IKLAN

Cari Blog Ini

Jumaat, Februari 27, 2015

Judi

Chow Yun Fat tidak berlakon sebagai bodoh-bodoh alang, tapi betul-betul bodoh.

Judul: From Macau to Vegas II
Mula tayang: 19 Feb 2015
Bahasa: Kantonis
Genre: Aksi, komedi
Panjang: 110 minit
Pengarah:  Wong Jing
Pelakon: Chow Yun Fat, Nick Cheung, Carina Lau, Shawn Yue, Angela Wang

***

Tiada yang lebih beruntung buat From Macau to Vegas II, kecuali dia datang tepat pada masanya.

Dia datang ketika Tahun Baru Cina sebagai sebuah filem kategori “umum”.

Dia datang ketika satu Malaya dihebohkan dengan kontroversi 'raja judi' Paul Phua, yang dilaporkan pernah ditangkap di Macau (tapi anehnya tiada rekod, walaupun berita itu meniti dada akhbar) dan kemudian dikatakan bermaharajalela di Vegas sebagai tokan judi Piala Dunia.

Penonton yang tiada latar, tidak menonton prekuel filem itu – seperti saya – melihat filem itu mungkin (ya, mungkin!) berkait, atau sekurang-kurangnya terinspirasi dengan sosok yang dikaitkan dengan kongsi gelap 14K itu.

Tapi tidak. Dan “tidak” tidak merugikan Wong Jin, pengarah filem Hong Kong itu. “Tidak” telah menguntungkan Wong Jin, orang tua 59 tahun itu.

Tapi Wong Jin mungkin terlalu bergantung kepada nasib.

Lupakan nostalgia kita dengan God of Gamblers (1989) dan God of Gamblers II (1991), yang juga hasil karya sutradara itu, Wong Jin mungkin tidak sedar dunai sudah berubah.

Lawak slapstik semakin berevolusi, filem Tollywood sendiri sudah dibarisi penari Inggeris putih melepak, Chow Yun-fat sudah berkalung pujian dengan variasi lakoannya (terakhir saya tonton dalam The Assassins pada 2012 dan, dan, dan....

Tapi Wong Jin masih mahu berjudi – pengarah yang tidak pernah mahu membesar.

Filem ini sebenarnya boleh pergi lebih jauh tanpa klise yang berulang-ulang.

Klise itu, contohnya hubungan protagonis dan robot pelayannya, membuatkan filem itu tampak murah, walaupun kita tahu ia tidak –  belanjanya AS$43.1 juta atau RM155 juta.

Dan... kenapa filem yang bodoh harus terus diulas? Sekian saja. Titik. Dua bintang.

IKLAN

Terdapat ralat dalam alat ini

Label

Personal (47) Filem (42) Politik (32) Budaya (21) Sastera (21) Kreatif (16) Agama (15) Blogzine republik KATA (14) Artikel (11) Buku (11) Jalan Telawi (11) Meor Yusof Aziddin (11) Pekak (11) Pendidikan (9) Pencerahan (8) Sejarah (8) Cinta (7) Kewartawanan (7) Lagu (7) Sajak (7) Bahasa (6) Belasungkawa (6) Jimadie Shah Othman (6) Media (6) Teater (6) Blog Foto (5) Deaf Cultures (5) Fiksyen (5) MySL (5) Subversif (5) Anwar Ibrahim (4) Foto (4) Islam (4) Komuniti Pekak (4) Lao Zi (4) Maskara (4) Puisi (4) Tao (4) society (4) Adi Putra (3) Bahasa Isyarat (3) Carutan (3) Cerpen (3) Folk (3) Kemanusiaan (3) Metafizik (3) Rumah Pena (3) A Samad Ismail (2) Ahmad Kamal Abu Bakar (2) Aidil Fitri (2) Amin Iskandar (2) Anugerah Khatulistiwa (2) BN Perikatan (2) Catatan Pinggir (2) Daiyan Trisha (2) Demo (2) Drama (2) Etika (2) Gambar (2) Hamsad Rangkuti (2) Ili Farhana (2) Islam dan Pluralisme (2) Jepun (2) Karam Sikh (2) Komedi (2) Maskara 7 (2) Mikon (2) Mingguan Wasilah (2) Novel (2) PRU 12 (2) Pantun (2) Pas (2) Pramoedya Ananta Toer (2) Sastera Underground (2) Seni Multimedia (2) Seni Persembahan (2) Soceity (2) Sosial (2) Tanggapan (2) Tidak dikategorikan (2) Travelog (2) Utusan Malaysia (2) Yahudi (2) lagu raya (2) pop (2) sam ahmad (2) 'Mantan' Sasterawan Negara (1) 10 x 10: 100 Minutes to Change the World (1) 127 Hours (1) 1957: Hati Malaya (1) 1998 (1) 300 (1) 9 Naga (1) A. Samad Said (1) AEI (1) Ahadiat Akashah (1) Al-Hidayah (1) Allah (1) Amerika Syarikat (1) Amiena Rev (1) Ana Raffali (1) Antara-Agama (1) Apuke (1) Aron Ralston (1) Ashutosh Gowarika (1) Astro (1) BERSIH (1) Balik Pulau (1) Berhala (1) Berita Harian (1) Bibir Dalam Pispot (1) Black 14 (1) Blog (1) Bumi Manusia (1) Bunyi (1) Chairil Anwar (1) Chamil Wariya (1) China (1) Cowboys and Aliens (1) DAP (1) Danny Boyle (1) Datuk (1) Democrat (1) Demonstrasi (1) Denias (1) Dominic Sena (1) Ezam Mohd Noor (1) Fikh Wanita (1) Free Burma (1) Fun (1) GAPENA (1) Gangguan Teksual (1) Gerak (1) Goenawan Mohamad (1) HINDRAF (1) Harry Potter (1) Hassan Abdul Karim (1) Hindi (1) Hollowood (1) Hollywood (1) Ibrani (1) Interview (1) Istana (1) James Franco (1) Jodha (1) KTBM (1) Kakiscript Playwright Competition (1) Karya (1) Katholik (1) Keadilan (1) Kebab Connection (1) Kebebasan Kreatif (1) Komputer (1) Komrad (1) Korea (1) Kristian (1) Kung Fu Dunk (1) La Nuit des Caligraphes (1) Makanan (1) Malaysian Book of Records (1) Mamat Khalid (1) Man Laksa (1) Manga (1) Manifesto (1) Mary Magdalena (1) Mat Sentul (1) Melaka (1) Merdeka (1) Muzik (1) Napoleon (1) Naskhah (1) Negaraku (1) Negarakuku (1) Nick Murphy (1) Nicolas Cage (1) Nopen (1) Novel bersiri (1) Obama (1) P. Ramlee (1) PKN (1) PKR (1) PRM (1) Pakatan (1) Pantoum (1) Papua (1) Pemanasan global (1) Pena (1) Pendidikan Khas (1) Penulis (1) Pilihan Raya (1) Politik Baru YB J (1) Potret (1) Prima (1) Progresive Folk (1) Promosi (1) Psikologi (1) Puchong (1) Pulau Pinang (1) Pushna (1) Rajinikhan (1) Rasuah (1) Razak Moheidin (1) Reformasi (1) Republican (1) Revolusi Kebudayaan (1) Ria (1) Rise of the Planet of the Apes (1) Rock (1) Ron Howard (1) Rudi Soedjarwo (1) Sarawak (1) Sasterawan Negara (1) Satira (1) Season of the Witch (1) Semusim di Neraka (1) Shah Rukh Khan (1) Shamsiah Mohd No (1) Sharif Shaa'ri (1) Shuffle (1) Siasah (1) Sivaji the Boss (1) Soekarno (1) Sosialis (1) SoundCloud (1) Subbudaya (1) Sucker Punch (1) Sukan (1) Syed Husin Ali (1) TV Realiti (1) Taiwan (1) Teman Muhasabah (1) The Da Vinvi Code (1) The Last Life in Universe (1) The Warlords (1) Turki (1) Umno (1) Umno PKR (1) Video (1) Wayang Pacak (1) Woman On Top (1) Xiu Xiu (1) Yeshoshafat Harkabi (1) Yusmadi Yusoff (1) Zack Snyder (1) Zaid Ibrahim (1) adiwira (1) arahkiri (1) berani bercinta (1) dendang buat ibu (1) duta solaris (1) entri yang pernah ditarik balik (1) gig (1) ingin jadi manusia (1) instrumental (1) iseekmusic (1) kotak hitam 5.0 (1) malay mail (1) moi last von (1) puisi jadi senjata (1) ramadan (1) satuarah (1) single (1) zulfikar samsuri (1)