IKLAN

Cari Blog Ini

Sabtu, Mac 29, 2008

Sebaris dari Gehenna

Sekadar menikmati keindahannya:

O engkaukah suara, gumpal-gumpal payudara yang melukis tahun
 
Indra Tjahyadi, "GEHENNA" dalam Puisi-puisi Indra Tjahyadi.

Jumaat, Mac 28, 2008

Semakin fundamentalis, semakin 'seksi'

Berikut adalah tulisan saya sepanjang Mac 2008.


Semakin Fundamentalis, Semakin seksi
Mingguan Wasilah, 30 Mac - 5 April 2008

Helvy Tiana Rosa bukan sekadar nama. Penulis perempuan tersohor ini melalui Forum Lingkar Pena (FLP) didokong lebih 5000 peminat sastera pelbagai golongan di manca negara. Tujuh ratus daripada jumlah itu adalah penulis. [Baca Lanjut]


Iman, Kata Tangan-tanganku
Mingguan Wasilah, 30 Mac - 5 April 2008

Ia sesungguhnya hari yang paling cemerlang. Langit bagai gubahan. Dan gunung-ganang dan gema sukma di kota Ibrahim. Dalam kisuran pasir, awan-awan di kepalanya, Muhammad berbicara tentang iman. Dia membacakan bait-bait suci daripada Tuhan penjaga tiga kota Langit: Mekah, Madinah, Jerusalem. [Baca lanjut]


Laluan Berliku Politik OKU Pekak New Zealand
Mingguan Wasilah, 23 - 29 Mac 2007

Dalam banyak segi, New Zealand tidak mempunyai banyak persamaan dengan kita. Penduduknya hanya empat juta orang, empat kali ganda lebih kurang daripada kita. Tradisi politiknya juga berbeza dan lebih terbuka. Tetapi, apa yang boleh kita pelajari daripada negara kiwi ini adalah bagaimana orang pekak di sana sebagai golongan minoriti menggunakan sepenuhnya keterbukaan politik dan demokrasi mereka untuk menyampaikan hasrat golongan Pekak tempatan. [Baca lanjut]

Selasa, Mac 25, 2008

Olahraga Pendidikan Khas Ke-12 Wilayah Persekutuan (DIKEMASKINI)

Sukan Olahraga Pendidikan Khas 2008 Kuala Lumpur

Gambar hari pertama, kumpulan pertama pelatih Pusat Latihan MySL (MySL TC) menjadi Jurubahasa Isyarat.

Olahraga Pendidikan Khas ke-12 Wilayah Persekutuan

Gambar hari kedua, kumpulan 2.

Gambar-gambar tidak disunting. Sebahagian kecil foto diambil oleh Nizam, Faizal dan Asrul. Sila klik pada gambar untuk melihat koleksi penuh.

Isnin, Mac 24, 2008

Rally Sabtu & MEGC (DIKEMASKINI)

Sewaktu menghadiri sesi Helvy Tiana Rosa di Universiti Malaya (UM) Ahad lalu, aku bertemu teman lama Ammar Ghazali. Ia sebuah rally yang panjang untukku hari itu. Paginya mendengar diskusi" Penulis dan Blog" di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Jiwarasa dan Nisah Haron membentangkan pandangan mereka. Ya, aku bertemu beberapa teman penulis dan blogger di situ. Selepas tamat program, secara seloroh kami kata diskusi itu bukan tentang blog dan trend, tetapi tentang pembeli buku dan penjual buku. Begitulah kira-kira maksudnya. Pembentangan Jiwarasa menghimpunkan fakta-fakta dan evolusi blog, membantu kita yang malas mengutip di Internet.

Petang itu di UM agak menarik. Sebahagian besar hadirin adalah mahasiswa Indonesia di Lembah Klang. Selepas kalamullahi rabbi, majlis dimulakan dengan nyanyian Indonesia Raya, sebuah pengalaman baru untuk saya dan Khalid. Alwi Alatas dan Helvy (Tiana Rosa) yang 'seksi' membentangkan idea-idea mereka.

Paling menarik saranah Helvy tentang upaya menghasilkan mainstream baru dan unjuran solidaritas penulis. Helvy memang sangat ideologis tetapi dia juga rasional. Dia berbaik sangka dengan semua orang, mendoakan mereka. Justeru membuatkan saya jatuh cinta.

Kemudian saya ke stor tidak rasmi Middle Estern Graduate Centre (MEGC), di rumah Ammar dan Anam, dua peminat falsafah, untuk mendapatkan buku-buku yang belum dibaca. Aduh, memberahikan saya. Siapakah tidak tergoda membaca Fasl Maqal Ibnu Rusyd? Kali pertama membacanya tidak tamat. Kali ini ingin. Catatan Ahmad Wahib juga sudah saya tekuni. Dan itu sangat mempesona. Kali ini versi bahasa Malaysia mungkin boleh diulang baca dengan lebih lancar. Buku ini saya sarankan kepada Sophie, lanjutan daripada chating kita tempoh hari.

Mendapat buku-buku di bawah ini dengan tanda tangan editor dan penyusunnya seakan memberikan sebuah tanggungjawab. Mereka menulis, "sila ulas." Begitulah kira-kira maksudnya.

Oh ya, Anam adalah editor bersama Islam & Pluralisme, buku haram. Banyak modal aku nak kutuk dia hari itu.

Dalam masa terdekat ini saya juga ingin mengulang baca Perempuan Politikus Melayu karya Faisal Tehrani, buku yang tidak sempat saya kunyah beberapa tahun lalu kerana dicuri teman. Dan di mana cerita Opulanta Malacca (Melaka yang Kaya) dalam The Lusiads itu. Juga ducuri daripada rak Ammar dan Anam.

Ibnu Rusyd, Makalah Penentu Tentang Hubungan Antara Syariah dengan Falsafah atau lebih dikenali sebagai Faslu Maqal.

Fazlur Rahman, Mazhab-mazhab Awal & Pembentukan Akidah Sunni.

Muhammad Abduh: Riwayat dan Pemikiran.

Ahmad Wahib, Pergolakan Pemikiran Islam (versi bahasa Malaysia).

Abdullahi Ahmed An-Naim, Reformasi Perundangan Islam.

Posted by Picasa

Ahad, Mac 23, 2008

Helvy Tiana Rosa sungguh 'seksi'

Kata Helvy, "semakin saya fundamentalis, semakin saya 'seksi'."

Dalam seminar di Universiti Malaya semalam, saya fikir Helvy telah membuktikan bahawa dirinya benar-benar 'seksi'. Dan 'keseksian' Sastera Islam itu terserlah. Helvy dengan 5000 pengikutnya bukanlah sebuah sosok penuh ego. Dia sebaliknya pelucu, terbuka, bersilaturrahmi dan berbaik sangka dengan sesiapa juga.

Penulis perempuan yang tampil elegan dalam jeans biru dan baju warna pudar ini sedang mencipta arus perdana baru. Itulah yang sedang beliau lakukan. Itulah juga apa yang boleh kita pelajari.

Jumaat, Mac 21, 2008

Hantu Panggung

Tentang filem The Phantom of the Opera

The Phantom of the Opera (filem) dimainkan di layar perak empat tahun lalu. Jika tidak pernah menontonnya, ada dua alasan kenapa anda perlu melakukannya. Pertama, harganya yang lumayan murah jika dibandingkan dengan versi pentas. Kedua, kerana ia filem. Walau pun dalam banyak hal, persembahan teater sentiasa menarik di tonton, namun filem sentiasa punya nilai tambah daripada aspek sudut pandang kamera, solekan efek dan lain-lain. Dan ketiga, filem ini memang sangat bagus.

Sejujurnya, saya tidak pernah menonton The Phantom of the Opera (selepas ini disebut The Phantom saja). Namun, lagu-lagu Andrew Lloyd Webber memang masuk dalam rak saya. Dalam kereta jika tidak Norah Jones, The Corrs, Maksim atau Klasik FM misalnya, tentu saja Webber. Dalam filem ini juga Webber menghasilkan lagu yang sungguh berhantu dengan 100 pieces orkestranya; sekali gus menerbitkan filem dua jam ini.


The Phantom berlatarbelakangkan era Pencerahan di pusat gerakan itu sendiri, Perancis yang makmur. Ia sebuah filem tentang teater sebagai industri dan kesenian, cinta dan perasaan manusia, genius dan gila. The Phantom mengekalkan semangat pentas. Ia menjadi muzikal yang elegan. Oleh itu ia beda berbanding Moula Rough.


The Phantom adalah tentang cinta tiga segi Phantom-Christine-Raoul. Phantom di genius panggung, berahi dan guru luar biasa. Christine Daean si perawan jelita, bersuara merdu, justeru berbakat. Raoul pula laki-laki yang memiliki segala-galanya. Ia memiliki harta kekayaan, ketampanan seorang lelaki, gaya hidup bertamadun dengan seni dan juga, ya, Cik Daean yang jelita.


Bersambung...


Sumber foto

Astaka Minda

Ada siapa nak tumpang tak? Saya bertolak daripada Puchong jam 8:15 am.

Majlis Diskusi

PENULIS DAN BLOG: TREND MASA KINI


Panel: Penulis Nisah Haron & Blogger Jiwarasa

Pada 22 Mac 2008 (Sabtu)

Masa 9.00 pagi

Tempat Dewan Seminar, Tingkat 2, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka



Selasa, Mac 18, 2008

Tuhan Satu

"Tuhan kekal dan abadi.

Tuhan Satu.

Dan kepercayaan kepada Tuhan yang Satu inilah, tauhid inilah, yang menjadi api yang berkobar-kobar, menyala-nyala di dalam Quran itu.

Dan jikalau api ini telah berkobar-kobar dan menyala-nyala pula di dalam dadanya seseorang manusia, manusia yang demikian itu menjadi manusia yang sebagai dikatakan Saudara Hamka tidak takut akan mati."

Soekarno



Ahad, Mac 16, 2008

Salman: Mana-mana, bila-bila 2

I would like to say thank you for your kind words. I am Sumayyah, Salman's elder sister and me and my family appreciate your prayers for Salman.

Salman was a very special person, and he has shown such strong character event at a young age. He has fought for what he believed in, even to his last days. He was on the way to the office to continue his works for DSAI and that's when the accident happened. Despite his young age, and againts all odds that he has been through, he managed to continue to strive to serve the country the best way he knew how. He believed that every little helps, and with that he has shown us so much determination for the freedom of Malaysia.

So let us remember Salman for his strength and as one of the many unsung heroes in Malaysia, who fought for a better country for all of us.

Your's sincerely,
Sumayyah

Jumaat, Mac 14, 2008

Sekuntum gigi untuk senaskhah puisi 1

Tentang No Mercy for the Rude (Korea) arahan Park Chul Hee

Foto BeyondHollywood.com.

Keterangan tokoh-tokoh dalam gambar, dari kiri.

  1. Mentor Killa, bekas penari balley, ketika membunuh, tubuhnya berpusing seakan menari-nari;
  2. Killa, pembunuh bisu yang membunuh demi mengumpul wang untuk pembedahan membetulkan lidahnya;
  3. Si pendek, selain membunuh, dia gemar memancing.
  4. Pakar karate, apabila pusat latihannya ditutup, dia terpaksa meneruskan kehidupan sebagai pembunuh upahan.

Killa tidak pekak, hanya bisu. Oleh itu dia menjadi pembunuh nombor satu. Kenapa? Kerana dia sudah tentu mempunyai banyak soalan. Kamu suruh dia bunuh, dia tidak tanya, dia cuma bunuh. Killa mempunyai pistol, tetapi itu bukan gayanya. Senjatanya hanyalah pisau belati yang perlu dihunus sekali saja. Kemahirannya adalah membunuh dengan satu tikaman tepat ke jantung.

Killa adalah seorang pembunuh upahan versetail. Dia menikmati kehidupannya, dia mempunyai belas kepada kebaikan, meminati puisi, kacak dan baik hati.

Bersambung...

Khamis, Mac 13, 2008

10,000 BC tak best

Benar, 10,000 BC tidak patut kamu tonton. Filem bodoh ini saya tidak tonton dengan kepala dingin dan dada lapang. Aku menontonya dengan prejudis sebelas terpengaruh dengan kata-kata Vovin. Bagi aku 10,000 BC adalah separuh Jurassic Park, separuh Apocalipto. Tahap kenikmatannya macam naik kereta pusing di Zoo Negara. Tiada cerita kepahlawanan tentang "pemegang lembing puteh" yang benar-benar boleh menjadi lagenda. Logiknya tidak kukuh dan meyakinkan. Ia adalah sebuah karya yang gagal. Pengarah gagal mengulang kecermelangannya dalam Indipendent Day.
Lagenda itu macam mana? Lagenda itu macam kamu tengok Gladiator, Troy, Kingdom of Heaven.

Rabu, Mac 12, 2008

Republik Kata Mac 2008


Republik Kata Mac 2008 sudah dikemaskini. Dijemput melawat. Ada banyak isu politik dan lain-lain. Terlalu banyak sehingga tidak dapat disebutkan satu persatu.

Layari http://republikkata.blogspot.com

Silakan. Terima kasih. Makkal Shakti!


Jimadie Shah Othman
B/p Editorial Republik Kata



Pembukaan Kota Mekah dan Hikayat Panglima-panglima Sumbing

SEORANG teman, kini wakil rakyat, secara berseloroh berkata, “manifesto aku (adalah) anti politik bosan.”

Benar, sesudah itu politik Malaysia menjadi sungguh membosankan. Surat-surat khabar di negara ini sudah macam Selamat Aman Makmur. [Baca lanjut]

Sumber asal: Republik Kata Mac 2008

Selasa, Mac 11, 2008

Falsafah Kebebasan dalam KLku

Oleh Mohd Jimadie Shah Othman

WAJAH
Kuala Lumpur atau mana-mana bandar raya besar di pentas seni sentiasa dibebankan dengan konotasi negatif, daripada pentas drama teater sehinggalah karang-karangan lagu. Ini tidak terkecuali dalam buah tangan terbaru Fauziah Nawi KLku Kembang Layarku yang dipersembahkan melalui grup teaternya Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani). [Baca lanjut]

2
Dan ini sajak teman kami Khalid Abdul Walid Ahmad, juga dalam akhbar yang sama, keluaran terdahulu. Ambil perhatian, ini adalah sajak pertama Khalid. Jadi, kita bei dia penghormatan.


MENTARI MERACAU

Aku dan dia
merayu
mentari gugur ke pangkuan.

Buat mereka
asal mimpi-mimpi berkembang.
Tetapi kami
masih menunggu, mengharap.

Kata mereka,
aku, dia, dalam kerancauan
cacian, kejian,
dan tahukan mereka
maksud harapan
dan gugurnya mentari ke pangkuan?


Khalid Abdul Walid Ahmad
1028

Rabu, Mac 05, 2008

Salman: Mana-mana, bila-bila

Selamat pulang, teman kami yang terbaik. Kematiannya sangat tragis, dipercayai kes langgar lari. Inilah berita hambar yang saya terima daripada Azra pagi tadi. Juga daripada kenyataan Anwar Ibrahim melalui e-mel. Dan sukar membayangkan Pantai tanpa Salman. Arwah pendek, kontot tapi lincah dan petah berkata-kata. Beberapa bulan lalu, bapanya Dato Nasaruddin Jalil meninggalkannya. Dan Salman kini mengejarnya. Kemenangan kita nanti, engkau akan melihatnya walau dari alam yang beda. Sumpah, Tuhan akan membuka tabir untuk kita. Bukankah engkau laki-laki yang terlalu baik dan berhati waja?

Tak sangka pula aku Salman ni ada kelulusan dari Perancis. Sekali tengok macam looser. Ha, ha, ha! Jangan pandang orang sebelah mata lain kali. Berdosa. Tetapi yang kuat terpancar daripada dialog-dialognya adalah ketegasan perjuangan, kemitmen dan keyakinan beliau pada prinsip kebebasan dan keadilan. Oleh itu, kamu semua akan bersedih untukmu. Selama-lamanya, umpama mengenang Karbala dan Asyura bagi Shiah. Bila-bila. Mana-mana.

Apa komen bos dia (Anwar Ibrahim)?
"Saya dengan amat dukacitanya memaklumkan bahawa Muhammad Salman Nasaruddin, 24, anak kepada Allahyarham Dato Nasaruddin Jalil, telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jam 2.00 pm tadi. Beliau telah menjadi mangsa langgar-dan-lari ketika sedang berjalan berdekatan rumahnya di Kuala Lumpur. Setakat ini, tiada siapa telah didakwa atas jenayah ini, dan masih tiada siapa yang telah tampil bertanggungjawab untuk tindakan keji ini." [Baca lanjut]


Apa kata surat khabar?
Petaling Jaya, 4 Mac - Jurugambar Anwar Ibrahim, Md. Salman Nasaruddin, yang berjaya menangkap kebanyakkan dari gambar-gambar lawatan kerja Anwar yang dipaparkan di suarakeadilan.com ditimpa kemalangan jalanraya semalam pada pukul 10.20pm di depan rumahnya di Seksyen 16, Petaling Jaya. Beliau kembali ke Rahmatullah petang ini, 1.50pm. [Baca lanjut]



Yeshoshafat Harkabi dan sihir-sihir yang belum menjadi





Ini (gambar atas) adalah teks yang aku baca malam itu. Kamu tekalah.

Salah satu sebab yang menarik aku ke Maskara bukanlah perempuan. (Bukankah kita boleh dapatkan perempuan di mana-mana yang kita mahu?) Lebih tepat lagi, gantikan perkataan perempuan dengan Miss Fynn yang kamu semua tergila-gilakan itu. Rupa-rupanya, kamu tau, ada lagi benda yang lebih mengasyikkan dan seksi melainkan semua itu. Semua yang duniawi itu.


Aku tertarik dengan buku-buku percuma dan harapan untuk sebuah naskhah yang muda. Maksudnya pemarah, gelojoh, cetek akal dan syok sendiri. Inilah makna stim yang sebenarnya. Juga orang-orangnya yang muda belia dan suasananya yang suram dan sureal. Lilin-lilin bertaburan. Tiada protokol, kemeja plain dan baju batik. Itu saja. Dan sebenarnya Rumah Pena itu cool. Aku tak dapat bayangkan betapa bosannya jika Maskara ini dibuat di Pasar Seni.


Oh, tidak!


Aku sempat bertegur dengan Fadli al-Akiti. Namanya seperi pemuda Arab. Dia baik dan

berwajah jernih. Malam itu, inilah kali pertama aku berkenalan dengan karya laki-laki ini di kertas. Ketika kami diperkenalkan oleh Diela, Rahim dan Poji juga ada sama ketika itu, dia bercerita tentang There Will be Blood dan Mantra!. Dia kaki buku dan filem. Barangkali Rahim lebih mahir bercerita tentang semua itu. Dalam bab buku, aku katakan pada Fadli, laki-laki baik hati itu, “aku bukan ulat buku, aku ulat bulu.”


Kami ketawa.


Oh, Diela, perempuan muda itu menyampuk, “kelemahan kejujuran.”


Ya, ya, ayat yang sungguh sempurna!


Entah waktu mana, Fadli datang lagi. Diela merujuknya dengan nama Fadz membuatkan aku keliru antara Fadli al-Akiti dan Fahd Razi, teman lama kami yang kini di Ireland dan telah pun menikah. Kali ini Fadz datang dengan sebuah buku nipis, tiada nama penerbit atau pencetak. Sekali pandang kelihatan amat selekeh tetapi dicetak menggunakan material yang berkualiti. Tertera nama 12 pengarangnya di kulit depan.


For you, it's free,” katanya.


Kemurahan hatinya, semoga Allahlah saja yang membalasnya.

Mantra!. Untuk saat ini, hari ini, ia belum mampu menyihir saya. Oleh itu ia kekal di tepi katil menunggu gilirannya untuk dibelek secara lebih serius.


2

Yeshoshafat Harkabi (foto kiri). Dia Yahudi. Bekas ketua Intelijen Israel. Dia juga ada menulis buku tentang pergolakan Arab-Israil. Dan bukunya itu berjaya memukau aku daripada celah-celah buku percuma lain di Maskara. Juga daripada Stor Buku al-Akiti. Adakah karya besar itu harus lahir daripada peristiwa yang juga besar? Adakah?


Kalau begitu, bagaimanakah kita berlaku adil kepada buku-buku lain yang lahir daripada buntut politik Malaysia yang hampeh? Seperti nasibnya Mantra! Dan sihirnya yang belum menjadi itu?


3

Sophie Gnosis. Penelope ini telah membuatkan aku kembali curang kepada Hollywood. Oleh itu, filem Siam bodoh (foto kanan) ini masuk kembali ke kelambu aku.


Selepas makan nanti, aku ingin menulis tentang politik per se. Politik parti-parti. Tentang orang-orang yang patut kamu undi. Dan itu akan menjadi entri yang terakhir untuk kamu. Terima kasih. Jumpa lagi. Sayonara. Kamu semua cool. Jadi, tentutulah Dayang Sayang Kamu. Sudahlah, dengan 400 entri, peminat-peminat cun dan seksi. Apa lagi yang kita mahu? Inikan cuma cerita tentang dunia.


Nandri.


Oh, tidak, aku benci dengan julukan itu. Aku tidak ingin mendengarnya lagi.


Julukan itu adalah julukan yang tidak aku sebut di sini.

Selasa, Mac 04, 2008

Falsafah Pengembaraan dalam Dunia Baru

Filem tentang anak muda wajib bertenaga dan ambitious. Filem sebegini biasanya menyalin dan mengungkap isu dan tema-tema seputar golongan ini sama ada secara picis, ideologis mahu pun pop. Dalam masa yang sama semangat anak muda yang kadangkala rebellious, ingin bebas, berani, pemarah dan gelojoh sentiasa menjadi klise yang menghangatkan sesebuah karya. Oleh itu, menghasilkan sebuah filem untuk golongan ini, sudah barang tentu lumayan sulitnya. [Baca lanjut]


Onne, munne, renne, nalle

Dari kiri, Ila, Arul dan aku.

Poji, Ila dan Arul.

Little Khalifah bukanlah restoren yang baik daripada pelbagai aspek daripada lokasi sampai masakan. Ia hanya sebuah kedai mamak yang okey-okey.

Di Bandar Puchong Jaya ini kami bahkan mempunyai pilihan dan banyak sekali sama ada Restoren Queenz atau kedai Melayu atas bukit dekat bilik gerakan BN. Atau di Tanjung. Atau Deretan kedai makan panjang di Puchong Perdana yang untuk ke sana boleh melalui masjid terapung Puchong Perdana yang cantik seperti di syurga. Tetapi untuk kami, dulu, kini dan selamanya adalah Little Khalifah juga. Dan untuk itu tidak memerlukan hujah yang absurd dan halus melainkan kemesraan atau hospitality budak-budak Madras di kedai ini. Kecuali mamat tukang kira yang bermuka macam pengganas Afghan.

Tadi hujan lebat. Poji minta nasi goreng dan saya Maggi dengan telur mata dan cili potong. Kemudian Arul dan Ila sampai daripada Pandai Dalam, seperti selalu, hanya untuk lepak dan makan. Kemudian pulang dalam kesejukan dengan motosikal bernombor plat CBJ itu. Bayangkan betapa aneh dan absurdnya restoren ini. Sedangkan semua orang tahu Pandai Dalam itu syurga masakan.

Dan tiba-tiba lampu pun terpadam. Arul pakai topi BN dan gambar kempen Nurul Izzah Anwar, Puteri Reformasi, seorang ibu dan seorang anak pejuang. Juga absurd barangkali. Tetapi akan lampu itu, ia tidak terpadam terus. Ia menjadi disko. Berkelip-kelip macam lampu disko.

Kami minta lilin dan dia bawa lilin. Terasa makan di sini, malam ini, dulu, kini dan selamanya adalah cool. Ia menjadi malam yang membahagiakan, penuh gelak ketawa dan jenaka nakal. “Iya, ini disko, kita sepatutnya minum arak, bukan Nescaffe O Ais.”

Gambar ini kami ambil sebagai kenang-kenangan.

Malam ini, aduh, sejuknya! Hujan seperti tangisan perempuan muda. Kerlipan lampunya seperti pasangan yang ghairah dan tergoda. Suara angin seperti tertawa. Dan api lilin pun seperti sedang menyala-nyala.

Itulah kehebatan Little Khalifah yang tidak mungkin kamu fahami. Semua ini boleh melupakan kamu pada lipas, tikus dan lokasinya dekat pasar Cina yang kotor.

Setiap malam pula, kamu mendapat harga yang murah. Onne, munne, renne, nalle! Budak-budak Madras itu sudah jadi macam saudara.

Isnin, Mac 03, 2008

Maskara (7), gelak ketawa dan teka-teki Pak Belalang

Jimadie@Maskara 7

Kelemahan aku adalah: (1) aku selalu jujur dan (2) aku selalu berlebih-lebih. Dengan kata lain yang lebih canggih, hiperbola. Baiklah, aku ingin berjujur-jujur dan berlebih-lebih tentang Maskara. Entahlah, macam ada yang tidak kena. Maskara ini bagiku hanyalah Maskara yang dipenuhi dengan gelak-ketawa. Engkau pun tahu.

Oh, Khalid Abdul Walid Ahmad sedang bercuti di kampung. Jadi, tidak ada foto-foto nonprofesional yang kamu rindui itu daripada beliau.

Dan, gambar aku dan Rahim yang kamu ambil itu hodoh sekali. Itu salah kamerakah, jurugambarkan atau modelnyakah? Ha, ha, ha, macam soalan Nujum Pak Belalang, "di manakah letaknya kekuatan laksamana Hang Tuah? Pada kerisnyakah atau pada kekuatannyakah?"

"Huruf ta, tuanku," kata Pak Belalang lagi.

Terima kasih kepada encik jurufoto. Ingatlah baris pertama entri aku ini baik-baik supaya kamu tidak kecewa dan patah semangat.

Foto-foto mereka ini aku muatkan kembali di album web Picasa (bukan Flickr) aku.

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)