IKLAN

Cari Blog Ini

Rabu, Mac 17, 2010

Pengarang kreatif 'tercekik'

Oleh Nurul Farina Nazlan
nfarina@bharian.com.my
2010/03/16

Benarkah peraturan, sekatan dan akta menakutkan penulis, editor?

DIALOG Orang Muda (Dom) - Kebebasan: Penulis Tercekik? membongkar erti kebebasan sebenar dalam dunia penulisan dan istilah ‘tercekik’ yang sering digambarkan dalam dunia penulisan di negara ini.

Seramai 40 peserta dialog anjuran Biro Penulis Muda, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) di Rumah Pena, Kuala Lumpur, baru-baru ini, bermatlamat mengumpul agenda sempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2011.

Tutor Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Mohd Ali Atan, berkata penulis perlu mengenal diri-sendiri dalam menghasilkan karya terbaik dan boleh menggunakan konsep ‘mesyuarah’ dalam Islam bagi membolehkan pendapat sesuatu perkara dilontarkan.

“Ada kelompok penulis yang terpengaruh dengan konsep kebebasan dari Barat sedangkan sebenarnya aspek terbabit sudah ada di Malaysia, tetapi yang membezakannya ialah pelaksanaannya.

“Memang fitrah manusia inginkan kebenaran dan ada kalanya dalam mengejarnya, masyarakat moden lupa akan norma dan nilai yang perlu dipandang serius bagi menghasilkan karya yang mampu memberi ilmu kepada khalayak,” katanya.

Ketua Wartawan Malaysiakini Bahasa Malaysia, Mohd Jimadie Shah Othman, pula melihat kebebasan yang terhad di kalangan penulis, boleh dilihat melalui penulisan dan pernyataan dalam sesuatu perkara.

“Kebanyakan mereka menggunakan tanda soal pada hujung ayat atau perkataan ekoran perasaan takut, ragu dan tidak yakin yang timbul dalam pemikiran mereka selain penulis kita memang belum yakin dengan kebebasan.

“Ini kerana masyarakat Malaysia sering memberi pandangan negatif bila sesuatu itu dikaitkan dengan kebebasan. Walaupun dalam sistem demokrasi ada jaminan kebebasan, tetapi ia menjadi terhad ekoran kekangan dan batasan tertentu,” katanya.

Malahan, beliau mendakwa kebebasan bukan saja terjadi kepada mereka yang berkarya, malahan media juga berdepan masalah sama iaitu tiada kebebasan untuk menulis dan melaporkan kerana ada akta yang perlu dipatuhi.

Mohd Jimadie berharap, suasana bebas dalam dunia penulisan dapat direalisasikan oleh semua pihak kerana ia mampu meraikan kedamaian, suara realiti dan pandangan daripada pelbagai latar hidup masyarakat.

“Melalui kebebasan juga, kita akan dapat melihat perspektif yang lebih luas dan dalam konteks ini kita perlu sedar bahawa untuk meraikan kepelbagaian di negara ini, ia memerlukan kebebasan, tetapi jagan sampai tidak bertanggungjawab ke atas hak orang lain,” ujarnya.

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Arif Mohamed pula berpandangan bahawa penulis sebenarnya bebas dalam menghasilkan karya mengikut pandangan dan kreativiti sendiri, tetapi ada batasan, tapisan dan keadaan tertentu yang membuatkan penulis terganggu.

Baginya, penulis dan sasterawan ibarat permata dalam membina maruah ketamadunan dan mereka perlu menggunakan ruang kreativiti dengan bijak serta perlu peka dengan isu yang tidak boleh diketengahkan dalam karya seperti agama, sejarah bangsa, politik dan perkauman.

“Panel yang berwibawa juga diperlukan untuk menilai sesuatu karya itu agar daya kreativiti penulis tidak terhad dan dicekik, ekoran ketidakfahaman pihak yang menilai, menyunting dan menerbitkan karya.

“Bagi saya, kebebasan dalam berkarya memerlukan inisiatif tinggi dalam diri penulis kerana mereka tidak boleh menghasilkan naskhah ‘syok sendiri’. Malah, untuk menghasilkan karya terbaik dan tidak dicekik pihak mana sekalipun, penulis perlu meletakkan sentuhan kebijaksanaan,” tegasnya.

Sesi dialog itu turut mendapat reaksi Editor PTS Publications & Distributors, Syafiq Zulakifli yang berpandangan bahawa program itu memberi ilmu yang jelas terutama kepada penulis muda berhubung kebebasan yang perlu ada batasannya.

“Islam mengajar setiap daripada kita agar menyekat sesuatu yang boleh membawa kepada perselisihan faham dan pergaduhan. Tentunya ia merangkumi dunia penulisan yang memerlukan penulis condong kepada sastera berunsur hasanah atau kebaikan.

“Sekiranya naskhah tidak elok, ia akan memberi kesan negatif terutama kepada generasi muda dan penulis perlu ada prinsip dalam setiap karya yang dihasilkan kerana dia bukan saja menjual karya tetapi, ilmu kepada khalayak,” jelasnya.
Penulis muda, Hazwani Rameli, pula menyifatkan tajuk yang dibincangkan relevan dengan suasana yang dihadapi oleh kebanyakan penulis terutama mencari makna kebebasan dalam berkarya agar tidak disalahtafsirkan.

“Saya bersetuju dengan pandangan ahli panel bahawa di negara kita memang tidak wujud kebebasan dalam erti kata sebenar ekoran adanya batasan, akta dan sekatan tertentu sehingga kebanyakan penulis tercekik ekoran sikap penerbit dan editor khususnya dalam ha; yang membabitkan politik,” katanya.

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)