selepas ini, tapi tidak aku tuliskan.

Selasa, Oktober 23, 2007

Filem Jepun tak menarik langsung tapi...


Filem-filem Jepun bagi saya tidak menarik. Termasuk Kurosawa. Filem seni selalunya bosan. Kita hanya boleh menikmatinya sekali sekala sahaja. Dan hari ini adalah hari pop untuk saya, bukan artistik atau eksperimental. Tetapi yang menarik dari Jepun, selain manga adalah drama bersiri dan kartun-kartunnya yang dipanggil anime. Hampir tak ada benda dalam dunia sekeliling mereka yang tidak diceritakan. Ada cerita fasal pembunuh upahan, samurai, penjual mee, peninju, malah pembuat Dorayaki pun ada. Pengkarya Jepun membuktikan keberanian mereka untuk berbeza dalam tema itu menjadikan layar perak mereka terlalu berseri-seri (sebenarnya berwarna-warna).


Akhir-akhir ini saya gilakan drama Jepun. Berikut adalah drama-drama yang saya sarankan. Tetapi maaf, entah bila boleh masuk TV Malaysia yang lembab dan tidak terbuka ini. Biarlah depa mabuk dengan drama Amerika Selatan dan cerita Indonesia yang entah apa-apa. Kebanyakan cerita ini bukanlah cerita baru. Ia telah lama jadi fenomenan di negara matahari terbit itu.


Liar Game


Liar Game mengisahkan pemudi jujur dan seorang penipu berbakat bekerjasama dalam pertandingan bercorak penipuan Liar Game yang menawarkan hadiah 100 000 juta Yen kepada pemenangnya. Mereka boleh melakukan apa sahaja melainkan kekerasan. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencari siapakah pakar penipu yang paling hebat. Watak utama Akiyama, laki-laki yang membantu perempuan jujur keluar daripada pertandingan ini merupakan pelajar psikologi yang dipenjarakan tiga tahun kerana menjahamkan syarikat MLM yang menyebabkan kematian ibunya—juga jujur sejujur-jujurnya.

Malas nak tulis. Kita sambung kemudian cerita itu. Oh, dalam masa yang sama saya sedang menonton Tranformers Cybertron yang mempunyai 54 siri, 18 CD. Sekarang sudah masuk DC ke-12. Nampaknya kartun ini lebih hebat daripada movie cerita robot ni yang mat saleh buat.


--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Isnin, Oktober 22, 2007

Syabas Malaysia. lagi teruk dari Yahudi

Ada posting baru dalam Republik Kata. Saya ada menulis fasal Aidilfitri dan 'Badar'. Judulnya "Andaikan Adilfitri tanpa Badar". Kolum Rose Cumming Porno Politik kali ini, dengar judulnya saja buat aku berahi (nak baca). Tajukknya "Kuasa Vagina". Macam mana tu?

Dan satu lagi, tahniah, ranking kebebasan akhbar kita jatuh lagi ke tangga 124! Lebih teruk daripada Yahudi Israel. Salah satu penyumbang ke arah ini adalah "gangguan" terhadap kebebasan online, termasuk aktiviti blogging di internet. Index ini dikeluarkan oleh Reporters Without Borders.

Okey, ini prebiu dua tulisan tadi. Silalah baca.

Thursday, October 11, 2007

ANDAIKAN AIDIL FITRI TANPA BADAR


Perayaan ini, seperti juga agama kita tidak lepas daripada politik dan 'mata pedang'. Banyak dasar-dasar agama dibentuk dengan turut mempertimbangkan kecenderungan dan pergolakan politik semasa. Konflik awal di Mekah antara Muhammad lawan "Abu Jahal & co." bukan semata-mata persoalan akidah. Ia juga melibatkan perdagangan berhala dan konflik kuasa suku Quraish yang amat bepengaruh sebagai tuan penjaga kaabah.

Begitu juga dalam kez mazhab, setelah wafatnya 'diktator' yang tidak mampu dipertiaikan, khalifah sesudahnya tidak mempunyai autoriti wahyu, jadi kerakusan politik mulai marak. Mazhab-mazhab seperti Syiah dan Khawarij memang asalnya tiada kena mengena dengan akidah. Ia hanya persoalan politik dalam sebuah sistem tanpa pilihan raya. Lantas berubah menjadi mata pedang.

Labels: ,

Kuasa Vagina







Mereka-mereka ini cepat belajar dengan cara seks mereka. Seks adalah suatu nikmat yang pada mereka infiniti. Lagi banyak melakukan hubungan seks, lagi rasa mahu buat lagi. Begitu juga dengan kuasa, lagi banyak dan lama dapat kuasa, lagi mahu inginkan kuasa. Lagi banyak lagi bagus. Rasa diri sudah jadi tuhan di kalangan manusia.

[lagi]

Labels: ,

Rakyat @ 8:53 AM 0 comments

Rabu, Oktober 10, 2007

Maskara 4

Oleh Elaira

(Dalam blog Myth in the haze-Istana di hujung rimba, 8 Sept 2007)


Oh, ada orang menyebut tentang kami. Jangan begitu, kembanglah kami. Terima kasih dan salam Aidil Fitri kepada Elaira. Untuk tulisan asal, sila klik pautan ini atau layari http://www.elaira.net/m5/ogos07.html. - Jimadie Shah Othman

Aku hadir. Setelah meredah kelam malam yang masih muda, aku selamat tiba di teratak Penulis Nasional atau singkatnya ‘Rumah Pena'. Dari pintu masuk pagar suasana dikulum hening. Hati mula tertanya, apakah agenda malam ini sudah dibatalkan tanpa tahuku? Mujur sahaja ada cahaya meliuk-liuk mencuri pandang keluar jendela terus ke halaman. Aku melihat susuk-susuk manusia dalam tumpuan penuh minat, jigat memerhati pentas mini yang membelakang arah datangku.

Kukira beberapa peserta telah selesai membuat persembahan. Aku memberi salam, kulihat wajah-wajah yang kukenal, Jigo, Op, Mat Jan, Daun dan Salina. Pantas aku menyusup ke tempat duduk di bahagian belakang, tak mahu menghalang pandangan mereka yang sedia duduk menonton. Elmaaniq ada di situ. Lama kami tidak bersua, apatah lagi semenjak aktiviti ksmn berehat dalam tempoh yang panjang juga.


Kehadiran kali ini tidak seramai bulan lalu, tetapi dari pengamatanku persembahan malam ini lebih istimewa. Aku terkesan dengan setiap persembahan. Terutama puisi dan bahasa isyarat oleh Jimadie dan rakan-rakan.

Selain Mat Jan yang tampil dengan puisi jenaka, sinis dan jiwang, Elmaaniq turut membacakan sebuah puisi sinis perihal isu semasa. Jigo juga memeriahkan suasana dengan puisi yang dihafali tanpa mengingati tajuk dan penulis puisi tersebut. Aku pun teringat sebuah puisi yang kuhafali sedari zaman sekolah menengah, sebuah puisi oleh Mulyadi Mahmood ketika berada di Ilinois.

Sebagai juara bagi beberapa pertandingan deklamasi puisi, Attokz tampil dengan semangat yang teradun dalam nada bacaan fragmen cerpennya. Lama juga kita tidak bersua, kali terakhir jika lupa tidak menakluk ingatan adalah di PWTC sewaktu Pesta Buku.

Saudara Nur Azmi yang lukisannya menghias buku ‘Tuhan Manusia' hadir malam ini dan merasmikan novel grafik terbaru beliau yang bertajuk Kasih dan Awang. Dalam masa yang sama beliau turut berkongsi tentang novel grafik beliau yang bertajuk Mambo di Kuale yang kini telah dihasilkan secara bersiri.

Malam ini buat pertama kalinya aku bertemu dengan Nizam Zakaria yang sebenarnya (Kisah Seorang Limau Nipis). Sebelum ini beberapa kali aku jumpa dengan insan-insan dengan nama yang sama... Nizam Zakaria.

Tetamu istimewa Pyan Habib turut mendeklamasi sajak-sajaknya. Walaupun pendek tetapi padat. Aku jadi terpaku, pada bahasa yang tepat dan pada rentak yang padat. Irama bahasa dan lenggok penyair ini seperti kebanyakkan kita sedia maklum adalah tersendiri. Perbezaan itu menjadikan ianya amat istimewa. Sehingga pabila ianya berakhir, aku seperti mahu meminta dia meneruskan lagi.

Daun pula membaca entrinya dari buku Pink Platun. Majlis ini berakhir ketika ia sedang dikemuncaknya. Tanpa sedar waktu telah membelah menghampiri tengah malam. Kutinggalkan rumah pena malam itu dengan satu pengertian dan kepuasan.

Rentak dan madah berseni tidak semua bisa menghadamnya. Mungkin anak saudara yang kubawa menemaniku merasakan agenda sebegini agak liat umpama daging tak cukup empuk untuk dikunyah. Tapi jelas dia juga terhibur dengan apa yang sempat disaksikannya malam ini. Malah secara sukarela menawarkan diri untuk menemani aku lagi. Aku tersenyum dalam hati, lain kali aku tidak bimbang jika tidak berteman lagi.

Maskara bakal berehat selama dua bulan bagi memberi laluan untuk Ramadhan dan Syawal, dan akan bersambung semula Disember nanti, Amyz selaku pengerusi majlis mengumumkan perihal ini di akhir majlis. Kita akan menunggu lama… moga masa berlalu pantas dan tak terasa.

Bila majlis tamat maka inilah masanya untuk memilih buku-buku untuk dibondong pulang.

Sementara itu, orang penting Maskara, En. Vovin mengemas hiasan pentas.

Dalam perjalanan keluar, sempat bergambar bersama Attokz... aku ada gambar yang seumpama ini bersama beliau ketika pertama kali berjumpa di tahun 2004. Bila lihat kembali, aku tertawa sorang-sorang... baru 4 tahun berlalu, tetapi perbezaannya agak ketara.

Di luar berjumpa pula Elmaaniq dan Nizam Zakaria, seorang pengarah, penulis skrip, penulis novel dan seterusnya...

Dan... mengabadikan kenangan pada perjumpaan kedua bersama seniman ini (pertama di NTV7 ketika rakaman Pheonix Bangkit Dari Abu M. Nasir beberapa tahun dahulu), pelakon dan penyair Pyan Habib.

Pengajaran daripada Lao Zi 4: Tao adalah ibu segala kejadian

Ketika si kurus bertanya kepada si gemuk, “apakah Tao?”


Dan kedua-duanya merupakan anak murid pendita Lao Zi, si gemuk menjawap, “Tao adalah sekian, sekian....”


“Oh, saya faham,” jawab si kurus.


Maka Lao Zi pun bersabda, “kamu salah. Jika Tao dapat diperjelas dan didefinisikan maka ia bukanlah Tao.”


“Tao adalah sumber segala jadi. Ia tidak punya bentuk, tidak punya bunyi, dan selamanya tetap. Ia bukanlah suatu yang boleh dijelaskan dan diceritakan melalui bahasa atau perkataan.” kata Lao Zi.


“Tao adalah mustahil untuk diceritakan. Dan jika ia boleh diperjelaskan dengan perkataan, maka ia bukan Tao,” tambahnya lagi.


Apakah nama kepada ajaran ini?


“Ia tidak boleh dinamakan. Sebab jika kamu katakannya “a”, maka ia bukan “b”. Kalau kamu katakan putih, maka ia bukan hitam. Untuk memahami Tao, seseorang itu mesti tidak menggunakan pendekatan bahasa, perkataan atau definisi. Tao hanya boleh difahami dengan jiwa dan hati yang luhur dan suci. Dengan pemahaman ini, barulah kita boleh berbicara tentang asal segala jadi,” ujar Lao Zi panjang lebar.


Hebat, ceritakanlah kepada kami.


“Pada mulanya tiadalah objek atau rupa dalam alam semesta ini. Ia dinamakan ketiadaan. Ketiadan adalah sumber kepada Tao dan asal jadi segala di dunia ini. Kemudian Tao menghasilkan semua benda secara spontan. Ini dinamakan ada. Yang merupakan hasil daripada Tao. Jadi apabila kamu faham bahawa alam semesta ini asalnya daripada tiada, kamu akan faham betapa rahsianya Tao itu,” kata sang pendita.


“Apabila kamu sedar segala jadi di dunia ini adalah manifestasi daripada wujudnya Tao, kamu akan faham bahawa kegunaan Tao itu tidak terbatas. Ketiadaan dan kewujudan. Satu adalah hasil daripada Tao dan satu lagi adalah aspek kejadian. Kedua-duanya berasal daripada Tao. Hanya nama yang beda. Inilah yang dinamakan rahsia dalam rahsia. Tao merupakan sumber kejadian di dunia ini. Keadaan asal alam semesta ini adalah ketiadaan. Daripada ketiadaan, maka jadilah kayangan dan bumi dan jadilah segalanya berwarna-warni, kompleks dan rumit,” kata Lao Zi.


Anak-anak muridnya mendengar dan belajar dengan teliti dan tekun. Semua ajaran ini terkandung dalam kitab suci Tao Dee Ching.


Isnin, Oktober 08, 2007

Marco Polo dan dimensi Politik Kublai Khan

Oleh Mohd Jimadie Shah Othman



Judul : Marco Polo

Pengarah : Kevin Connor

Pelakon : Ian Somerhalder, BD Wong, Brian Dennehy dan lain-lain.

Durasi : 173 minit


Sejarah berubah selamanya apabila anak muda dari Venice, Marco Polo memulakan pengembaraannya menuju ke 'jantung dunia', China. Dalam DVD yang julung kali diterbitkan ini, juga dengan judul Marco Polo, kita dihidangkan dengan 173 minit pengembaraan penuh mendebarkan dan bersejarah; mereroka lurah-lurah politik dalam istana Kublai Khan cucu penakluk agung Mongol Genghis Khan. Politiknya lebih berliku dan sukar difahami berbanding perjalanan Marco dari Venice ke China.


Baca lanjut dalam akhbar Siasah terbaru. Tapi maaf, tulisan ini hanya dalam versi cetak sahaja. Versi blog akhbar yang mengambil perkataan "Kebebasan dan Kelainan" sebagai slogannya ini boleh dilayari di http://siasahdaily.blogspot.com.

Pengajaran daripada Lao Zi 3: “Lao Zi adalah naga di kayangan”

“Banyak perkara yang kamu belajar ini daripada khazanah ilmu tamadun silam. Tetapi semua pendita yang mewariskannya telah pun mati. Jadi, janganlah kamu ambil serius dengan apa yang mereka katakan, wahai anakku. Semua orang bijaksana akan mati.


“Oleh itu janganlah sesekali sombong dengan apa yang kamu ada. Ia nescaya akan memberi kamu kebaikan di kemudian hari,” kata pendita Lao Zi lagi.


Itulah hadiah Lao Zi kepada Konfucios, sebuah nasihat yang amat berguna.


Konfucios pun meninggalkan Luoyang dengan hati yang girang. Ketika ia sampai ke negeri Lu, ia selalu berdoa kepada pendita tua itu.


“Aku tahu burung terbang, ikan berenang dan binatang berlari. Tetapi naga selalu berada di awan dan tidak terjangkau oleh kita. Li Er betul-betul ibarat naga,” fikir Konfucios.


Dua puluh tiga tahun selepas maharaja Zhou memerintah, Lao Zi melihat empayar itu akan runtuh. Maka dia pun meninggalkan Luoyang dan mengembara ke Barat melalui laluan Han Gu dan bertemu dengan Lin Xinxi, penjaga laluan yang berminat dengan ajaran-ajarannya.


“Tuan, tolong cerahkan saya,” kata laki-laki gemuk itu.


Maka Lao Zi menulis sebuah buku yang dibahagikan kepada dua bahagian, mengandungi kira-kira 5000 perkataan. Apabila buku itu siap ditulis, dia pergi. Dan tiada siapa pun tahu ke mana sang pendita itu pergi.


Apakah yang ditulis oleh Lao Zi dalam buku itu? Ia adalah perhal “Tao” yang disebut juga “jalan”.

Khamis, Oktober 04, 2007

Free Burma!

Hari ini digelar sebagai hari blogger sedunia untuk Burma. Pada hari ini blogger menunjukkan solidariti mereka dengan pelbagai cara. Laman rasmi kempen ini boleh dicapai di laman Free Burma di alamat http://free-burma.org.


Free Burma!


Saya bangga memuatkan entri ini di blog saya sebagai tanda penghormatan kepada demokrasi Burma. Kita mesti mengambil semangat Ramadan. Ramadan itu ibarat penjara untuk kejahatan dan berbuat kezaliman kepada rakyat jelata, imam dan sami merupakan kejahatan yang nyata dan nerakalah tempat letak pelakunya. Itulah maksud puasa. Itulah maksudnya Islam sebagai agama kemanusiaan.

Pengajaran daripada Lao Zi 2: Lao Zi seperti naga (DIKEMASKINI)


Dua ribu dan tujuh ratus tahun dahulu, kebudayaan silam menyaksikan tamadun yang sangat hebat yang melahirkan ahli falsafah dan pemikir-pemikir agung. Di Greek ada Plato dan Socrates. Di India, Sakyamuni mengasaskan Buddhisme. Di China, menjelang musim bunga dan luruh ketika kejatuhan Dinasti Zhou, terdapat sejambak bakat baru dalam pelbagai bidang daripada artisan, ahli logik, semantik, pertanian, peperangan, pentadbiran, pemikir Ying Yang dan Konficious. Namun, antara kesemuanya, konfuciusme, Mohisme dan Legalisme, kesemuanya dipengaruhi oleh pengasas Taosme Lao Zi.



Lao Zi atau nama sebenarnya Li Er dilahirkan pada 571 tahun sebelum nabi Isa pada penghujung tamadun dari Barat China Dinasti Zhou di negeri Chu. Raja Wu yang memerintah dinasti itu melantik pendita Lao Zi sebaga penyimpan arkib diraja. Selama di situ, dia berdamping dengan buku-buku terbaik dan itu membolehkannya mendalami ilmu sejarah dan merenung kehidupan manusia sedalam-dalamnya. Oleh itu dia menjadi semakin bijaksana daripada hari ke hari.


Suatu hari, Konfucius datang menziarahinya. Pendita Lao Zi meminta anak muridnya membersihkan jalan-jalan yang akan dilalui oleh Konfucius. Sang pendita pun turun menyambutnya di hujung jalan. Konfucius turun daripada kereta kuda dengan hadiah angsa yang besar di tangannya. Dia menetap di Luoyang untuk beberapa hari dan berdiskusi pelbagai perkara dengan sang pendita.


“Terima kasih tuan guru. Segala pengajaran daripada tuan guru akan memberi faedah besar kepada saya,” kata Konfucius .


“Biar aku beri hadiah kepadamu sebagai tanda perpisahan,” kata pendita Lao Zi.


Apakah hadiah yang diberikan Lao Zi kepada Konfucius?


Rabu, Oktober 03, 2007

Pengajaran daripada Lao Zi: Kebijaksaan dalam kehidupan

Lao Zi (lihat gambar di sebelah) mengajak manusia melihat lebih daripada satu sisi. Ketika orang melihat mata parang itu tajam, pendita Lao Zi melihatnya tumpul di bahagian belakangnya. Ketika semua orang percaya bahawa manusia mesti memperlihatkan kekuatan, kekayaan dan kecerdikannya, Lao Zi percaya bahawa manusia mesti berperan sebaliknya.


Ketika berdiolog dengan anak muridnya, pendita Lao Zi menyoal, "apakah yang paling keras dan apakah yang paling lembut pada tubuhmu?"


Maka anak muda itu menjawab, "yang paling keras adalah gigi dan yang paling lembut adalah lidah."


Pendita Lao Zi tersenyum dan berkata, "pada umurku semua gigiku telah tiada tapi lidahku masih terlalu sempurna."


"Cuba kamu lihat pokok ini dan rumput di sekelilingnya," katanya.


"Yang manakah lebih kuat?" sambungnya lagi, menduga.


Budak itu menjawab, "tentulah pokok kayu ini."


Kemudian Lao Zi tersenyum dan berkata, "apabila ribut datang, pokok ini akan tumbang tetapi rumput akan tetap di sini seperti tidak pernah terusik."


Begitulah lazimnya manusia. Hanya orang yang kosong selalu berlagak atas sedikit kelebihan yang dimilikinya. Demi Tuhan, berbahagialah mereka yang merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk. Utamakanlah spiritual daripada kebendaaan. Anakku, niscaya kamu akan beroleh kebahagiaan. Begitulah nasihat-nasihat pendita agung Lao Zi.


--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)