IKLAN

Cari Blog Ini

Selasa, Mac 30, 2010

Satu lagi tanda soal

Satu lagi tanda soal!

Itu tanggapan pertama saya apabila membaca tulisan Aznan Bakar -- ‘Sastera tempatan terpinggir?’ -- yang mengeluh soal kedudukan karya sasterawan tempatan.

(Saya pernah mengutarakan perkara yang sama ketika mengulas judul perbincangan Dialog Orang Muda -- ‘Kebebasan: Penulis ‘tercekik?' anjuran Persatuan Penulis Nasional di Kuala Lumpur baru-baru ini.)

Saya fikir, judul tulisan Aznan itu tidak perlu menggunakan tanda baca itu lagi. Tanggapan itu menjadi establish dan diketahui umum.

Dalam artikel tersebut, Aznan menulis, berbeza dengan penulis besar daripada Barat - seperti William Shakespeare yang terus disanjung - tulisan pengkarya tanah air, khususnya sasterawan negara mengalami nasib yang berbeza.

Menurut Aznan, buah tangan mereka tidak beredar dalam pasaran, bahkan hendak "dijadikan buku teks pun tidak layak".

"Seolah-olah apabila seorang sasterawan itu meninggal dunia, hasil karyanya yang dianggap tidak ternilai turut dikuburkan bersama," tulisan tersebut dipetik.

Aznan juga menulis, mulai tahun ini pelajar sekolah akan "mengkaji" karya-karya komersial remaja seperti Budak Rap, Legenda Budak Setan dan Untuk Tiga Hari. Dua daripadanya pernah saya baca dan saya tahu siapa penulisnya.

Bagaimanapun, pandangan penulis itu tidak mengejutkan saya. Bagi saya, perkara tersebut isu lama, namun tak pernah, walau sekali, kunjung selesai.

Saya tiada cadangan untuk menyelesaikannya. Tetapi, sudah tentu, seperti kita semua, saya pandai menuding jari!

Tetapi tidak kepada kerajaan lagi. Saya percaya pada falsafah politik yang memerikan kerajaan itu sebagai "kejahatan yang diperlukan". Saya tidak ingin bergantung kepadanya. Saya hilang kepercayaan.

Bagi saya, isu yang sebenar, kenapa sastera Malaysia - lebih tepat, sastera berbahasa Melayu - tidak komersial, tidak propasaran, justeru dengan sendirinya terpinggir dan tertolak?

Persoalan yang kedua, adakah hukum ini alami dan tidak boleh berubah? Dan, saya tidak ingin menjawabnya buat masa ini, di sini.


Berkaitan: http://bit.ly/bTofg5

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)