IKLAN

Cari Blog Ini

Jumaat, November 30, 2007

Kenapa saya minat bahasa isyarat

Mantan bos bercerita, tentang cinta, isteri dan perlayaran. Ketika dia menuntut di Amerika Syarikat, isterinya banyak membantu. Perempuan tabah itu bekerja di kedai buah. Dalam perjalanan pulang, dia kutip kupon hadiah rokok di jalan. (Waktu itu ada promosi, dalam sekotak rokok ada satu kupon. Apabila dikumpul dalam jumlah tertentu boleh ditukar dengan rokok baru. Lazimnya kupon itu dibuang begitu sahaja.) Dan dia pulang dengan dua kotak rokok ke rumah setiap hari. Rokok itu dia beri pada mantan bos. Kenapa? Kerana suaminya yang tercinta itu kuat merokok dan tidak akan berhenti kecuali ada amaran mati.

Oleh itu, dia buat begitu supaya duit mereka tidak habis dibelanjakan untuk rokok semata-mata. Mantan bos menjadi amat cinta kepada isterinya. Kemudian seperti lazimya, orang baik mati awal. Bos amat sedih dan memilih untuk belayar selama dua tahun sebelum membuat keputusan pulang ke Malaysia atau terus menetap di Amerika. Kenapa dia pergi berlayar sedangkan dia tidak tahu berenang pun?



"Sebab aku tak tahu, sebab tu aku berlayar," kata beliau.



Teman kami yang disembur water canon dan tidak lari ketika belantan dilancarkan beberapa minggu lalu juga mendengarnya.



Kalau bohong dia, bohonglah kamu.



Entri ini sebetul untuk teman kami Mohamad Ridhwan Alias yang baik. Kenapa saya suka bahasa isyarat, " sebab saya tak tahu, sebab itu saya suka."

Khamis, November 29, 2007

Kawan Bersih

Sahabat dan teman-teman. Kamu adalah hero. Aku tidak. Aku penakut. Ketika jalan raya macet, dan air sial itu disembur ke tubuhmu, dan belantan dilancarkan, aku tidak ada. Aku cuma menonton kamu di kaca TV dan Malaysiakini. Tahniah kawan-kawan. Aku tidak malu punya teman seperti kamu. Dan kita pernah dalam satu pasukan. Pasukan yang sangat kuat. Aku, kamu, kita dengan upaya yang beda, namun menyatu untuk satu matlamat: Get the job done! Seperti kata bos. Sejak dulu, kamu adalah kamu yang aku kenal. Nasib baik kamu belum menikah, jika tidak kamu akan jadi penakut dan ketar lutut. Syabas, bro. Syabas untuk semangat. Syabas untuk anak muda.

Sumber gambar: http://ahfook.krova.com/photos/albums/071110_bersih/IMG_7743.jpg

Musa, Harun 2

Saya, Khalid, laki-laki botak itu, juga Nizam ke Taman Tenaga. Kam menuju ke masjid. Kampung pencil itu agak diam dan sunyi malam itu sedangkan jam baru kira-kira 9:30. Kami berpusing-pusing dalam Naza Ria milik Mejar. Khalid memandunya. Saya tidak. Saya tak ingin. Kami fikir, rumah yang betul-betul menghadap masjid adalah yang terbaik.

Kami sebetulnya mencari tok imam. Belum sempat kami memberi salam. Kelihatan sebuah lembaga menghampiri pelan-pelan. Samar-samar dalam pandangan. Tidak, ia manusia, bukan hantu. Hatinya puteh dan bercayaha. Laki-laki dalam pakaian oren itu sedang bersenam dengan basikal mountain bike-nya. Kami tanya dia rumah tok imam. Dia tunjuk dan bawa kami ke sana. Jauhnya kurang lebih 20 meter dari situ. Sebaris. Rumahnya agak besar dan mewah.

Beberapa kali memberi salam, tidak berjawab. Maka kami teruskan perjalanan dekat Stesen Petrol BHP tidak berapa jauh dari situ. Pemuda yang tadi berbasikal memandu kami dengan kereta Hondanya. Ustaz Azam mohon bersolat terlebih dahulu.

Dia keluar memberi salam dengan surah Yasin di tangan. Bahagian luar rumahnya terdapat banner bertulis Metro Driving.

Katanya, "kita mesti cari kawan saya seorang lagi."

Dan kami belum tahu namanya Amin. Dia meniaga di pasar borong.

Perjalanan kami menghala ke Taman Mewah, rumah dekat-dekat jalan mati. Di depannya ada kereta Iswara warna pudar. Pudar dan sekikit kotor.

Bersambung...

--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Rabu, November 28, 2007

Musa, Harun

Ada berita besar? Berita besar yang membuatkan kami kelelahan. Teman kami, biar saja dinamakan H, telah kerasukan. Hingga saat ini telah masuk hari yang kedua, tanpa makanan, minuman dan kerancauan jiwa. H adalah wanita dengan jiwa gagah. Tetapi kali ini ia kena. Musa dan Harun tiba malam tadi. Kami menyuguhkan dengan garam kasar dan lada hitam. Dua pria pertengahan empat puluhan itu kelihatan tenang. Wajah mereka seperti membersikkan cahaya. Seolah-olah kami membaca Tamar Jalis dengan siri-siri Bercakap Dengan Jin-nya yang sangat terkenal suatu ketika lalu. H adalah perempuan dan manusia baik. Oleh itu ia harus sembuh. Sembuh, maka sembuhlah. Semoga Allah memelihara.

Bersambung...

--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Selasa, November 27, 2007

Sesudah Hindu

Sesudah Hindu dan HINDRAF, Orang Melayu sebagai pemilik asal semenanjung ini patut memikirkan semula nasib bangsa mereka. Patutkah mereka menyaman British atau Umno dan Perikatan kerana nasib mereka yang menjadi miskin, tertinggal dalam ekonomi? Ketika Abdullah Hukum menternak lembu di Bangsar, dia tidak dapat membayangkan tempat tersebut akan dipenuhi dengan bangsa asing. Mereka minum arak, berjoget dengan gadis Melayu sebelum mereka diratah dalam satu hidangan yang dikerumuni. Bayangkan ia adik-adik perempuanmu.

Selama 50 tahun, Perikatan dan BN telah gagal mentadbir semenanjung ini dengan baik. Masalah kaum tidak selesai. Pembahagian kekayaan negara tidak memuaskan. Bagaimana aku hendak mengaku kepada bangsa asing aku ini orang Melayu, lahir di Malaysia, ada bangunan kedua tertinggi di dunia, ada litar F1, ada banyak kemudahan canggih, negaraku makmur, pendapatan perkapita mencecah puluhan ribu tetapi ibu-ibu kami masih miskin. Kami tidak punya tanah dan perniagaan. Kami cuma punya anak yang akan mewarisi semua kemiskinan dan dosa-dosa bapa mereka.

Di Kuala Lumpur yang kamu bangga-baggakan itu, aku tidak melihat sebuah nama ibu dan bapaku pun di bangunan-bangunan agam. Aku tidak dapat bayangkan, apakah yang tinggal untuk rakyat Malaya 50 tahun lagi kalau kamu terus memerintah? Kamu cium keris memang pandai. Yang lain kamu tak tahu. Poorah!

2
Gambar-gambar Perhimpunan HINDRAF dalam berita foto BBC itu menarik.

3. Pak Lah macam nak isytihar perang sabil dengan blogger. Sudahlah, nanti kau akan menyesal. Lebih baik engkau buat blog kau sendiri daripada pening fikir fasal blog orang.

--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Isnin, November 26, 2007

Respon Isnin petang-petang

Aku tak tahu guna Multiply, Facebook dan Shelfjari. Aku lambat belajar. Aku rasa aku pandai frienster dan sikit-sikit MySpace. Aku tahu guba e-mel dan organise gambar dengan Picasa, bukan Flickr. Aku ada akaun Gmail, Yahoo dan Hotmail dengan nama pengguna yang sama: jimadieshah. Tetapi aku suka Gmail. Aku jarang pakai yang lain. Aku chat pakai YM. Tetapi kerapnya Meebo. Jadi aku online ketiga-tiga akaun aku sekali gus. Biasanya, status pada siang hari adalah Busy. Jadi tinggalkanlah mesej. Aku selalu reply walau lambat. Maaf, jangan harap nak dapat nombor telefon aku. Telefon aku ada di Pontian, kedai Cina. Asyik rosak. Bala Tuhan rasanya. Harap kawan-kawan tidak musykil. Awek-awek yang nak berkenalan sila e-mel terus. Malu orang tengok tergedik-gedik di blogsphere ni. Yang jantan maaf, aku bukan gay.

Aku suka sastera. Kamu pun. Aku tak sekolah sastera. Kamu pun. So, janganlah suruh aku ajar. Kamu masuklah sekolah. Mula dengan Sulalatus Salatin. Baca pelan-pelan. Lama-lama pandai.

Kalau aku kutuk kamu, aku minta maaf. Aku memang suka kutuk. Tapi anggap saja kutukan aku tak berasas sebab aku tak sekolah sastera.

Aku suka kamu orang, yang Melayu, Jowo, Iban dan lain-lain; yang sakit atau tak sakit; yang beriman atau tidak.

Maza, saya pun suka Maza. Terima kasih.

Poyo dan Mimi Erin, jangan jadi poyo. Jadilah manusia. Tuhan pun berkata, "wahai manusia..." sebelum "wahai orang-orang yang beriman..."

Tanda kaseh Nora dan Ichi

Selamat menikmati epal yang paling lazat daripada jurufotomu.

Respon Isnin

Persembahan kami, cubaan membacakan sajak dalam bahasa isyarat dan kod tangan, seperti ditulis Fathi Aris Omar dalam mStar adalah untuk tujuan artistik semata-mata. Isyarat tersebut tidak mengikut nahu Bahasa Isyarat Malaysia (MySL) yang tepat. Oleh itu, tentulah tidak difahami orang Pekak, kecuali mereka yang pandai dan mengetahui. Jurubahasa isyarat yang membuat persembahan adalah bertaraf amatur.

2
Maaf, saya tidak membaca Cinta Sang Kuriang Rindu Odepus (CSRO). Lalu, tidak tahu menahu apa itu CSRO. Tetapi saya tidak mengamuk kalau tidak suka apa yang dibaca. Lain orang lain cara, lain suka.

3
Minggu lalu RTM siarkan dokumentari tentang Sasterawan Negara (SN) A. Samad Said. Dalam sebuah babak, orang tua berjanggut putih lebat itu mengeluh kerana buku-buku sastera ‘berat’ tidak laku. Sedangkan, kurang lebih katanya, “saya ini Sasterawan Negara.”

Nah, di situlah jawapannya. Tuan itu sasterawan negara, mintalah penghormatan daripada negara. Tidak perlu minta daripada rakyat. Penghormatan rakyat adalah untuk sasterawan rakyat.

Teman-teman kami yang mengidamkan penobatan, silakan.

4
Teman kami dari Melaka rungsing sekali dengan istilah “tak suci”. Saya percaya, kamu suci. Kalau tidak pun, tidak mengapa. Saya tidak kisah. Kamu sebenarnya orang baik. Terima kasih nak beri aku buku. Semoga kau dapat pahala niat. Majlis tu bila? Kalau kau ajak aku lepak kedai kopi tentu lagi laju aku jawab “ya”.

Dan kepada kawan kami itu, pelukan dan kucupan bukan rasuah yang baik untuk aku. Aku ini orang Virgo. Virgo adalah lambang keperawanan dan kesetiaan. Fahamlah kamu. Kamu bintang apa?

Aku terima e-mel kamu. Aku ingin membalasnya.

4
Sebenarnya aku tulis lain. Aku telah menapis diri aku sendiri. Semalam (dan sebelum semalam) juga aku ke kenduri kahwin Nora dan Ichi di Pekan Nenas dan Kukup. Aku ambil gambar. Semoga bahagia.

Jumaat, November 23, 2007

Personaliti aku

Click to view my Personality Profile page

Respon pagi dua kali Jumaat

Kenapa orang suka Mangga dan URTV dan lain-lain? Teman yang kami ketemu di bahu jalan, katanya, "cerita-cerita seluar dalam". Benar, manusia sukakan cerita-cerita seluar dalam. Cerita-cerita sebegini dapat kita lihat di mana-mana pun, daripada akhbar nyamuk sampailah buku politik. Bukanlah salah industri cetakan tetapi budaya dan mentaliti seluar dalam itu telah terlalu menular dan melekat. Terlalu dalamlah akan ia.

Seluar dalam bukanlah dengan definisi fizikal, sehelai seluar kecil untuk menutupi alat kemaluan. Seluar dalam adalah personal belonging yang mahu dikongsi dan selalu disebut orang dengan pelbagai nama. Sama ada gosip, khahar angin atau apa pun ia.

Teman kami yang mengidap skizofrenia, dari Melaka, menulis agak berani mendedahkan cerita-cerita seluar dalam sasterawan kita dengan langsung menyebut nama-nama. Ia adalah keberanian yang luar biasa. Tetapi maaf, saya tak masuk campur. Nama-nama yang disebut itu baik dari kem antagonis atau protagonis, kedua-duanya adalah sahabat dan kenalan.Tetapi mendengar saya suka. SAya rasa berbahagian meletakkan sebelah kaki sahaja dalam dunia seni dan tulis-menulis ini. Tidak perlu aktif dalam mana-mana persatuan penulis. Tidak perlu hadiri mesyuarat rally selama dua atau tiga jam, tidak perlu menulis laporan tiap tahun, tidak perlu berpakat nak kata apa. Tulis saja. Lihat sendiri dan syok sendiri. Saya tidak suka novel Ahadiat Akashah adalah masalah saya. Orang lain tidak suka tidak ada kena mengena dengan saya. Bukan sahaja Ahadiat Akashah, saya pun tak suka membaca novel. Novel terakhir yang amat menikmatkan saya adalah Patriach karya Shahnon Ahmad. Dan yang paling membosan dan menjelakkan beberapa tahun ini adalah Dirgahayu Dr. Mahathir oleh A. Samad Said yang sajak yang dianggkat sebagai judulnya mengambil masa 12 hari untuk ditulis. Saya ulang: 12 hari!

CSRO tu apa?

2
Teman kami yang bukan Jowo dan fikirnya dirnya putera katak tidak tahu tentang Dr. MAZA dan mStar. So, siapa boleh cerita? Aku malaslah jawab soalan tak best ni. Tetapi teman yang bukan Jowo itu adalah teman dan sahabat. Jawapannya: Google! Boleh juga klik mStar.com.my.

3
Ketika Muhammad dilempar dengan najis dari Taif. Dua malaikat datang kepadanya. "Kau nampak dua bukit itu? Okey tak kalau aku hentak dekat kepala depa," soalnya. Muhammad geleng. "Sesungguhnya depa tak tahu," katanya lagi. Nabi agung itu memaafkan. Seribu tahun sesudah itu, namanya disebut di satu perlima dunia. Dan kepada mereka yang tidak mahu, tidak tahu, tidak mengaku memohon maaf,kami maafkan. Bak kata The Corrs, "ou're forgiven, not forgotten,You're not forgotten." Semua orang belajarlah daripada Mati.

4
Alamak, budak-budak jahat datang balik. Cobaan. Dan Anderson, harap kau bagi link yang lagi bagus. Aku tak boleh buka siot. Dia minta aku download apa benda entah.

5
Dan Dunhill adalah rokok lombong. Jangan hisap Dunhill. Ada rokok lain yang lagi cool.

16 (1)

Anjing (1)

Ini adalah kerja fiksyen. Ada kena mengena dengan orang yang jahat.


Bagaimana manusia berimaginasi tentang keterhadan dari tabir kejahilan? Ia akan mencipta sesuatu seperti yang diciptakan Tuhan, menetapkan aturan; kemudian mengawal dan memusnahkannya dalam kepalanya sendiri. Kewujudannya adalah ada yang rahsia. Dan tiada.

* * *

Anjing itu memang celaka. Ia adalah binatang yang paling bangsat di muka bumi. Setiap pagi ketika ingin bergegas ke tampat kerja, mood aku akan rosak untuk sepanjang hari. Benar, aku orang yang moody. Jadi, aku benci anjing. Suara anjing adalah seperti suara perempuan tua lagi hodoh yang telah menikah. Kemudian tiap saban ia membebel di bantal dan kelambu. Kepada anjing jenis comel, bulu-bulunya lembut dan gebu, warnanya koko, ada sesuatu ingin aku katakan: Engkau sial, engkau celaka!


Aku telah pindah ke sini kurang lebih 270 hari yang lalu. Dan tiap hari aku dengar bunyi salakan anjing kecil yang paling tolol dan dungu. Dua ratus tujuh puluh hari di sini pun, binatang itu masih tidak mengenal bauku. Aku bukan pencuri dan aku tidak patut engkau salakkan.


Namun sejak beberapa hari ini kita menjadi rindu. Bangsa yang 400 tahun dijajah, akan mampus kalau tak ada yang menguasainya lagi. Penjajahan telah jadi ganja dan syabu. Begitu juga dengan manusia dengan bau tubuh yang unik, dan beda untuk tiap satunya, apabila tiada bunyi salakan tepat 9:05 pagi, sesungguhnya tetap binasa dan luluhlah akan tubuh dan jiwa kami ini.


Hari-hari antara angka 270 dan 280 adalah tanda-tanda di kalendar yang sunyi dan rusuh. Ibarat dian. Ibarat bumi sesudah hujan. Bumi tanpa salakan anjing adalah bumi yang tidak bumi.


Dalam kepala aku, ada seribu persoalan tentang anjing. Apakah yang terjadi kepada anjing? Itulah yang akan kami khabarkan dan terus khabarnya buatmu dalam seribu lagi lembar. Seribu lembar. Seribu lembar.



Ini adalah kerja fiksyen dan dunia ini adalah hitam dan putih. Oleh itu tentulah tiada sebarang gambar menjadi perlu. Maaf juga, ini bukan kerja satira. Anjing dalam entri ini adalah anjing yang betol-betol anjing. Adalah yang benar-benar menyalak seperti anjing-anjing yang lain di pekan Cina.



Khamis, November 22, 2007

Mary

Saya sekali lagi menonton The Da Vinci Code tadi dengah hari di ASTRO. Mitos dan cerita-cerita tentang Mary Magdalena itu mempesonakan saya. Tidak terasa seperti menonton sebuah kerja fiksyen. Kononnya Mary itu pelacur yang memberi makanan dan duit kepada Jesus. Penulis kontemporari dan filem ini menamakannya sebagai isteri. Mary berkahwin dengan Jesus cara diam-diam dan melahirkan seorang anak perempuan yang bernama Sarah.

Ketika Jesus dibawa ke bukit untuk disalib, Mary memerhatikannya di kaki gunung dengan penuh sedih dan pilu. Dan budak perempuan itulah yang dikenali berpuluh-puluh abad sebagai Holy Grail. Ia bukannya piala tempat minum wain ketika supper terakhir "anak Tuhan" ini. Sebenarnya seluruh kepercayaan orang Kristian adalah palsu. Yang 'betul' adalah versi The Da Vinci Code. Tetapi entri ini tidak bertujuan mencari kebenaran. Kami menyatakan kagum kami buat kuasa imaginasi hinggakan mampu menggoncang persepsi manusia yang telah dibentuk sejak dua ribu tahun lalu. Menonton filem arahan Ron Howard ini tidak seperti menonton 1957: Hati Malaya yang keliru antara kerja fiksyen dan 'propaganda'.

Inilah perempuan dengan wajah seperti tanah. Arca ini dinamakan Penitent Magdalene, hasil kerja tangan Antonio Canova, pengarca Itali yang popular dengan ukiran marble.
Posted by Picasa

Herman


Jalan raya adalah sejarah politik. [Baca lanjut]

Sial, mantera apakah ini?

Dan sebuah pengakhiran: Mungkin sampai akhirnya jalan raya musnah, lingkungan runtuh, dan orang berteriak: ”Kita celaka!” [Baca dari mula]

Alangkah sialnya. Dua baris, pertama dan terakhir darida esei GM ini telah mengalahkan keseluruhan 400 entri aku di blog ini selama tiga tahun. Sesungguhnya malang dan berdosalah kita.


Gambar: Herman Willem Daendel, Gabenor Jeneral Hindia Belanda ke-36. Sumber: Wikipedia.

Rabu, November 21, 2007

Hentikan perang, Bush

Oleh Jehanne McCoullough

Cinta kasih ayah bonda
melahirkan kami, anak-anak
mereka bahagia
melihat kami ke sekolah
tetapi genderang perang telah memanggilnya terlebih dahulu
ayah bonda dirundung gundah
perang, perang, perang, perang, perang!
kKranda-keranda dibawa ke kuburan dan bersatu dengan tanah
menghiba dan mengharukan
hentikanlah perang ini, Bush!

Diterjemahkan daripada American Sign Language (ASL) oleh Jimadie Shah Othman.


Rujuk persembahan Jehanne dalam YouTube. Klik TV Malaya di penjuru kanan-atas blog ini.


Mencari wajah sajak Bahasa Isyarat Malaysia

Barangkali tidak pernah ada, atau pernah didengar dan diceritakan orang dalam komuniti Pekak tentang puisi dan sajak. Dalam pendidikan, puisi tradisional seperti pantun misalnya popular sekali digunakan. Persoalannya, apa benar sajak dan puisi tidak releven untuk dan oleh orang pekak? Saya tidak pasti.

Anggapan awal saya, puisi tradisional yang keindahannya berasaskan rima adalah tertolak untuk apresiasi seni orang Pekak. Rima, mahu pun runs tidak mungkin ada dalam imaginasi orang Pekak. Ini disebabkan bahasa orang Pekak tidak berasaskan bunyi-bunyian dan tulisan yang mewakilinya. Bahasa mereka visual sepenuhnya.

Bagaimana pula tentang sajak sebagai sebuah puisi moden? Tidak pernah dicerita dan dikhabarkan orang dalam komuniti ini. Saya fikir saya punya hipotesis awal. Hipotesis ini akan berubah apabila saya habis membac Rachel Sutton-Spence, Paddy Ladd dan Gillian Rudd dalam Analysing Sign Language Poetry. Tetapi itu lama lagi.

Sampaikan kagum hamba pada Jehanne yang mengisyaratkan sajaknya "Stop The War Bush" lebih lima bulan lalu dalam American Sign Language (ASL). Saya boleh faham 80 peratus apa yang dia nak kata.


Gambar: Logo Bahasa Isyarat Malaysia(MySL)

Respon Rabu Pagi

Hari ini adalah hari yang aneh. Seperti biasa hujan akan turut. Timbalan Menteri Kewangan 1 dijadualkan tiba jam sepuluh atau sembilan (maaf, tidak pasti) dan semuanya menjadi aneh. Kafeteria di bawah ini dengan papan tanda Farisha Cafe tiba-tiba bertukar menjadi dCafe. Lampu-lampunya disaluti sarang burung. Adalah hari yang beda. Aku masuk pejabat seawal jam lapan.

2
Dan Cik Mardhiah, saya suka kamu. Saya sayang kamu. Saya cinta kamu. Harap kamu "perasaan".

3
Beberapa teman menganggap saya Jowo. Tetapi saya tidak pandai berbahasa Jowo. Nama saya "Jimadie" kata mereka berbunyi Jowo. Sebenarnya tidak. Tidak ada nama Jowo seperti ini. Cuma bunyinya seperti Jowo. Jimadie sebenarnya nama yang aneh. Bapa dan Emak dan barangkali seluruh keturunan saya tidak ada yang Jowo.

Jimadie tidaklah mempunyai makna dalam apa pun bahasa duniawi. Dulu, kata bapa saya, "nama kau aku gabungkan daripada nama awek-awek lama aku." Dan emak tidak menafikannya. Tidak perlu atau tidak betul. Jowo bagi saya adalah bahasa yang aneh. Ia membuatkan saya tidak suka membaca buku dan blog Indonesia. Bahasa Melayu versi Indonesia versi slanga memeningkan kepala saya.

Dulu aku pernah bercinta dengan orang Jowo. Aku berkawan dengan orang Jowo tetapi aku bukan Jowo. Aku Melayu yang mungkin campur Siam sikit. Aku boleh juga siji, loro, telu, papat sampai sepuluh. Juga yuk mangan, kabare waras, ngalangiwon, monggo. Aku perlu belajar daripada Saat dan Nelli dari Pekan Bharu. Dan aku belum tamat membaca I La Galigo. Dan ia karya Bugis, bukan Jowo.

Tetapi untuk masa ini, keanggunan orang Jowo telah ditewaskan oleh Sunda. Kamu percaya tak? Ada tengok Anggun lakonan Luna Maya (lihat foto) di RTM tak?

Saya fikir pengusaha blog Kampoeng adalah Jowo. Dia 21 dan cantik. Sekarang di Belanda meneruskan pelajarannya. Katanya, "saya normal, ngga gila." Saya suka dia. Saya suka blog dia dan saya link dia. Saya ingin dia popular di Malaya.

4
Eh, pagi tadi waktu mandi saya fikir hendak cerita fasal Adnin Armas. Tetapi nampaknya cerita Jowo pula. Dah pinter keblinger nampaknya aku ni.


Sumber gambar: http://commercenona.cbn.net.id/mde22004/images/wallpaper/luna_kaudanaku_1024.jpg

Selasa, November 20, 2007

Perempuan pakai maskara


Maskara, tentunya bukan untuk laki-laki. Sindiket Sol-Jah mengadakan MASKARA yang lain awal bulan depan. Ia adalah tentang acara baca membaca dan tepuk menepuk (tangan) yang 'membosankan'. Tetapi kami ada bawa kroni untuk membuat persembahan pertama. Nak tahu lanjut baca blog penganjur.

Kroni kami itu adalah Nordiana, Saffiah dan Mawk. Semalam mereka mula berlatih dan mereka masih belum terer macam kami. Sambil duduk-duduk di Dataran KLH melihat mereka berlatih, saya katakan pada teman yang botak, dan yang kurus dan berkaca mata tebal, "nanti kalau dia orang buat show tak best, kita buat tak kenal saja. Lepas tu, kita start kereta balik pelan-pelan."


Kawan-kawan kami ini khabarnya nak baca Rubayat Hamzah Fansuri dan sajak fasal seorang budak mimpi jumpa Tuhan. Sajak tu judulnya Tentang Kematian. Dan ada juga sajak fasal seekor tikus yang nampak Nurul Huda kena rogol dalam pencawang TNB di Gelang Patah tiga tahun lalu. Aku suka sajak-sajak ini sebab aku rasa dia bukan Berita Harian (En. Nazmi Yaakub jangan marah, kau tak, kau cuma kerja saja, hati kau bukan Berita Harian. Berita Harian dalam konteks ini boleh juga disebut sebagai Utusan Malaysia).



MASKARA ini, kata mereka adalah Malam Perempuan-perempuan. Confirm, memang 'jahiliah' ni!


Sumber gambar: Blog penganjur.


Ini adalah iklan tidak berbayar yang tidak boleh mengayakan kita macam Adsense dan Advertlets. Jadi, targetlah barang-barang percuma sempena "malam jahiliah" tersebut.

Respon Selasa Pagi (atau 666)

Terima kasih kepada En. Rambo yang memaut blog ini dalam Emosi, sebuah lagi blog 'hitam' (nampaknya kau bertambah popularlah nanti). Pemuda ini nampaknya keliru dengan orientasi cinta (atau seks) mengikut panduan zodiak. Percayalah, kalau kami Virgo macam aku, jangan sesekali ada hubungan dengan Pisces. Hanya aku seorang yang boleh hidup dengan Pisces. Aku ada buat ujian dekat Tickle, inilah carta cinta aku. (Tidak, carta ini hilang.)

Aku ditakdirkan dengan Leo, Sagitarius, Aries dan Taurus. Selain itu so so saja. Tetapi pantangnya cuma dua Virgo dan Leo. Tetapi ini kan cuma ramalan bintang.

2
Cik Mardhiah, saya suka perasan. Saya suka kamu. Saya sayang kamu. Saya cinta kamu. (Kamu cantik dan berdahi licin tak?)

3
Sekalian sabahat-sahabat Jowo yang pinter sekalian, silalah mengundi saya cepat. Rasanya tak lama dah parlimen akan dibubarkan. Dan kau tahu, dalam dunia ada dua saja: Syurga dan neraka. Kecuali kau Muktazilah. Kalau kau tak baik dan tak jahat, bila mati, kau akan duduk di tengah-tengah antara syurga dan neraka. Cool!

4
Lord of War (lihat gambar di atas) memang patut kamu tonton. Industri senjata api bukanlah industri yang boleh diabaikan. LW juga berkaitan peperangan dan jiwa Habil (atau Qabil) manusia. Filem ini dilakonkan Nicholas Cage sebagai Yuri dan adiknya yang mendapati perniagaan sebenar yang boleh menjamin masa depan mereka adalah satu: Senjata api. Pada mulanya, dalam lautan peluru, Yuri berkata, "dalam dunia ini, sekarang, seorang daripada seratus memiliki senjata api. Masalah kita sekarang ini, bagaimana kita hendak jual pada 99 orang lagi?"
Filem ini terlalu bagus untuk dibandingkan dengan blog Semusim Di Neraka (SDN). Mikon akan gantung pen kalau tengok filem ini. Oh, semoga anak Dato' Lat tidak tergoda oleh engkau. Aku ini penuh hasad dan dengki.

5
Aku dah percaya tesis kawan kami tentang SDN. Mikon, menjadi setan adalah takdirmu! Apabila aku lihat statistik(terima kasih eXTReMe Tracking), inilah paparannya. Pada 20 November 2007, pengunjung kedua terbanyak ke blog aku adalah datang daripada pautan Mikon di SDN. Dan pada hari ini, seramai 666 orang telah klik pautan tersebut. Aku ulang: 666. Kamu percaya tak? Aku rasa kamu percaya sebab kamu ada sepuluh jari.

6
Fikri Kacak, berhati-hati bukan sebab aku tengok. Berhati-hatilah sebab ada "yang di atas aku dan di atas kau" sedang tengok. Kau kena baca banyak tulisan Dr. MAZA ni. Dalam Mstar ada. Apa yang kau nampak di atas kau? Bukan perempuan kan.

7
Terima kasih. Aku dapat berita baik. Aku ingin jumpa kawan-kawan di Bangsar dan Jalan Telawi dan Brickfields selepas 12 Disember ini. Aku ingin berkongsi dan bermaaf-maafan sempena perayaan Santa Klaus ini.

Isnin, November 19, 2007

Berudu

Blog Foto

Sumber: http://picasaweb.google.com/jimadieshah/BlogFoto

Ha, ha, ha, aku dah pandai guna Picasa. Siapa yang guna Flickr jangan berlagaklah dengan aku kali ni. Kau orang tahu tak, Flickr dan Yahoo! tu dimiliki oleh Yahudi dan setiap tahun dia sumbangkan 15 peratus keuntungannya untuk kerajaan Israel dan menghalau rakyat Palestin daripada tanah air mereka. Percayakah tuan-tuan?

Bodoh, aku tipu! Lain kali dengarlah cakap Dr. MAZA, iman tak boleh ikut-ikutan.

Warga Pekak dan Mesej Islam

Oleh ZALILA ISA

(Daripada laman web Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia)


"Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta penghembus lesung,
Yang lumpuh penghalau ayam,
Yang pekung penjemuran,
Yang kurap pemikul buluh."
(petikan daripada "Hikayat Awang Sulung Merah Muda")

BAHASA berirama jenis 'runs' ini terdapat di dalam hikayat sastera klasik Melayu. Rangkap bahasa berirama di atas menyatakan setiap anggota masyarakat mempunyai peranan masing-masing sesuai dengan keadaan diri masyarakatnya. Penggunaan bahasa sebegini bukan sahaja mempelbagaikan lagi penggunaan bahasa di dalam karya klasik Melayu, tetapi juga dapat melambangkan dengan jelas dan baik apa yang berlaku dalam masyarakat zaman dahulu. [Baca lanjut]


--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Respon untuk merespon

Sebenarnya banyak aku nak tulis. Tapi malas. Mungkin disebabkan komputer di pejabat aku lembat sebab kena virus atau connection internet yang macam siput. Lecehlah pakai wireless. Aku dapat berita baik tapi jurukhabarnya kata make it private and confidental. So, aku rasa macam Cholie, kawan Clark Kent dalam Smallvile. Tahu sesuatu tapi tak boleh cakap. Aku nak respon pasal Lord of War, filem yang sangat bagus. Direkemenkan kali pertama oleh adik aku  raya lepas. Aku juga nak cerita fasal One Family Under God yang aku dapat hasil seminar Sabtu lepas. Tetapi, kenapa banyak quee dalam hidup yang aku kena tulis? Ada berjela-jela lagi. So, penatlah aku.

Ini bukan respon. Tiba-tiba aku rasa sangat lapar.

--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Khamis, November 15, 2007

Anda tidak boleh lakukan ini kepada rakyat - Mariam

"Saya sangat sedih dan marah. Kami mahukan keadilan. Anda tidak boleh lakukan ini kepada rakyat," kata Mariam.
Siapa Mariam? Mariam adalah rakyat biasa. Suami dia kena pijak dengan polis sampai pecah lutut walau pun datang tempat Perhimpunan BERSIH cuma nak tengok.

Aku sangat tersentuh dan sedih membaca berita ini. Kalau mahu baca sila pergi ke Malaysikini.com. Tetapi aku rasa banyak yang tak langgan. So, bacalah di sini, di bawah sampai habis.


Peniaga: Polis pecahkan lutut saya sewaktu perhimpunan
Fauwaz Abdul Aziz
Nov 15, 07 4:48pm


Kecederaan yang dialami oleh Aleyasak Hamid Ali Hassan, seorang penjual goreng pisang, menjadi bukti kekerasan yang digunakan oleh anggota polis ketika meleraikan perhimpunan anjuran Bersih di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Sebenarnya, beliau ke ibunegara pada hari berkenaan semata-mata mahu melihat sendiri perhimpunan tersebut, tetapi ia berakhir dengan lututnya pecah dipijak dan ditendang dengan kuat oleh "anggota polis" di kawasan Masjid Jamek.

Dia juga tidak memakai baju warna kuning, tetapi mengenakan pakaian berwarna hitam dan tidak terlintas di hatinya untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Tidak pernah terbayang yang saya akan berakhr begini, dengan kaki saya hancur dicederakan oleh mereka yang sepatutnya melindungi orang ramai daripada keganasan," kata Aleyasak, 31, dari Kajang Selangor.

Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Bersih - gabungan 67 badan bukan kerajaan (NGO) dan lima parti politik yang menuntut pembaharuan pilihanraya. Kira-kira 40,000 orang berhimpun di Istana Negara dan memorandum mengenainya telah diserahkan kepada wakil Yang di-Pertuan Agong.

Aleyasak - yang mendakwa bukan ahli mana-mana NGO atau parti politik - adalah antara mereka menjadi mangsa tindakan polis yang meleraikan perhimpunan di kawasan Masjid Jamek. Polis berkata, ia perhimpunan haram selepas menolak permohonan permit dari pihak penganjur.

Ketika ditemui Malaysiakini semalam, Aleyasak baru empat jam keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam keadaan kesakitan ketika menggerakkan kakinya, Aleyasak menceritakan pengalaman yang menimpa dirinya, sambil ditemani oleh isterinya, Maryam Jameela Megat Mohd Yusof, yang duduk di sebelahnya.

"Saya telah membaca mengenai perhimpunan Bersih dalam akhbar sebulan lalu. Memandangkan ibu mertua saya mengadaka rumah terbuka sempena Hari Raya pada petang Sabtu, jadi kami mengambil keputusan untuk pergi melihat apa yang berlaku," katanya.

"Semasa terperangkap dalam kesesakan lalintas, kami dapat melihat orang ramai berdemonstrasi secara aman - mereka tidak membawa apa-apa. Jadi saya turun dari kereta pada jam 3.30 petang di satu sudut Jalan Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk melihat mereka dari jauh."

Bunyai 'pop'

Manakala isterinya pula terus memandu kereta menuju ke rumah ibunya di Kampung Baru. Tidak 10 minit kemudian, anggota pasukan polis anti-rusuhan menguasai kawasan di depan Masjid Jamek.

"Sekumpulan peserta perhimpunan berhampiran Masjid Jamek berlari ke arah bangunan Dewan Bandaraya (di Jalan Raja Laut). Saya ternampak beberapa anggota polis mengejar mereka. Mereka lari ke arah tempat saya berdiri.

"Orang ramai menjerti 'Lari! Lari! jadi saya naik takut dan berpusing untuk lari dari situ.”

Bagaimanapun, selepas berlari sejauh beberapa meter, Aleyasak tergelincir dan jatuh tertiarap di atas laluan pejalan kaki. Ketika itu empat anggota polis yang tidak beruniform menerpa ke arahny. Mereka menekan kepalanya ke tanah, manakala seorang anggota lagai memijak lutut kaki kiri Aleyasak yang sedang terlipat.

Katanya, anggota polis itu memijak kakinya sekuat hati dan ketika itu dia terdengar pecak lututnya pecah.

"Saya terdengar bunyi 'pop' dan saya tahu ia telah pecah," katanya.

Ketika diarah berdiri, Aleyasak memberitahu anggota polis itu yang kakinya patah. Anggota polis itu menggunakan kata-kata kesat terhadapnya, dan mengarahnya berjalan tanpa dibantu menuju ke arah sebuah trak polis yang menunggu dekat situ.

Menurutnya, anggota polis berungut "mengapa kita mesti angkat awak? Apa yang istimewa sangat untuk diberi layanan seumpama itu? Kamu hanya pengganggu".

"Seorang anggota polis - saya tidak ingat nama atau nombor di uniform mereka - menendang kaki saya yang cedera itu sehingga terhentak ke trak. Seorang tahanan yang sudah berada dalam trak, bersimpati dengan saya dan membantu saya naik ke dalamnya."

Kira-kira 12 tahanan dibawa ke ibupejabat polis kontinjen. Sebaik sahaja tiba di sana, anggota St John's ambulans terus membawanya ke hospital dan dimasukkan untuk menerima rawatan.

Selepas menjalani pembedahan, Aleyasak diberitahu yang lututnya itu akan mengambil masa tiga hingga lima bulan untuk sembuh. Bagaimanapun, dia perlu menunggu selama setahun sebelum boleh melakukan sebarang kegiatan sukan atau beriadah.

“Saya tidak akan dapat bekerja untuk beberapa bulan akan datang memandang keadaan saya sekarang," katanya.

‘Pohon maaf’

Atas nasihat rakan-rakannya, Aleyasak membuat laporan polis di pondok polis HKL mengenai kejadian tersebut.

Beliau mahu sekurang-kurangnnya mereka yang tertangungjawab menyebabkan kecederaan itu memohon maaf kepadanya, tetapi tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak polis dan kerajaan.

Sementara itu, isterinya, Maryam, 29, berkata kecederaan yang dialami suaminya itu telah menjejaskan mata pencarian mereka.

Maryam - seorang guru tuisyen - berkata beliau terperanjat dan seperti tidak percaya dengan yang telah berlaku terhadap suaminya itu.

"Kita hanya rakyat biasa. Kita tiada kena mengena dengan politik. Mengapa dia diperlakukan sedemikian? Kalaupun polis hendak meleraikan perhimpunan tersebut, suami saya hanya pergi melihat sahaja - mesti ada batasan terhadap apa yang mereka boleh lakukan," katanya.

Beliau berkata, anak-anaknya - berusia enam dan dua tahun - juga tertanya-tanya mengapa bapa mereka cedera.

"Saya tidak mahu mereka keliru dengan memberitahu mereka, polis yang melakukannya terhadap bapa mereka," kata Maryam.

Beliau juga marah dengan mereka yang menafikan tiada keganasan dan kekerasan yang melampau telah digunakan oleh polis terhadap suaminya.

"Saya sangat sedih dan marah. Kami mahukan keadilan. Anda tidak boleh lakukan ini kepada rakyat," katanya. Berita asal

Ngarut: Keangkuhan menjelma dalam jenama-jenama

Apakah makna ngarut? Adakah maksudnya karut atau mengarut? Tidak pasti. Tapi tentulah ia dmembawa konotasi negatif. Perkataan ini aku jumpa dalam blog Inside My Head yang diusahakan oleh mamat yang rasa pandai (kategori apa, pinter, keminter atau pinter keblinger) dan memperkenalkan dirinya sebagai Fikri Kacak. Apabila aku klik perkataan ngarut, maka menjelmalah sebiji epal hijau yang besar. Inilah lamannya. Benar, blog ini mengarut. Tetapi itu jarang disebut orang. Terima kasih kepada mamat handsome.

Namun, Inside My Head ini boleh tahan juga mengarutnya. Rasanya pengusahanya seorang pelajar dan meminati En. Mikon. Baik, jangan jadi gay!

Aku suka gambar-gambar t-shirt dalam blog ini walau pun tidak sehebat di Cafe Press. Mengusahakan sebuah butik kasual adalah angan-anganku. Sebab, aku rasa t-shirt di Radioactive itu tak best. Apatalah lagi Adidas dan Nike walau pun harganya relatif mahal. T-shirt-tshirt ini melambangkan ego kapitalis yang mungkin kita tak sedari. Keangkuhan menjelma dalam jenama-jenama.

Tanpa memberi bintang, aku link blog ini.

Rabu, November 14, 2007

Dakwah melalui bahasa isyarat

Susunan Idris Musa

DENGAN menyusun jari-jemarinya secara berhati-hati, seorang lelaki yang berdiri dekat imam di sebuah masjid di Kaherah, Mesir menyampaikan mesej mengenai Islam kepada Muslim lain yang mengalami masalah pendengaran: “Allahu akbar” - Allah Maha Besar. [Baca lanjut dalam myMetro]

Terima kasih kepada wartawan Zalila Isa yang memberitahu tentang artikel ini dan membuat liputan isu ini yang juga menjadi masalah di Malaya.

Serangga, tikus, lalat dan burung

Tulisan ini dipetik daripada blogzine Republik Kata.


Di China, sepanjang 1958 hingga 1960, jutaan serangga, tikus, lalat dan burung dibantai. Petani diperintahkan menggali tanah lebih dalam (untuk tujuan pertanian). Oleh itu, sebelum sempat memungut hasil, mereka, orang-orang miskin telah lebih dahulu jatuh kelelahan. Jutaan serangga, tikus, lalat dan burung dibantai. Burung di China diancam kepupusan. Keseimbangan alam terganggu. Tetapi para birokrat terus menggelembungkan statistik dan laporan-laporan mereka dek ketakutan pada Mao Zedong yang punya ambisi terlalu utopia. Akhirnya, burung pun dikeluarkan daripada daftar "empat makhluk jahat". [Baca lanjut]

2
Republik Kata akan mempunyai kolum baru "Penilaian Semula" oleh Kassim Ahmad. Tunggukan tulisan beliau.

3
Apakah yang akan Rose Cumming tulis dalam kolumnya "Porno Politik"? Apakah aksi-aksi pornografi yang bermain-main di kepalanya?


Selasa, November 13, 2007

Respon Selasa pagi

Dear kawan-kawan yang baik,
Me, Myself and Irene
belum pernah saya tonton. Belum masuk dalam rak filem-filem kegemaran saya. Saya cerewet. Hollywood, filem dengan genre komedi dia jarang bagus. Tetapi tidak adil menilai tanpa menontonnya terlebih dahulu. Biar saya cari yang percuma dalam internet, hasil sumbangan besar 'industri pirates' dalam dunia hiburan. Manalah tahu boleh jatuh cinta.

2
Apabila BERSIH menggunakan kuning sebagai warna 'propaganda' mereka, ramai orang teringatkan DiGi. Kawan kami terlihat baju bertulis Daulat Tuanku. Sebenarnya kuning juga adalah warna 'almarhum' Semangat 46 dan Golkar di Indonesia.

Pada tiap persimpangan, kuning maknanya berjaga-jaga. Merah maknanya FRU dan hijau maknanya PAS. Atau pun maksud lainnya: Cabut, polis datang!

Hujan lebat itu, kasihan teman kami itu, lauk karinya tempias masuk air.

3
Teman yang kami sayangi akan pergi. Jadi, selamat berpisah, sayonara dan jumpa lagi. Mundur bukan ertinya kalah. Teman yang kami sayangi dalam perkelahian itu akan membuatkan kami rindu. Oleh itu, harap dia terus berhubung. Inilah e-mel saya: jimadieshah@gmail.com. Keep in touch, bro. Don't forget us. Benarlah seperti agama mengajarkan kita, apabila kita tidak sukakan seseorang itu, jangan berikan sepenuhnya perasaan itu. Takut nanti orang itu akan menjadi pula yang dirindui dan dikasihi. Harap teman kami bertaubat.

4
Semalam ketika merajuk, saya menghabiskan kebosanan dengan membaca diolog Adnin dengan kelompok Islam Liberal. Perbincangan dan hujah mereka saya kira menarik. Rasional dan tanpa emosi. Digerakkan atas tanggungjawab intelektual demi menemukan sebuah kebenaran. Walau pun kedua mereka datang dan berada dalam jalur yang sama sekali beda, tetapi tidak berlaku, seperti dikatakan Adnin, loss of adab. Kalau pun sedikit terkucil mereka akan langsung pohon maaf.

Dalam entri ini, soal yang ingin saya perkatakan bukanlah tentang Islam Liberal itu sendiri, sebaliknya tentang adab berdiskusi dan bertukar pendapat itu sendiri. Saya terkesan dengan kebaikkan kedua-dua belah pihak yang saling memulakan hujahan dengan ucap salam atau ungkapan-ungkapan dear seperti Buat Adnin yang baik, Kepada Luthfi yang baik. Dan mengakhirkannya dengan waalahua'lam.

Tidaklah niat saya menyarankan ungkapan-ungkapan itu sebagai syarat, tetapi ada dan kerendahan hati budi itulah yang perlu kita contohi. Oleh itu, kurangkanlah mencarut kepada orang lain. Jangan loss of adab.

Saya fikir semua orang gemar mencarut. Saya juga. Tapi biarlah kena pada masanya. Sayang sekali kadang-kadang ada 'mutiara' yang terpendam tetapi tersimpan dalam kegelapan carutan yang pekat.

Terima kaseh daun keladi.

P/s: Anda ada penpal? Saya pernah ada beberapa tahun lalu. Namanya Alda Thrisdyawidyani, gadis Bogor yang menuntut di Insitut Pertanian Bogor. Sekarang melanjutkan pelajaran di Belanda. Dia obsess dengan metereologi, terlalu. Gadis sunda ini, dan saya, kami loss contact. Suatu hari saya menulis kepada dia dengan ungkapan mula "Deer Alda". Saya tersilap dan dia membalas, "I am not a deer." Oleh itu, hingga sekarang, saya jarang tersilap mengeja perkataan "dear".


Sumber gambar: http://www.worth1000.com/entries/72500/72771CIkH_w.jpg


Isnin, November 12, 2007

Hitler, menjadi pemimpin adalah takdirmu

(Untuk mereka yang 'pandai' dan menyala-nyala)



Hitler, menjadi pemimpin adalah takdirmu. Dan"pandai" dalam entri ini bermaksud pandai, rasa pandai dan memandai-mandai.

* * *

Saya pernah menyelenggakan kursus kepimpinan untuk jurubahasa isyarat amatur atau tidak profesional (maksudnya bakal jurubahasa isyarat profesional). Kursus tiga hari dua malam di Morib, pantai yang tidak best itu, menjadualkan dua penceramah jemputan. Seorang aktivis beliau dan seorang lagi peguam muda terkenal.

Teman kami yang menyampaikan syarahan dengan judul ringan "Teori dan kualiti kepimpinan" itu menyatakan, jenis-jenis atau personaliti kita menjadikan kita dengan sendirinya menolak kita menjadi pemimpin. Maksudnya, pemimpim bukanlah pilihan. Ia adalah takdir, adalah destiny.

Manusia itu, katanya lagi, saya tidak pasti ketika itu kepalanya botak atau tidak, pertama mereka yang tidak puas hati, hati mereka membara dan menyala-nyala, dan mereka ingin menyuarakan dan meluahkan kesemuanya.

Satu lagi, yang mempunyai perasaan itu tetapi memilih memendamkannya.

Tentang mereka yang sentiasa rasa bahagia macam kambing tak perlulah kita habiskan kertas berkajang-kajang menulis tentangnya dalam blog ini.

Golongan pertama adalah pemimpim. Itulah takdir yang terbaik untuknya. Mereka ini tergolong salah satu atau kesemua daripad takrif "pandai" yang dikemukakan dalam blog ini. Seingat saya dalam bahasa Jawa dikenali sebagai pinter-keminter-pinter keblinger.

Di alam blog atau blogsphere ini, banyak mereka yang pandai tetapi malangnya tidak tahu membuat blog. Walau bagaimana pun, mereka ini sejak azali adalah pemimpim. Oleh itu bantulah mereka sebelum mereka dilaknat bersama isteri mereka yang menjadi pembawa kayu api dalam neraka seperti dikisahkan dalam al-Masad.

Link ini saya fikir boleh menjadi panduan kepada mereka. Tolonglah mereka. Mereka ini orang-orang yang sungguh dikasihankan. Ajarlah mereka berblog. Tulislah entri-entri tentang kaedah membuat dan mengusahakan blog. Semoga tuan beroleh rahmat dan kesejahteraan yang berlipat kali ganda daripada Allah Azzawajalla.

* * *

Mereka yang membaca atau menerima tulisan ini hendaklah memajukannya kepada 20 orang dalam masa satu minggu. Jika tuan berbuat demikian, tuan akan dikurniakan kebaikan daripada sumber yang tidak tuan duga.

Seorang lelaki di Terengganu telah.... Selanjutnya, tulisan ini berbunyi bla, bla, bla....

Respon Isnin pagi

Kawan yang kami ketemu di pinggir dan bahu jalan, seorang penulis lirik terkenal dan tak berapa betol, pernah meriwayatkan kisah hidupnya. Katanya, "dulu waktu gua budak-budak, gua tak tahu dalam dunia ini ada orang jahat. Apabila umur gua 26 tahun, baru gua tahu. Sial, gua pun tension dan hisap ganja lagi beberapa tahun."

Kami ketawa dengan cerita teman yang kami sua di pinggir dan bahu jalan itu. Kami di restoren Darul Ehsan (tidak lagi beroperasi) ketika itu. Rambutnya berwarna dan dia amat peramah, rendah diri dan berhati murni.

Cerita tentang kawan kami ini bolehlah kita semua jadikan pedoman. Dalam blog atau di mana-mana sebenarnya ada orang jahat. Oleh yang demikianlah, mulai semalam blog ini ada peringatan besar dari Al-Masad tentang orang yang dicelakan dalam al-Quran, Abu Lahad dan bininya pembawa kayu api. Oleh itu juga, siapa yang makan cabai, dialah yang rasa pedas.

Kuantan

Kata teman kami, aku ini pentafsir HANGAT tentang cinta dalam entri kami "Dari Kuntan dengan cinta: Dan perempuan dengan wajah". Soalnya lagi, "yang mana satu tersemat di hati?" Jawapannya adalah: Kau tak baca ke komen sebelumnya, "setan mengatal jer tau xguna". So, faham-fahamlah.


Gila

Ada teman yang kami ketemu di blogsphere ini mengaku skizofrenia. Mungkin dia juga gelakkan aku sebab dituduh split personality. Ada kenyataan yang agak kasar daripada teman-teman. Katanya skizofrenia juga adalah penyakit Al-Ghazali yang 'berdosa' menjahamkan kerja-kerja intelektual Ibnu Rush beberapa ratus tahun sesudahnya. Benarkah?


Saya cuba membayangkan tentang menariknya spit personality itu sendiri. Macam penjahat dalam filem Spiderman yang menjadi raksaksa pada malamnya. Di siang hari dia menjadi ahli koprat. Kalau tak salah, namanya Green Goblin. Penyakit ini cool! Kita buat sesuatu dan kita tak tahu. Saya mungkin bangun malam-malam, mencarut-marut dalam blog dan keesokannya menjawab sendiri carutan itu. Benar, itu cool.


Jalan raya

Sebenarnya ada seribu cara berdemo dan seribu cara memekikkan demokrasi. Setiap satu tidak lebih baik daripada yang lainnya seperti kapten kapal tidak lebih baik daripada penarik sauh. Sama-sama penting dalam sebuah kapal. Dan kapal demokrasi. Komen mufti kami kelmarin boleh djadikan iktibar, fahamlah apa yang kita buat. Jangan ikut-ikutan. Itu salah satu saranannya yang boleh pakai daripada selonggok yang tak boleh pakai dalam intebiunya dengan Radio 24 semalam.


Dua komen ini walau pun namanya beda, tetapi retorikanya sangat bagus dan menarik hati saya. Mereka mungkin telah belajar bagaimana berkias seperti orang Melayu.


volume:
pekik..jerit...sepandok...dan negara akan berubah...hahahaha


kuda:
tali2 yg dipintal merupakan sebaik2 dan sekukuh2 tali....



Malaya ini mempunyai asas yang kuat kepada prinsip demokrasi, kebebasan dan keadilan. Ia dinyatakan dalam Pengsiytiharan Kemerdekaan negara kita sendiri. Juga dalam Rukun Negara yang menyebut tentang semangat liberal. Itulah titik tolak perjuangan kita. Jika pemimpim dan bangsawan-bangsawan menyimpang, maka jadilah, bukan republik, tapi "negara kuku."

Ah, apalah kami ini separuh anarkis tetapi dipaksa bercakap soal negara-negara pula. Itu urusan kau oranglah. Baik, jangan jadi kambing. Assalamu'alaikum.

P/s: Split personality bukanlah gila.


Sumber gambar: http://www.dialbforblog.com/archives/266/spidey_goblin_aerobics.gif dan http://www.nmsu.edu/~safety/images/fire_meaney2.gif

Ahad, November 11, 2007

Ralat untuk demokrasi


Saya malu hidup dalam sebuah negara yang pernah punya bangunan tertinggi di dunia dan memegang teguh prinsip demokrasi tetapi meriam air dan gas pemedih mata turut samat ada. Semalam hujan. Hampir jam tiga, saya tertanya-tanya, apakah yang sedang berlaku di Dataran Merdeka? Teman kami seorang pensyarah ke Bukit Cerakah Shah Alam untuk suatu acara dan pulang dalam kesesakan pada pagi Sabtu. Iya, Sabtu, kerana polis mengadakan sekatan jalan raya. Dan petang itu, selepas hujan yang amat lebat, dari jendela, saya melihat Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) macet. Lebih teruk daripada petang hari bekerja. Walhal, Puchong Jaya dan Kuala Lumpur bukannya jarak yang dikira dekat.

Kemudian, hari ini apabila melayari internet, saya melihat pelbagai gambar yang memilukan. Inilah wajah demokrasi kita yang sering ralat. Semalam juga saya mendengar jawapan Zam yang aneh kepada wartawan al Jazeera. "Kenapa perhimpunan ini illegal." Saya fikir Zam sukar menjawab soalan ini ketika dia mula mengumam. "Kita sudah ada pilihan raya." Jawapan ini bagi saya adalah melawan prinsip demokrasi. Demokrasi maksudnya demokrasi, 365 hari setahun, atau 366 kalau tahun lompat. Demokrasi bukan lima tahun kali 365 hari. Proses pengundian adalah sebuah sebuah proses demokrasi. Tetapi bukan itu sahaja. Menulis dan menyatakan pandangan dalam blog juga sebuah proses demokrasi.

Tadi dalam Radio 24 pula ketika mufti kerajaan negeriku Dr. Asri Zainul Abidin atau 'lebih mesra' kami gelar Dr. Maza pula memberikan reaksi yang berbunyi aneh. Hujan amat lebat ketika itu. Saya matikan radio dan keluar dari kereta dengan berlari untuk ke kedai runcit. Apabila saya masuk semula, berita dalam radia itu tiba-tiba membuat kesimpulan bahawa demonstran yang berlindung di dalam masjid daripada hujan itu BERDOSA. Kalau boleh saya geleng kepala. Nasib baik saya memandu.

Kita semua harus bertaubat. Banyak orang berdosa kerana berpolitik walau pun juga banyak yang berdosa kerana memejamkan mata kepada politik dan jadilah mereka seperti kambing-kambing. Diberi makan di dalam kandang kemudian disembelih pada hujung tahun.

Saya melihat laporan-laporan daripada Harakahdaily, Malaysiakini, BBC dan AP. Gambar itu adalah ralat untuk demokrasi. Gambar-gambar itu berwajah pilu untuk kita tatap. Meriam air, gas pemedih mata, orang berlari. Memalukan. Menyedihkan.

Gambar dalam entri ini dicuplik daripada AP. Memandang daripada aspek lain, bagi saya gambar ini cantik dan penuh artistik walau pun ia merakam suatu gelodak bangsa paling parah--pengkhianatan demokrasi. Apakah kerajaan mahu memastikan keaslian gambar ini dan ribuan lagi yang ditangkap pada Perhimpuran 100,000 rakyat itu seperti mereka mahu memastikan keaslian "Pita Linggam" itu? Periksalah, mana tahu gambar ini telah disunting. Sumber gambar ini adalah http://ap.google.com/article/ALeqM5jBmEoLuQu90t6XuHS4hY9BVIt0qwD8SRA4F01.

Sabtu, November 10, 2007

Tuan kampung anjing dan inilah hedonisme

Nilai, kebebasan dan cita-cita dalam filem Lord of Dogtown

Sudah tentu judul pada entri ini bukanlah terjemahan yang tepat untuk Lord of Dogtown, filem budak-budak muda yang mendebar, menggegar dan penuh dengan statmen: Inilah hedonisme! Kalau anda menonton filem ini, persepsi anda tentang anak muda yang berpeleseran, pelacur di Chow Kit dan Brickfields, mamat-mamat dan minah rempit pasti berubah. Anak-anak remaja dalam filem yang diinspirasikan oleh kisah benar ini, Jay Boy, Tony, Stacy, Sid membuktikan makna setan yang sebenar. Syaitan tidak berwajah hitam, ngeri dan menakutkan seperti orang minyak. Syaitan yang sebenar wajahnya sentiasa manis, melihatkan buat kita tertawan. Dia berjoget, bermain dan bergelak ketawa. Di sekeliling kita perempuan yang sungguh cantik.

Sekumpulan anak muda di kampung kecil di Carlifornia di pertengahan 70-an, dengan papan peluncur mereka telah mencetuskan kegilaan sehingga sekarang. Mereka menjadi lagenda. Semuanya bermula dari kampung yang miskin. Nilai menjadi nombor dua. Pertama adalah ringgit. Keluarga yang porak peranda dan kesantunan tidak pernah ada. Cita-cita hanya menjadi ratib yang panjang: Skateboard, skateboard, skateboard!

Ia bermula dengan sebuah roda kecil berwarna kuning. "Ini uniterine, ia dibuat daripada minyak. Ia meluncurkan skateboard dengan lancar," kata Skip, pemilik jenama kecil Zephyar. Dan katanya lagi sambil ketawa, "ia boleh mencengkam di curam-curam." Skip hisap rokok dan langsung minum arak.

"Kamu ambil ini dan pergi berlatih. Kita akan masuk pertandingan seluruh Carlifornia," Skip berikan kemeja-t hitam bertulis Zephyar dan sebuah papan selaju yang tentunya dengan roda kecil kucing. Iya, uniterine, ia lebih bernilai daripada duit, ia meluncur laju dan mencengkam di bukit dan curam. Cool! Tidak ada ungkapan lebih sesuai daripada ini.

"Tetapi kalau kami ditangkap polis, aku tidak ada kena mengena. Aku tidak akan jamin kami," dia ketawa dan menutup pintu kedai. "Budak-budak ini gila, mereka meluncur di mana-mana, mereka jahanamkan seluruh kampung, tapi mereka ini akan buat kita kaya," kata laki-laki berperwatakan tidak terurus itu kepada temannya.

Bersambung...

Jumaat, November 09, 2007

Novel 'popular' sampah dan tak berguna?

Hingga saat ini, komputer saya masih hang. Agak tension. Saya menaip agak panjang memperjelaskan entri saya terdahulu tentang dakwaan saya Cina tidak beretika bawa kereta. Saya juga menulis tentang kenapa saya sokong dan obses sepenuhnya dengan bahasa Melayu. Saya cuba mengimbau sejarah Sumpah Pemuda 1928 ketika Indonesia belum menjadi Indonesia. Indonesia adalah seribu pulau yang mundur, berpecah-belah dan ditadbir oleh penjajah Belanda.


Peristiwa penting rantau ini itu semacam sebuah titik berkilauan dalam secarah yang tidak mungkin dipadam. Dan salah satu daripada tiga kontrak sosial antara rakyat Indonesia (yang belum menjadi Indonesia itu) dan seribu pulau adalah bahasa Indonesia yang merupakan bahasa minoriti di seribu pulau yang hanya dipertuturkan di Riau dan Sumatera. Dan ketika itu, "Indonesia" bukanlah kata yang tidak alien.

Apakah bahasa Indonesia? Kita semua tahu, walau pun tidak diperjelaskan dalam retorika bapa bangsa yang menakjubkan itu, itulah nama lain kepada bahasa Melayu. Bahasa ini juga pernah menjadi lingua franca di rantau ini dan pernah dipertuturkan oleh Keling, Cina, Mat Saleh dan Arab yang berdagang di sini. Responnya lebih panjang. Dan saya sudahi dengan kata-kata klise kami, yang pernah kami sebut kepada Syarifah Amani, "jika tuan membaca Catatan Pinggir, tahulah tuan langit itu tinggi atau pun rendah."

Saya belum sempat save entri tersebut dalam Blogger. Harapnya sembat diselamatkan.

Kedua, bukan semua Cina bawa kereta teruk. Dan masalah tak berdisiplin di jalan raya bukanlah masalah Melayu, Cina dan India. Ia adalah masalah Malaya. Saya salah, tuan betul. Oleh itu saya mengaku dan minta maaf. Tetapi kawan kita kata all womens drives really bad. Itu juga mungkin bukan masalah laki-laki atau perempuan. Itu juga masalah Malaya.

Sebenarnya yang ingin saya tulis dalam entri ini adalah tentang novel ringan. Kadang-kadang orang panggil juga novel popular, remaja atau lagi kejam picisan. Adakah benar? Adakah benar yang berat-berat dan serius itu bagus dan yang ringan-ringan itu tak bagus? Saya fikir saya tak sangat menulis ringan, kecuali di blog ini. Sebab ringan buat saya bosan. Saya mahu yang berat-berat. Kadang-kadang buat kita tak terpikul. Ringan dalam takrif kita selalu menjadi klise. Oleh kerana ia selalu diulang-ulang, ia mudah dihadam.

Tapi siapa kata yang ringan itu sampah atau tak berguna? Hari ini, saya rasa sebagai seorang penulis 'propaganda', yang menulis kerana ingin menyogokkan sesuatu pandangan yang kita percaya benar, medium bukanlah masalah. Idea tidak terikat dengan medium. Idea itu bebas sepenuhnya. Idea adalah mistik dan jampi serapah.

Diwali semalam selain menghadiri rumah terbuka adik ipar, saya asyik menulis. Saya menanam cita-cita baru yang saya simpan sejak terbaca semula fasal Sekuntum Duri, dialog dalam alam maya ini antara Wan dan penulisnya. Idea asas novel itu amat menarik minat saya walau pun tidak pernah pun, walau sekali menyentuh kulitnya, apatah lagi membacanya. Ia kisah laki-laki yang tidak boleh menerima kenyataan bahawa teman wanitanya tidak lagi virgin, ah, ha, ha!

Saya pernah pinjam judul itu sebagai bab dalam sebuah novel bersiri saya 'Kan Kurangkul Cupid di Satu@Arah (tidak lagi beroperasi) di Satu@rah atau dikenali juga sebagai Arahkiri suatu masa lalu. Semalam saya berbicara dengan isteri tentang novel yang ingin saya tulis. Saya mendapat semangat apabila seorang teman menyarankan saya menulis novel waktu bersimposium di Kuantan tak lama lalu. Kata isteri saya watak perempuannya mesti cantik dan kaya. Baru orang suka baca. Formula itu betul, tetapi sampai bila? Adakah selera orang Malaya tidak akan berubah?

Saya separuh loya juga menulis bab pertama novel ini. Ia saya beri nama Sekuntum Kumbang. Juga dek ilham judul novel Indonesia itu. Kononnya diterbitkan semula oleh sebuah penerbitan besar di sana. Gramedia kalau tak salah saya. Saya akan cari bulan 12 ini di Jakarta. Sekuntum Kumbang keterbalikan longgar daripada Sekuntum Duri. Tentang laki-laki yang tidak lagi teruna. Ha, ha, ha! Orang lelaki ni ceritalah tajuk apa pun, kesimpulannya mesti fasal seks juga.

Oh, komputer saya hang bila cuba buka gambar Sumpah Pemuda ala-ala sephia dari Blog Topan Hidayat. So, jangan buka, rasanya tak ada gambar blue pun.


Gambar hiasan dari http://kampoeng.blogspirit.com/images/medium_sumpahpemuda2.2.jpg

Respon Jumaat pagi

Beberapa respon terhadap komen di papan kenyataan semalam dan kelmarin dulu

Cina bawa kereta teruk?

Benar, tidak betul menyalahkan sikap di jalan raya dengan kaum. Tuan-tuan benar, saya salah. Saya mengaku dan minta maaf. Melayu pun sama, India pun sama. Ini bukan masalah Melayu, Cina, India, Siam, Bidayuh, Kadazan; ini masalah Malaya.

Kedua, masalah hubungan antara kaum yang melibatkan persepsi, secara realitinya tidak dibincangkan secara terbuka, serius, intelek dan kesemuanya disapu di bawah karpet. Oleh itu, daripada luaran, segalanya cantik dan bergermelapan. Patutkan kita menilai semula dasar asimilasi dan bukannya integrasi seperti diamalkan di Indonesia misalnya. Patutkah kita menilai semula Perlembagaan Rakyat PUTERA-AMCJA yang mengelaskan Melayu, Cina, India sebagai "Melayu"? Jawapannya tidak ada kerana ini adalah respon pagi, bukan jawapan pagi. Seingat saya dalam Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka oleh Fahmi Reza pun tidak menyarankan apa-apa. Ia cuma perakam yang baik?

Kalau kata all womens drives really bad pun sebenarnya sudah bernada patriachy. Adakah sikap buruk boleh dikaitkan dengan jantina? Ia masalah perempuan atau masalah negara? Tuan-tuanlah fikirkan, saya cuma menimbulkan. Tuan-tuan semua ahli fikir. Saya ahli tulis.

Bahasa Melayu

Pada 1928, Soekarnoo menghimpunkan anak muda di seluruh Indonesia. Ketika itu Indonesia belum menjadi Indonesia. Indonesia adalah seribu pulau yang tidak bertamadun, berpecah belah dan dicaturkan sesuka hati oleh Belanda. Perhimpunan bersejarah ini dinamakan Sumpah Pemuda. Pada hari inilah sebuah kontrak sosial dibina antara seribu pulau dan rakyatnya atas tiga perkara: (1) Satu bangsa: Bangsa Indonesia; (2) Satu bahasa: Bahasa Indonesia; dan (3) Satu matlamat: Kemerdekaan bersama.

Apakah Indonesia dan apakah Bahasa Indonesia? Indonesia kononnya diambil daripada perkataan "Hindia Belanda" manakala bahasa Indonesia bukanlah sebuah bahasa yang dikenal di seribu pulau pada masa itu. Soekarno tidak menerangkan dalam retorikanya. Bahasa Indonesia adalah bahasa orang-orang di Riau dan Sumatera, hanya bagian yang sungguh kercil dibandingkan dengan kenagkuhan seribu pulau yang bertutur dalam bahasa Jawa dan Belanda. Tetapi Soekarno yakin bahasa ini yang sebenarnya nama baru kepada bahasa Melayu yang dipertuturkan di Tanah Melayu selama ratusan tahun, daripada negeri-negeri Melayu Utara, dari Patani, Yala, Nara dan sebagainya itu sebenarnya punya potensi yang sungguh besar.

Inilah bahasa yang tuan-tuan kata tiada masa depan itu walau pun dia pernah menjadi lingua franca dan kekal sebagai bahasa keempat paling banyak penutur di dunia. Bahasa Melayu pernah dituturkan oleh pedagang Keling, Cina, India dan Mat Saleh yang singgah di sini. Dan kalau tuan membaca Catatan Pinggir, tahulah tuan langit itu tinggi atau pun rendah! Kami sengaja mengulang kata-kata ini yang pernah kami tulis kepada Syarifah Amani.

Demo

Esok ada perhimpunan 100,000 rakyat di Dataran Merdeka. Saya dengar war-war perhimpunan ini sejak 1 Syawal dulu. Dan polis klasifikasikannnya sebagai "haram". Siapa berani pergi? Siapa takutkan perkataan "haram" selain Tanah Haram?

Rabu, November 07, 2007

Beriman kepada Buddha


Don't litter because it is rude.
Mungkin inilah judul lukisan di atas. Dan hari ini bukanlah hari bumi.

Ini juga bukan Ops Sikap sempena Diwali. Saya saja suka-suka perhati dan tulis apa yang saya tak suka. Tadi di Bandar Putri, sebelah Bank OCBC, ada kereta parking di bahu kiri jalan. Dia naik Toyota Unser. Dia buka tingkap dan buang dua kulit pisang dengan senang hati dan rasa bersalah. Aku tak kenal siapa dia, tapi apek Cina ni pakai sweater terbalik warna hijau dan nombor plat kereta dia adalah BGM 8171 (padan muka kau apek, biar satu Malaya tahu!)

Kedua, aku selalu perasan, bukan nak jadi ultra Melayu dan cium keris (maaf, saya tak ada keris pun), kereta kalau Cina bawa tak guna langsung. Potong barisan ikut suka dia. Bawa kereta macam tak masuk sekolah memandu. Kadang-kadang kereta saja besar, tapi kepala otak kecik. Tapi bukan semua. Ada juga yang baik dan menghormati pejalan kaki macam aku dan En. Karam Sikh. Kami adalah pemandu yang berhemah.

Cina-cina ini nampaknya tidak beriman kepada Buddha dan tuhan yang satu lagi. Mereka telah melupakan bapa mereka Konfusius.


Sumber gambar: http://comsewogue.k12.ny.us/~csinger/projects/earthday/annaearth.jpg

Jawapan pagi

Jawapan kepada komen-komen di papan kenyataan semalam

Kayu, terima kasih.

Harris yang nobody, terima kasih. Mind our own business kan. Saya pun bukan punk, bukan hip hop bukan skinhead. Saya sebenarnya dangdut dan nasyid. Sekali-sekali dengar lagu orang puteh.

Karam Sikh, tak baik marah-marah. Dengarlah nasihat dan tazkirah malam kawan-kawan kita. Insaflah. Masa hidu kan singkat. Ada sebuah blog. En. Karam bacalah. Namanya Life is short, make it sweet. Ada dipautkan di sini. Itu blog fasal cikgu muda yang baik hati dan pandai memasak. Diusahakan oleh Hayad.

Aduhaiku, tazkirahlah siang-siang. Malam-malam orang dah tidor atau nak dot dot dot. Nak tahu apa dot dot dot, tanyalah En. Karam. Malam Isnin pun dia tahu kita buat apa? Dahsyat itu. Apa komen En. Aku Bukan Blogger?

2
Entri ini berjudul Jawapan pagi. Rasa saya ada sebuah blog yang namanya hampir serupa. Jawapan Cinta. Betul kan. Blog Faisal kan?

3
Siapa pernah dengar Kashmir Stone? Dulu waktu aku duduk di kawasan keling, Brickfields, banyak betul poster kumpulan ini. En. Karam Tahu ke?


Sumber gambar: http://www.enshad.net/q8_mehrajan/mix/raihan.jpg

Selasa, November 06, 2007

Strawberi, ceri dan bidadari

Sejak 'berkelahi' dengan En. Karam, pening kepala saya. Dengan tidak sengaja, saya terjumpa lagi ini: Summer Wine nyanyian Bono dan The Corrs. Saya memang penikmat kumpulan adik-beradik dari Ireland ini. Tetapi sejak tali tape yang dibeli beberapa tahun dulu kerosot, rindu itu pelan-pelan hilang. Saya ingat, zaman tu zaman tape lagi, The Corrs keluarkan Talk in Corners.

Album ini adalah cinta dan 'malam pertama' saya. Bagi saya, lagu-lagu nyanyian Andrea ini tidak ada yang tidak sedap, walau satu. Iramanya yang bersulamkan wistle Irish dan gendang-gendangnya (saya tidak tahu apa namanya, saya anggap macam gendang dan kompang saja) sungguh mempesonakan.

Kalau kamu perasan, Radja, kumpulan rock Indonesia itu ada pengaru muzik ini dalam lagu mereka Jujur. Dan ia sangat ketara. Liriknya juga simple tetapi tetap tidak mengabaikan sifat puitis dan romantisnya. Summer Wine, kamu patut dengar, inilah lagu terbaik sepanjang 2007, sebelum, dan selepas ini November. Saya perturunkan lirik tersebut sebagai bukti cinta kita berdua, kawan-kawan dan sahabat-sahabatku sekalian. Ada juga rakaman konsert mereka di Dublin dalam Youtube.

Summer Wine
The Corrs & Bono

[Andrea]
Strawberries, cherries and an angel's kiss in spring....
My summer wine is really made from all these things

[Bono]
I walked in town on silver spurs that jingled to
and sang a song that I had sang just for a few
She saw my silver spurs and said let's pass some time
And I will give to you...summer wine

[Andrea and Bono]
Ohhhh...summer wine

[Andrea]
Strawberries, cherries and an angel's kiss in spring....
My summer wine is really made from all these things
Take off your silver spurs and help me pass the time
And I will give to you.....summer wine

[Andrea and Bono]
Ohhhh....summer wine

[Bono]
My eyes grew heavy and my lips they could not speak
I tried to stand up but I could not find my feet
she reassured me with an unfamiliar line
And then she gave to me...more summer wine

[Andrea and Bono]
Ohhhh....summer wine

[Andrea]
Strawberries, cherries and an angel's kiss in spring....
My summer wine is really made from all these things
Take off your silver spurs and help me pass the time
And I will give to you.....summer wine

[Andrea and Bono]
Ohhhh....summer wine

When we woke up, the sun was shining in our eyes
The silver spurs were gone, my head felt twice its size
She took my silver spurs, a dollar and a dime
And left us craving for.....more summer wine
Ohhh..summer wine...

Kucing ada sembilan nyawa

Benar, mengikut mitos, kucing ada sembilan nyawa. Oleh itu, ia bisa mati, juga hidup, sembilan kali. Oleh yang demikianlah, gertakan Karam Sikh kepada 'kuching' yang dia sebut "keledai" dan "babi" tidak akan tamat. Lama kelamaan, dia akan disumpah menjadi Sisipus yang dihukum menolak batu ke puncak bukit. Apabila sampai di sana, batu itu akan ditendang kembali ke bawah. Dalam hal ini, blog ini adalah batu yang beliau tolak. Dan saya selalu berangan sebagai raja dewa Zeus. Sampai saja ke atas, akan aku tentang kembali batu itu ke bawah. Padam muka kau, keling.

Dan, Karam Sikh mungkin tidak pernah membaca buku simpulan bahasa yang diterbitkan oleh PTS Publication. Maka, bidalan dan simpulan bahasa tidak penting untuknya. Dia tidak panda mengkritik seperti orang Melayu yang penuh makna tersirat. Tak mengapalah, dia keling dan tak ada bau-bau bacang dengan Karam Singh Walia dari TV3.

Semalam dan sebelum itu komen dia bagus walau pun banyak bumbu erotis. Tapi kali ini aku anggap komen dia di bawah hanya layak sebagai hiasan semata-mata. Jadi, kita boleh mengabaikan En. Karam. Dia dah tak best. Dah jadi hampeh. Kau nak minum arak, kau minumlah. Apa kena mengena dengan aku. Tak payahlah nak cerita pada aku dan pembaca blog ni. Kau nak masuk neraka, itu hal kaulah.

En. Harris, sebenarnya tak ada polisi bahawa dalam blog ini. Saja kami nak usik En. Harris pula. Boleh terus mengomen dalam bahasa Inggeris atau Siam atau Portugis, Belanda mahu pun Cina. Kita universal. Tetapi kalau menulis dalam bahasa Melayu lagi dialu-alukan. Bahasa Melayu adalah masa depan di Malaya. Percayalah saya. Bahasa Inggeris tidak lagi trendy dan akan tinggal ke belakang. En. Karam telah membuktikan, waima dia keling, keling yang totok, namun penguasaan bahasa Melayu dia agak bagus, walau pun dia mengeja perkataan "keldai" dengan "keledai" (k-e-l-e-d-a-i).

Oh, "dogol" tu maksudnya "Malaya ini aman dan makmur dan rakyatnya bersatu-padu". Harap boleh menjelaskan kekeliruan En. Harris.

Dan En. Karam, saya tertunggu-tunggu tulisan En. Karam fasal seks jadi pelan. Hampeh, macam kau pula penulis blog ini. Tapi bagus, tulislah sebelum kau karam di lautan sepi. He, he!

Minggu lalu aku lalu Brickfields. Ada bazar Deepavali. Kalau kesepian tu, En. Karam pergilah ke sana untuk shopping.

Di sini tak ada kucing: Cuma keledai dengan babi

Oleh Karam Sikh


Jangan cuba-cuba nak mainkan nama anak keling. Aku tak suka—tipikal Melayu, mmg akan mainkan nama orang Keling... lebih-lebih lagi sekarang Perhimpunan Umno: musim orang Melayu nak tunjuk kuat. Kat sana tengah banyak babi-babi. Pergilah!

Umno-Umno jugak, tapi aku tak takut. Sekarang giliran orang keling jolok orang Melayu. Mula-mula Jimadie: keledai tuan punya blog ni.

Dia: Jimadie Shah Othman. Panjang. Batang panjang cukup; nama tak perlu panjang. Panjang-panjang pun batang Melayu; panjang lagi batang singh!

Biar aku pendekkan. Aku panggil keledai tu “Jimad.” Amacam? Tapi, “Jimad” tak ada makna. Aku tukar, jadi “Jimak.” Baru ada makna. Baru best. Kalau tambah dengan gelaran raja, jadi: “Raja Jimak.”

Malam kelmarin, malam Isnin. Orang-orang yang ada pasangan akan melakukan seks. Mereka yang baca blog aku, malam kelmarin, akan jilat cipap bini/kekasih dia. Sebabnya? Sebab, teruja—babi punya perkataan ni: “teruja”—dengan tulisan aku sebelum ni! Jadi dia jilat dulu. Lepas itu dia mintak “blowjob” pulak, sambil kata, “I dah buat kat you; you pulak arr buat kat I.”

Konon adil. Bangsat!

Taktik biasa. Biasalah!

Kedua; kat sini tak ada kucing. Jangan nak pandai-pandai tambah. Yang ada cuma keledai dengan babi. Jadi, jangan jadi babi (mcm Mikon); jadi keledai cukup.

Setakat ini, hanya Mikon yang aku umumkan sebagai babi. Babi hutan, sebab, sebab dia babi anarki. Babi tak ada tuan. Orang kampung kat Melaka cakap, "babi tonyok."

Ketiga: aku tak sembah Sultan, dan Jimak (!), walaupun aku kasi kehormatan perkataan “raja” kat kau, tak payah nak mintak sultan kasi pingat kat aku. Dalam HP kau, mana ada no HP mana-mana sultan? Jangan nak berlagak. Jangan nak alih isu.

Keempat, dan yang terakhir: aku pergi rumah adik aku semalam petang. Dia keling. Mcm aku. Aku pinjam dia duit, untuk minum arak kat Doraisami: malam minggu. Adik aku kerja kilang. Dia yang support hidup aku. Dia pompuan. Mikon tak pernah dapat dia—jangan harap! Babi-babi-babi… tiga puluh kali babi kalau dia dapat adik aku. Sebab adik aku, mcm aku, tak cun.

Tapi, aku macho.

Kat rumah dia, aku nampak ada tiga keeling majalah "New Yorker." Dia baca "New Yorker"? Aku tak tahu. Aku tak tanya. Aku curi satu. Aku baca. Dulu-dulu, awek aku ada baca majalah ini. Sbb tu aku baca. Dari sana aku dapat tahu, budak-budak Malaysia (penulis) semua keledai. Kau ingat Mikon dah pandai? Butoh! Adik aku, yang kerja kilang kat Ulu Klang pun baca "New Yorker"; apa babi punya Mikon...

Aku tak nak beritahu yang aku minum beer. Malam tadi aku mabuk, walaupun aku tak dapat seks. Sepuluh round pun tak guna keledai, kalau tak dapat blowjob.

Jumlah hutang aku dengan adik aku setakat 5/11/2007: RM980.00. Keledai mana nak bayar?

Sumber gambar: http://www.liverpoolmuseums.org.uk/walker/johnmoores/22/artists/turner.jpg

Isnin, November 05, 2007

"Seribu cara menggertak kucing"

1. Seks

Saya teringat bidalan yang selalu disebut mantan bos yang kami sebut Dato' Saleh, "the are many ways to scare a cats". Saya suka menterjemahkannya dengan "ada seribu cara menggertak kucing". Membaca komentar-komentar En. Karam mengingatkan saya kepada bidalan Inggeris tersebut. En. Karam cuba menggertak kami dengan carutan-carutannya dengan hujah-hujah yang berkaitan seks. Nadanya kerap bernada politik akhir-akhir ini.

Komen-komen beliau itu kebetulan pula sebahagiannya sama dengan pandangan-pandangan saya secara peribadi. Oleh itu, sudah tentu saya menyokongnya. Antaranya ketidakselesaan beliau terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan usikan-usikan terhadap kekuasaan politik negara. Aku ada mengagak pada mulanya, sebahagian besar pembacaannya sekitar disiplin psikologi. Kerana itu banyak benda dikaitkan dengan seks.

Di balik carutan-carutan dan makian beliau, ada satu hipotesis yang aku kira menarik: Seks bahaya, apabila ia menjadi perancangan. Mungkin beliau boleh menulis lebih lanjut tentang perkara ini.

Minggu lalu, secara kebetulan saya berborak dengan seorang pensyarah Universiti Malaya (UM) yang katanya datang dengan Dato' Latiff. Saya kita kenal dia dan kami pun tidak berkenalan. Cuma kebetulan makan tengah hari semeja di Taman Budaya Pahang.

Kata dia, "Freaud kata, dulu waktu kecil saya tak cukup menetek, sebab tu saya hisap benda lain bila dah tua. Saya hisap rokok," katanya.

Panjang juga kami berborak. Tetapi dia tak sebut pun pasal En. Karam, Mikon dan fasal alam blog. Nampaknya penulis blog ni sebenarnya syok sendiri saja. Orang tak kenal pun.


2. "Dialog hantu"

Malam terakhir di Kuantan ketika menghadiri Simposium Penulis Pelbagai Kaum Dewan Bahasa dan Pustaka, saya tidur lewat. Saya menghadiri "diolog hantu". Saya namakan begitu sebab orang-orangnya secara kebetulan pakai baju hitam macam orang minyak dan bercakap-cakap dalam gelap. Dialog hantu adalah dialog yang tidak dirancang.

Salah satu kritikan saya terhadap "sastera perpaduan" adalah nada muslihatnya yang tinggi. Sastera perpaduan kerap ditunggang pemerintah untuk kepentingannya sendiri. Tak ada makna lain kecuali menunjukkan bahawa rakyat kita termasuk penulis bersatu padu dan Dasar Integrasi Nasional itu berhasil. Padahal ada seribu masalah berasaskan perkauman muncul dan disapu di bawah karpet merah. Namewee, dalam satu sudut, kata saya malam itu, sambil teguk air sirap, "ia adalah lambang sikap Cina yang berselindung". Cuma budak muda ini pilih menyuarakannnya tetapi tidak Cina di Kaki Bukit, Perlis.

Hakikatnya tetap sama. Chauvanisme Cina itu masih mekar. Sastera yang diatasnamakan perpaduan adalah "bunga plastik", provok saya. Hairan saya memikirkan, biasanya kata "perpaduan" cuma popular di negara komunis, macam Mao Zedong. Dia guna perkataan ini sebab nak tunjukkan dia pandai mentadbir. Oleh itu semua orang bersatu-padu.

Dalam masa yang sama katakan bahawa akhirnya puisi-puisi digubah untuk memberhalakan pemimpin. Tak ubah macam zaman Jahiliah. Tak kiralah pemimpin itu rasuah, korup, pembohong, menindas atau sekolah sampai darjam enam.

Dialog hantu akhirnya tamat begitu saja. Oleh kerana tidak ada mukadimah, jadi tidak perlulah khatimah. Dan saya ada dua hutang: (1) Sebuah penerbitan minta saya tulis untuk siarannya dan (2) saya memang berniat menulisnya dalam Republik Kata yang akan datang. Tengoklah.

3. Isnin

Saya akan jawab komen kawan-kawan di notice board dalam entri ini.

Dan hari ini Isnin. Saya bekerja hari ini. Kata En. Karam, saya pemalas. Mungkin betul. Mungkin juga dia rajin. Bahkan sangat rajin. Oleh itu, saya cadangkan kepada raja-raja Melayu bagilah pingat PJK ke, PJN kepada mamat keling ni. Sebab dia rajin. Bahkan sangat rajin. Dia tak cuti pada hari Ahad walau pun kata dia dia tak kerja. Ini adalah salah sebuah keajaiban zaman moden.

Oleh itu, sanjunglah En. Karam sebelum dia karam di lautan sepi. Ha, ha, ha! (Suka benar kita semua usik En. Karam.) Aku fikir Mikon tak akan datang ke kubur Cina seperti yang dicabar oleh Karam Sikh. Mikon mungkin akan tamatkan blog dia dan kembali menjadi anarkis sepenuhnya. Oh, saya ini semi-anarkis. Anarkis cara amatur-amatur.

En. Question dah tampilkan separuh identitinya Baguslah. Saya dah kata, orang Malaysia ni berani-berani. Selamat datang juga kepada orang baru yang nak jadi 'askar wataniah' dalam perang Karam-Mikon. Selamat datang Aduhaiku, Anjan, dan Encik Malaysia.

Kamu semua ni dogollah. Dengarlah nasihat Encik Malaysia, walau pun ditujukan kepada Haris, boleh juga jadi pedoman untuk semua, "hoi [H]aris, guna bahasa [M]elayu la."


Sumber gambar: http://www.swapmeetdave.com/Humor/Cats/CatHat1.jpg

Esok Isnin... sial!

Oleh Karam Sikh


Hari ini Ahad. Esok Isnin. Ahad adalah hari cuti, terutama untuk raja keledai Jimadie. Pemalas!

Aku tak ada kerja. Aku tak cuti. Aku tak pemalas, walaupun aku tak ada kerja.

Aku baru lepas lepak kat Doraisami. Kenapa aku lepak kat sana? Sbb nama jalan itu adalah daripada nama Keling. Aku taknak lepak kat jalan yang nama Melayu, mcm Jalan Sultan Ismail. Kerana apa? Sbb jalan tu boring. Banyak yang nama Melayu, boring—puting cokelat... boringgg!

Aku cuma layan yang puting hitam dan pink sahaja. Yang cokelat, boringgg!

Kawan aku tanya, "kenapa kau tibai Mikon?"

Jawab aku, "sbb dia kaki kencing."

"Orang lain kencing jugak," bukan kata aku, kata kawan aku.

Aku jawab, "sabar bro... satu-satu. Mikon paling kuman. Jadi, biar aku habis yang kuman tu dulu... sabarlah. Ikut saiz!"

Kawan aku ketawa. Aku serius. Aku memang hendak bunuh si penipu ni. Aku dah banyak dosa, tapi, kalau aku hapuskan penipu tu, aku akan dapat pahala, dan mungkin Tuhan ampunkan aku, dan masukan aku dalam syurga.

Ha-ha-ha.

Aku bukan raja Jimadie

Oleh Karam Sikh


Aku bukan raja Jimadie. Bukan! Fullstop! Penuduh ("Question"), yang binatang apa dia, entah jantan, entah betina: adalah keledai yang buta. Buta tak dapat bezakan gaya tulisan aku dengan Jimadie.

Aku bukan Jimadie. Bukan! Bukan! Aku Keling. Dan sebab aku Keling; aku tak mudah dapat kerja kerajaan, tak dapat permit teksi, tak mudah dapat cipap Melayu dan bukan Melayu, tak senang dapat masuk Universiti Malaya: universiti tempat Mikon dahulu. Hari ini, kalau dapat masuk UM pun, aku sudah tak mahu... itu bukan universiti, itu kandang babi.

Tapi,

Ingat, tak semestinya keledai-keledai Keling pun baik semuanya--banyak keledai Keling yang babi, misalnya, Sammy Vellu dan pemimpin-pemimpin MIC.

Kepada keledai Melayu, aku nak cakap... mungkin kau benci dengan babi-babi Umno, kerana mereka tindas dan kencingkan hidung kau orang, walaupun kau orang sama bangsa dengan mereka; tetapi, babi Keling pun sama. Kau pernah tengok babi-babi Keling MIC (seperti babi-babi Cina MCA) hina budak Melayu di hotel-hotel, sbb keledai Melayu itu hanya pekerja hotel biasa.

Keledai yang ada kuasa, tapi tak ada hati, atau keliru jiwa, akan buat benda sama terhadap semua bangsa, termasuk bangsanya sendiri.

Sbb tu aku benci Mikon, bila dia kata dia "tak bersifat politik". Jadi dia itu apa? Babi?

Dia untung sbb babi bapak dia middle-class: bekas wakil rakyat kalau tak silap. Kau orang semua, cuma binatang peliharaan, dan kerana itu, kau orang tak layak hidup.

Keledai, jangan membabikan diri. Dengar cakap aku, si keling yang bangsat ini.

Aku benci Mikon sbb dia penipu. Dia tak peduli kalau cipap yang dia main itu jadi babi atau keledai, atau siput babi. Lepas dia pancut, dia nak tidur. Kita mungkin binatang, tetapi dia binatang jalang, sebab dia penipu, dan cuma nak dapat populariti. Untuk apa popular? Jawabnya untuk jual baju "T-Shit Neraka" dan dapat duit. Buat apa duit? Buat beli beer dan dapat cipap lagi... Dia tak peduli kau orang, walaupun dia kata dia Punk Rock, yang, nak jadikan Punk Rock sebagai "cute." Babi!

Sigmund Freud dalam teori psychoanalysis kata "seks bahaya". Aku kata seks bahaya bila seks jadi "plan"--mcm plan kerajaan dalam "rancangan lima tahun" atau "Wawasan 2020" atau "wilayah pembangunan ekonomi" sama ada "Selatan," "Utara," "Timur", atau mana-mana pun. Seks bahaya apabila ia jadi "plan politik" mcm "Islam Hadhari" atau DEB. Seks hilang "natural order" dan jadi babi mesin.

Mikon tak nampak babi macam ini, sebab dia bukan sahaja kurang seks, tapi kurang berfikir. Dia jadikan agenda peribadi babi dia untuk jadi agenda umum. Sbb tu dia bukak bloq sebagai medium umum, sedangkan sial yang dia tulis semua tu dalam buku sekolah 50 sen, dan simpan kat rumah dia. Buat apa dia bukak bloq untuk tunjukkan yang dia sedia menjilat cipap-cipap keledai pompuan lain, sedangkan batang dia yang kurang asah.

Nak lagi? Aku bukan bodoh... bukan macam mukimak Jimadie ingat aku bodoh

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)