IKLAN

Cari Blog Ini

Jumaat, Oktober 28, 2011

Lampu

Foto Snowalk I-City


I-City tidaklah secantik mana. Kali kedua saya ke sana, lampu-lampunya sudah menjadi biasa. Di mata saya.

Dan bilik saljunya tidak sama seperti musim dingin yang sebenar. Salju kapasnya kasar, patung-patung rumah biasa saja. Dan saya tidak teruja.

Istana-istana kaca tidak seindah, seperti tertulis dalam syair Balqis dan Sulaiman.

2
Bayarannya cukup mahal dan tiada yang percuma. Tulisannya juga, semuanya dalam bahasa penjajah. Seperti taman tema di London.

Ahad, Oktober 16, 2011

Putih darahnya

Lama tak menonton bangsawan. Kali terakhir beberapa bulan lalu. Juga filem. Tetapi anehnya, tiap kali duduk di bangku depan pentas, aku jadi ketagih menulis kerja kreatif.

2
Aku menonton Puteri Selindungan Bulan. Separuh realis dan magis, separuh sureal. Ceritanya mudah, anak raja disampuk cinta --berkenan dan jatuh cinta berahi pada puteri Kuala Jelapang -- yang kononnya berdarah putih.

Dan dia datang dengan pinangan yang tak mampu ditolak. Bukan sahaja dengan tepak dan junjung sireh, tapi juga pedang dan perang.

Mereka bernikah, berbahagia dan berzuriat. Tetapi ketika guruh berdentum di langit, puteri jatuh di laman dan darahnya tidak putih. Maka tercetuslah perang.

Tetapi siapakah yang darahnya putih.

Puteri Zaleha. Begitu orang-orang istana mengandai. Tetapi apakan daya, pabila perang dipalu, darah akan menitis.

Di pintu istana Kuala Jelapang, Zalehi sedia berlari dan berlindung di balik bulan. Makanya, yang bermula dengan realis dan magis, berakhir dengan sureal. Seperti yang lain-lain.

Tetapi, di kerusi, kita yang di bawah bertanya, apa yang surealnya, tuan? Apa yang surealnya, tuan?

3
Teater klasik ini temponya perlahan dan tidak memikat. Lakonnya juga lemah. Dan yang lain-lain biasa saja. Ditambah lagi dengan penontonnya yang bodoh. Itu saja dan selamat malam, sebelum saya berdosa dan berdosa dan berdosa.

4
Puteri Selindungan Bulan merupakan karya Morad Ibrahim dan dibintangi antaranya Zarina Raja Lawak, Zainol Ismail, Abdul Jalil Hussain dan Wan Mazlina Md Zain. Ia dipentaskan di Panggung Bandaraya semalam, hari ini dan esok.

Rabu, Ogos 17, 2011

Hollywood vs sampah

Poster rasmi filem Woman on Top (2000)

Emm, setakat itulah saja Hollowood. Setakat itulah saja panggung Hollywood yang penuh bintang-bintang; juga glam.

Saya asalnya bukan penggemar filem Hollywood.  Saya ini pelik, saya juga suka filem yang banyak cakap tetapi kurang aksi.

Antara filem terbaik bagi saya hampir sepuluh tahun lalu judulnya Interview  -- produksi Australia yang cuma memaparkan dialog dua jam tanpa henti dengan sedikit aksi di permulaannya. Betul-betul melambangkan judulnya.

Jumaat, Ogos 12, 2011

Cowboy

Saya lama tidak menonton dengan rakan-rakan. Saya tidak ingat lagi bila kali terakhir. Bila bertemu anehnya selalu merancang. Tetapi tidak pernah menjadi kenyataan.

Saya dan Fakrul -- teman lama sejak dari Universiti Malaya -- kami menonton di Cathay Kota Damansara. (Entah apa nama barunya.) Ceritanya "Cowboys and Aliens".

Menarik idea pemulanya -- bagaimana jika cowboy digandingkan dengan makhluk asing? Tetapi yang lebib aneh, ia membawa kami (sekali lagi) kepada Abang Din -- sebaik-baik manusia yang pernah kami ketemu.

Dan. Dan lain-lain lagi.


Sent from my iPad

Selasa, Julai 26, 2011

Demi Maghrib



engkau pergi
siang yang sebentar
tingalkan kami
hilai dan tawa

gelab maghrib
suluh jiwamu
pilih antara dua
api atau cuma cahaya

aku akur pada malam
aku akur pada kebutaan
selimut dosa kita
selimut hasad manusia

Matahari Syawal (Single)



dan syawal menyinar
fajar memanggil mentari
terang benderang, tuan
hancur luluh

dan kulihat dunia
dengan mata biasa
mata insan berdosa
dari sebelas bulan

Dendang buat ibu (demo)

Dendang buat ibu ( Demo 22/7/11) by meorpestajiwa

meratap tak bersuara
hanya hati yang berlagu
rindu sungguh dalam
dendam ibu seorang

tiada syawal tanpa senyummu
tiada syukur tanpa restumu
aku pulang ibu
walau bertemu cuma kuburan

Ingin jadi manusia (demo)

Ingin jadi manusia by meorpestajiwa

kita manusia
tiada cemburu malaikat
mencintaimu tuhan
seperti manusia
seperti manusia

perang nafsu
perjalanan lebih bahagia
dari segala-galanya
ingin jadi manusia
ingin jadi manusia

Khamis, Julai 21, 2011

Sajak-sajak hamba*

Ini sajak-sajakku.

Aku benci mendengar kata-kata
berani atau revolusi.
Makin amarahmu bergelombang,
makin mendasar ghairah cinta.
Dan dakwat tetap menghitam
seperti jantung dan hempedu.

Aku tidak terbakar.
Aku cuma membara di atas kertas.
Ini bukan sajak-sajak jantan.
Cuma pintalan kata-kata
yang serba aneh.

Pantun-pantun Melayu subversif

Ada madu kering di tandang,
biasa kumbang singgah di laman;
apa lagu sering didendang,
tiada senandung usahkan harapan.

Menahan kubu denganlah parang,
kubu pun lesap di depan mata;
meratah buku sambil telanjang,
ilmu meresap seperti cinta.

Apa dipisah bulu di dada,
engkau panjang aku pun panjang;
Apa dikisah soal dara,
engkau jalang aku pun jalang.

Jumaat, Jun 17, 2011

Folk singer Meor reboots his old band

By DARYL GOH
entertainment@thestar.com.my

IT’S late evening at folk rock singer-songwriter Meor Yusof Aziddin’s mini studio and guitar class centre located on the fourth floor of a mid 1970s shoplot in a less glamorous but no less bustling area in Bangsar, Kuala Lumpur. He isn’t busking today – the man is an officially licensed street musician – since he has his hands full with the upcoming release of his new music project.

There is a palpable sense of activity in the air as he scrounges around for promo CD singles, updates a band biography and talks about adding sitar arrangements to an unfinished track during the course of this recent interview at his headquarters.

He is even uploading new live videos on Facebook of this new chapter in his career.

Ahad, Jun 12, 2011

Society utamakan kekuatan lirik, melodi

Petikan daripada Sinar Harian.


Muat turun Caller ringtone Society


Untuk pelanggan Celcom sahaja.
Untuk melanggan taip *118*kod Lagu# dan tekan CALL/SEND
Contoh: Taip *118*72389# dan tekan CALL/SEND
Yuran bulanan : RM3.00
Harga setiap muat turun : RM3.50

Berani Bercinta

Oleh Fakrul Fadzin

(Dimuatkan kembali daripada blog Tarikata.)

Hampir 4.15 pagi.

Dan aku masih menikmati lagu dendangan Society The Band; Berani Bercinta (yang baru aku uploadkan di Youtube setelah beberapa hari tertangguh). Pada aku, lirik karya Jimadie Shah Othman ini memukau. Bukan memuji kerana Jim adalah kenalan rapat aku, tetapi bagi aku, ini kerana liriknya yang disulam indah walau ringkas, punya roh dan sangat dekat dengan orang-orang yang barangkali takut untuk bercinta. Lagu gubahan Meor Yusof Aziddin pula menyempurnakan lagi kelahiran sebuah lagu yang mempunyai sejuta makna dan asyik saat menyentuh gegendang telinga.

Ini liriknya:

Berani muda, berani cinta, hampa dan kecewa.
Berani hidup, berani mati, tundukkan takdirmu.
Hidup sekali, mati sekali, dunia takkan sepi.
Lihat pelangi warna-warni, warnakanlah lagi.

Bawa bulan, bawa awan, kita bersumpah setia.
Merah jampu cinta kita, dunia bagai di jambangan
Warna-warni kehidupan.
Pelangi petang ini, jalurnya merah jambu semuanya.

Esok kita, hembus nyawa dan hilang semua.
Tapi sumpah cinta kita
sentiasa menyala....
Sungguh ia melayang ke udara.

Aku menikmati lagu ini sambil cuba menghabiskan sebuah buku tulisan seorang penceramah motivasi iaitu Mr Robert Cheah Booy (berumur 62 tahun dan aktif menyampaikan syarahan di seluruh pelusuk dunia). Serius aku kagum dengan cara penyampaiannya yang seakan seorang "atuk" yang berdamping dengan "cucu-cucunya" sambil menceritakan pengalaman menariknya saat mengenal erti hidup hinggalah di usianya sekarang; "Saya 26 tahun, bukan 62 okey!", Selorohnya sambil tersenyum lagak seorang "atuk" ingin bermanja dengan kami, "cucu-cucunya".

Antara kata-katanya yang buat kami ketawa terbahak-bahak ialah saat kata-kata ini ditujukan kepada "cucu-cucu" perempuannya;

"Kalau menjadi isteri orang, cubalah berlakon yang kalian sangat teruja bila sang suami bersungguh-sungguh menceritakan tentang sesuatu yang kamu sebenarnya telah tahu. bukannya apa, cuma berilah ruang agar sang suami rasa he's so manly!", Selorohnya bersahaja hahaha.

"Dan kamu yang lelaki", Getus si atuk tiba-tiba. Ketawa kami serentak terhenti.

"Kamu umur berapa", Soal si atuk kepada seorang teman. "31 tahun", Balas teman tadi ringkas. Si atuk kembali menyoal bernadakan lagu lama "Dah kahwin ke belum?". Serentak kami semua ketawa haha. "Belum" jawab teman tadi. "Belum ada girlfriend", Tambahnya.

Si atuk tersenyum. memandang muka-muka kami. "Begini...", Katanya, sesaat diam. "Kamu yang lelaki, harus yakin dan berani", Sambungnya tegas. "Macam mana sales person tidak pandai memikat wanita ni. Besok kembali berusaha ya", Sambungnya bernada jenaka. Ketawa kembali bergema, terutama dari "cucu-cucu" perempuannya.

Terima kasih "atuk", terasa singgah tepat ke muka -.-' haha

oklah, aku ingin menyambung kembali bacaan aku.

Dan oh ya, aku masih ditemani Berani Bercinta. : )

Nada Segar Kuala Lumpur

Guba © Hafiz Hamzah
Oleh Hafiz Hamzah

I.
(19 Mei 2011 @ Laundry Bar, The Curve)

Beberapa minggu ini, saya merasakan seperti ada tenaga dan nada-nada segar yang bermunculan dengan sedikit kesedaran untuk bermuzik dari tengah Kuala Lumpur. Dari Kota Kinabalu, khabarnya, Guba mengarang lagu-lagu lunak, dekat dengan ambien ala Yuna, tetapi tetap mengesankan. Di bawah label Laguna Records, Guba (seorang singer-songwriter) dibantu pada set Khamis malam itu oleh pemuzik-pemuzik tulang belakang label berkenaan lainnya; antara lain Duan Seven Collar T-Shirt (gitar) dan Jeffrey Little (dram).

Sebuah lagi band di bawah label sama, Lab The Rat (LTR) juga mengasyikkan. Ada waktu muziknya kedengaran bernuansa British pekat. Di waktu lain, terutama pada suara Syahrul (yang juga bersama Love Me Butch) meranduk memori Robert Smith (The Cure), yang sedikit sebanyak meletakkan muzik LTR pada peta yang sedikit aneh. Saya paling tertawan dengan projeksi suara Syahirah (kalau tak tersalah namanya), penyanyi wanita yang aneh-aneh juga gestur tubuhnya ketika bermain suara. Ketika itu, saya teringatkan Portishead. Ini sekurang-kurangnya imej-imej yang terpancar di dalam bayangan saya, yang pertama kali berkesempatan menonton persembahan live mereka. Tetapi, saya fikir LTR tidak sama dengan nama-nama besar yang saya sebutkan. Jika sempat matang, mungkin kita bakal dengarkan warna-warna muzik segar dari kota ini, ketika proses rakaman album debut mereka yang sedang diusahakan waktu ini berhasil.

II.
(28 Mei 2011 @ Dalam kereta)

Saya terlewat tiba untuk menyaksikan persembahan debut Society, band yang disuntik semula nyawanya, yang saya fikir pasti berbeza lenggok muziknya berbanding versi terdahulu band dengan nama sama yang digerakkan oleh Meor Yusof Aziddin. Kali ini yang diletak di depan ialah Daiyan Trisya, gadis kecil molek yang sekali gus menghantar isyarat yang sedikit berbeza berbanding kerja-kerja muzik Meor sebelum ini. Dan, Amin Iskandar menyertai Meor untuk projek terbaru ini (sebagai penyanyi). Sebelumnya, saya belum sempat mendengarkan muzik mereka.

Di luar pagar Rumah Pena, malam minggu itu, Meor memberikan CD single dua lagu Society; Berani Bercinta dan Emas Bertatah Permata. Di dalam kereta, saya mendengarkan – dengan harapan yang bercampur – menunggu entah bagaimana muzik yang akan keluar dari corong speaker. Dengan Society, saya fikir saya tidak kecewa. Masalah saya dengan kebanyakan lagu-lagu Meor dalam rakaman-rakamannya yang terdahulu sedikit sebanyak terlerai. Muziknya tidak lagi kering. Melodinya kini lebih ke depan. Terima kasih kepada suara merdu Daiyan, yang bagi saya banyak memberikan impak untuk mengendurkan sedikit ketegaran faham muzik gaya Meor. Society lebih bertenang, lebih terarah untuk meniti muzik seadanya. Sederhana tetapi memikat. Dan usaha rakaman ini juga lebih bersungguh-sungguh. Bersih dengan alunan yang tak berlebihan kalau saya katakan membuai rasa.

Jangan kau harap dapat maduku wira cinta
Tanpa emas bertatah permata
Aduhai jejaka


(Emas Bertatah Permata)

Kredit juga perlu diberikan kepada Jimadie Shah Othman, yang berhasil menemukan kata-kata yang boleh larut di dalam mulut Daiyan sebelum diluahkan untuk halwa telinga yang mendengar. Saya boleh faham kalau ramai yang senang dengan dendangan Society.

Selamat menikmati muzik-muzik mereka.

Sumber: JalanTelawi.com

Rabu, Jun 01, 2011

#nowplaying #beranibercinta #emasbertatahpermata




MEOR: Itulah kali pertama Society mengadakan persembahan dengan line-up tetap, Meor, Daiyan Trisha dan Amin Iskandar. [Lagi]

Jumaat, Mei 27, 2011

Borak dengan mufti


Saya ada wawancara Mufti Perlis Dr Juanda Jaya untuk siaran Malaysiakini.TV suatu ketika lalu Rasanya boleh kongsi dengan kamu sempena Jumaat ini.

Sabtu, Mei 21, 2011

Muda

Gambar ini diambil tujuh atau lapan tahun lalu. Dalam sebuah majis di Universiti Malaya. Sekarang sekadar kenangan.

Khamis, Mei 19, 2011

Berani bercinta (lagi)

(Dipetik daripada blog CRG Communication. Amaran: Tulisan di bawah mempunyai banyak kesalahan ejaan. -- Jimadie)

Kumpulan Society yang dianggotai oleh Meor Yusof Aziddin, Amin Iskandar dan Daiyan Trisha akan mengedarkan album single pertama mereka yang berjudul ‘ Berani bercinta’ dalam waktu yang terdekat. Di dalam album single ini terdapat dua buah lagu yang judulnya ‘berani bercinta’ dan ‘emas bertatah permata

Lagu-lagu dalam album ini dicipta oleh Meor Yusof Aziddin manakala liriknya pula oleh Jimadie Shah Othman. Society juga dalam proses menerbitkan album sulung mereka yang terdapat 10 buah lagu di dalamnya dalam jangkamasa yang terdekat, mungkin dalam tempoh sebulan dua ni.

Proses rakaman kita siapkan di studio ‘iseekmusic’ milik saudara Mokhtarizal yang juga terlibat sebagai sound engineer untuk album Society yang akan diterbitkan nanti.

Album ini sepenuhnya edaran CRG Communication. Sebelum ini kita agak mengambil masa sedikit untuk proses menyiapkan album Society kerana kita terpaksa memilih penyanyi yang mempunyai package yang sesuai dengan kehendak remaja dan juga orang dewasa. Setelah membuat penilaian dalam sessi audition kita telah memilih Daiyan Trisha sebagai penyanyi utama kumpulan ini.

Kita memilih Daiyan sebagai penyanyi kerana dia punya potensi yang cerah untuk maju dalam bidang seni nyanyi kerana usianya yang masih muda, mempunyai pitching yang boleh dianggap perfect, kawalan suaranya bagus dan intonasi suara remajanya juga mantap dan kita percaya dengan package ini kita dapat memikat selera masyarakat kita hari ini, insyaallah. Ibu Daiyan yang juga seorang penulis terkenal tanahair, Shamsiah Mohd Nor turut  terlibat sebagai penulis lirik dalam album ini yang  judul lagunya ‘ gerimis malam’.

Society juga menitik beratkan kualiti lirik pada setiap lagu. Walau mood lagu lebih kepada kehendak ramai terutamanya remaja, penguasaan bahasa pada setiap senikata itu adalah satu perkara penting dan elemen kesusasteraan dan puisi masih menjadi hal yang penting dalam setiap karya yang dihasilkan.

Selain Shamsiah Mohd Nor, kita juga menjemput penulis tersohor tanahair saudara Ramlee Awang Murshid untuk menyumbangkan liriknya yang berjudul Sutera Bidadari untuk dimuatkan dalam album ini. Kita percaya hasil gabungan indah senikata dan lagu ianya mampu memikat selera dan citarasa anak muda dan pendengar kita hari ini, isnyaallah.

Untuk mendengar lagu promo ‘berani bercinta’ Society, bolehlah click link di bawah ini. Tq
http://www.facebook.com/societytheband

Selasa, Mei 17, 2011

Single "Berani Bercinta" (Promo)


Judul: Berani Bercinta, Lagu: Meor Yusof Aziddin, Lirik: Jimadie Shah Othman, Penyanyi: Society

* * *

Lagu ini untuk muda-mudi yang suka berangan -- bercinta dan berangan seolah-olah dunia ini berada dalam jambangan bunga.

Kata Meor, single ini keluar minggu depan, sebelum EP dan album penuh menyusul tidak lama lagi.

Dan vokalisnya orang baru - anak remaja 18 tahun yang cantik menawan.  Dyan Trisha namanya.

Siapa Meor, siapa Dyan, siapa Society? (Jangan lupa Amin Iskandar, ya!) Layari laman Facebook mereka. Saya ini berkempen sebab ada saham. :)

Yang anda baca ini sebenarnya iklan.

Jumaat, Mei 13, 2011

'Itu keli Albinolah, Pakcik'

Foto Malaysiakini

Dalam masyarakat tidak bertamadun, pakcik ini mungkin ada disembah dan dianggap tuhan.

Manakan tidak, selepas bersara, pelbagai perkara pelik datang menghurung, hinggakan mungkin menjadikannya orang tua paling bahagia.

Rabu, Mei 11, 2011

Lego

Saya tak tahu apa namanya. Tetapi ia dipanggil "lego" -- sama seperti kita menggelar bekas plastik sebagai "tupperware" dan ubat gigi sebagai "colegate". Jenama dan bendanya amat sinonim seperti Melayu dan Islam (atau Melayu dan hasad dengki).

Budak-budak kecil itu mencantum-cantumkannya. Saya lihat, mereka tak pandai lakukannya. Tetapi lama kelamaan, daripada melekatkan sesuka hari, mereka memadankan mengikut warna. Kemudian meniru bentuk-betul daripada lembaga di sekelilingnya.
Jimadie

Isnin, April 25, 2011

Cincang

Gerai sate dekat 'Bulatan Merpati' di Sri Aman
Banyak perkara yang tidak mampu saya lupakan selama dua minggu di Sarawak baru-baru ini. Ya, saya ulang lagi, semuanya bukan tentang politik.

Buat masa ini, paling kuat melekat dalam ingatan saya: Sup daging cincang Sri Aman. Di menu, namanya sup daging. Tetapi penyediaannya cukup istimewa.

Tidak pernah saya makan sup yang dagingnya dicincang halus, bercampus kobis hijau yang juga dirancik halus.

Ahad, April 03, 2011

Sucker Punch yang sucks


Baik, kita pendekkan cerita: Sucker Punch sebuah filem yang membosankan!

Benar kata pengkritik, letupan yang dahsyat dan barisan perempuan cantik pun tak mampu menyelamatkan buah tangan terbaru pengarah Hollywood Zack Snyder itu.


Walaupun Snyder dianggap antara pengarah yang berstail dan berada dalam kelas berbeza, saya harus akui, saya tetap bukan peminat anak Wisconsin, Amerika Syarikat itu.

Jumaat, April 01, 2011

94 minit sahaja

Ia mengingatkan kita kepada Chuck Noland (lakonan Tom Hanks) yang terperangkap di sebuah pulau selepas pesawat yang dinaikinya terhempas.

Bagaimana Chuck menghabiskan masa bosan dan sunyinya itu amat mengesan dan menakjubkan. Tetapi itu benar-benar fiksyen. Dengan kata lain,  Cast Away, filem tipu dan bohong.

Mood
yang sama boleh dirasai dalam 127 Hours karya Danny Boyle. Beliau mengadapatasi pengalaman benar pendaki bukit Aron Ralston (James Franco) yang terperangkap lebih lima hari di gurun seram Blue John Canyon.

Jumaat, Mac 25, 2011

Musim-musim sihir

"Kamu percaya aku perempuan sihir, Behman?" goda syaitan muda itu.
 
Judul: Season of the Witch
Pengarah: Dominic Sena
Lakon layar: Bragi F Schut
Pelakon: Nicolas Cage, Ron Perlman, Claire Foy dan lain-lain.
Penerbit: Relativity Media
Durasi: 98 minit

Tipudaya syaitan itu sesungguhnya amatlah berbagai-bagai.

2
Di tangan pengarah Hollywood, cerita klise apa pun, kesudahannya tak
dapat diteka. Bagi orang yang berselera Hollywood seperti saya, kita
menjangkakan perkara perkara itu akan berlaku.

Khamis, Mac 24, 2011

Sam II

Wajah lama republik kata.

Entri pertama dalam republik kata dimuat pada 3 Disember 2005 - kira-kira enam tahun lalu. Sam sudah tiada lagi di Shah Alam ketika itu. Dia pulang ke Kuala Kangsar. Saya di Kuala Lumpur.

Sejak diserang angin ahmar kali pertama, keceriaan dan keghairahan anak muda itu tidak kelihatan lagi di ibu kota. Sam milik kampung halaman.

Saya tidak ingat apa yang diusahakan Sam ketika itu. Dia masih belum bersama republik kata. Dia mungkin mengusahakan blog sendiri. Dan republik kata ketika itu masih di Blogdrive, belum berhijrah ke Blogger milik Pak Cik Google.

Selasa, Mac 22, 2011

Sam

Foto dari laman Facebook almarhum.
Sam mati. Dia tidak dikenang sebagai suami yang pengasih, sebab belum menikah; dan tak juga diingat sebagai bapa yang penyayang, sebab belum berkahwin.

Sam mati.

Saya bangga dia dikenang sebagai pengendali blog republik kata. Bagaimanapun, bukan hanya blogzine itu 'anak-anak yatimnya'. Perjalanan Sam lebih daripada itu.

Dia bermula dengan Arahkiri (kemudian dikenali sebagai Satu@rah) menggunakan URL arahkiri.cjb.net.

Ketika itu -- semuanya tentang kenangan kira-kira 9 atau sepuluh tahun lalu -- kami belum mengerti sangat tentang komputer, internet apatah lagi.

Instrumental, prejudis

Moi Last Von
Saya akui. Instumental rock, lebih-lebih lagi elektronik bukanlah
sesuatu yang biasa dengan telinga saya. Malam ini, bagi menghabiskan
cuti Isnin yang bosan, saya ke MapKL di Duta Solaris.

Lega juga daripada melayan soalan tentang video seks yang didedahkan Datuk T
pagi tadi.

Ya, sejak berita terkini terbit di media dalam talian, saya dihujani
soalan yang sama di mana-mana. Tak kira sama ada melalui telefon, SMS,
e-mel, malah Facebook dan Twitter juga.

Sabtu, Mac 19, 2011

Cak rumah, Ana Ente

Ayat dalam perenggan kedua itu berbunyi:

Pagi saya bangun dengan tak gembira. Sudahlah tidur cuma tiga jam, malamnya penat, paginya ada suara yang lebih mirip kepada bunyi, bukan kata-kata - tidak bermaksud dan tidak penting maksudnya.

Perkataan "bunyi" itu mengingatkan saya untuk menulis kembali blog ini. Menulis dengan makna mengeluarkan suara dan berkomunikasi.

Khamis, Februari 10, 2011

Towards a more open Society



Amir Hafizi
Monday, January 24th, 2011 18:28:00

FOR all the news about how bad the music industry is doing, it is some­what comforting to see some people keeping the faith - enough to still be able to get bands like Society dream­ing.

"We definitely want to take our music to the masses and share it with more people," said band member Amin Iskandar.

"We don't want to just cater to mu­sicians, but want to make sure more people enjoy our music," said Meor Yu­sof Aziddin, who writes most - if not all - of the songs for Society.

Selasa, Januari 11, 2011

Society - Berani Bercinta (featuring ili farhana)

Jemput dengan lagu "Berani Bercinta" yang liriknya ditulis saya. Sebab hidup sekali, mati pun sekali. Tak berani boleh, tak bercinta pun boleh.



Lirik Berani Bercinta

Berani muda, berani cinta, hampa dan kecewa.
Berani hidup, berani mati, tundukkan takdirmu.
Hidup sekali, mati sekali, dunia takkan sepi.
Lihat pelangi warna-warni, warnakanlah lagi.

Bawa bulan, bawa awan, kita bersumpah setia.
Merah jampu cinta kita, dunia bagai di jambangan
Warna-warni kehidupan.
Pelangi petang ini, jalurnya merah jambu semuanya.

Esok kita hembus nyawa dan hilang semua.
Tapi sumpah cinta kita
sentiasa menyala....
Sungguh ia melayang ke udara.

Lirik : Jimadie Shah Othman
Lagu: 
Meor Yusof Aziddin


Society - Emas Bertatah Permata (featuring ili farhana)

Saya ada menulis lirik untuk Soceity. Jemput mendengar "Emas Bertatah Permata". Untuk mereka yang mahu 'madu' tapi enggan bernikah.



Lirik Emas Bertatah Permata

Bila bercinta pun ku tahu berlaku kejam
Bila membalas ku tahu bertindak keras
Ku manusia kau manusia
Biarlah kita berdua akhirnya menghampa


Kuberbisik pada penjuru sukma sendiri
Kau juga berdosa dan terus berdosa
Engkau pun hamba aku pun sama
Kita semua mahukan peluang itu

Jangan kau harap dapat maduku, wira cinta
Tanpa emas bertatah permata, aduhai jejaka
Yang kuminta hanyalah satu
Yang terselit di jari manisku

Entah mengapa engkau tak mampu kulupa
Kenapa cinta terburu menjadi sasau
Kalaulah boleh kubunuh saja
Campakkan saja, kaburkanlah dari jendela

Lirik : Jimadie Shah Othman
Lagu: Meor Yusof Aziddin

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)