![]() |
| Poster rasmi filem Woman on Top (2000) |
Emm, setakat itulah saja Hollowood. Setakat itulah saja panggung Hollywood yang penuh bintang-bintang; juga glam.
Saya asalnya bukan penggemar filem Hollywood. Saya ini pelik, saya juga suka filem yang banyak cakap tetapi kurang aksi.
Antara filem terbaik bagi saya hampir sepuluh tahun lalu judulnya Interview -- produksi Australia yang cuma memaparkan dialog dua jam tanpa henti dengan sedikit aksi di permulaannya. Betul-betul melambangkan judulnya.
Saya juga tidak lupa tentang Woman On Top yang mengisahkan tentang nasib seorang perempuan yang ditakdirkan jadi pengekor (makanya dia sentiasa di atas ketika melakukan hubungan seks). Dan, dan lain-lain. Banyak lagi.
Tetapi, lima tahun berikutnya, saya 'murtad'. Saya mahu Hollywood. Saya mahu yang ringan-ringan.
| Poster rasmi The Interview (1998) |
Tetapi (lagi), seperti lazimnya laki-laki virgo yang klise, Hollywood akhirnya mengecewakan. Ia tidak lagi seksi dan mengghairahkan. Nafsu saya tidak lagi mencanak.
Beberapa filem terakhir yang saya tonton dalam beberapa bulan terakhir ini begitu biasa dan kadang-kala amat lemah.
Sebut saja Cowboys & Aliens, Rise of the Planet of the Apes dan banyak lagi, judulnya saja saya tidak mampu ingat -- tidak penting.
Namun, esok saya terpaksa membawa Adam -- si kecil lima tahun -- menonton Harry Potter (bahagian akhir). Itu janji saya jika dia sembuh demam panas. Makanya, budak kecil ini juga akan dijajah seleranya. Dijajah sebab tiada sinema tanding.
Bagaimanapun, Hollywood sekurang-kurangnya seribu kali lebih baik dari filem dan drama Melayu di Astro Ria dan Prima. Saluran sampah.
Bezanya, saluran 'seni' di layar perak Malaysia ini bukan sahaja tidak bagus, malah membodohkan. Saya ulang: membodohkan!
P/s: Bagaimana menilai filem yang baik? Tengok posternya atau kulit CD-nya.

apa kata suruh filem2 Hollywood dialih suara ke BM, khususnya animasi Disney yg klasik tu? Barulah tiada masalah jajah-jajah ni.
BalasPadamTengok tak Terra Nova versi BM kat saluran 710?
Aku tak setuju alih suara. Tak puas tengok. Yang aku maksudkan dengan "penjajahan selera" apabila tiada filem alternatif yang sekurang-kurangnya sama sedap dengan Hollywood.
BalasPadam2
Aku dah ada download cerita itu, tapi belum tengok. Dan aku kini tak ada Astro.