IKLAN

Cari Blog Ini

Rabu, Disember 26, 2007

Main-main dengan imaginasi 4

Joana tidak berkata walau sepatah pun. Dan 'syaitan' itu terus membebel. Ia membebel tentang moral, maruah dan kemudian melewat kepada denda Undang-undang Kecil Taman; seperti tertulis di papan depan: Dilarang berkelakuan sumbang dan tidak senonoh di taman. Tetapi perempuan itu kekasih saya, kenapa saya tidak betah mencumbuinya?

Ia bukan kekasih kamu. Bukan anak kamu, adik kamu, kakak kamu, isteri kamu, ibu kamu, mahu pun nenek kamu. Ia adalah kekasih saya, milik saya. Begitu hati kecil saya membentak. Dan itu tidak saya suarakan kepada 'syaitan' itu. Saya terkejut dan mengakui aksi seks itu, “berpelukan, berciuman, berkucupan,” sedangkan itu tidak pun kami lakukan.

Kami cuma berpegangan tangan dan melihat kuku serigala tumbuh di hujung jadi. Iya, serigala jadi-jadian.


'Syaitan' itu telah matikan enjin motosikalnya. Kata dia, “kalau saman, kena bayar RM 700.”


Saya kata semula, “ini awek saya. Saya nak kahwin, cuma...” Ayat itu tidak dapat saya habiskan. Dan ayat itu sebenarnya berbunyi, “saya tidak bersedia masuk Buddha.”

Tentang perempuan yang mencucuk puting teteknya dengan duri kawat

Baru tadi saya keluar minum (lagi). Minum kopi, bukan minum arak. Perempuan yang tidur di katil saya selalu mempersoalkan aksi ini. Baru tadi, sangat-sangat baru, sesudah menulis diari (diari off line ya, yang sangat-sangat peribadi dan ber-password), saya ke dapur dan minum jus oren asli Feel Fresh dan merokok, perempuan itu menyoal, “tadi bukankah you dah keluar minum (minum kopi, bukan minum arak)?”

Belum sempat saya menjawab, saya juga tidak berniat untuk itu, dia menyoal lagi, “bila you balik?”

Saya kata, “sudah dua jam.”

Sebenarnya lebih kurang satu jam 40 minit.

Perempuan barangkali tidak dapat memahami maksud “minum”. Minum bagi saya bukanlah sekadar segelas kopi atau Nescaffe atau teh tarik yang diminum berselang-selang dengan sebatang rokok sambil menonton kopi di kedai mamak. Minum adalah lebih daripada itu.

Aksi ini sebenarnya menajamkan pikiran kita, meramahkan kita dengan dunia, alam. Kedai kopi adalah medan diskusi dan terapi diri. Segelas teh tarik selalu membahagiakan daripada apa jua masalah di dunia ini. Inilah yang perempuan-perempuan di atas katil tidak dapat fahami. Mereka hanya faham bagaimana make up setengah jam untuk menutup muka yang sedia tidak cantik.

2
Hari ini saya telah membuang semua koleksi CD filem saya. Saya buka rumah sampah yang busuk di tingkat 16 pangsapuri tempat saya duduk, saya humban semuanya dalam tong hijau dalam bilik itu. Saya lega. Ia sepatutnya telah lama menjadi sampah. Koleksi itu termasuklah filem Siam The Last Life in Universe dan Black (Hindi)yang bertahun-tahun saya simpan.

Cuti hari Natal ini telah saya habiskan dengan menonton kembali filem-filem Mamat Khalid dan Mat Sentul. Antara filem yang terus mengesankan saya adalah Man Laksa dan Rock. Lawak-lawak bodoh sutradara versetail ini mengingatkan saya kepada akting P. Ramlee dan kawan-kawannya. Lawak bodohnya adalah yang paling segar dan original. Lawak bodohnya benar-benar bodoh. Tetapi bodohnya bolehlah dikelaskan sebagai bodoh Abu Nawas. Tidak seperti 'bodoh' Prof. Razak Moheidin dan yang seangkatan dengannya.

Dan tadi di kedai kopi, kami mengimbau pengalaman bahagia menonton filem-filem Mamat Khalid dan Mat Sentul. Dan untuk beliau, bagi tahun ini, saya iktiraf beliau sebagai pengarah terbaik untuk tahun ini, bukannya Khabir Bahtia (ejaan namanya barangkali salah) yang menghasilkan Cinta yang 'cantik' tetapi hancur wal lebur daripada aspek plot dan content itu.

Tadi petang juga saya telah membakar semua koleksi cerpen-cerpen saya yang sebahagian besarnya belum pernah tersiar di mana-mana. Saya muatkan dalam bonet kereta dan bawa ke tepi lombong. Saya cucuh api. Saya puas. Semua ini sampah, kering imaginasi, macam cerpen-cerpen dalam Berita Harian, Mingguan Malaysia dan Dewan Sastera. Ini adalah tanda tribute saya untuk Hamsad Rangkuti. Hari itu saya telah membaca sebuah cerpennya yang berjudul “Maukah Engkau Menghapuskan Kesan Bibirnya di Bibirku dengan Bibirmu” dan saya lantas jatuh terduduk.

Hari ini, tiga lagi cerpen pemenang Anugerah Khatulistiwa 2004 itu saya halusi dan dua daripadanya amat mengesankan saya. Namun, dalam enti ini, biar disebutkan satu saja, sebuah cerita tentang laki-laki miskin yang telan gelang emas dalam kole berisi tahi sebanyak tiga kali.
Seorang laki-laki diberkas polisi atas tuduhan mencuri. Barang yang dicuri itu ditelannya. Dan mereka punya saksi. Polisi memaksanya makan julap dan papaya. Dan dia diberi sebuah kole untuk menadah najisnya. Setiap kali dia berak dan kole itu penuh, polisi akan mengkuis-kuis najisnya dengan sebatang lidi. Tetapi setelah beberapa kole dikuis, tidak ada gelang emas itu. Maka si penuduh menarik balik tuduhannya. Pertama kerana ia sesungguhnya merasa kasihan dan kedua, ia yakin ia barangkali tersilap.

Di dalam teksi, laki-laki itu mengucapkan terima kasih berulang kali. Katanya, “telah tiga kali gelang emas itu jatuh ke dalam kole, dan tiga kali jugalah aku menelannya kembali,” katanya.

“Isteri aku sakit dan dokter minta daripadaku biaya yang amat besar. Aku orang miskin dan aku terpaksa melakukan semua ini,” kata si maling lagi.

“Pergilah engkau segera sebelum aku berubah fikiran,” kata saksi palsu itu kembali.

Cerpen ini mengingatkan saya kepada sebuah cerpen Banggla dalam antologi Pushna. Juga cerita tentang kemiskinan yang melingkari manusia-manusia yang kerana itu mereka menjadi kerdil. Seorang perempuan miskin yang tidak lagi punya susu, tubuhnya kurus, susunya kering, dia terlalu miskin telah mencucuk puting teteknya dengan duri kawat. Maka berdarahlah kedua puting itu. Dan dengan darah itulah dia menetekkan anaknya yang kelaparan.

Inilah cerpen yang paling 'Islamik' yang pernah saya baca. Kamu yang kononnya menulis cerpen-cerpen Islam itu, tidak pernah pun aku baca tulisan sebaik itu. Kamu hanya menulis syarahan agama dan khutbah Jumaat yang membosankan. Kamu kering dengan imaginasi seperti tetek perempuan Benggal yang kurus.

Maaflah membebel pagi-pagi buta ini. Jangan ambil hati. Saya kan baru saja lepas minum. Minum kopi ya, bukan minum arak. Lagi pun, saya hanya makan tapai beras, tidak pernah pun, walau sekali, ambil alkohol selain itu.

P/s: Puting tetek adalah puting tetek, adalah istilah Sains tentang organ manusia. Seperti Dr. Thambi ulas fasal penyakit kote dalam Harian Metro. Bukan lucah, bukan erotis macam Mitos Sperma Amerika yang jahiliah tu.

Isnin, Disember 24, 2007

Main-main dengan imaginasi 3

Saya dapati hujung jari terasa gatal. Joana juga. Benar, bulan cerah dan mengambang. Saya lihat matanya merah dan pelan-pelan melayu. Kami pun bergengaman tangan. Melihat bulan jatuh ke tasik. Dan bibir pun mengucapkan ayat-ayat cinta yang klise, "Aku cinta kamu, aku sayang kamu sampai bila-bila."

Tiba-tiba terdengar bunyi motosikal dan keluarlah lembaga daripada balik pohon buluh. Pohonan buluh lazimnya menembunyikan panda. Tetapi lembaga yang terbit bukanlah panda. Lembaga itu adalah manusia di dalam uniform warna separuh gelap. Juga, seperti malam itu.

Angin dingin sekali dan dia menyergah kami.

"Berpelukan, berciumam, berkucupan," katanya. "Ada bantahan?" katanya lagi.

Kami terpaku. Dia seorang penguatkuasa yang berwajah garang dan bertubuh gempal seperti seekor panda.

Jari-jari aku dan Joana terasa sejuk dan menyejuk dan membeku. Seperti mayat. Segala gatal telah hilang.

Laki-laki itu membebel tentang moral dan kami mendengarnya. Tiada sesiapa di situ kecuali Aku, Joana. Kata orang, apabila dua pasangan bukan muhrim berdua-duaan di tempat yang sunyi, ada yang ketiga di antara mereka. Yang ketiga itu adalah syaitan. Tetapi bintang kena rejam itu mengabur di mata kami. Yang ada cuma lembaga daripada pohonan buluh. Kata hati kami, "engkaukah syaitan?"

Sajak dalam Bahasa Isyarat Malaysia 2



Ini persembahan kawan-kawan kami, Mawk, Julia, Safiah dan Nana. Telah dimuatkan ke Youtube. Dan ini URL-nya: http://www.youtube.com/watch?v=bKzhEOXdac8.

Ada depa baca sajak aku satu, "Gadis Sunti yang Tak Tersentuh Lelaki 5". Cerita fasal Nurul Huda yang kena rogol dengan Pak Cik hANGER. Ada orang tanya saya, mula-mula dulu, kenapa "hANGER" dieja macam tu. Saya jawab, "badan saja besar, kepala kecil."

Juru kamera yang bertugas pada malam itu adalah Nizam. Juru edit, Mawk. Juru tepuk tangan, aku dan kawan-kawan.

Isnin, Disember 17, 2007

Main-main dengan imaginasi 2

Saya terima sepucuk surat elektronik mengatakan saya menang loteri. Lebih pelik lagi, surat itu kata menang tempat pertama. Pelik, saya hanya dua kali pernah menang judi. Kali pertama hadiah saguhati RM 200. Tetapi e-mel kali ini benar-benar pelik. Dia kata, penulis e-mel tu daripada syarikat judi online tu kata aku menang RM 10,000. First prize. Aku e-mel balik dan kata pada dia, "kau tipu." Amoi bernama Joana tu tetap juga berkeras kata aku menang. So, aka kata "terima kasih."

Joana balas, "sama-sama cinta."

Tiga bulan sesudah itu, kami benar-benar bercinta. Joana pun mengajak saya masuk Buddha.

Bulan terang malam itu. Tasik Perdana ditumpahi wajah bulan. Saya pegang tangannya dan jilat telinganya. Dia mengelak manja. Cinta menjadi cinta sebelum terjadinya tragedi itu. Tragedi ketika bulan benar-benar mengambang. Maka manusia pun menjadi serigala. Iya, benar, serigala jadi-jadian.


--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Main-main dengan imaginasi

Kata Hamsad Rangkuti, malam itu dia masuk ke kamar jirannya dan meleraikan seluruh pakaian di tubuh perempuan cantik itu. Perempuan itu adalah kegilaan pemuda di kampungnya. Dia ceritakan peristiwa itu tetapi orang-orang di kedai kopi menafikannya. "Engkau benar pembohong," kata mereka. Tetapi hasil daripada aksi itu, Hamsad berupaya mencipta sebuah cerpen yang sangat bagus dan menarik dengan judul "Maukan Kau Menghapuskan Kesan Bibirnya di Bibirku dengan Bibirmu?".

Cerpen ini menarik perhatian massa dan bahkan diskripkan dan dijadikan sebuah persembahan pentas. Alangkah asyiknya melihat perempuan cantik, dalam siluet, menanggalkan satu persatu pakaian di tubuhnya sebelum membunuh diri. Jawapan kepada upaya Hamsad itu hanya satu: Imaginasi liar, yang ia sebut sebagai sebuah dusta dan pembohongan.

Perempuan cantik yang menanggalkan pakaianya di depan Hamsad tentulah tidak pernah melakukan perkara itu. Semua itu hanya berlaku dalam kepala dan imaginasi liar Hamsad semata-mata. Mulai hari ini, apa kata kita main dengan imaginasi liar? Bukankah permainan ini sangat menarik dan mirip kepada fiksyen?

Ahad, Disember 16, 2007

Beberapa

Beberapa hari ini saya bermimpi ngeri. Hampir tiap malam (atau juga siang). Tetapi selepas mimpi-mimpi itu saya mendapat idea yang bagus. Barangkali mimpi itu juga bagian daripada imaginasi liar. Daripada imaginasi liarlah kita mencipta fiksyen, atau dengan kata lain dusta dan pembohongan. Sekadar mengutip Hamsad Rangkuti ketika sedang menikmati kumpulan cerita-cerita pendeknya Bibir dalam Pispot.

Cerpen "Maukah yang Menghilangkan Kesan Bibirnya di Bibirku dengan Bibirmu" itu amat kasi stim dan high saya. Cerpen itu benar-benar bagus. Hamsad melepaskan imaginasinya sebuas-buasnya hingga tak terjangkau oleh kita. Membaca Hamsad membuatkan motivasi saya bangkit.

Oleh itu, tahun depan, azam saya adalah hendak menulis seribu cerpen. Saya dengki dengan anda. Saya harap dengan lambakan itu, harga cerpen dalam pasaran akan jatuh. Mengikut hukum penawaran, semakin banyak penawaran dalam pasaran, harga akan jatuh. Hukum penawaran berkadar songsang dengan harga.

Tetapi terhadap Hamsad, para sasterawan memberikan jawapan yang mudah tapi begitu menggoncang, "para sasterawan memang mereka-reka cipta, tetapi sasteran bukanlah pembohong atau pendusta. Sasterawan bukanlah penipu dan pemutar belit." Biar saya sendiri beri jawapan untuk hipotesis saya tadi, "cerpen bukan ayam atau ikan yang naik turun harganya bisa ditentukan oleh dacing timbang."

Ingat kata Si Burung Merak, Rendra, "dalam dunia kepahlawan ada nomor satu, tetapi dalam dunia seni tidak ada nomor satu atau dua."

Jumaat, Disember 14, 2007

Sebagai

NORA KUKUP


Sebagai ibu kepada dua anak gemuk, sudah tentu Cinderella harus menjadi galang gantinya. Cinderella, baginya penderitaan dan air mata adalah lumrah. Kerana itu ia menjadi Cinderella. Dan kerana itu labu-labu menjadi kereta dan tikus-tikus menjadi kuda putih. Cinderella, perempuan jelita itu harus juga bergantung kepada air mata dan kesaktian.

Tetapi sebagai ibu kepada dua anak gemuk yang hodoh, apa lagi yang bisa dilakukannya selain mempermain-mainkan kesaktian? Dan kita pun tidak lagi pernah mendengar kisah ibu tiri dan dua anak yang hodoh itu. Kita pun makin melupa, mereka sebenarnya ada; dan terpaksa.

2
Terima kasih kepada pemberi jam yang misteri.

3
Pak cik di atas adalah idola saya.

Khamis, Disember 13, 2007

Benar, kehidupan Cinderella hanya bermula hanya selepas ceritanya berakhir. Barangkali benar.

--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Sabtu, Disember 08, 2007

Akihiro

Yang membuatkan semalam, saya menunggu hingga ke saat akhir adalah laki-laki daripada negara Gaban dan Masked Rider itu. Nama Akihiro Yonaiyama bukanlah ssuatu yang mesra untuk kita. Juga kebudayaan orang pekak. Akihiro dijuluk selebriti pekak. Beliau berlakon dan mengarah. Tujuh tahun lalu, jika tidak salah saya, Akihiro mengarahkan I Love U membawa isu orang kurang upaya dengan kecacatan pekak. Seperti Akihiro yang juga pekak. Semalam, dalam seminar bahasa isyarat dan kebudaan pekak di sebuah hotel di Jalan Tun Razak, Akihiro berceloteh agak panjang. Akihiro dilahirkan pekak. Ibu bapanya pekak dan tidak begitu terdedah kepada penddidikan. Oleh itu, empat tahun dalam pendidikan rendah adalah zaman yang sukar buat Akihiro. Akihiro mengikuti sekolah biasa.

Tetapi seperti kanak-kanak biasa, filem dan televisyen adalah dunia yang amat menarik buat mereka. Cita-cita dan minat laki-laki Jepun itu tidak luntur.

Tidak tamat dan tidak bersambung. Malas nak tulis. Cuma malam ini Akihiro akan mempersembahkan karya beliau di pentas. Dan aku bersemangat sekali untuk menontonnya. Hanya seni menjadi komunikasi. Dia menggunakan Bahasa Isyarat Jepun. Siapa yang mungkin faham?

Khamis, Disember 06, 2007

Sajak isyarat (lagi lagi)

Kata Shaidah Shafie (Berita Harian):
...Halimatun Saadiah Mohd Hanafiah pula mendeklamasikan puisi Tentang Mati karya Boyan dalam suasana istimewa kerana Nur Safiah Ab Rauf dan Noor Diyana Hassan, turut mengiringi bacaannya dengan bahasa isyarat:

Saya memimpikan bertemu Tuhan
duduk pada sebuah taman
bicara apa adanya, apa saja.
Tuhan tiba-tiba beranjak dari duduknya
lalu pergi meninggalkan saya
dengan gundah dan tanda tanya
sudah siapkah saya untuk mati?


Dalam keghairahan blogger membaca naskhah dan mendeklamasi puisi dari blog masing-masing, muncul Juliawati Muhd Yunus mengalunkan Rubaiat Hamzah Fansuri yang memberi kelainan dalam persembahan sehingga khalayak terdiam menghayati setiap patah perkataan rubaiat itu:
MENGHIBURKAN: Juliawati (tengah) bersemangat mengalunkan puisi Rubait Hamzah Fansuri.

Hamzah Fansuri di dalam Makkah
mencari Tuhan di Baitil Ka'bah
dari Barus ke Kudus terlalu payah
akhirnya dijumpa di dalam rumah.

Aho segala kamu anak alim
jangan bersahabat dengan yang zalim
kerana Rasulullah sempurna hakim
melarangkan kita sekalian khadim.

Kunjung-kunjung di Bukit Tinggi
kolam sebuah di bawahnya
wajib insan mengenal diri
sifat Allah pada tubuhnya.


[Baca lanjut dalam "Gelodak Jiwa Wanita", Sastera, Berita Harian]


Nota: (1) Halimatun Saadiah adalah Mawk. (2) Judul sebenar syair Hamzah Fansuri adalah "Rubaiyat", bukan "Rubait".


Utusan Malaysia melaporkan:
"...Nur Safiah Abd. Raub, Nor Diyana Hassan dan Halimatun Saadiah pula membaca puisi dalam bahasa isyarat." [Baca lanjut dalam "Baca naskhah Maskara bela nasib wanita"]

Rabu, Disember 05, 2007

Gadis sunti yang tak tersentuh lelaki 5

waktu setan senggama NURUL si tikus mencicip "_" ia gerun izrail berdiri di sisinya yang keciritan di jendela rumah pencawang tnb sambil meramas (nyawa) perempuan kecl melumati dan mencabutnya dari lubang faraj biru bibirnya ia gerun israil menggantungkan kukunya ke zakar aBBAS dan (barangkali) hANGER NURUL yang tak terhaiwankan meraung mak dalam sakit ada sakit ada sakit ada (tak nikmat?) di hujung nafas wajah kawan-kawan sekolah mak ayah abang bersabungan di mata hitam kelibat cikgu zabedah menggaris papan hitam pak cik aBBAS kata apa? tidak lagu twinkle twinkle litte star tidak senaman lompat bintang mata anak kecil pecah senja ini gelang patah lain macamnya syaitan melayang-layang dengan ketawa yang terlompat-lompat ke rawan langit telinga tuhan nangis-nangisan tandu-tandu-tandu arasy gulat-gulatan ia resapi dinding pencawang tnb kodek-kodek macam layang-layang kata tikus i jendela dengan kesaksian mata malaikat buka pintu abangnya kata, "-"

Jimadie Shah Othman
2004


Sumber: Md Zainuddin Abd Rahman (penyelenggara) (et al) 2004. Bayi Kota Berahi. Kuala Lumpur: Gerak Sastera.

Nota: Aku karang sajak ini tiga tahun lalu mengenang Nurul yang dirogol dalam rumah pencawang TNB di Gelang Patah, Johor. Apabila Nurin Jazimin mengalami nasib yang hampir serupa, aku fikir sajak ini juga ada kena mengena.

Selasa, Disember 04, 2007

Sajak isyarat (lagi)



Kata Amyz:
Persembahan keempat merupakan persembahan yang lain dari yang lain. Yang indah dengan gerakan tangan dan bacaan puisi. Mawk membacakan puisi Tentang Hati dan Jumuyu melagukan syair Hamzah Fansuri. Sekali lagi, Mawk tampil dan membacakan karya Jimadie Shah, Gadis Sunti tak Tersentuh Lelaki 5. Nordiyana dan Nursafiah membuat gerakan tangan bahasa isyarat untuk ketiga-tiga puisi. Indah sekali. Nurdiyana juga membuat persembahan dalam bahasa isyarat dan diterjemahkan oleh Mawk; Stop The War, Bush! [Baca lanjut dalam Pink Platun]

Jimadie: (1) Tajuk sebenar puisi Mawk adalah "Tentang Mati". Rubayat sebenarnya disyairkan oleh Juliawati, bukan Jumuya. (3) Lebih tepat, "Stop the War, Bush!" disampaikan dalam American Sign Language (ASL) dengan voice over dalam bahasa Inggeris.

Kata Fadz:
"...terhibur dengan golongan penyair ala Indon pascaAADC si wanita dan dua perempuan bisu...." [Baca lanjut dalam Kubu Buku]

"Si perempuan dengan dua wanita bisu juga mencuit. Saya dibawa kembali pada bayangan penyair-penyair besar. Bait-baitnya yang memamah saya, menghibakan saya, membuat saya tersentak. Hati laranya menyakitkan. Hanya saya tergamam, tulisannya semua oleh lelaki (pandangan saya), walapun disampaikan dengan baik dan kuat oleh seorang wanita- memaparkan kadang-kala lelaki masih punya tangan atas terhadap keinginan dan niat wanita itu sendiri." [Baca lanjut dalam Kubu Buku]

Jimadie: Perempuan-perempuan ini tidak pekak (istilah bisu tak digunakan dalam komuniti Pekak). Sajak dalam ASL itu karya Jehanne McCoullough merupakan karya budak perempuan berumur 12 tahun.


Sumber gambar: Lan Rasso dan Salina.

Isnin, Disember 03, 2007

Siapa kata bahasa isyarat universal? 2

Untuk Triskai

Barangkali atas kototasi yang tadi. Psiklogi orang pekak tidak saya pelajari. Jadi, tidaklah saya komen dengan tepat perkara ini.

Di peringkat sekolah biasanya, orang pekak tidak tidak menggunakan bahasa isyarat. Mereka sebaliknya lebih terdedah kepada kod tangan. Kod tangan bukanlah bahasa isyarat. Ia adalah bahasa verbal yang dikodkan. Di Malaya, mereka menggunakan Kod Tangan Bahasa Melayu. Secara mudah kita boleh katakan sebagai Kod Bahasa Melayu yang dikod-tangankan. Untuk memahami perbezaannya, sila ikuti tulisan Mejar Sazali Abd. Hamid dalam Berita Harian.

Ogos lalu kami menganjurkan Seminar Bahasa Isyarat Malaysia (MySL) yang pertama. Dalam seminar ini, keluh kesah orang pekak disalurkan. Antara kegundahan mereka adalah keragaman isyarat yang 'dipaksakan' ke atas mereka. Selain MySL sebagai bahasa rasmi, mereka diminta menggunakan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM), Kod Jawi, American Sign Language (ASL) dan Sign Exact Engglish (SEE) dalam kes-kes tertentu.

Di sekolah, murid pekak biasanya menggunakan KTBM. Kenapa? Kerana guru pendidikan khas lebih 50 peratus tidak menguasai bahasa isyarat dengan baik.

Tuan Triskai, mungkin kita boleh adakan perbincangan lanjut nanti.

--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Ahad, Disember 02, 2007

Gambar Maskara 5 (KEMASKINI)



1.
Ini gambar yang diambil oleh Khalid semalam. Sangat tidak cantik. Lebih tepat lagi, kita boleh katakan sebagai hancur wal lebur. Khalid merupakan jurufoto tidak profesional. Jadi, maafkanlah dia.


Dan perempuan pakai maskara.


2
Kami lihat, Amyz ada mengulasnya dalam Pink Platun dengan entri berjudul
Cerita Malam Perempuan Perempuan (MASKARA 5). Ini sedikit introduksi yang aku cuplik.

Untuk membuat satu event aku rasa bukannya perkara mudah. Tambahan pula orang seperti aku yang sukar nak approach orang. No wonderlah aku try meniaga tak pernah kaya-raya. :-p Haha. [Baca lanjut]

Amyz, kawan-kawan kata waa'alaikum salam. Depa tanya, perempuan yang mana?

Ada juga gambar yang cantik di sini.

3
Aku ingin mengomen. Komen ikhlas.
  • Seting tempat kamu bertambah hodoh. Tak rock. Tak rugged.
  • Kamu patut minta kunci pagar parkir daripada 'penunggu' Rumah.
  • Kamu (performer) tidak patut cakap banyak macam pemenang Anugerah Skrin. Kamu bukannya Siti Nurhaliza. Kamu naik dan baca sudahlah. Bila kamu berceramah aku rasa macam dengar khutbah daripada Radio Malaya yang berjudul Makanlah Buah-buahan Tempatan.
Minta maaf, aku kutuk depan-depan. Kamu tak terima pun tak apa. Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri. Yang baik daripada Allah. Yang buruk daripada mulut saya yang cabul.

Kalau kau orang nak tahu, apabila laki-laki tu kutuk hidung kau kemek atau kulit kau hitam, maksudnya kau cantik dan dia suka kau. Kalau dia kata, "kau tak cantik" maksudnya dia memang tak suka kau.

4
Pak [Abdullah] Jones , kau akan gelak lebih kuat kalau tau apa yang kami borak masa tu fasal kau. Tetapi tidak ada tuduhan bahawa kau gay. Ha, ha, ha! Aku nak telefon Lutfi bagi tau dia dan ajak dia gelak tapi telefon aku ada di kedai Cina.

Siapa kata bahasa isyarat universal?

Untuk Triskai

Mengatakan bahawa bahasa isyarat itu unik adalah benar; tetapi mengatakannya sebagai universal adalah tidak benar. Seperti juga bahasa verbal yang lainnya, bahasa isyarat juga dibentuk oleh budaya dan persekitaran pengamalnya. Oleh itu, terdapat mungkin ratusan bahasa isyarat di seluruh dunia dan ribuan slanga yang digunakan. Orang di Malaysia, mungkin tidak menyebutnya. Mungkin mereka rasa "tidak universal" itu membawa konotasi negatif. Tetapi tidak di negara Kiwi. Orang New Zealand berbangga mengakui bahawa bahasa isyarat mereka sebagai tidak universal (oleh itu, ia unik). Bahasa itu hanya digunakan di negara itu sahaja. New zealand Sign Language dianggap warisan negara. Dan di negara itu, bahasa isyarat mereka diiktiraf di peringkat negara sebagai bahasa rasmi ketiga selepas Bahasa Maori dan Inggeris.

Kita di Malaya menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia. Bahasa ini juga unik dengan kebudayaan dan tradisi kita. Tetapi bahasa ini tidak digunakan di luar daripada negara ini. Bahasa yang dominan di dunia adalah American Sign Language (ASL) dan British Sign Language (BSL). Bahasa-bahasa ini menjadi asas kepada bahasa-bahasa isyarat lain. Negara-negara Komenwealth mengaplikasikan BSL dengan mencampurkan dengan isyarat-isyarat tempatan untuk melahirkan bahasa isyarat masing-masing. Di negara kita, walau pun bekas jajahan British, bahasa isyarat kita menyerupai ASL. Enam puluh hingga 70 peratus isyarat dalam bahasa ini adalah hampir serupa.

Bahasa yang universal barangkali hanya lagu dan perasaan cinta.

Saya suka bahasa isyarat kerana saya sekarang dikelilingi orang pekak. Menjadi keperluan bagi saya menguasai bahasa ini, walau pun sedikit. Dan saya melihat terdapat beberapa aspek Komuniti Pekak dan bahasa ini yang menarik minat saya. Misalnya dalam bidang kesusasteraan yang menjadi minat saya selama beberapa tahun. Saya fikir, bagaimanakan kalau kita menggabungkan sastera dengan bahasa isyarat. Bagaimana jika puisi dalam bahasa isyarat bergabung dengan persembahan pentas. Adakah isyarat boleh 'diselengkan' untuk tujuan artistik seperti dibolehkan perlanggaran nahu dalam penulisan kreatif atas nama lesen puitis? Itu semua belum menjadi bahan kajian dan perbincangan di Malaya. Tidak ada sebuah buku mahu pun artikel pernah ditulis berkaitannya.

Ketika saya dan teman-teman membaca sajak dan menterjemahkannya ke dalam bahasa isyarat di Maskara 4 (dua bulan lalu), tidak ada sebarang contoh untuk kami. Oleh itu, kami melihatnya seperti sedang mengurat perempuan cantik sedikit demi sedikit. Setiap hari membuatkan kami semakin ghairah.

Persembahan Mawk, Nana, Safiah dan Juliawati semalam di Maskara 5 adalah percubaan kami yang seterusnya. Kami akan masukkan dalam Youtube nanti. Anda boleh menontonnya. Persembahan semalam cuba menggabungkan isyarat dan persembahan pentas atas nama lesen puitis. Maaflah jika tidak menjadi. Ini eksperimen.

Itu saja buat kali ini Tuan Triskai. Terima kaseh.

--
Mohd Jimadie Shah Othman
Blog: http://jimadieshah.blogspot.com
E-mel: jimadieshah@gmail.com

Sabtu, Disember 01, 2007

Hikayat

Saya pernah membaca Ahadian Akashah. Waktu itu di tingkatan dua atau tiga. Tidak ingat apa judulnya. Tetapi berbunyi seperti "yo" atau "yoyo". Hari ini saya kerja, ganti cuti raya haji nanti. Atas meja teman sekerja, saya nampak sebuah buku tebal bertulis "Hikayat Cinderella". Saya belek dan cuba baca. Sebenarnya kita semua telah salah tanggapan. Kita menilai orang daripada luar. Kita sepatutnya ingat, satu jari kita tuding kepada orang, empat lagi berbalik kepada kita. Sebenarnya apa yang saya lihat dalam 'hikayat palsu' itu adalah sama juga seperti yang saya lihat pada buku-buku lain.

Kadang-kadang ada juga pada buku-buku penulis yang ingin melihat Ahadiat dan buku-bukunya dibakar (bakar hakiki, bukan maknawi). Cuma penulis jambu ini tidak banyak bersyarah macam penulis sekarang. Bersyarah, menghina, menghukum.

Segalanya bermula dengan anggapan "akulah yang paling benar". Cuba tuan-tuan tengok hadis 40 tentang akhir zaman. Tentang orang yang mengatakan orang ramai sudah rusak binasa. Saya tak kata Hikayat Cinderella itu bagus, itu terpulang pada diri masing-masing.

Yang saya nak kata, kamu yang kuat mengata dia pun sama juga. Saya berpesan kepad tuan-tuan dan diri saya sendiri.

Musa, Harun 3

Musa adalah manusia terpilih. Dia memimpin Bani Israel keluar daripada kezaliman Firaun. Tetapi Musa tidak dapat melakukannya seorang diri. Dia memerlukan seorang pembantu yang paling ia kenal, yang paling ia percaya. Maka Tuhan mengutuskan seorang lagi rasul dengan nama Harun. Saudara Musa. Saudara darah dan saudara dalam agama. Musa akan berangkat kepada Firaun untuk berkata, "kamu telah melampaui batas, kamu akan aku seteru," pastinya dengan lidah Harun. Khabarnya Musa tidak fasih kerana ketika kecilnya, ia memakan bara api untuk membuktikan 'kebodohannya' kepada Firaun yang ketika itu gila membunuh anak laki-laki. Maka, Harun menjadi teman dalam perjuangan.

Azam, ustaz muda itu memandu kami, saya, Khalid, teman yang botak, juga Nizam, yang kurus, ke Taman Mawar. Amin barangkali baru pulang dari pasar borong. Nampaknya dia telah siap menunggu. Juga berkopiah puteh dan berbaju Melayu biru Barisan Nasional. Dia juga ikut Naza Ria. Nizam kali ini ke kereta belakang, dengan lembaga yang baru lepas bersenam dengan basikal Mountain Bike.

Amin atau Azam minta kali garam kasar dan lada hitam. Kami memang tidak ada. Namun seingat saya, benda itu ada ustaz yang tadi siang datang tinggalkan sedikit. Saya tidak tahu untuk apa. Saya tak nampak releven halau jin pakai benda tu. Saya agak rasional. Saya tidak percaya pada gangguan makhluk halus. Bagi saya tu fenomena akal yang rancu. Macam skizofrenia misalnya. Semua bisikan, gambaran datang dari dalam diri kita sendiri. Macam juga mimpi. Tetapi kali ini rasionaliti saya bergoyang. Apa yang saya namakan '"akal rancu" itu lain macamnya. Ia menakutkan dan meremangkan bulu roma saya.

Saya memberikan sedikit intro dan background tentang budak perempuan itu. Ketika kami sampai, dia nampaknya okey. Dia baik berbual dengan ustaz sebelum ustaz menjumpai dan mengambil sepotong kayu kecil bertulis Bahari Ismail.

Siapa Bahari Ismail?



IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)