IKLAN

Cari Blog Ini

Ahad, September 09, 2012

Senandung Perempuan Melayu (LIVE)





akulah adam akulah hawa
sejak gerombolan jong pertama dari yunan
pria peringgi yang datang menyetubuhi tanah
dalam tiap tangisan perempuan melayu
menjadi lagu-laguku

ia mengasyikkan
suara perempuan terlanjang
di tubuhnya seribu urat dari emas
yang tumbuh seperti bulu-bulu nafsu
di tubuh

dengan suara perkosaan pada tanah dan air
ia menjadi lagu yang paling meremang
akulah adam dengan karang-karangan lagu

andaikan aku beethoven yang mendengar cumbu berdosa
akulah pangeran sulung
dan engkau terus menjadi senandung
karangkan sejuta lagi lagu untuk perempuan melayu

Jimadie Shah Othman
2009

Nenek di Baruh Mendengar Matahari Lusuh (LIVE)




nenek telah menelan kami seperti matahari
yang menjadi cincin hitam di langit
suara ternakan menjadi peluru
dan matahari dari timur berdetak di baruh
seperti kaki-kaki kuda penjaga neraka

nenek di baruh mendengar matahari lusuh
datukku ditelan mata-mata
kami renung ulas bibir yang tidak tertera:
saya komunis!

Jimadie Shah Othman
2009

Rubah dalam Sekeping Daun (LIVE)





tentang panji hitam dan putih
tentang darah, ribut dan rusuh
siapakah pohon yang melusuh?

kami minum darah pangeran
kau cuma bilang: wain, wain, wain!

wajah dan kecur meleleh
dan satu sumpah tentang darah,
daging dan tulang belulang

menjadi rubah dalam sekeping daun
menjadi padi di dada dan perbukitan
telah kami hirup ayat-ayat yang mulia:
kebebasan dan keadilan

Jimadie Shah Othman
2009

Gadis Sunti yang Tak Tersentuh Lelaki 5 (LIVE)




Sajak Jimadie Shah Othman, dibacakan oleh Mawk.
waktu setan senggama nurul si tikus mencicip “--” ia gerun izrail berdiri di sisinya yang keciritan di rumah pencawang TNB sambil meramas (nyawa) perempuan kecil melumati dan mencabutnya dari lubang faraj biru bibirnya ia gerun izrail menggantungkan kukunya ke zakar aBBAS dan barangkali hANGER. nurul yang tak terhaiwankan meraung dalam sakit ada sakit ada (tak nikmat)? Di hujung nafas kawan-kawan sekolah, mak, ayah, abang bersabungan di mata hitam kelibat cikgu zabedah menggaris papan hitam pak cik aBBAS kata apa? Tidak layu twinkle twinkle little star tidak lompat bintang mata anak kecil pecah senja ini gelang patah lain macamnya syaitan melayang-layang dengan ketawa yang melompat-lompat ke rawan langit telinga tuhan tangis-tangisan tandu tandu tandu arasy gulat gulatan ia resapi dinding rumah pencawang kodek-kodek macam layang-layang kata tikus di jendela dengan kesaksian mata malaikat buka pintu abangnya kata “--”

Jimadie Shah Othman
2004

Bendera (LIVE)



Sajak/bacaan oleh Jimadie Shah Othman

siapakah yang merayap di jalanan sesudah september
dan bersumpah tentang bendera dari ingatan?

tiada slogan dan tulang-tulang
juga slogan dan tulang-tulang
sepanjang lorong dan padang
demi tuhan darah kita juga merah.

Jimadie Shah Othman
2009

Langit dan Kelopak (LIVE)






Karya/bacaan Jimadie Shah Othman. Rakaman live.


LANGIT DAN KELOPAK

saat kupejam mata
dengan jelasnya kulihat
pohon di kaki lereng
seperti kita
sungguh
hijau, koko, kemudian hitam

di atasnya langit mengambang
dalam bayangnya tinggal kita
yang keliru
tentang ada
tentang tiada

setinggi mana kamu
yang membiru?

saat kupejam mata
kulihat langit berkelopak
yang bagimu remeh
dan aneh

tapi dalam sesaat itu
kulihat engkau
mengambang di langit
sungguh

kami pun menanam cinta –
hijau, koko,
menghitam
dan terus menghitam

Jimadie Shah Othman
2012

Sayap ke Syorga (LIVE)






Sajak/bacaan Jimadie Shah Othman. Dirakam live.


Sayap ke syorga

anak yang terbang melingkari awan
ketika ibunya terbaring di tebing katil
sayapnya memar dengan harapan
menuju bulan
dan matari
dan matanya bundar sekali

anak yang terbang melingkari awan
ketika ibunya terbaring di tebing katil
tubuhnya kontang tak secalit pun kasar kain
kepada ibu yang tak bangun-bangun
diselimuti putih
dan nesan
si anak kecil berkata:
bukankah kita dan superman itu sebangsa?

sayap kecil untuk ibu
membawanya melayang ke syorga

Jimadie Shah Othman
2012

Sabtu, September 08, 2012

Kereta Kecil (Better Quality)



Lagu Meor Yusof Aziddin. Lirik Jimadie Shah Othman. Rakaman ini kualitinya lebih baik, bunyi lebih bersih tetapi temponya perlahan sedikit. This song is licensed under a Creative Commons License.

KERETA KECIL

kau tidur berdakapan kereta kecil
setelah lelah berperang dengan kesabaranku
aku mahu engkau hidup terus hidup
kerana pancaran sinar matamu yang menyala dari rohku

aku mencintaimu kerana engkau separuh diriku
eku mencintaimu tanpa surah dan suhuf
adam sejak awal aku engkau kaun menjadi cacing
kita pun tak gentar pada api

kau tidur berdakapan kereta kecil
cuma cahaya engkau tak juga menjadi api

aku adam engkau adam
aku yang pertama
aku adam engkau adam
engkau yang kedua

kau tidur berdakapan kereta kecil
ibumu tidur berdakapan wang dan ringgit
malam itu langit memberiku sepasang sayap
kita pun terbang keluar dari lingkaran api

kau tidur berdakapan kereta kecil
cuma cahaya engkau tak juga menjadi api

aku adam engkau adam
aku yang pertama
aku adam engkau adam
engkau yang kedua

aku adam engkau adam
aku yang pertama
aku adam engkau adam
engkau yang kedua

Malaya Merdeka (Better Quality)



Lagu/suara Meor Yusof Aziddin. Lirik Jimadie Shah Othman. Tempo lebih perlahan tapi kualiti rakaman ini lebih bagus. Some rights reserved.

MALAYA MERDEKA

tanah ini daging dan tulang belulang
sumur ini darah campur keringat
udara ini junjung di batu jemala
malaya, demi tanah dan demi airnya
melayu merdeka melayu merdeka

bangunlah rakyat malaya
bangunlah semua bangsa
semua seru kebangsaan melayu
budi kita putih darah kita hitam
bangunlah rakyat malaya
raja dan hamba pertahan nusa

enam ratus tahun dijajah
malaya merdeka tetap merdeka
bawah tapak kaki kita emas
melayu tak lari ke mana
demi malaya merdeka
demi malaya merdeka

Dendang Buat Ibu (Lagu Raya)



Lagu/suara Meor Yusof Aziddin
Lirik Jimadie Shah Othman

Some rights reserved

Ingin Jadi Manusia (Lagu Ramadan)



Lagu/suara Meor Yusof Aziddin
Lirik Jimadie Shah Othman

Jumaat, September 07, 2012

Cinta Sekeras Logam



Lagu Meor Yusof Aziddin
Lirik Jimadie Shah Othman
Nyanyian Daiyan Trisha

Selapis Kaca (LIVE)






Lagu Meor Yusof Aziddin
Lirik Jimadie Shah Othman
Vokal Meor Yusof Aziddin

Live at the Annexe Gallery, 2010

Kereta Kecil (RAW)



Lagu Meor Yusof Aziddin
Lirik Jimadie Shah Othman

Khamis, September 06, 2012

Berani Bercinta






Lagu Meor Yusof Aziddin
Lirik Jimadie Shah Othman
Nyanyian Daiyan Trisha
Daripada album Society berjudul Jalan.

Emas Bertatah Permata



Lagu Meor Yusof Aziddin
Lirik Jimadie Shah Othman
Nyanyian Daiyan Trisha
Daripada album Society berjudul Jalan.

Lelaki Bertopeng Vi




lelaki bertopeng vi
tiga puluh mereka
tiga puluh minit
mengubah dunia

si topeng-topeng
dengan salam revolusi
berjoget menari
untuk mengubah dunia

sekali lagi ucap
mengubah dunia
mengubah dunia
dan mengubah dunia

cuma kami lebih gemar
menggubah bunga
dan menggubah alasan
dari mengubah dunia

kepada si topeng vi
ini alasan kami
ubah meja pun penat
inikan pula bulat dunia

Lagu: Meor Yusof Aziddin
Lirik: Jimadie Shah Othman

Tangisan Berkaca




kembara menyusur akar
istana di belantara
tujuh puteri remaja
sihir kasih jejaka

tangis berkaca...  dusta
tunduk seribu wira
tangis berkaca... kaca
gadis melayu menghiris 

gadis melayu takkan lupus 
kebaya merah meruntun
gadis melayu... ayu
tinggal cuma nama

layulah layu padaku
gadis melayuku
ayulah ayu padaku
sehabis kau merayuku

lupakan santun gemersik 
jadi bangsa pahlawan
lupakan gadis melayu
dan dendangan nista

Lagu Meor Yusof Aziddin
Lirik Jimadie Shah Othman

Suluh Malam




SULUH MALAM

akulah kelelawar
mengitari bulan
akulah kelelawar
kaulah cinta suluh malam

bumi kepada langit
kupacu mobil ke bulan
ketemu cuma abu-abu
mana cinta silau cahaya

ratusan sms luka
di angkasa raya
tinggal cuma aksara
tentang yang tergoda

kasihku suluh malam
nantikan mobilku
tembus merah awam
jejaka jadi serigala

kasihku suluh malam
nantikan mobilku
tembus merah awan
gilakan wajahmu di bulan

gadis kepada jejaka
serigala pada bulan
terbangkan mobilku ini
dengan saksi cinta insan

Lagu: Meor Yusof Aziddin
Lirik: Jimadie Shah Othman

Puteri Malu




kau langsung bungkam kata-kata
senyuman menusuk dada
ku hanya panjatkan doa

semoga durinya tak berbisa
tanganku menggeletar juga
mengetuk e-mel di bucu meja

karang sejuta kata-kata
berakhir di dalam tong hijau
malu sungguh mencengkam dada

tapi malu sedetik saja
dan tawar sudah bisa
semalu pun menguncup
apalah bunga tanpa durinya

sesudah duri jadi api
kuncup bunga di dada
dan kumbang pun pergi
tinggallah kau puteri malu

tinggallah kau puteri malu
dan setangkai duri
cinta mengaum ngeri
musim cinta tak berbunga

Lagu: Meor Yusuf Aziddin
Lirik: Jimadie Shah Othman

Pencuri



roti kaya
sapu dengan mentega
roti kaya
tak juga kaya raya

roti kaya
membuka pagi kita
kau kaya raya
mencuri mata benda

bila malam menjelang
menggendang perut
mimpi kita selalu sama
selalu indah bahagia

kita bijak mencuri
dan mencuri hati
kaya di dalam
luar kering dan terbakar
cerminlah wajahmu dulu

aku curi, aku curi, curi hati
bila tiba takkan kulepaskan
bila masa
cincin bertukar tangan

roti kaya, kaya di dalam
bila tiba masanya
kau kan muncul juga

tapi aku bukan
pencuri sembarangan
jika kau pun menyerah
di mataku hanyalah roti kaya

Lagu: Meor Yusof Aziddin
Lirik: Jimadie Shah Othman

Neon Malam



siang dihinggap merpati
malam dihurung gagak
aku neon bercahaya
membagi cinta malam

aku membakar diri
tiba masanya nanti
kaca tak bercahaya
adi kering di udara

pergilah kau sejauh mana
atau pulang pada kaca
kaca berlapis kaca
melungsur dalam dada

dengarkan tasbih cinta
dari langit dan beburung
laksana adi neon
menyala cinta buat semua

tapi malam dilitup bulan
gagak atau merpati
tetap jua ingin ke sana
menagih cinta di awan

Lagu: Meor Yusud Aziddin
Lirik: Jimadie Shah Othman

Selasa, September 04, 2012

Lokasi jualan jelajah buku 'Sekuntum Pantun'



Berita Pantun - Dari September hingga Disember nanti, kalau susah nak cari buku Sekuntum Pantun, boleh cari lokasi jelajah Lejen Fixi seperti di bawah sini. Ok?


1/9-9/9 Kota Kinabalu Book Fair di Suria Sabah. Booth di Lower Ground, booth 64. 10 pagi - 8 malam.

8/9 BOCO di Gravy Baby, seksyen 13, Shah Alam.

10/9-14/9 UKM Bangi *Lokasi akan diberitahu kemudian

13/9-17/9 Universiti Utara Mala
ysia. Lokasi: The Mall

16/9 JB Writers & Readers Festival di Bukit Timbalan, Johor Bahru. 10 pagi - 11 malam.

16/9 UiTM Segamat di Dewan Seri Temenggung. 11 pagi - 9 malam.

18/9-20/9 UIA Gombak *Lokasi akan diberitahu kemudian

19/9-23/9 USM Gelugor, Penang sempena Pesta Konvokesyen USM. Lokasi: Depan Perpustakaan Hamzah Sendut, USM.

22/9-23/9 Art For Grabs di The Annexe, Central Market.

24/9-26/9 UiTM Shah Alam di Law Faculty.

24/9-28/9 UPSI *Lokasi akan diberitahu kemudian

1/10-4/10 UPM Serdang

19/12-23/12 Pesta Buku Malaysia, PWTC. 10 pagi - 9 malam.

Maklumat lanjut di 
https://www.facebook.com/99Kelopak

Menyala di Mata



kasihku dalam cahaya
buta mata melihatmu
Memandang seribu warna
Di wajah seribu wajah

Mencinta dalam buta
merah biru kuning
ungu hijau jingga
kau berbeda di mata

Ingin mencintaimu
Dalam ruang gelap
cahaya kasih menyala
Disambar puji puja

Aku enggan cemburu
Ketika cinta engkau
Jadi perlumbaan
Seribu ratip pemuja

Beda cinta kita
Tiada nafsu berburu
Membumbu cahya kasih
berahi atau kelahi

Lagu Meor Yusof Aziddin
Lirik Jimadie Shah Othman

Mencinta dan Melupa



angin terbangkan cinta
hujan kita tenung
seperti air mata
lupakan apa saja

gunung hamparkan pelangi
dan akan kita tenun
asalkan lahir kata
mencinta dan melupa

jangan kau percaya
selaksa emas di udara
itu tebuan berbisa
jaga-jaga manusia

jangan kau percaya
sehasta mimpi di angkasa
itu tebuan berbisa
jaga-jaga adam hawa

tapi demi si dia
apalah bisa cinta
alah bisa-bisa
tegal jadi biasa

selaksa emas di angkasa
dengan bisanya dia
dan akan kita tenun
mencinta dan melupa

Lagu: Meor Yusof Aziddin
Lirik: Jimadie Shah Othman

Perempuan Padi



hijau sawah padi
siapa tahu cinta menyala
hati terbakar tuan
cinta tujuh petala

tujuh petala bumi
tujuh petala langit
kuning warna padi
kupintal jadi emas

wanita bertubuh jerami
tiada lagu atau puisi
untuk kulontarkan
selain jelingan mencuri

dewi di sawah padi
gadis melayu suci
zikir di bibir lelaki
lelaki lelaki lelaki

angin pun cemburu
taufan pun melulu
kami tak pernah ingin
kembali ke kota dulu

Lagu: Meor Yusof Aziddin
Lirik: Jimadie Shah Othman

Sederap Kami Berlari



(buat para komrad)

Berpegangan tangan
Sambil menyanyi
Lagu dan dendang
Mengecam kezaliman

Kita berlari
dalam asap segumpal
Hujan meriam air
basah kau dan seksi

Bunyi-bunyi siren
Hanya pamitan kasih
Kasih manusiawi
Cinta sungguh suci

Hei demonstran lari
Itu belantan besi
Dan besi-besi baja
Cair dek api cinta

Sederap kami berlari
Seperti kuda perang
Gumpalan tangan ke udara
Bak pedang pahlawan

Lagu: Meor Yusof Aziddin
Lirik: Jimadie Shah Othman

Kamera Kompak



Kamera kompak
kamera kompak
Picu berkali-kali
Pada cinta yang berlari

Kamera kompak
Kamera kompak
Masuklah kau ke bingkai
Masuk kau dalam dada

Pergilah kau pergi
Ketika kau pergi
Cukup bagiku cukup
Senyuman manis di kertas

Aku tak ingin memiliki
Pada yang bukan buatku
Cukup bagiku cukup
Sekeping gambar dan mimpi

Kamera kompak
kamera kompak
Akan kufoto engkau
Cinta yang telah dirompak

Lagu: Meor Yusof Aziddin
Lirik: Jimadie Shah Othman

Kaca Waktu



Kaca waktu berdetik
melintas kehidupan
Kau seperti bayang-bayang
Tak mungkin kutinggalkan

Dan waktu terus berdetik
nafiri dalam dada
Biar pecah seribu
Kasih tak tertahan

Kau nyawa dalam dada
Menikam tepat ke jantung
Jika matari tak bersinar
Waktu tak terpadam jua

Waktu yang lincah bak busar
Aku ingin lupakan kau
Roh dan nyawa
Berhentilah mengejar

Oh sayap-sayap
Hempas kaca waktu
Tiap kali kurela
jantungku berhenti berdetak

Lagu Meor Yusof Aziddin
Lirik Jimadie Shah Othman.

Hati Kecubong




HATI KECUBUNG

gunung ganang awan dan lautan
usahlah pun kau syair dan dendangkan

terimalah janjiku yang sederhana
cinta mabok sepasang pria dan wanita

kita bertemu di bawah pancaran awan
dan berlari di kisuran kering rumputan
mabok manusia yang sementara nyata
tak ada sihir dapat melupuskannya

hati kecubung kiranya kau berdusta
campakkan saja cinta pada kawanan naga
hati kecubung kiranya kau berdusta
campakkan saja cinta pada kawanan naga

Lagu: Meor Yusof Aziddin
Lirik: Jimadie Shah Othman

Demi Maghrib



Engkau pergi
siang yang sebentar
tinggalkan kami hilai
dan tawa.



Gelap Maghrib
suluhi jiwamu
pilih antara dua
api atau cuma cahaya.


Aku akur pada malam
aku akur pada kebutaan
selimut dosa kita
selimut hasad manusia.

Demi Maghrib
sempadan siang
dalam gelap membilang
harapan
ingin secerah bulan.

Aku akur pada malam
aku akur pada kebutaan
selimut dosa kita
selimut hasad manusia.

Aku akur pada malam
aku akur pada kebutaan
selimut dosa kita
selimut hasad manusia.

Selimut hasad manusia
selimut hasad manusia.

Lagu Airmas Sz
Lirik Jimadie Shah Othman

Malaya Merdeka (RAW)



Tanah ini daging dan tulang belulang
Sumur ini darah campur keringat
Udara ini junjung di batu jemala
Malaya, demi tanah dan demi airnya
Melayu merdeka Melayu merdeka

Bangunlah rakyat Malaya
Bangnlah semua bangsa
Semua seru kebangsaan melayu
budi kita putih Darah kita hitam
Bangunlah rakyat Malaya
Raja dan hamba pertahan nusa

Enam ratus tahun dijajah
Malaya merdeka tetap merdeka
Bawah tapak kaki kita emas
Melayu tak lari ke mana
Demi Malaya merdeka
Demi Malaya merdeka

Lagu Meor Yusof Aziddin
Lirik Jimadie Shah Othman

Pengukir Janji



bunga tulip dan lavenda
jadi tamsil cinta
dingin tanah ini
tak ingin kita tinggalkan

sinar sang suria
menyala
di angkasa suci
terapung kita di sana

cinta tanah tinggi
bila tiba masa
cerun kita susuri
kaki gunung beranjau

dunia segala ragam
bukan di awan
kembang tulip dan lavenda
sentiasa menyala

sinar sang suria
sinar ditelan bulan
mengabur di angkasa
tempat pengukir janji

Lagu Meor Yusof Aziddin,
lirik Jimadie Shah Othman

Cinta di Laman Novela



CINTA DI LAMAN NOVELA

Cinta memintal janji
Untuk sehidup semati
Bersumpah bawah bulan
warkah terpatri darah

Hei teruna dara
Sama gagah sama lawa
Bercanda di sisir pantai
Cinta berdesir bak ombak

Berlari mengejar janji
Demi taqdir yang bahgia
And the live happily
Ever after, ever after

Cinta di laman novela
Cinta indah menyala
Musim bunga berkembang
Tujuh purnama lamanya

Kudendangkan pertanyaan
Di mana cinta di mana
dalam gulungan kertas
Sebuah cumbu berdosa

Lagu Meor Yusof Aziddin,
lirik Jimadie Shah Othman.

Cinta Satu Cinta



Api membakar tanah
Cahya menyimbah tuan
Langit memayung bumi
Cinta satu cinta

Wajah menghadap wajah
Sembilan puluh sembilan
Dan tujuh puluh dua
Cinta satu cinta

Busar atau panah
Raja atau hamba
Ada atau tiada
Cinta satu cinta

Dhuha atau senja
Susur dan jalan
Sesat atau benar
Cinta satu cinta

Pergi dan datang
Adam dan hawa
Datang kau padaku
Cinta satu cinta

Lagu Meor Yusof Aziddin,
lirik Jimadie Shah Othman.

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)